The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-07-19 00:14:50

PJPK T4 KSSM Unit 2 Pemakanan PK

PJPK T4 KSSM Unit 2 Pemakanan PK

UNIT 2 PEMAKANAN

PJPK Tingkatan 4 KSSM PK
Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

PEMAKANAN

◦ Pengambilan diet yang
seimbang merupakan
keperluan yang penting bagi
tubuh badan.

◦ Pemakanan yang baik akan
mempengaruhi kesihatan
tubuh badan.

◦ Ia memainkan peranan
penting dalam mengekalkan
kesihatan dan mencegah
daripada sebarang penyakit.

PEMAKANAN

◦ Makanan akan membekalkan kepada
kita pelbagai jenis nutrien penting
seperti vitamin, mineral, fiber, herba,
asid amino dan enzim.

◦ Nutrien tambahan boleh didapati
dalam bentuk semula jadi. Setiap
nutrien ini mempunyai peranan
tersendiri bagi keperluan tubuh badan
yang sihat

PEMAKANAN

◦ Pengambilan suplemen sama ada
dalam bentuk semula jadi
mahupun sintetik seperti pil, serbuk
atau cecair bukanlah amalan luar
biasa masyarakat hari ini.

◦ Sejauh manakah keperluan dan
kepentingan suplemen kepada
seseorang masih menjadi
persoalan

◦ Namun, pengambilan suplemen
bergantung kepada tahap
kesihatan individu dan
berdasarkan preskripsi doktor.

Suplemen

◦ Hari ini ramai yang keliru antara
keperluan dengan kehendak untuk
mendapatkan diet yang sihat dan
seimbang dalam kehidupan seharian.

◦ Kebanyakannya menyangka
bahawa pemakanan seharian tidak
mencukupi untuk keperluan badan
kekal sihat.

◦ Oleh itu, mereka percaya bahawa
pengambilan suplemen membantu
untuk mengatasi masalah
kekurangan nutrien dalam diet
seharian.

TUJUAN PENGAMBILAN
SUPLEMEN

◦ Menyingkirkan toksin dari dalam
badan

◦ Melengkapkan diet normal
◦ Meningkatkan imuniti badan
◦ Meningkatkan tahap kesihatan

dan mencegah penyakit kronik
◦ Mengekalkan kecergasan tubuh

badan

MENYINGKIRKAN
TOKSIN DARI

DALAM BADAN

Pengumpulan
toksin terutama

pada organ
penting dapat
disingkirkan.

Melengkapkan
diet normal

◦ Suplemen diambil
untuk memenuhi
keperluan nutrisi tubuh
badan.

MENINGKATKAN
IMUNITI BADAN

Pengambilan
probiotik sebagai
suplemen harian

mampu
meningkatkan
imuniti badan.

Meningkatkan tahap
kesihatan dan mencegah
penyakit kronik

◦ Makanan yang diambil
tidak dapat menampung
keperluan vitamin, mineral,
unsur surih dan antioksidan
yang diperlukan oleh
tubuh.

◦ Oleh itu, pengambilan
suplemen seperti vitamin D
dan K boleh mencegah
pereputan

Mengekalkan
kecergasan tubuh
badan

◦ Asid amino merupakan
protein terkecil untuk
keperluan badan.

◦ Taurina pula memainkan
peranan dalam menjana
tenaga untuk tubuh badan.

◦ Kekurangan taurina boleh
menjejaskan tenaga untuk
tubuh selain melemahkan
fungsi otak.

Kesan Pengambilan
Suplemen untuk Kesihatan
Tanpa Preskripsi Doktor

◦ Suplemen untuk kesihatan perlu
diambil dengan preskripsi doktor
kerana bergantung kepada
tahap kesihatan individu.

◦ Kesan pengambilan secara
berlebihan tanpa nasihat doktor
mengundang kesan sampingan
yang memudaratkan dan
memberikan pelbagai
komplikasi terhadap kesihatan.

Kesan Pengambilan
Suplemen untuk Kesihatan
Tanpa Preskripsi Doktor

◦ Merosakkan hati
◦ Keracunan pada tubuh
◦ Merosakkan buah

pinggang
◦ Merosakkan jantung

MEROSAKKAN
HATI

Pengambilan
vitamin secara

berlebihan
seperti vitamin A,
D, E dan K akan

menjejaskan
fungsi hati.

Keracunan
pada
tubuh

◦ Pengambilan
suplemen secara
berlebihan akan
menyebabkan
keracunan pada
tubuh dan
kerosakan organ
dalaman yang
penting kerana
bahan kimia yang
terdapat dalam
makanan kesihatan
tersebut akan larut
dalam darah.

Merosakkan
jantung

◦ Suplemen yang
berasaskan herba
boleh
mengakibatkan
tindak balas
dengan ubatan
seperti warfarin dan
aspirin.

◦ Hal ini akan
memudaratkan
pesakit jantung

Merosakkan
buah
pinggang

◦ Pengambilan
suplemen
secara
berlebihan
akan
membebanka
n fungsi buah
pinggang.

TAMAT


Click to View FlipBook Version