Bab 5 Metabolisme
dan Enzim
4.05.03 Aplikasi Enzim dalam Kehidupan Harian
Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
CONTOH APLIKASI ENZIM DALAM
KEHIDUPAN HARIAN
1. Enzim diekstrak daripada organisma hidup untuk kegunaan
domestik dan industry.
2. Antara contoh enzim yang biasa digunakan dalam kehidupan
seharian adalah seperti berikut:
• Papain yang terkandung dalam daun dan buah betik digunakan untuk
melembutkan daging.
• Protease digunakan untuk melembutkan daging dan membuang bulu
pada kulit haiwan.
• Pektinase digunakan untuk memecahkan dinding selulosa sel bagi
mengekstrak jus buah-buahan dan melembutkan sayur-sayuran.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN ENZIM
DALAM INDUSTRI
1. Enzim adalah murah dan mudah digunakan.
2. Enzim boleh digunakan secara berulang kali dan diperlukan
dalam kuantiti yang kecil sahaja.
3. Penggunaan enzim menjimatkan tenaga kerana enzim tidak
memerlukan suhu yang tinggi dalam aktiviti
pemangkinannya.
TEKNOLOGI IMMOBILISASI ENZIM
DALAM INDUSTRI
1. Immobilisasi enzim ialah suatu kaedah untuk memerangkap atau
mengasingkan enzim pada suatu penyokong atau matriks untuk
menghasilkan enzim tak gerak.
2. Immobilisasi enzim ialah suatu kaedah untuk memerangkap atau
mengasingkan enzim pada suatu penyokong atau matriks untuk
menghasilkan enzim tak gerak.
3. Enzim diimmobilisasikan melalui cara-cara berikut
• (A)
melekatkan enzim pada permukaan kaca atau manik alginate
• (B) mengikat enzim pada bahan-bahan lain
• (C) memerangkap enzim dalam satu jaringan bahan lengai
• (D) memerangkap enzim dalam membran separa telap
APLIKASI TEKNOLOGI IMMOBILISASI
ENZIM DALAM INDUSTRI:
1. Penghasilan antibiotik, minuman, asid amino dan sebagainya
2. Penghasilan jem, jeli dan sirap daripada buah-buahan dan
sayur-sayuran dalam industri makanan
3. Pengeluaran biodisel daripada minyak sayuran
KEBAIKAN TEKNOLOGI
IMMOBILISASI ENZIM:
1. Penggunaan semula enzim
2. Menjimatkan kos penyediaan enzim
3. Meningkatkan kecekapan fungsi enzim
4. Penggunaan enzim dalam proses yang berterusan
5. Mengurangkan risiko pencemaran produk
TAMAT