The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJPK_PER_KSSM_PJ_UNIT_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_zila_khalid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-08-16 19:58:07

PJPK_PER_KSSM_PJ_UNIT_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_zila_khalid

PJPK_PER_KSSM_PJ_UNIT_3_PERMAINAN_KATEGORI_SERANGAN_zila_khalid

UNIT 3 PERMAINAN PJPK Peralihan KSSM PJ
KATEGORI SERANGAN Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor

BOLA SEPAK

BOLA SEPAK oBola sepak ialah satu permainan
antara dua pasukan yang
menggunakan sebiji bola.

oPemain perlu menggunakan kaki
dan anggota badan kecuali tangan
(selain penjaga gol) untuk bermain.

oTujuan permainan ialah menyerang
dan menjaringkan gol di pihak
lawan, di samping menghalang
pihak lawan daripada melakukan
jaringan.

oKemahiran asas bola sepak ialah
menghantar, menyerkap secara leret,
dan lambung serta mengelecek bola.

oSemua kemahiran ini dipelajari
dalam situasi perlawanan.

oKemahiran Hantaran
Leret

oKemahiran Hantaran
Lambung

oKemahiran
Menyerkap

BOLA SEPAK

KEMAHIRAN HANTARAN oHantaran leret
LERET ialah kemahiran
asas yang perlu
dikuasai oleh
seseorang pemain
bola sepak.

oHantaran leret
sesuai digunakan
untuk membuat
hantaran jarak
dekat semasa
permainan.

KEMAHIRAN HANTARAN LERET oLetak kaki sokongan di
sisi bola.

oMata memandang bola.

oSepak bola
menggunakan bahagian
dalam kaki.

oKontak bahagian tengah
bola.

oIkut lajak arah hantaran
bola.

KEMAHIRAN HANTARAN oHantaran lambung
LAMBUNG digunakan untuk
membuat hantaran
jauh.

oHantaran lambung
biasanya dilakukan
ketika membuat
tendangan bebas,
tendangan sudut,
mengeluarkan bola
daripada kawasan gol,
semasa menjaringkan
gol dan menghantar
bola tinggi melepasi
pihak lawan.

KEMAHIRAN HANTARAN oLetak kaki sokongan
LAMBUNG di belakang bola.

oAyun kaki yang
menyepak bola ke
belakang.

oSepak bola
menggunakan
bahagian kekura kaki.

oKontak bahagian
bawah bola.

o Ikut lajak arah
hantaran bola.

oKemahiran menyerkap
memudahkan pemain untuk
membuat tindakan seterusnya
dalam situasi permainan bola
sepak.

oMenyerkap Bola Leret

oMenyerkap Bola Tinggi

KEMAHIRAN MENYERKAP

Menyerkap bola leret
boleh dilakukan
dengan
menggunakan
bahagian dalam
kaki, luar kaki,
kekura kaki, dan
tapak kaki.

MENYERKAP BOLA LERET

TEKNIK MENYERKAP
BOLA LERET:

oApabila bola menghampiri,
gerakkan kaki yang hendak
menyerkap ke hadapan.

oSebaik sahaja bola menyentuh
kaki, serap daya bola dengan
membawa kaki ke belakang.

oKaki menyentuh bahagian
tengah bola.

oKaki menyerkap dan badan
condong ke arah bola yang
datang.

TEKNIK MENYERKAP BOLA
LERET MENGGUNAKAN
BAHAGIAN LUAR KAKI:

oBersedia menerima bola dari arah sisi.

oApabila bola menghampiri, gerakkan
kaki yang hendak menyerkap ke sisi.

oSebaik sahaja bola menyentuh kaki,
serap daya bola.

oKaki menyentuh bahagian tengah bola

oKaki menyerkap dan badan condong
ke arah bola yang datang.

MENYERKAP BOLA
TINGGI

Menyerkap bola tinggi
boleh dilakukan dengan
menggunakan
bahagian kekura kaki,
paha, dan dada.

TEKNIK MENYERKAP BOLA
TINGGI MENGGUNAKAN
BAHAGIAN KEKURA KAKI:

oBersedia menghadap arah bola.

oSebaik sahaja bola menghampiri
mencecah tanah, ayunkan kaki
untuk menyerkap ke sisi

o Serap daya bola dengan kaki
mengikut jatuhan bola.

oSerkap bola sebaik sahaja bola
mencecah tanah.

oBadan condong ke arah bola yang
datang.

TEKNIK MENYERKAP BOLA TINGGI
MENGGUNAKAN BAHAGIAN PAHA:

oBersedia menghadap arah bola.
oApabila bola menghampiri, angkat
sebelah paha sambil fleksi lutut.
oBadan dicondongkan ke belakang.
oSebaik sahaja bola menyentuh
paha, serap daya bola dengan paha
dan arahkan bola ke kaki.

KEMAHIRAN MENGELECEK oKemahiran mengelecek
melibatkan kebolehan berlari
sambil mengawal bola sama
ada untuk ke kiri, ke kanan,
ke hadapan, atau berpusing
ke belakang.

oKemahiran mengelecek
dilakukan bagi mengatasi
pemain lawan.

oBiasanya pemain akan
menggunakan bahagian
dalam atau luar kaki untuk
mengelecek.

KEMAHIRAN
MENGELECEK

oBawa bola rapat
dengan kaki.

oMata
memandang pihak
lawan.

KEMAHIRAN
MENGELECEK

Ayunkan kaki melepasi
bola untuk
mengelirukan lawan.
Rendahkan sebelah
bahu untuk
mengelirukan lawan
supaya bergerak ke
arah lain.

KEMAHIRAN
MENGELECEK

oKelecek bola
menggunakan
bahagian dalam
atau luar kaki
melepasi lawan.

BOLA JARING

BOLA JARING

oBola jaring ialah permainan berpasukan yang melibatkan
tujuh orang pemain dalam satu pasukan.
oT ujuan permainan ialah menjaring bola ke dalam gol pihak
lawan.
oPemenang ialah pasukan yang berjaya menjaring lebih
banyak gol pada akhir perlawanan.
oSukan ini memerlukan pemain menghantar dan menerima
bola daripada pelbagai aras.
oSelain itu, pemain juga perlu melakukan pivot, mengadang
pihak lawan dan seterusnya menjaringkan bola.
oKesemua kemahiran ini digunakan dalam situasi permainan.

KEMAHIRAN MENGHANTAR oKemahiran menghantar dan
DAN MENERIMA menerima adalah antara
kemahiran asas untuk dikuasai
dalam permainan bola jaring.

oCara melakukan hantaran
bergantung kepada beberapa
faktor seperti jarak antara
pemain, kedudukan pengadang,
dan kecekapan pemain.

oBola boleh dihantar dengan
menggunakan sebelah atau
kedua-dua belah tangan dalam
keadaan dinamik atau statik.

HANTARAN ARAS DADA oMenghantar

oSatu kaki di
hadapan.

oTolak bola
menggunakan kedua-
dua belah tangan.

oEkstensi tangan
selepas menghantar.

oPergelangan tangan
harus dilentik semasa
fasa ikut lajak.

HANTARAN ARAS DADA

oMenerima

oBuka kedua-dua
tapak tangan dan
serap daya dengan
membawa bola ke
dada.

oBerat badan
dipindahkan ke kaki
belakang.

HANTARAN LOB oMenghantar

oKedua-dua tangan
memegang bola dan
membawanya ke
paras kepala sambil
fleksi siku pada aras
bahu.

oTolak bola ke atas
dan ayunkan tangan
ke hadapan sambil
siku ekstensi.

HANTARAN LOB oMenerima

oHulurkan kedua-dua
tangan untuk
menerima bola.

oKetika hendak
menerima bola,
pemain hendaklah
melompat untuk
menerima bola
tersebut.

oSerap daya bola
yang ditangkap.

KEMAHIRAN

PIVOT

oKemahiran ini berlaku
selepas pemain
menerima bola.

oKaki yang pertama
mendarat dibenarkan
untuk melakukan
pusingan 360 darjah
pada bebola kaki untuk
melihat rakan
sepasukan.

oSemasa bertahan, pemain
bertindak pantas mengadang
pasukan lawan membuat
hantaran atau menjaring.

oPemain mengadang secara
satu lawan satu.

KEMAHIRAN MENGADANG

KEMAHIRAN

MENGADANG

oPemain boleh
menghulurkan tangan
untuk cuba mengadang
bola sambil bergerak ke
arahnya, pada jarak 0.9
meter antara pemain.

o Pemain tidak
dibenarkan menyentuh
pihak lawan yang
memegang bola.

KEMAHIRAN MENJARING oMenjaring ialah
kemahiran penting
dalam permainan
bola jaring.

oHanya dua orang
pemain yang
dibenarkan membuat
jaringan iaitu GA dan
GS dalam kawasan D.

oKemahiran menjaring
memerlukan
ketepatan sasaran
bola pada gelang
jaring.

KEMAHIRAN MENJARING oPegang bola dengan
kedua-dua belah
tangan dan mata tumpu
ke atas gelang jaring.

oTangan yang
menjaring menyokong
di bawah bola dan
sebelah tangan lagi
menyokong di tepi bola.

o Ekstensi lutut dan
kedua-dua tangan
untuk menjaring bola
ke dalam gelang jaring.

TAMAT


Click to View FlipBook Version