The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-09 20:02:53

7.2 Respirasi Aerobik

7.2 Respirasi Aerobik

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Bab 7 Respirasi

Proses Respirasi Dalam
Penghasilan Tenaga

Respirasi aerob ialah pengoksidaan glukosa secara lengkap
dengan kehadiran oksigen kepada karbon dioksida, air dan tenaga.

Proses respirasi aerob dapat dibahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama ialah proses glikolisis yang berlaku dalam
sitoplasma dan peringkat kedua berlaku dalam mitokondrion sel.

Biologi Tingkatan 4

Buku teks ms 115



Bab 7 Respirasi

Pembentukan ATP semasa respirasi sel

Molekul ATP terbentuk apabila kumpulan fosfat tak organik
(P) bergabung dengan adenosina difosfat (ADP) dengan menggunakan
tenaga yang diperolehi daripada penguraian molekul glukosa.

ADP + fosfat + tenaga → ATP

Molekul ATP mengandungi ikatan fosfat yang boleh diputuskan dengan
mudah untuk membebaskan tenaga

Tenaga dibebaskan

ATP ADP + fosfat + tenaga

ATP boleh digambarkan sebagai A–P–P~P, dengan ikatan ‘~’ pada hujung P
mewakili ikatan kimia yang kaya dengan tenaga semerta yang akan
dibebaskan untuk aktiviti sel (contohnya semasa pengecutan sel otot

Apabila sel memerlukan tenaga secara serta-merta, molekul ATP akan
terurai kepada ADP dan P dan membebaskan tenaga yang tersimpan
dalam ikatan ‘~’ pada hujung P dalam bentuk yang dapat digunakan oleh
sel yang memerlukan tenaga.

Biologi Tingkatan 4

Kemudian, molekul ADP dan P dikitar semula kepada molekul ATP
dengan menggunakan tenaga daripada pengoksidaan glukosa.

C6H12O6 + 6O2 → 6CO2 + 6H2O + 2898 kJ

Glukosa Oksigen Karbon dioksida Air Tenaga

TAMAT


Click to View FlipBook Version