Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
Kepentingan Mengekalkan Sistem
Respirasi Yang Sihat
menyebabkan
Mengandungi gas Kanser Peparu
beracun, tar dan nikotin.
Peparu Sihat
Biologi Tingkatan 4
Kesan Bahan-Bahan Yang Terdapat Di
Dalam Rokok
Karbon monoksida – Mengurangkan oksigen yang sampai ke sel
badan dan jantung, nafas jadi pendek
Tar – Mengurangkan pertukaran gas dan menyebabkan batuk
berterusan
Oksida nitrogen – Mengeringkan permukaan lembap alveolus dan
trakea
Biologi Tingkatan 4
Kesan Penyakit Penghalang
Pulmonari Kronik terhadap
Sistem Respirasi Manusia
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan penyakit
penghalang pulmonari kronik atau COPD (Chronic Obstructive
Pulmonary Disease) sebagai penyakit peparu yang dicirikan oleh
sumbatan pada salur pernafasan yang mengganggu pernafasan
normal dan sumbatan ini tidak berbalik dengan sepenuhnya.
• Penyakit-penyakit COPD termasuklah asma, bronkitis kronik dan
emfisema.
Asma
• Asma (lelah) ialah penyakit yang disebabkan oleh keradangan
kronik saluran udara (bronkus dan bronkiol).
• Asma merupakan penyakit yang dideritai seumur hidup.
• Gejala umum asma ialah batuk secara berterusan, sesak nafas
dan nafas berdehit (wheezing).
• Serangan asma dicetuskan oleh pendedahan pada perengsa
atau alergen.
o Perengsa terdiri daripada zarah bukan hidup seperti debu, asap,
bahan kimia, keadaan yang sejuk dan sebagainya.
o Alergen yang menyebabkan respons alergi pada sistem pertahanan
badan, terdiri daripada zarah molekul protein seperti hama, debunga,
spora dan sebagainya
Kesan asma kepada sistem
respirasi manusia:
• Semasa serangan asma, dinding saluran udara menjadi bengkak
dan merengsa. Rembesan mukus meningkat dan otot saluran
udara mengecut lalu mengecilkan lagi lumen saluran udara.
• Usaha untuk menggerakkan udara ke dalam dan keluar dari
peparu menerusi lumen saluran udara yang sempit dan yang
tersumbat menjadi sukar dan menghasilkan bunyi nafas yang
berdehit.
• Kesesakan dan penyumbatan bronkiol menyebabkan kurang
oksigen sampai ke alveolus lalu menimbulkan masalah respirasi
lain seperti hipoksemia (aras oksigen darah yang rendah) dan
boleh merosakkan organ-organ badan lain.
• Saluran udara yang merengsa dan membengkak sepanjang
masa akan merosakkan peparu.
Bronkitis Kronik
• Bronkitis kronik ialah penyakit keradangan pelapik salur bronkus.
• Bronkitis kronik dicirikan oleh batuk yang berterusan dengan
penghasilan lebihan mukus dalam salur bronkus untuk satu
jangka masa yang panjang (selama tiga bulan atau lebih setiap
tahun untuk dua tahun yang berturut-turut).
• Gejala lain termasuklah dada berasa ketat, sukar bernafas, nafas
mendehit, batuk berkahak, hidung berair dan tersumbat, sakit
kerongkong dan kelesuan.
• Penyebab penyakit bronkitis kronik adalah kerengsaan dan
keradangan yang berulangan pada pelapik salur bronkus oleh
agen-agen perengsa (seperti asap rokok dan pencemaran
udara) dan alergen.
Kesan bronkitis kronik kepada
sistem respirasi manusia:
• Keradangan dan mukus mengecilkan lumen salur bronkus lalu
menghalang pengaliran udara ke peparu dan dari peparu, lalu
mengakibatkan pesakit sukar bernafas dan mengalami
hipoksemia.
• Keradangan merosakkan silia pada pelapik salur bronkus dan
mendedahkan pesakit terhadap jangkitan bakteria dan virus.
Emfisema
• Emfisema ialah penyakit yang melibatkan kerosakan pada
alveolus peparu yang menyebabkan kesukaran bernafas.
• Emfisema berlaku apabila dinding alveolus menjadi rosak, roboh
dan bergabung dengan alveolus yang bersebelahan untuk
membentuk pundi udara yang lebih besar.
• Gejala utama emfisema ialah kesukaran bernafas (dispnea).
• Pendedahan peparu kepada agen perengsa (asap rokok, asap,
debu dan bahan-bahan pencemar udara) menyebabkan
kerosakan pada dinding alveolus yang elastik dan gentian elastik
dalam salur bronkiol.
Kesan emfisema kepada sistem
respirasi manusia:
• Dinding alveolus yang rosak menghalang
pertukaran gas antara permukaan respirasi dengan
udara dalam alveolus.
• Dinding antara alveolus bersebelahan yang roboh
akan mengurangkan bilangan alveolus individu
dan membentuk alveolus besar yang akan
mengurangkan jumlah luas permukaan respirasi.
• Dinding alveolus yang hilang keanjalan
menyukarkan penghembusan nafas keluar dari
peparu.
• Kerosakan gentian elastik dalam dinding salur
bronkiol akan meranapkan laluan udara dan
memerangkap udara ke dalam alveolus besar di
hujungnya.
ANALISIS SOALAN 8.4
KEPENTINGAN MENGEKALKAN
SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
Kertas 1 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
1
- - - - - - -
2009
Kertas 2 2005 2006 2007 2008 2010 2011 2012
-
- - - - - - -
2009
Kertas 3 2005 2006 2007 2008 2010 2011 2012
-
- - - - - - -
Biologi Tingkatan 4
Bab 7 Respirasi
7.5 Soalan 2009 – Kertas 1
Pernyataan manakah yang menerangkan kesan serta merta merokok
terhadap permukaan respirasi?
A Menghitamkan alveolus
B Mengeringkan permukaan alveolus
C Merosakkan membran alveolus
D Menyebabkan pembentukkan sel kanser
Biologi Tingkatan 4
TAMAT