The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-09 20:03:28

7.3 Fermentasi

7.3 Fermentasi

7.3 Fermentasi

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Jenis Fermentasi

Semua respirasi sel bermula dengan proses glikolisis dalam sitoplasma,
iaitu penguraian molekul glukosa kepada dua molekul piruvat untuk

membebaskan sedikit tenaga (2 ATP).

Dalam keadaan yang beroksigen, molekul piruvat memasuki
mitokondrion sel untuk menjalani respirasi aerob.

Dalam keadaan ketiadaan oksigen, molekul piruvat akan memasuki

proses fermentasi.

Fermentasi ialah penguraian separa glukosa dalam
keadaan ketiadaan oksigen untuk menghasilkan tenaga.

Terdapat dua jenis fermentasi, iaitu fermentasi asid
laktik dan fermentasi alkohol.

Biologi Tingkatan 4





Fermentasi Alkohol

Apabila yis disimpan dalam keadaan anaerob bersama-sama dengan
glukosa, fermentasi alkohol akan berlaku dengan bantuan enzim

zimase.

Fermentasi alkohol akan menguraikan glukosa kepada etanol, karbon

dioksida dan tenaga..

Dalam persekitaran anaerob, sel-sel akar pokok padi menjalankan
fermentasi alkohol dengan menguraikan glukosa

kepada etanol, karbon dioksida dan tenaga.

Di samping itu, sel-sel akar pokok padi juga menggunakan
enzim alkohol dehidrogenase untuk menguraikan etanol kepada
bahan-bahan lain yang tidak berbahaya

Biologi Tingkatan 4

Buku teks ms 118

Fermentasi Asid Laktik
dalam Lactobacillus sp.

Lactobacillus sp. berupaya menjalankan fermentasi asid laktik ke
atas gula (contohnya glukosa, sukrosa, fruktosa, galaktosa,
laktosa) dalam keadaan anaerob untuk menghasilkan asid
laktik dan sedikit tenaga.

Kepentingan lain Lactobacillus sp:

A) Terdapat sesetengah spesies Lactobacillus yang hidup secara mutualisme
dalam badan manusia.

B) Fermentasi asid laktik berguna kepada manusia untuk menghasilkan
makanan yang berasa masam seperti yogurt, keju, kimchi, roti masam dan
sesetengah jenis sosej.

Biologi Tingkatan 4

Buku teks ms 119

Fermentasi Asid Laktik dalam
Sel Otot Manusia

Sel otot boleh menjalankan fermentasi asid laktik untuk tempoh yang singkat

jika bekalan oksigen untuk respirasi aerob tidak mencukupi.

Semasa pengecutan sel otot secara berulangan dan berpanjangan (seperti yang
berlaku dalam badan seorang atlet lari pecut 200 m), keperluan sel otot untuk

bekalan ATP akan meningkat secara mendadak.

Akibatnya, kadar pembekalan oksigen (daripada peredaran darah dan peparu)
tidak dapat memenuhi keperluan oksigen sel otot untuk menghasilkan ATP yang

diperlukan melalui respirasi aerob bagi membolehkan pengecutan otot berlaku.

Keadaan keperluan oksigen melebihi bekalan oksigen menyebabkan hutang
oksigen berlaku.

Biologi Tingkatan 4

Buku teks ms 119





TAMAT


Click to View FlipBook Version