The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

14.4 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Otot Rangka Manusia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-02 21:03:16

14.4 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Otot Rangka Manusia

14.4 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Otot Rangka Manusia

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Kekejangan Distrofi
otot otot

Skoliosis Ketidaksempurnaan Osteomalasia
Sistem Rangka Otot

Osteoporosis Artritis

Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Kekejangan Otot

Pengecutan otot secara tidak terkawal, berterusan dan menyebabkan
rasa sakit

Berlaku selama beberapa saat ke 15 minit dan mungkin

Berlaku disebabkan oleh kekurangan garam, senaman berlebihan dan
terdedah dengan keadaan sejuk (berenang)

Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Distrofi Otot
Disebabkan oleh kemerosotan dan kelemahan otot rangka.
Otot menjadi lemah dan ini menyebabkan pesakit akan selalu terjatuh.
Dadah digunakan untuk memperlahankan kemerosotan otot.
Merupakan penyakit seks terangkai.



Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Osteoporosis

Keadaan yang disebabkan oleh pengurangan ketumpatan tulang dan
penipisan tisu tulang.

Kesan utama- tulang mudah retak, ketinggian berkurang dan bongkok.

Penyebab : Umur yang semakin lanjut disebabkan kurangnya
perembesan hormon estrogen di kalangan perempuan berumur.

Pencegahan: Sentiasa bersenam, pengambilan fosforus, kalsium dan
vitamin D yang mencukupi dalam diet harian.

Boleh dielakkan atau dilambatkan dengan mengamalkan
tabiat pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium
seperti susu, ikan bilis dan sardin pada usia ketika tulang
masih menambahkan ketumpatannya, lazimnya semasa
kanak-kanak dan remaja.

Kadar penambahan ketumpatan tulang seseorang akan menurun selepas
umur tiga puluh tahun. Senaman yang memerlukan seseorang mengatasi
daya graviti seperti melompat dan berlari akan membantu
menambahkan jisim tulang.

Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Skoliosis

Bagi pesakit skoliosis, tulang belakangnya membengkok ke sisi dalam
bentuk 'S' atau 'C apabila dipandang dari belakang.
Skoliosis mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau pertumbuhan
tulang belakang yang tidak normal semasa perkembangan akil baligh.





Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Osteomalasia

• Osteomalasia adalah keadaan tulang lembut yang disebabkan oleh
kekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D.

• Osteomalasia berlaku dalam orang dewasa, khasnya dalam kalangan
perempuan hamil.

• Jika berlaku pada kanak kanak, penyakit ini disebut penyakit rikets

• Rikets menyebabkan tulang kanak-kanak menjadi lembut dan lemah,
dan boleh mengakibatkan kecacatan tulang.



Ketidaksempurnaan Sistem Rangka Otot

Artritis Keradangan sendi

Osteoartritis Artritis rheumatoid

Kerap berlaku di Disebabkan oleh Gout

kalangan orang tua keradangan membran Disebabkan oleh

disebabkan oleh sinovia sendi seperti pemendapan asid urik

rawan di dalam sendi jari, pergelangan di dalam sendi.

yang terkoyak atau tangan, buku lali dan

semakin haus. kaki.

Menyebabkan kemerosotan membran sinovia, tulang dan rawan pada sendi,
sakit, bengkak dan sendi keras.

ARTRITIS REUMATOID



Diet seimbang Postur badan
yang betul

Memelihara
Sistem Rangka

Otot

Pakaian yang sesuai untuk Senaman yang
aktiviti harian mencukupi

Penjagaan Sistem Otot Rangka
Gizi Seimbang

Gizi yang mempunyai jumlah kalsium, fosforus,
vitamin D dan protein yang cukup.

Biologi Tingkatan 5

Penjagaan Sistem Otot Rangka

Pakaian Yang Sesuai Untuk Aktiviti Harian

Pakaian dan kasut yang selesa perlu di pakai agar tiada halangan semasa pergerakan.
Pakaian yang ketat akan menyekat peredaran darah.

Kasut bertumit tinggi patut dielakkan untuk berjalan kerana berat badan akan hanya
tertumpu pada kaki hadapan. Ini boleh menyebabkan artritis, sakit belakang dan buku
lali terseliuh.

Penjagaan Sistem Rangka Otot

Senaman

Jumlah senaman yang mencukupi dan jenis senaman yang betul adalah
amat penting untuk menjaga kesihatan sistem rangka otot

Penjagaan Sistem Rangka Otot

Mengamalkan Postur Badan Yang Betul

Postur adalah cara pembawaan tubuh oleh otot yang melekat bersama rangka.

Kelebihan Memiliki Postur Badan Yang Betul
1. Mengekalkan kedudukan tulang dan sendi supaya otot dapat berfungsi

dengan sempurna
2. Menghalang kelesuan dengan penggunaan otot yang betul.
3. Mengelakkan sakit belakang dan sakit otot.
4. Mengurangkan tekanan pada ligamen yang memegang bersama sendi-sendi

pada turus vertebra.
5. Menyumbang kepada penampilan yang baik.









Bab 2 Pergerakan dan Sokongan

Seorang lelaki mengadu kerap mengalami sakit belakang akibat suatu kecederaan.
Antara yang berikut, yang manakah dapat mengurangkan masalahnya?

I Makan banyak protein
II Amalkan postur yang baik
III Lakukan senaman aktif
IV Elakkan mengangkat barang berat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 2008

TAMAT


Click to View FlipBook Version