The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-01-27 07:03:30

12.6 Sistem Endokrin

12.6 Sistem Endokrin

12.6 Sistem Endokrin Manusia

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Peranan Hormon Dalam Manusia

Sistem Endokrin Manusia

Sistem endokrin terbina daripada kelenjar endokrin

Kelenjar Endokrin

Merembeskan bahan kimia yang dipanggil hormon yang akan
meresap ke dalam aliran darah dan diedarkan ke seluruh anggota
badan.

Tidak mempunyai duktus.

Gerak balas lebih umum dan perlahan dibandingkan dengan sistem
saraf.
Mengawal perubahan jangka panjang seperti kadar pertumbuhan,
kadar tindakan, perkembangan seksual dan pembiakan.
Bekerjasama dengan sistem saraf untuk membantu badan
menghadapi tekanan. Contoh: membebaskan hormon adrenalin
dalam gerak balas ‘lawan atau lari’.
Mengekalkan homeostasis. Contoh: kawalan paras gula dalam darah,
pH darah dan tekanan osmosis darah.



KEPENTINGAN SISTEM ENDOKRIN

 Sistem endokrin dan sistem saraf bekerjasama untuk mengawal atur mekanisme
homeostasis.

 Sebahagian daripada sistem saraf merangsang atau merencatkan rembesan
hormon, manakala sesetengah jenis hormon merangsang atau merencatkan
pencetusan impuls saraf.

 Walaupun sesetengah proses fisiologi memerlukan kedua-dua sistem saraf dan
sistem endokrin berfungsi, terdapat proses-proses fisiologi tertentu (seperti kitar
haid, pertumbuhan dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder) yang melibatkan
sistem endokrin sahaja.

 Sistem saraf dapat memenuhi keperluan manusia untuk melakukan gerak balas
koordinasi yang cepat; sebaliknya sistem endokrin dapat memenuhi keperluan
untuk gerak balas koordinasi badan yang perlahan dan masa yang berpanjangan.

 Secara ringkasnya, sistem endokrin dan sistem saraf saling melengkapi dalam
usaha mengkoordinasi pertumbuhan, perkembangan serta kawal atur
homeostasis badan.

Sistem Endokrin Manusia

Kelenjar Paratiroid Hipotalamus
(di belakang kelenjar tiroid) Kelenjar pituitari

Kelenjar timus Kelenjar tiroid

Perut Pankreas
Duodenum Kelenjar Adrenal
Ovari
Usus kecil

Testis



Kelenjar Pituitari Anterior

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin
Hormon Perangsang Merangsang tiroid untuk membebaskan
Kelenjar pituitari Tiroid(TSH) hormon tiroksin.
Anterior
Hormon Perangsang Perempuan-merangsang pertumbuhan folikel
Folikel(FSH) dalam ovari,
Lelaki – merangsang spermatogenesis

Perempuan- merangsang ovulasi,

Hormon Peluteinan pertumbuhan korpus luteum dan
(LH)
perembesan estrogen dan progestron.
Hormon
Adrenokortikotrof Lelaki- merangsang perembesan testosteron

(ACTH) Merangsang korteks adrenal untuk
membebaskan hormon.
Hormon
Pertumbuhan Merangsang pertumbuhan, sintesis protein
dan metabolisma lemak.

Prolaktin Merangsang penghasilan susu dan
perembesan susu daripada kelenjar mama.

Kelenjar Pituitari Posterior

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin

Hormon Antidiuretik Meransang penyerapan semula air oleh

(ADH) ginjal

Kelenjar Pituitari Oksitosin Perempuan - merangsang pengecutan otot
Posterior uterus sewaktu melahirkan anak dan untuk
aliran susu.
Lelaki - menyebabkan pemancutan sperma.

Tiroid

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin Tiroksin
- Meningkatkan kadar metabolisma
Tiroid
- Meningkatkan suhu badan
dan
- Pengawalaturan pertumbuhan
perkembangan

Adrenal

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin
Adrenal Aldosteron Meningkatkan penyerapan semula
Adrenalin dan garam dalam ginjal
• Korteks noradrenalina
- Meningkatkan paras gula dalam darah
• Medula - Meningkatkan kadar metabolisma,
- Meningkatkan kadar denyutan jantung

Kelenjar adrenal

Ginjal

Pankreas

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin Insulin
- Menurunkan aras glukosa dalam darah
Pankreas Glukagon - Membantu menukarkan glukosa kepada
glikogen

- Meningkatkan paras glukosa darah
- Menukar glikogen kepada glukosa

pankreas

Ovari

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin Estrogen
Merangsang perkembangan ciri-ciri seks
Ovari sekunder perempuan, memperbaiki dinding
uterus.

Progesteron Merangsang perkembangan dinding uterus,
pembentukan plasenta.

Testis

Kelenjar Hormon Fungsi
Endokrin Testosteron
Merangsang perkembangan ciri seks
Testis skunder lelaki.

Biologi Tingkatan 5

PENGLIBATAN SISTEM SARAF DAN
SISTEM ENDOKRIN DALAM SITUASI
CEMAS

 Semasa menghadapi situasi cemas seperti teruja, takut atau stres,
sistem saraf dan sistem endokrin akan melakukan koordinasi bagi
menyediakan badan untuk respons lari atau lawan.

 Sebagai contoh, dalam situasi seorang dikejar oleh anjing, respons
lari atau lawan melibatkan sistem saraf dan hormon adrenalina.

 Adrenalina menyediakan badan untuk menghadapi kecemasan
dengan cara berikut:

 Meningkatkan aras glukosa darah (merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam hati)
 Meningkatkan kadar metabolisme
 Meningkatkan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah
 Arteriol dalam kulit mengecut untuk membekalkan lebih banyak darah ke otot
 Anak mata membesar untuk menambah baik penglihatan dalam keadaan yang malap





SOALAN OBJEKTIF

12.6 SISTEM ENDOKRIN

Hormon manakah yang dipadankan dengan betul kepada fungsinya?

Hormon Fungsi

A Antidiuresis Merangsang penyerapan garam dalam ginjal
B Insulin Merangsang penukaran glukosa kepada glikogen
C Glukagon Merangsang penukaran glikogen kepada asid amino
D Aldosteron
Merangsang penyerapan air dalam ginjal

Soalan 2010

Rajah di bawah menunjukkan graf bagi perubahan aras glukosa darah.

Berdasarkan graf itu, pernyataan manakah yang benar ?
A Hormon X merendahkan aras glukosa darah
B Sel α mengeluarkan hormon Y apabila aras glukosa darah adalah tinggi
C Sel β hanya dapat diaktifkan apabila aras glukosa darah adalah rendah
D Sel α dan β bertanggungjawab secara langsung dalam mengekalkan aras glukosa

dalam darah

Soalan 2009

SOALAN STRUKTUR

12.6 SISTEM ENDOKRIN

Rajah di bawah menunjukkan peranan kelenjar pituitari sebagai ‘kelenjar utama’. Hormon
Y bertanggungjawab bagi perkembangan folikel dalam ovari.

(a) (i) Namakan hormon X. [1 markah]
(ii) Nyatakan fungsi hormon X [1 markah]

Soalan 2008

(b) Hormon Y merangsang perkembangan folikel Graff dalam ovari dan sperma dalam

testis.

Namakan hormon Y. [1 markah]

(c) Kehadiran hormon Y menyebabkan perembesan hormon Z. [1 markah]
Hormon Z mempengaruhi perkembangan uterus. [2 markah]
(i) Namakan hormon Z.

(ii) Nyatakan peranan hormon Z dalam perkembangan uterus.

(d) (i) Namakah hormon P. [1 markah]

(ii) Terangkan bagaimana hormon P bertanggungjawab bagi keadaan fizikal

individu Q dalam rajah di atas. [2 markah]

(e) (i) Nyatakan keadaan yang memerlukan lebih banyak ADH dirembes, seperti [1 markah]

yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

(ii) Terangkan peranan ADH dalam menghasilkan urin yang sedikit dan pekat [2 markah]

(f) Berikan satu sebab mengapa kelenjar pituitari dianggap sebagai ‘kelenjar utama’
[1markah]

Soalan 2008

TAMAT


Click to View FlipBook Version