UNIT 6 JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Pendidikan Moral Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor
JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah kita, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya. Jiran kita juga boleh terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan lain-lain.
JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Apabila hidup berjiran, kita mestilah saling menghormati dan saling membantu. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada diri dan penduduk setempat demi kebaikan semua.
MANFAAT HIDUP BERJIRAN Mudah mendapat bantuan apabila menghadapi sesuatu masalah. Contoh: Apabila berlakunya kebakaran, kemalangan atau kematian. Membantu menjaga keselamatan tempat tinggal. Contoh: Apabila pulang ke kampung bersempena dengan cuti perayaan. Membantu menjayakan majlis keramaian. Contoh: Ketika majlis keraian atau upacara keagamaan
MANFAAT HIDUP BERJIRAN Memupuk semangat perpaduan. Contoh: Ketika melaksanakan aktiviti gotong-royong atau aktiviti keluarga. Membantu mencegah gejala negatif. Contoh: Bekerjasama membanteras gejala sosial seperti penagihan dadah dan vandalisme.
MANFAAT HIDUP BERJIRAN Dalam hidup berjiran, terdapat jiran yang bersikap positif dan jiran yang bersikap negatif. Kedua-dua sikap ini boleh memberikan kesan baik atau buruk kepada diri kita dan keluarga. Jiran yang bersikap positif akan menjadikan kita bersyukur, gembira dan selesa tinggal berdekatan dengannya.
MANFAAT HIDUP BERJIRAN Jiran yang bersikap negatif pula akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan tidak gembira. Walau apa-apa pun, kita mestilah menghormati jiran dan saling bertoleransi untuk menjaga perasaan mereka. Kita juga hendaklah menjadi jiran yang beradab sopan dan berbudi pekerti mulia untuk mengekalkan suasana harmoni.
CIRI-CIRI JIRAN YANG BERSIKAP POSITIF Bertoleransi Menghormati Membantu dan bekerjasama Berhemah tinggi
CIRI-CIRI JIRAN YANG BERSIKAP NEGATIF Mementingkan diri sendiri Berburuk sangka Sombong dan bongkak Mengumpat dan memfitnah
cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran Saya dan keluarga akan menjemput jiran tanpa mengira kaum datang ke rumah semasa hari perayaan. Kami akan meraikan jiran dengan hidangan istimewa dan memberikan layanan yang baik. Saya berasa gembira apabila melihat hubungan kami seperti sebuah keluarga besar.
cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran Saya sangat bersyukur kerana hubungan keluarga saya dengan jiran sangat baik. Kami sentiasa bergaul mesra dan bertegur sapa.
cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran Keluarga saya sangat mengambil berat akan jiran kami, terutamanya apabila mereka menghadapi kesusahan. Bapa saya pernah menghantar anak jiran yang sakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran Saya dan anak jiran sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti persatuan perumahan seperti gotong-royong. Melalui aktiviti sebegini, kami berpeluang untuk berkenalan dengan lebih dekat dan dapat mengeratkan hubungan.
cara untuk merapatkan hubungan sesama jiran Saya pula selalu mengikut keluarga menziarahi jiran yang sakit.
Kesimpulan Oleh itu, kita perlulah bersama-sama menjaga hubungan dengan jiran tanpa mengira agama, kaum, budaya dan bahasa. Hubungan baik dengan jiran boleh dikekalkan apabila kita mengamalkan nilai kerjasama, hormat, toleransi, hemah tinggi dan berterima kasih sesama jiran. Dengan menjadi jiran yang baik, hidup akan lebih ceria, aman dan bahagia.
TAMAT