UNIT 13 KESELAMATAN DI JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pendidikan Moral Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram , Johor
KESELAMATAN DI JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA • Keselamatan di jalan raya menjadi satu perkara yang sukar ditangani walaupun kerajaan telah bertindak secara proaktif dengan memperkenalkan banyak peraturan dan undang-undang jalan raya. • Kadar kemalangan jalan raya di negara kita terus meningkat. • Hal ini membuktikan bahawa masih terdapat banyak pengguna jalan raya yang tidak memahami beberapa perkara asas tentang ciri-ciri keselamatan jalan raya sebagai panduan yang perlu dipatuhi.
Peraturan jalan raya • Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya.
PERATURAN JALAN RAYA
Undang-undang jalan raya • Akta yang mewajibkan suatu perlakuan kepada pengguna semasa berada di jalan raya. • Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman.
UNDANG-UNDANG JALAN RAYA
KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA • Mengelakkan kemalangan. • Mengurangkan kesesakan jalan raya. • Imej negara meningkat.
KEPENTINGAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA • Mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda. • Menjadikan jalan raya selamat untuk digunakan. • Mengurangkan beban kerajaan membaiki kerosakan akibat kemalangan jalan raya.
berperanan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya • Peranan Anda • Peranan Ibu Bapa • Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) • Peranan Polis Trafik
Peranan Anda • Melihat kiri, kanan, kemudian kiri sebelum melintas jalan raya. • Menggunakan jejantas apabila melintas jalan raya. • Memakai topi keledar dan pakaian berwarna cerah ketika membonceng motosikal.
Peranan Ibu Bapa • Menjadi contoh pemandu yang baik di jalan raya. • Mendidik anak-anak tentang peraturan dan undang-undang • Menggalakkan anak-anak mengambil bahagian dalam kempen keselamatan jalan raya.
Peranan Pihak Sekolah • Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya. • Mengajarkan peraturan keselamatan jalan raya kepada murid. • Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya.
Peranan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) • Menguatkuasakan dan mentadbir undangundang jalan raya. • Mengadakan kempen kesedaran di seluruh negara. • Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memberikan pendidikan tentang keselamatan jalan raya dalam kurikulum di sekolah.
Peranan Polis Trafik • Meningkatkan rondaan di semua jalan raya. • Mengeluarkan saman kepada pengguna yang melanggar undangundang jalan raya. • Mengawal lalu lintas.
Kesimpulan • memahami dan mengamalkan semua peraturan dan undang-undang jalan raya merupakan tanggungjawab bersama. • Setiap pengguna jalan raya yang berhemah perlu mengamalkan nilai hormat, bertanggungjawab, toleransi, kasih sayang dan rasional. • Oleh itu, kita akan berasa bangga apabila dapat mematuhi peraturan dan undangundang jalan raya yang telah ditetapkan. • Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.
TAMAT