The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PM_T2_KSSM_Unit_12_ETIKA_DAN_UNDANG_UNDANG_SIBER_MEMBANTU_PEMBENTUKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2023-02-02 09:15:29

PM_T2_KSSM_Unit_12_ETIKA_DAN_UNDANG_UNDANG_SIBER_MEMBANTU_PEMBENTUKAN

PM_T2_KSSM_Unit_12_ETIKA_DAN_UNDANG_UNDANG_SIBER_MEMBANTU_PEMBENTUKAN

UNIT 12 ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, JOHOR


ALAM SIBER


ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI • Selain etika, kerajaan telah menggubal undang-undang siber untuk mengawal pengguna Internet agar tidak melakukan kesalahan semasa menggunakan media siber. • Antaranya termasuklah Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Jenayah Komputer 1997.


ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI • Undang-undang siber ini bertujuan untuk melindungi pengguna yang menjadi mangsa jenayah siber, penyalahgunaan Internet, pencurian data dan sebagainya. • Penjenayah siber pula akan dibawa ke muka pengadilan untuk didakwa dan dijatuhi hukuman.


ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI DIRI • Oleh itu, pengguna lain akan lebih berhati-hati ketika menggunakan media siber. • Walaupun etika dan undang-undang siber bertujuan untuk memberikan garis panduan dan mengawal selia penggunaan Internet, namun keduaduanya berbeza antara satu sama lain.


ETIKA • Garis panduan untuk pengguna media siber. • Tiada hukuman dikenakan. • Diianggap tidak bermoral jika tidak mematuhi etika.


UNDANG-UNDANG SIBER • Peraturan untuk mengawal pengguna media siber. • Boleh dikenakan hukuman jika tidak mematuhi undangundang yang ditetapkan. • Digelar sebagai penjenayah siber jika menyalahi undangundang.


TINDAKAN TIDAK BERETIKA • Tidak dapat dinafikan bahawa Internet telah menjadi satu daripada media terpenting dalam kehidupan manusia pada masa ini. • Namun, terdapat segelintir pihak yang menggunakannya secara tidak beretika dan menyalahi undang-undang siber. • Mereka sanggup melakukan jenayah siber seperti penipuan siber, penggodaman dan penyebaran berita palsu, fitnah serta hasutan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang atau imej sesebuah negara.


KESIMPULAN • semua pihak perlu mematuhi etika dan undang-undang siber. • Dengan mengamalkan nilai bertanggungjawab, harga diri, patriotisme, hemah tinggi dan kesederhanaan semasa berkomunikasi dalam alam siber, kita dapat hidup dalam suasana yang lebih tenang, aman dan sejahtera.


TAMAT


Click to View FlipBook Version