UNIT 11 ADAB DI TEMPAT AWAM DIJAGA, NIKMAT HIDUP DIRASAI BERSAMA Pendidikan Moral Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor
ADAB DI TEMPAT AWAM DIJAGA, NIKMAT HIDUP DIRASAI BERSAMA ◦ Tempat awam ialah suatu tempat yang umumnya terdapat ramai orang berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti. ◦ Prasarana atau kemudahan di tempat awam biasanya akan diselenggarakan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk kebaikan bersama.
TEMPAT AWAM ◦Hospital ◦ Stesen kereta api
TEMPAT AWAM ◦ Perpustakaan ◦ Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
TEMPAT AWAM ◦ Kawasan rekreasi ◦ Pasar awam
TEMPAT AWAM ◦ Lapangan terbang ◦ Tempat menunggu bas
ADAB DI TEMPAT AWAM DIJAGA, NIKMAT HIDUP DIRASAI BERSAMA ◦ Kita perlu menghindari perlakuan tidak beradab di tempat awam seperti membuang sampah merata-rata, memakai pakaian yang tidak sopan dan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik. ◦ Perlakuan tidak beradab ini hanya akan mencemarkan tempat awam dan menyebabkan pengunjung berasa tidak selesa.
PERLAKUAN BERADAB DI TEMPAT AWAM ◦ Memakai pakaian sopan dan sesuai. ◦ Berkelakuan sopan di tempat awam.
PERLAKUAN BERADAB DI TEMPAT AWAM ◦ Membuang sampah ke dalam tong sampah. ◦ Menggunakan kemudahan awam dengan baik.
Hedonistik ◦ Hedonistik merupakan perlakuan tidak beradab. ◦ Individu yang bertingkah laku hedonistik biasanya melakukan perkara negatif di tempat awam demi keseronokan dan kepuasan hidup mereka. ◦ Hal ini akan mengganggu pengunjung lain yang berada di tempat awam tersebut. ◦ Akibatnya, tempat tersebut tidak akan dikunjungi oleh orang ramai lagi.
ADAB DI TEMPAT AWAM DIJAGA, NIKMAT HIDUP DIRASAI BERSAMA ◦ Kita mestilah menjaga adab ketika berada di tempat awam kerana apaapa sahaja yang kita lakukan akan mencerminkan akhlak dan sikap kita. ◦ Contohnya, mematuhi peraturan yang terdapat pada papan tanda ketika berada di tempat awam. ◦ Individu yang mempraktikkan amalan beradab di tempat awam akan dihormati dan disegani oleh masyarakat.
KEPENTINGAN BERADAB DI TEMPAT AWAM ◦ Menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan. ◦ Kemudahan awam boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. ◦ Kemudahan selesa dan selamat digunakan. ◦ Meningkatkan imej negara. ◦ Melatih diri berdisiplin dan mematuhi peraturan
Perlakuan beradab di tempat awam ◦ Menggunakan harta benda awam dengan baik. ◦ Menggunakan tong sampah yang disediakan. ◦ Menjaga adab dan kelakuan di tempat awam. ◦ Menggunakan air di tandas mengikut keperluan. ◦ Memberikan laluan kepada orang ramai.
Perlakuan tidak beradab di tempat awam ◦ Merosakkan harta benda awam atau vandalisme. ◦ Membuang sampah di meratarata tempat. ◦ Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan. ◦ Membiarkan pili air tidak ditutup selepas menggunakannya. ◦ Menghalang laluan orang ramai.
Kesimpulan ◦ Amalan beradab di tempat awam merupakan aspek yang amat penting untuk menjamin kelestarian dan keharmonian masyarakat. ◦ Amalan beradab di tempat awam perlu diutamakan dalam kehidupan setiap individu demi kebaikan dan kesejahteraan semua.
TAMAT