The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-12 23:55:03

10.1 Jenis Sistem Peredaran

10.1 Jenis Sistem Peredaran

Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan

1.1 Jenis Sistem Peredaran

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Kepentingan Sistem Pengangkutan dalam Organisma Multisel

Organisma Hidup

• Menerima oksigen dan nutrien daripada persekitaran luaran
untuk aktiviti sel.

• Menyingkirkan bahan kumuh toksik daripada badan melalui
resapan.

• Organisma kecil mempunyai nisbah luas permukaan per

isipadu (JLP/I) yang besar, membolehkan bahan kumuh

diresap dengan mudah.

Amoeba Hydra Planaria

Nisbah (JLP/I) Organisma

• Organisma besar mempunyai nisbah luas permukaan per
isipadu (JLP/I) yang kecil, menyebabkan pertukaran bahan
melalui resapan ringkas amat perlahan dan sistem
pengangkutan dalaman diperlukan untuk terus hidup.

Memahami Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

Nisbah (JLP/I)

Berikut merupakan kiub dengan saiz-saiz yang berbeza, jumlah luas permukaan
(JLP), isipadu (I) dan nisbah (JLP/I).

1 cm 2 cm 4 cm 8 cm 15 cm

A B C D E

Kiub (JLP) Isipadu (I) JLP
1
A 6 8 I
24 64
B 96 512 6:1
C 384 3:1
1350 3375 1.5 : 1
D 0.75 : 1
E 0.40 : 1

Kesimpulan :semakin besar saiz objek, semakin kecil nisbah (JLP/I)

Sambung

Memahami Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

Kepentingan Sistem Pengangkutan di Dalam Organisma Multisel

Organisma kecil seperti unisel dan sesetengah organisma multisel ringkas boleh
bergantung sepenuhnya kepada resapan ringkas untuk pertukaran gas, nutrien
dan bahan kumuh dengan persekitaran luar.

Ini kerana nisbah jumlah permukaan per isipadu (JLP/I) adalah cukup besar
dengan hanya menggunakan resapan ringkas untuk memenuhi keperluan sel.

Apabila saiz organisma bertambah seperti organisma multisel kompleks, (JLP/I)
akan berkurang.

Oleh itu, resapan sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan organisma
multisel ini.

Untuk menggantikan (JLP/I) yang kecil ini, organisma yang lebih besar
mempunyai sistem pengangkutan.

Kepentingan Mempunyai Sistem Pengangkutan Dalam Organisma Multisel

Organisma Hidup Rongga gastrovaskular
resapan
Membran
plasma
Nukleus
Sitoplasma

Amoeba Hydra Dua lapisan
sel
Badan leper
dan nipis Bintik mata

Hydra





Konsep Sistem Peredaran

Sistem Peredaran Darah

Tertutup Terbuka

• Pengaliran darah terbatas • Darah mengalir di dalam
kepada salur darah atau sinus
rongga badan yang dikenali

Tunggal Ganda dua sebagai hemoselom

• Darah mengalir ke • Serangga mempunyai
dalam jantung dua
• Darah hanya kali dalam satu sistem peredaran jenis ini
peredaran lengkap
mengalir ke dalam

jantung sekali

sahaja dalam satu

peredaran lengkap

• Ikan mempunyai

sistem jenis ini

Lengkap Tidak lengkap

• Darah beroksigen dan darah • Darah beroksigen dan darah
terdeoksigen adalah terasing terdeoksigen bercampur

• Mamalia dan burung • Amfibia dan reptilia
mempunyai sistem jenis ini mempunyai sistem jenis ini

Peredaran Darah Terbuka Serangga

ostia

ruang jantung
membran perikardial

hemoselom

Hemolimfa mengalir ke dalam jantung yang berbentuk tiub di bahagian
dorsal melalui siri pengecutan yang bermula daripada belakang jantung
dan bergerak hingga ke hujung anterior.

Hemolimfa kemudiannya meninggalkan jantung dan memasuki bahagian
hemoselom.
Hemolimfa kembali ke jantung melalui ostia.
Ostia dilengkapi dengan injap yang membenarkan darah untuk masuk ke
jantung dan tidak meninggalkan jantung.

Hemolimfa dipam oleh
jantung ke salur →
Hemolimfa bergerak
ke hemoselom →
Hemolimfa
membasahi sel-sel
badan → Pengecutan
otot dan injap
menyebabkan
hemolimfa bergerak ke
jantung semula →
Hemolimfa masuk ke
sistem peredaran
darah melalui ostium
pada jantung

Peredaran Darah Tunggal Tertutup Ikan

Darah hanya mengalir ke dalam jantung
sekali sahaja dalam satu peredaran lengkap
Jantung ikan hanya mempunyai satu atrium
dan satu ventrikel sahaja
Darah terdeoksigen akan dipam ke dalam
insang dan mengalir ke semua bahagian
badan sebelum kembali semula ke jantung

Ventrikel (jantung) →
Kapilari insang →
Kapilari sistemik →
Atrium (jantung)

Bab 1 Pengangkutan

Peredaran Darah Tunggal Ganda Dua
dan Tak Lengkap Amfibia

Darah dikembalikan ke dalam jantung
selepas melalui peparu

Ia mempunyai dua atria tetapi ventrikelnya
tidak terbahagi sepenuhnya

Darah beroksigen dan darah terdeoksigen
akan bercampur di dalam satu ventrikel

Jantung →
Kapilari peparu →
Jantung →
Kapilari sistemik →
Jantung

Peredaran Tertutup, Ganda Dua dan
Lengkap Mamalia

Darah dipam daripada jantung ke peparu di
mana darah akan dikembalikan ke jantung
dan kemudiannya dipam semula ke seluruh
badan.
Jantung terbahagi kepada bahagian kiri dan
kanan. Bahagian kanan jantung menjadi
laluan darah terdeoksigen dan bahagian
sebelah kiri pula menjadi laluan darah
beroksigen.

Konsep Sistem Peredaran

Sistem Peredaran Darah Manusia

Peredaran Pulmonari Peredaran Sistemik

Darah mengalir dari jantung Darah mengalir dari jantung
ke peparu dan kembali ke seluruh bahagian badan
semula ke jantung dan kembali semula ke
jantung

Peredaran Pulmonari
Ventrikel kanan →
Arteri pulmonari →
Peparu → Vena
pulmonari → Atrium
kiri
Peredaran Sistemik
Ventrikel kiri → Aorta
→ Tisu badan → Vena
→ Vena kava (superior
dan inferior) → Atrium
kanan



SOALAN JENIS
SYSTEM PEREDARAN

Bab 1 Pengangkutan

1.1 Soalan 2012 – Kertas 1

Organisma manakah yang mempunyai nisbah jumlah luas permukaan per isi
padu (JLP/I) yang paling besar?

A
B
C
D

Biologi Tingkatan 5

1.2 Soalan 2012 – Kertas 1

Antara bahan berikut, yang manakah mengangkut oksigen?

A Haemolimfa
B Haemoglobin
C Fibrinogen
D Plasma

Biologi Tingkatan 5

Bab 1 Pengangkutan

1.2 Soalan 2010 – Kertas 2

Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah bagi dua organisma, X
dan Y.

Terangkan persamaan dan perbezaan sistem peredaran darah bagi X dan Y.
[8 markah]

Biologi Tingkatan 5

Bab 1 Pengangkutan

1.2 Soalan 2008 – Kertas 2

(d) Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah dalam organisma S
dan organisma T.

Berdasarkan rajah di atas: [2 markah]
(i) Beri satu contoh organisma S dan organisma T.

(ii) Huraikan persamaan dan perbezaan antara sistem peredaran darah dalam

organisma S dan organisma T.
[6 markah]

Biologi Tingkatan 5

TAMAT


Click to View FlipBook Version