The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-12 23:53:34

9.6 Gizi Seimbang

9.6 Gizi Seimbang

9.6 Gizi Seimbang

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Gizi seimbang

Mengandungi kesemua keperluan makanan mengikut keperluan
badan pada kadar yang betul.

Keperluan Gizi  Untuk pelbagai tindak balas metabolik.
Seimbang
 Sumber tenaga.

 Untuk membaiki tisu badan yang rosak
dan juga untuk pertumbuhan.

Biologi Tingkatan 4

GIZI SEIMBANG

Nilai Tenaga

 Kuantiti tenaga haba yang dibebaskan
daripada pembakaran 1 gram makanan.

 Unit = joule per gram (Jg-1).

Nilai tenaga =
Jisim air (g) × Kenaikan suhu (ºC)

_________×_4_._2_(_J_g_-_1 _º_C_-1_)__________
Jisim makanan (g)

Biologi Tingkatan 4

Bab 6 Nutrisi GIZI SEIMBANG

Eksperimen 6.2

Tujuan Teknik

Menentukan kandungan tenaga dalam sampel makanan. Mengukur bacaan suhu awal dan akhir air dengan
menggunakan termometer.

Pernyataan masalah Prosedur
Apakah kandungan tenaga dalam pelbagai jenis sampel
makanan? 1. Sebiji kacang tanah ditimbang dan jisimnya
Hipotesis dicatatkan.
Nilai tenaga adalah berbeza bagi makanan yang berbeza.
2. 20 cm3 air dituangkan ke dalam sebiji tabung didih
Pemboleh ubah yang bersih dan kering.
a) Dimanipulasikan: Jenis sampel makanan
b) Bergerak balas: Jumlah kandungan tenaga 3. Tabung uji bersama termometer diapit pada kaki
c) Dimalarkan: Jisim air retort.

4. Suhu awal air dalam tabung uji itu dicatatkan.
5. Kacang tanah dibakar dengan selengkapnya di bawah

tabung didih.
6. Suhu akhir air itu dicatatkan.
7. Nilai tenaga bagi kacang tanah dikira dengan

menggunakan formula berikut:

Radas dan bahan Jisim air (g) × Kenaikan suhu (ºC)

Kacang tanah, roti, epal, mentega, plastisin, jarum, ________×__4_._2_(_J_g_-1__ºC__-1_)__________
termometer, tabung didih, kaki retort dan pengapit, air Jisim makanan (g)

suling, penimbang elektronik, penunu Bunsen, pengadang 8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan pelbagai sampel

makanan seperti roti, epal dan mentega.

Biologi Tingkatan 4

Bab 6 Nutrisi GIZI SEIMBANG

Sambungan Eksperimen 6.2

Keputusan Kacang Roti Epal Mentega Kesimpulan
tanah Hipotesis diterima. Setiap jenis makanan mempunyai nilai
Suhu akhir (ºC) 20 20 20 tenaga yang berbeza. Makanan yang terdiri daripada lipid
20 W1 seperti mentega mengandungi paling banyak nilai tenaga.
Suhu akhir (ºC) t1
Suhu akhir (ºC) 0.5 t2 W2 W3

Suhu akhir (ºC) 29 ta t3 t5

Suhu akhir (ºC) 49 20 × t4 t6
ta ×
Kenaikan suhu 20 4.2 tb tc
(ºC) W1
20 × 20 × tc ×
Nilai tenaga (J/g) 20×20 tb × 4.2
×4.2 4.2 W3
W2
0.5

= 3360
J/g

Perbincangan

1. Didapati lipid iaitu mentega mempunyai nilai tenaga
yang paling tinggi, diikuti dengan roti (karbohidrat)
kacang tanah (protein) dan epal.

Biologi Tingkatan 4

PENGUBAHSUAIAN DIET

• Pengubahsuaian diet ialah perubahan yang dilakukan ke

atas diet dengan memasukkan atau mengeluarkan
komponen tertentu seperti tenaga makanan,
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.

Antara objektif pengubahsuaian
diet:

• Membetulkan sebarang kekurangan dalam diet
• Memelihara atau memulihara status baik diet
• Mengeluarkan sebarang bahan makanan yang boleh

menyebabkan kemudaratan kepada pesakit

• Menyesuaikan diet berdasarkan keupayaan badan

pesakit untuk memetabolismekan nutrien

• Merehatkan bahagian tertentu badan yang telah

dijangkiti penyakit atau selepas menjalani pembedahan



Pengubahsuaian Diet bagi
Individu Obes

• Makan gizi yang seimbang, iaitu makanan yang

mengandungi kesemua kelas makanan, tetapi
dalam hidangan kecil atau sederhana.

• Kurangkan pengambilan makanan daripada

kelas karbohidrat dan lemak kerana tenaga makanan
yang tinggi. Makanan berlebihan dalam badan,
khususnya karbohidrat dan lemak, akan disimpan
sebagai lemak dalam tisu adipos yang akan
meningkatkan berat badan seseorang

Pengubahsuaian Diet bagi Pesakit
Diabetes Melitus

• Mengurangkan pengambilan tenaga makanan

(khususnya karbohidrat dan minyak) bagi mengurangkan
berat badan yang akan membantu dalam pengawalan
aras gula darah individu dengan lebih baik.

• Menggantikan karbohidrat ringkas (contohnya gula,

madu, glukosa dan susu pekat manis)
dengan karbohidrat kompleks (contohnya beras perang,
roti mil penuh, capati dan legume).

Pengubahsuaian Diet bagi Pesakit
Kardiovaskular

• Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Tenaga yang terkandung

dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah (kecuali buah-buahan yang
sangat manis) serta kaya dengan pelbagai jenis vitamin, antioksida, mineral dan serat.
Serat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan risiko menghidap penyakit
kardiovaskular.

• Makan lebih bijirin (contohnya gandum, oat, beras merah), hasil

bijirin dan legum (contohnya kacang tanah, kacang pea dan kacang soya). Makanan
ini mengandungi serat terlarut yang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol
lipoprotein ketumpatan rendah (kolesterol buruk) ke dalam badan.

• Gunakan sumber protein daging putih (contohnya ikan dan ayam) yang rendah

lemak.

• Tambahkan asid lemak omega-3 (contoh sumber: salmon, makerel dan tuna) yang

membantu merendahkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular.

• Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak

trans dan kolesterol.

• Kurangkan pengambilan natrium (garam biasa, kicap, mononatrium glutamat (MSG))

kerana natrium meningkatkan tekanan darah

Pengubahsuaian Diet Pesakit
Kanser

• Gizi bagi pesakit kanser perlu mengandungi tinggi kandungan tenaga

dan protein untuk membekalkan tenaga harian yang mencukupi,
menggantikan tisu yang tercedera dan rosak, menguatkan sistem
pertahanan badan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit lain
serta mengekalkan berat badan yang sesuai.

• Perlu minum air yang banyak serta makan banyak buah-buahan dan

sayur-sayuran pada setiap hari untuk mendapatkan vitamin, mineral
dan serat yang mencukupi.

• Pesakit kanser perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan

yang diproses seperti makanan rapu, daging yang diproses serta
minuman berkarbonat yang akan memudaratkan penyakitnya

TAMAT


Click to View FlipBook Version