The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-14 05:35:22

10.7 Sistem Limfa Manusia

10.7 Sistem Limfa Manusia

Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan

10.7 Sistem Limfa

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Proses Pembentukan
Bendalir Tisu dan Limfa

■ Bendalir tisu yang juga dikenali sebagai cecair interstis ialah
bendalir yang memenuhi ruang antara sel serta membasahi
sel.

■ Bendalir tisu mempunyai tekanan osmosis yang sama
dengan sitoplasma sel dan darah.

■ Bendalir tisu terbentuk melalui proses ultraturasan



Pembentukan Bendalir Tisu

■ Darah arteriol (beroksigen) memasuki kapilari darah di bawah tekanan
yang tinggi.

■ Tekanan hidrostatik yang tinggi terhasil daripada daya pengepaman
jantung serta rintangan yang tinggi pada kapilari darah yang sempit.

■ Tekanan darah yang tinggi memaksa plasma darah (kecuali protein
plasma) merentasi sel epitelium dinding kapilari ke dalam ruang-ruang
antara sel untuk membentuk bendalir tisu.

■ Dinding kapilari telap kepada kebanyakan komponen plasma (contohnya
air, gas, bahan makanan tercerna, hormon dan ion-ion) kecuali protein
plasma, sel darah merah dan platlet.

■ Walaupun saiz sel-sel darah (sel darah merah dan platlet) adalah terlalu
besar untuk merentasi dinding kapilari, leukosit (contohnya fagosit)
dapat berubah bentuk dan keluar menerusi liang seni pada dinding
kapilari untuk memasuki ruang antara sel

■ Bendalir tisu mengalir di celah-celah sel untuk:
– membekalkan bahan-bahan keperluan sel (seperti oksigen,
glukosa, asid amino, asid lemak, ion-ion dan vitamin).
– menerima karbon dioksida dan bahan-bahan buangan lain
daripada sel.

■ Penyerapan semula bendalir tisu ke dalam kapilari darah:
– Kira-kira 90% daripada bendalir tisu yang terbentuk (pada
hujung kapilari yang bersambung dengan arteriol) diserap
semula ke dalam darah melalui proses osmosis pada hujung
kapilari yang bersambung dengan venul.
– Penyerapan semula ini berlaku kerana:

 plasma darah dalam kapilari adalah hipertonik terhadap
bendalir tisu. Hal ini menyebabkan air meresap dari bendalir tisu
ke dalam kapilari.

 itekanan darah menurun apabila darah mengalir dari kapilari
yang sempit ke venul yang lebar

Pembentukan Limfa

 Disebabkan oleh tekanan tinggi, air dan bahan terlarut akan meresap keluar
daripada kapilari dan membasahi tisu membentuk bendalir tisu atau bendalir
ruang-antara.

Kepentingan bendalir interstis

- Oksigen dan nutrien meresap keluar dari darah melalui bendalir interstis
- Bahan kumuh(karbon dioksida, urea) meresap keluar dari sel melalui bendalir

ruang-antara.
 Sebahagian daripada bendalir tisu kembali semula ke dalam kapilari (90%)

sementara lebihan bendalir tisu (10%) disalurkan ke dalam salur limfa.

 Bendalir ini dikenali sebagai limfa.

 Komposisi limfa adalah lebih kurang sama dengan komposisi plasma kecuali
ia tidak mempunyai eritrosit dan molekul protein yang terlalu besar.

 Aliran limfa berlaku dalam satu arah iaitu dari tisu ke jantung. Injap sabit yang
terdapat di antara salur limfa memastikan aliran limfa bergerak dalam satu
arah.

Pembentukan Limfa
Sel badan

Kapilari plasma
darah
resapan

Tisu atau
bendalir tisu

Limfa

Kapilari limfa





Sistem Limfa

duktus limfa kanan titik di mana
menyalurkan bendalir limfa kembali
limfa ke dalam vena ke dalam darah
subklavikel kanan
anterior vena
lakteal di dalam vilus kava
usus kecil
duktus toraks
sistem limfa merupakan satu
jaringan salur limfa dan menyalurkan
kapilari, nodus limfa, dua
organ, timus dan limpa. bendalir limfa ke

dalam vena

subklavikel kiri

nodus limfa
• Menghasilkan limfosit

dan mencernakan
bakteria

Kapilari
limfa

• Kapilari limfa terdiri daripada salur-salur
halus yang mempunyai hujung buntu.

• Kapilari limfa terletak dalam ruang antara
sel, bersebelahan kapilari darah dan
mempunyai dinding setebal satu lapisan sel
endotelium sahaja.

• Terdapat celah antara dua sel endotelium
dinding kapilari limfa bersebelahan yang
bertindih untuk membenarkan bendalir tisu
mengalir masuk dan seterusnya mengalir ke
salur limfa yang lebih besar.

• Terdapat injap pada kapilari limfa untuk
memastikan limfa mengalir sehala



Nodus
limfa

Setiap satu nodus limfa
mengandungi satu jaringan
gentian dan saluran tak sekata
yang bertindak sebagai
penapis untuk menapis dan
menyingkirkan sebarang
bakteria dan bendasing dalam
limfa

Duktus
limfa

Duktus limfa ialah salur
limfa besar yang
menyalurkan limfa ke
dalam peredaran darah
melalui vena subklavikel.

Terdapat dua duktus limfa,
iaitu duktus toraks yang
bersambung dengan vena
subklavikel kiri dan duktus
limfa kanan yang
bersambung dengan vena
subklavikel kanan.

Organ limfa

• Limpa ialah organ limfa yang terbesar,
menghasilkan limfosit, menapis darah
dengan memerangkap patogen dan
bendasing, menyimpan sel darah
merah serta memusnahkan sel darah
merah yang rosak dan tua.

• Tonsil merupakan kelompok tisu limfa
yang kecil di sekeliling farinks. Tonsil
menapis limfa dan memerangkap
patogen serta bendasing dari bahagian
kerongkong, mulut dan hidung.

• Kelenjar timus berfungsi untuk
menghasilkan sel darah putih.

• Apendiks mengandungi salur limfa dan
tisu limfa dan berperanan dalam
sistem pertahanan badan.

• Sumsum tulang menghasilkan sel
darah putih, khasnya sel limfosit



Sistem Limfa

Sistem Limfa



Hubungan
antara
sistem
limfa dan
sistem
peredaran
darah

Sistem Limfa

Peranan Sistem Limfa

 Mengangkut bendalir ruang-antara balik semula ke dalam aliran darah.
Sistem limfa yang tersumbat boleh menyebabkan tisu badan menjadi
bengkak dengan lebihan bendalir. Keadaan ini dipanggil edema.

 Mengangkut lemak yang diserap dan vitamin larut lemak daripada usus kecil
ke dalam aliran darah.

 Mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit dengan menghasilkan
limfosit dan antibodi yang dapat melawan dan memusnahkan bakteria dan
virus.

Sistem Limfa

Peranan Sistem Limfa

Edema

SOALAN OBJEKTIF

1.4 Soalan 2012 – Kertas 1

Seorang pesakit yang terbaring lama dan tidak boleh bergerak dalam jangka
masa yang lama biasanya mempunyai lebihan cecair interstisial di dalam
badannya.
Pernyataan manakah yang terbaik menerangkan keadaan itu?

A lnjap limfa tidak boleh tertutup rapat

B Nodus limfa tersumbat

C Tiada pengecutan otot untuk membantu pengaliran limfa

D Penurasan dalam ginjal kurang, oleh itu air berkumpul di dalam badan

SOALAN STRUKTUR







JAWAPAN SOALAN
STRUKTUR













TAMAT


Click to View FlipBook Version