11.3 Jenis Keimunan
Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor
Jenis Keimunan
Keimunan adalah keupayaan badan manusia menggunakan antibodi untuk
melawan serangan patogen
Keimunan
Semulajadi Buatan
Aktif Pasif Aktif Pasif
• Keimunan • Keimunan • Diperolehi melalui • Diperolehi
diperolehi selepas diperolehi daripada suntikan vaksin daripada
sembuh daripada antibodi ibu melaui • Vaksin terdiri daripada suntikan
jangkitan susu ibu patogen yang telah antiserum
dilemahkan
Jenis Keimunan
• Terdapat dua jenis keimunan, iaitu keimunan
aktif dan keimunan pasif.
• Pengimunan pula merupakan proses
memperoleh keimunan dengan cara buatan
bagi melindungi individu daripada mendapat
penyakit tertentu.
• Pengimunan boleh dilakukan melalui suntikan
serum, antiserum atau vaksin.
Keimunan Aktif
• Keimunan aktif diperoleh setelah limfosit
dalam badan diaktifkan oleh antigen untuk
menghasilkan antibodi bagi menentang sesuatu
jangkitan penyakit.
• Keimunan jenis ini biasanya tahan untuk suatu
jangka masa yang panjang.
• Keimunan aktif boleh dikelaskan kepada
keimunan aktif semula jadi dan keimunan aktif
buatan
Keimunan aktif semula jadi
• kiKssneeaedssliieumivoapiutrdenauurantpanigtemujinneaytdn.eaiirkvsdiiitdenudyiaadsnheipgmpedabridoupalheerphdoaalstereoihplgeaeapdnpaaasbbuilaat
• Smseeeslunmagtienumgpaoatriti ojsagisnetgnek.mitakneikmaulinpaenrdtaampaatoleh
• btkJleeieakbridasmiahejnubecnunpeatiapn.sdapaatakuktanaontlgiubeykenarmnygageenrnbageeknsrtaibkamaunltaagnsmpydaaee,tnonsjggiaseantnnegmkiti
• jdmKauiehnamagnskteiiiltrtkaaiannangnpidteipabnaloyatadmokigimyetanansdgaalnyeabmnihgenbsgianhngeyknaatktikuanntuk
Keimunan aktif buatan
• Keimunan aktif buatan ialah keimunan aktif yang
diperoleh dengan menyuntik antigen ke dalam badan
bagi merangsang limfosit menghasilkan antibodi bagi
menentang antigen.
• Jenis keimunan ini juga dikenali sebagai pemvaksinan
dan antigen yang disuntik dinamakan vaksin.
• Vaksin ialah suatu antigen yang diperkenalkan ke dalam badan
(sama ada disuntik atau ditelan) untuk menghasilkan gerak balas
keimunan aktif tanpa tanda-tanda penyakit tersebut.
Keimunan Pasif
• Keimunan pasif berlaku apabila antibodi diperoleh
daripada sumber luar, dan bukannya dihasilkan
oleh badan individu itu sendiri.
• Keimunan jenis ini hanya memberikan perlindungan
terhadap sesuatu penyakit untuk jangka masa yang
pendek kerana antibodi yang diperoleh itu akan
dikumuhkan oleh badan sebagai protein asing
selepas suatu tempoh masa tertentu.
• Keimunan pasif diperoleh melalui dua cara, iaitu
keimunan pasif semula jadi dan keimunan pasif
buatan
Keimunan pasif semula jadi
• Keimunan jenis ini diperoleh bayi daripada
ibunya melalui plasenta (semasa bayi di dalam
kandungan ibu), atau melalui penyusuan ibu
kepada bayinya (kolostrum merupakan sumber
antibodi yang utama).
• Keimunan pasif semula jadi memberikan
perlindungan penuh kepada bayi sehingga
sistem keimunan bayi cukup matang untuk
mengambil alih tugas pertahanan badannya
sendiri
Keimunan pasif buatan
• Keimunan pasif buatan diperoleh melalui suntikan serum,
yang mengandungi antibodi tertentu ke dalam badan
seseorang untuk memusnahkan antigen di dalam badan.
• Keimunan jenis ini memberikan perlindungan serta-merta,
tetapi hanya untuk sementara waktu.
Serum
• Serum ialah sediaan plasma tanpa fibrinogen
yang mengandungi antibodi untuk melawan
sesuatu patogen penyebab penyakit.
• Contoh serum ialah antivenom untuk
merawat gigitan ular berbisa serta serum
antitetanus, serum antidifteria dan serum
antirabies.
• Suntikan antiserum (serum yang
mengandungi antibodi) dapat memberikan
keimunan serta-merta, tetapi hanya untuk
suatu jangka masa yang pendek.
• Apabila kepekatan antibodi kurang daripada
aras keimunan, suntikan yang kedua perlu
diberikan
PERBANDINGAN JENIS KEIMUNAN
RUMUSAN
LATIHAN
Kertas 2
Soalan struktur
Jawapan
TAMAT