The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg Sharifah Roqaiyah, 2021-03-14 05:33:19

10.5 Kumpulan Darah Manusia

10.5 Kumpulan Darah Manusia

Bab 10 Pengangkutan
dalam Manusia dan
Haiwan

10.5 Kumpulan Darah Manusia

Disediakan oleh,
Cg. Sharifah Roqaiyah
SMK Seri Pulai Perdana, Skudai Johor

Kumpulan Darah ABO

■ Berdasarkan sistem darah ABO, darah manusia dikelaskan kepada
empat kumpulan yang berbeza, iaitu A, B, AB dan O.

■ Pengelasan ini adalah berdasarkan jenis antigen yang hadir pada
permukaan sel darah merah dan jenis antibodi yang hadir dalam
serum darah.

■ Tindakan antibodi ke atas antigen dan kesannya:
– Antibodi anti-A dalam serum akan bertindak ke atas antigen A
pada sel darah merah kumpulan darah A untuk
menggumpalkan (aglutinasi) sel darah merah.
– Antibodi anti-B dalam serum akan bertindak ke atas antigen B
pada sel darah merah kumpulan darah B untuk
menggumpalkan sel darah merah.
– Jika aglutinasi darah berlaku dalam salur darah, darah yang
tergumpal akan menyumbat aliran darah dan boleh
menyebabkan kematian.



Antigen
dan
antibodi

Pemindahan darah

■ Kumpulan darah penderma dan penerima perlu serasi untuk
mengelakkan aglutinasi.

■ Jadual di bawah merumuskan keserasian pemindahan darah
berdasarkan jenis antigen pada sel darah merah penderma
dan jenis antibodi dalam serum penerima untuk setiap
kumpulan darah yang berlaina



Faktor Rhesus dan Kehamilan

■ Sistem Rhesus merupakan satu sistem pengelasan darah berdasarkan
faktor Rhesus (Rh).

■ Faktor Rhesus (Rh) merujuk kepada protein rhesus, yang disebut antigen
D, yang terdapat pada membran sel darah merah.

■ Antibodi anti-Rhesus (atau antibodi anti-D)
– (a) Antibodi anti-D menyebabkan aglutinasi dan hemolisis sel darah
merah individu Rh+.
– (b) Antibodi anti-D tidak hadir secara automatik pada asalnya
dalam darah individu Rh–

Kesan penerimaan darah
penderma Rh+ oleh penerima Rh–

■ Jika darah Rh+ (antigen D hadir) memasuki badan penerima
yang Rh–, darah penerima akan menghasilkan antibodi anti-
D (antibodi anti-Rh) yang sepadan.

■ Kehadiran antibodi anti-D pada kali yang pertama dalam
badan penerima tidak mendatangkan sebarang kesan
negatif.

■ Akan tetapi, jika penerima Rh– tersebut menerima dos darah
Rh+ untuk kali yang kedua, antibodi anti-D dalam darah
penerima akan menyebabkan penggumpalan dan hemolisis
kepada sel darah merah yang diterima. Hal ini mungkin
membawa maut kepada penerima.

Bab 1 Pengangkutan

ANALISIS SOALAN 1.5

PERANAN SISTEM PEREDARAN
DALAM MEKANISME

PERTAHANAN BADAN

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Kertas 1

- - -22- - -

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Kertas 2

--------

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
Kertas 3

--------

Biologi Tingkatan 5

Masalah yang timbul jika darah ibu
Rh– tetapi darah fetus Rh+

■ Pada bulan terakhir kehamilan, sel-sel darah fetus mungkin memasuki darah ibu
melalui plasenta.

■ Hal ini menyebabkan limfosit ibu menghasilkan antibodi anti-D untuk
memusnahkan antigen D daripada darah fetus.

■ Walau bagaimanapun, antibodi anti-D tidak terbentuk dengan cukup cepat pada
kali yang pertama untuk memberi kesan yang negatif kepada anak Rh+ yang
pertama.

■ Antibodi anti-D yang terbentuk kali pertama masih kekal dalam sistem darah ibu.
■ Jika ibu tersebut hamil buat kali yang kedua, antibodi anti-D yang masih berada

dalam sistem darah ibu akan memasuki sistem darah fetus melalui plasenta dan
menyerang antigen D. Hal ini akan menyebabkan penggumpalan dan hemolisis
sel darah merah fetus.
■ Keadaan tersebut dikenali sebagai Eritroblastosis fetalis. Kesannya, fetus akan
mengalami kerosakan organ dalaman seperti otak dan hati, serta menghidap
jaundis dan anemia yang boleh membawa maut kepada fetus





TAMAT


Click to View FlipBook Version