PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)
SMK SERI PENGKALAN
A1.3.1 PENGURUSAN PENTADBIRAN
Pengenalan
Pendidikan Khas adalah satu program pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas. Individu yang
berada di dalam Program Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) PIPK merupakan mereka
yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti sindrom down, perkembangan lewat, autisme, hiperaktif,
disleksia dan terancat akal. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada terlalu tinggi untuk murid
PIPK menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing.
Oleh itu, untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas, program pengajaran dan
pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997 yang menyatakan “guru-guru boleh mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat pendidikan khas.
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Visi Pendidikan Khas
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid pendidikan khas selaras dengan sistem pendidikan
kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas
Membangunkan modal insan pendidikan khas yang cemerlang berasaskan :
❖ Sistem pendidikan yang berkualti, releven dan holistik
❖ Perkembangan potensi diri ke tahap optimum
❖ Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
❖ Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab
❖ Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak, dan
❖ Pengantarabangsaan program pendidikan khas
Moto Pendidikan Khas SMKSP: Harapan Mereka Aspirasi Bersama
1. Guru Pendidikan Khas dikehendaki menunjukkan sikap dan peribadi yang baik iaitu mempunyai ilmu
pengetahuan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam pedagogi dan menyampaikan ilmu dengan tekun, sabar dan efektif.
2. Guru perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan murid, bersikap penyayang dan adil. Guru
hendaklah menunjukkan teladan dan perwatakan yang baik dan bersopan santun sepanjang masa dan
sentiasa menunjukkan budaya penyayang dan cintakan ilmu pengetahuan.
3. Guru Pendidikan Khas merupakan sebahagian kakitangan sekolah yang boleh diberi tanggungjawab
seperti guru biasa tetapi Guru Pendidikan Khas tidak boleh diberi tugas sebagai ketua yang boleh
mengganggu perjalanan Program Pendidikan Khas seperti Guru Koperasi, Guru Buku Teks
Sekolah,Setiausaha Sukan, Ketua Permainan dan lain-lain.
4. Guru Pendidikan Khas bertanggungjawab melaksanakan aktiviti Kokurikulum untuk murid
Pendidikan Khas.
5. Guru Pendidikan Khas bertanggungjawab melengkapkan rekod persediaan mengajar, profil murid,
dan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan.
6. Guru Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda dan kelas atau bangunan
pendidikan khas
JAWATANKUASA PENGURUSAN PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pengerusi : Pn. Mahfudzah binti Mohamed Noor (Pengetua)
Timbalan Pengerus i : Pn. Noor Sharidah binti Hamid (GPK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 1 : En. Zohainan bin Md Som (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Zaher bin Saad (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En. Rosli bin Mustafa (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Huda Suhaily binti Adam (Penyelaras PPKI)
AJK :- : (Setiausaha Kurikulum PPKI)
1. Pn. Norhidayu binti Othman : (Setiausaha HEM PPKI)
2. Pn. Zaihan binti Mat Hussin : (Setiausaha Kokurikulum PPKI)
3. Cik Isniza binti Ismail
Buku Pengurusan Pentadbiran dan Takwim : Pn. Noor Sharidah binti Hamid
Buku Perancangan Taktikal/Laporan : Pn. Noor Sharidah binti Hamid
Program/aktiviti dan Dokumentari Program : Pn. Huda Suhaily binti Adam
Mesyuarat Guru / PPM /Taklimat PPKI : Pn. Zaihan binti Mat Hussin (Guru)
: Pn. Noraini binti Jusoh (PPM)
Maklumat PPKI dan Data APDM : Pn. Huda Suhaily binti Hj. Adam
Minggu Orentasi dan Ujian Saringan : Pn. Norhidayu binti Othman
Hari Kualiti Pendidikan Khas : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Papan Kenyataan dan Papan Buletin : Cik Isniza binti Ismail
Perkembangan Staf /LDP : En. Nazri bin Bahari
Setiausaha Mesyuarat / Taklimat : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Laman Web / Portal / facebook : En. Wan Muhammad Rafiey bin Ab.
Wahab
Setiausaha Badan Kebajikan Ibubapa : Pn. Siti Hajar binti Omar@Mohd
Majalah Sekolah (Pendidikan Khas) : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
: Pn. Siti Hajar binti Omar@Mohd
Siaraya : En. Nazri bin Bahari
En. Maznan bin Mohamed
Buletin dan brosur PPKI : Pn. Nazarinar binti Seman
TUGAS:-
A. Buku Pengurusan dan Takwim / Buku Perancangan Taktikal/Strategik/Laporan
1. Bertanggungjawab merancang takwim Pendidikan Khas.
2. Menentukan tugas yang saksama dalam kalangan ahli.
3. Bertanggungjawab melaksanakan semua perancangan yang disediakan.
4. Membuat post mortem terhadap kejayaan atau kegagalan sesuatu program.
B. Program / Aktiviti dan Dokumentasi Program
1. Merancang program / aktiviti dari segi pelaksanaan, pengisian dan AJK.
2. Menyediakan refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan serta menyediakan idea
penambahbaikan secara berterusan.
3. Menyerahkan dokumen program kepada AJK Dokumentasi.
4. Mengenalpasti aktiviti, program, projek yang dijalankan dalam tahun semasa.
5. Mengumpul broser, kertas kerja, bahan, gambar dan yang berkaitan dan dokumentasi selepas
tamat sesuatu program.
6. Menyerahkan laporan dokumentasi untuk semakan dan pengesahan pentadbir.
C. Mesyuarat Guru/PPM/Taklimat PPKI
1. Menyediakan surat panggilan dan agenda taklimat/mesyuarat serta berbincang dengan GPKPK.
2. Menyediakan minit taklimat/mesyuarat guru dan mengedarkannya kepada guru yang tidak
dapat menghadiri mesyuarat ke dalam fail.
3. Mencatatkan /mengumpulkan surat-surat pemberitahuan guru yang tidak dapat menghadiri
mesyuarat ke dalam fail.
4. Menyediakan tempat mesyuarat mengikut keperluan taklimat/mesyuarat.
D. Maklumat PPKI dan Data APDM
1. Memasukkan data dan maklumat semua guru dan kakitangan yang lengkap dan terkini.
2. Menghantar data dan maklumat bagi setiap guru, kakitangan dan murid ke PPD/JPN mengikut
arahan yang dikeluarkan.
3. Mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa.
4. Memasukkan data dan maklumat diri semua murid ke dalam sistem (SMM,SSDM dan KOKU).
5. Membuat Salinan segala surat bertukar dan dihantar ke Unit Maklumat Sekolah.
F. Minggu Orentasi dan Ujian Saringan
1. Membuat perancangan aktiviti Minggu Orientasi Bersama GPK dan Penyelaras
2. Membuat jadual ujian saringan untuk murid
3. Memastikan soalan ujian disediakan oleh guru yang ditetapkan dan soalan mencukupi
4. Membuat penentuan kelas Bersama penyelaras dan GPK setelah hasil dari ujian saringan
G. Hari Kualiti Pendidikan Khas
1. Membantu merancang lokasi, tarikh, tema dan aktiviti Hari Kualiti Pendidikan Khas peringkat
sekolah
2. Merancang Bersama guru dan PPM untuk perlantikan AJK
H. Papan Kenyataan dan Papan Buletin
1. Memastikan papan kenyataan Pendidikan Khas mencukupi dan berkeadaan baik.
2. Papan kenyataan diletakkan di tempat yang sesuai.
3. Menampal maklumat terkini dan lengkap di papan kenyataan.
4. Memastikan papan kenyataan sentiasa kemas dan ceria.
I. Perkembangan Staf / LDP PPKI
1. Memastikan semua guru/PPM menghadiri mana-mana kursus/taklimat yang dianjurkan sebagai
perkembangan staf.
2. Menyimpan maklumat program dan surat tunjuk sebab ketidakhadiran guru/staf di dalam fail.
J. Setiausaha Mesyuarat / Taklimat
1. Mentadbir dan menyelaras mesyuarat
2. Menyediakan minit mesyuarat, laporan serta taklimat dan mengedarkan minit mesyuarat kepada
semua guru dalam tempoh 10 hari selepas mesyuarat diadakan
3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan failberkaitan mesyuarat
4. Menyediakan jamuan ( atas persetujuan GPK PK) semasa mesyuarat guru diadakan.
K. Laman Web / Portal Pendidikan Khas / facebook
1. Bertanggungjawab memastikn maklumat dikumpulkan untuk dokumentasi PPKI.
2. Merancang aktiviti meningkatkan pengetahuan guru, kakitangan dan murid.
3. Menyebarkan maklumat aktiviti ke dalam media sosial secara berhemah dan tiada menimbulkan
masalah berbangkit.
4. Memastikan computer dalam keadaan baik dan berfungsi.
L. Setiausaha Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru
1. Membincangkan program Badan Kebajikan Program Integrasi Pendidikan Khas.
2. Merangka Program Peningkatan Akademik dan Pencapaian Pelajar.
3. Menyediakan dana untuk Peningkatan Akademik Pelajar.
4. Mengadakan pertemuan ibu bapa, guru dan mesyuarat secara berkala.
5. Membentuk Jawatankuasa untuk menangani masalah sosial pelajar Pendidikan Khas.
M. Majalah Sekolah
1. Menggalakkan murid-murid menghasilkan karya untuk dihantar ke unit majalah sekolah.
2. Mengagihkan majalah kepada murid dan pihak-pihak tertentu.
N. Siaraya
1. Menyediakan siaraya bagi setiap aktiviti dan majlis yang disediakan di PPKI.
2. Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan alatan siaraya.
3. Mengurus pembaikan atau pembelian alat siaraya yang bersesuaian bagi meningkatkan mutu
siaraya di PPKI
4. Menyemak stok pada akhir setiap penggal.
O. Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru
1. Membincangkan program Badan Kebajikan Program Integrasi Pendidikan Khas.
2. Merangka Program Peningkatan Akademik dan Pencapaian Pelajar.
3. Menyediakan dana untuk Peningkatan Akademik Pelajar.
4. Mengadakan pertemuan ibu bapa, guru dan mesyuarat secara berkala.
5. Membentuk Jawatankuasa untuk menangani masalah sosial pelajar Pendidikan Khas.
P. Buletin dan Brosur PPKI
1. Memastikan brosur PPKI dikemaskinikan mengikut kesesuaian PPKI.
2. Memastikan buletin dikeluarkan mengikut aktiviti yang dijalankan dan dikumpulkan dalam
tempoh yang ditetapkan.
3. Memastikan setiap guru yang menjalankan aktiviti membuat buletin masing-masing dan
mengumpulnya untuk simpanan fail dan papan kenyataan PPKI.
A1.3.2 PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan Kewangan
1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,
2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru pendidikan khas,
4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan
kepada semua guru pendidikan khas,
5. Menyemak akaun di pejabat dari semasa ke semasa.
6. Memastikan semua baucer pembayaran disokong dil dan invois.
7. Pembelian melebihi jumlah perlu mendapatkan kebenaran JPM.
8. Bil dan Invois mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan dalam tahun semasa.
9. Perbelanjaan perlu dirancang dari awal tahun untuk mengelakkan pengumpulan atau tidak
dikeluarkan.
10. Melaporkan ke JPM jika terdapat kes penyelewengan
11. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh
bendahari kelas
Pengurusan Stok
1, Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Melaka diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Melaka dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,
4. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.
Guru Aset, Iventori dan Sebut Harga
1. Menerima pembekal asset yang dibekalkan oleh kerajaan dan mengesahkan jumlah penerimaan
mencukupi berpandukan Sijil Akaun Penerimaan (SAP)
2. Mengumpul rekod Inventori setiap kelas dan bilik.
3. Menyimpan stok/inventori asset PPKI.
4. Melabel dan menomborkan setiap aset baru.
5. Membuat pelupusan asset yang rosak dan tidak boleh diperbaiki
Bendahari Kelas Pendidikan Khas
1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,
2. Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung
kelas pendidikan khas,
3. Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,
4. Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan
A1.3.3 PENGURUSAN KURIKULUM
Pengurusan Kurikulum
1. Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kurikulum diadakan pada minggu pertama persekolahan dan perlu
diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
2. Mesyuarat Panitia mata pelajaran kali pertama diadakan pada bulan pertama (selepas Mesyuarat
Induk Kurikulum) dan seterusnya mengikut jadual/takwim yang telah disediakan.
3. Minit mesyuarat panitia hendaklah dihantar kepada Penyelaras seminggu selepas mesyuarat dan
minit mesyuarat tersebut perlu diedarkan kepada semua guru panitia yang terlibat.
4. Penyelaras perlu menjalankan pencerapan terhadap guru supaya setiap guru dapat diselia oleh
pentadbir sekurang-kurangnya dua kali setahun. Buku kerja/buku rampaian pelajar hendaklah
diperiksa oleh guru mata pelajaran dan diikuti oleh semakan oleh pentadbir.
Matapelajaran / Subjek
12. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaaan) 1997 di bawah akta Pendidikan
1996, matapelajaran bagi peringkat menengah di kategorikan sebagai matapelajaran Teras, Wajib,
Tambahan dan Elektif.
13. Bagi Program Pendidikan Khas SMK Seri Pengkalan menjalankan matapelajaran untuk:
• Kefungsian Sederhana (Lihat Jadual 12)
• Kefungsian Rendah (Lihat Jadual14)
• Matapelajaran Kemahiran Vokasional (Lihat jadual 13)
Penilaian Dan Peperiksaan
1. Periksaan Pertengahan Tahun dan Periksaan Akhir Tahun.
2. Markah ujian/peperiksaan hendaklah dimasukkan oleh guru tingkatan ke dalam sistem pemarkahan
selepas setiap ujian/peperiksaan terakhir.
3. Guru tingkatan bertanggungjawab mencetak slip kepada keputusan ke kelas masing-masing dan
seterusnya menyerahkan slip kepada penyelaras untuk ditandatangani sebelum diserahkan kepada
Pengetua. Satu salinan slip peperiksaan hendaklah disimpan di dalam fail rekod murid.
4. Setiap hujung tahun, penyelaras bersama-sama guru tingkatan bertanggungjawab membuat
penyusunan semula kedudukan pelajar bagi sesi tahun yang akan datang mengikut kesesuaian
kumpulan mata pelajaran.
Program Kecemerlangan Akademik
1. Program kecemerlangan dan pengukuhan perlu dijalankan untuk semua kelas berdasarkan program
perancangan peningkatan akademik sekolah. Semua guru walaupun tidak mengajar kelas atau
subjek peperiksaan adalah bertangungjawab memastikan kecemerlangan akademik sentiasa berada
pada tahap cemerlang.
2. Guru perlu memberi latihan bertulis kepada pelajar dengan secukupnya dan memastikan pelajar
membuat kerja kelas dan kerja rumah denga sebaik-baiknya. Selain itu, guru-guru hendaklah
memeriksa semua kerja pelajar dengan teliti sehingga objektif yang dirancang tercapai.
Penghantaran Rekod Mengajar
Rekod mengajar ialah dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa dikemas kini. Setiap bahagian hendaklah
diisi mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan iaitu:
• Melengkapkan butir-butir diri guru, cuti am dan penggal persekolahan, jadual waktu kelas
dan persendirian sekiranya ada perubahan.
• Sukatan pelajaran bagi setiap kelas yang diajar.
• Rancangan pelajaran setiap mata pelajaran yang diajar difailkan.
• Rekod penilaian murid dilengkapkan dengan nama dan markah bagi semua kelas yag
diajar.
• Rekod mengajar hendaklah dihantar secara online tapak google form yang disediakan oleh
pihak sekolah pada hari Jumaat waktu akhir untuk disemak oleh GPK PK.
JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Pengerusi : Pn. Mahfudzah binti Mohamed Noor (Pengetua)
Naib Pengerusi
Setiausaha : Pn. Noor Sharidah binti Hamid (GPK Pendidikan Khas)
: Pn. Norhidayu binti Othman
AJK: : Pn. Norhidayu binti Othman
Peperiksaan, Penilaian dan Bank Soalan : Pn. Norhidayu binti Othman
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) : Pn. Norhidayu binti Othman
Jadual Waktu dan Jadual Ganti : Pn. Siti Hajar binti Omar @ Mohd
Program Inklusif : Pn. Huda Suhaily binti Adam
Perekodan, Pelaporan PBD : Pn, Zaihan binti Mat Hussin
Program Motivasi Pendidikan Khas : En. Nazri bin Bahari
Program Kem Bestari Solat : Pn. Norhidayu binti Othman
RPI dan Senarai Semak PDPc : Cik Isniza binti Ismail
Pusat Sumber Pendidikan Khas : Pn. Noor Sharidah binti Hamid
Jadual Penyeliaan dan Pencerapan PdPc : Pn. Nazarinar binti Seman
Program Bersama Kolej Yayasan Melaka (Pastri) : En. Wan Muhammad Rafiey bin Ab.
Program Bersama PELADANG (Projek Kelulut)
Wahab
Program Transisi Kerjaya : En. Nazri bin Bahari
Ketua Panatia Matapelajaran Kefungsian Sederhana :
a. Bahasa Melayu Komunikasi : Pn. Norhidayu binti Othman
b. English of Comunication : Pn. Huda Suhaily binti Adam
c. Matematik : En. Nazri bin Bahari
d. Pendidikan Sains Sosial dan Alam Sekitar : Pn, Zaihan binti Mat Hussin
e. Agama Islam : En. Nazri bin Bahari
f. Pendidikan Moral : Pn. Huda Suhaily binti Adam
g. Pendidikan Jasmani dan Pend, Kesihatan : Cik Isniza binti Ismail
h. Pendidikan Seni Visual : Cik Isniza binti Ismail
i. Pengurusan Diri : Pn. Norhidayu binti Othman
j. Kemahiran Asas Vokasional (Asas Masakan) : Guru X
k. Kemahiran Asas Vokasional (Asas Tanaman): En.Wan Muhammad Rafiey bin Ab. Wahab
l. Kemahiran Vokasional Spesifik ( Pastri) : Pn. Nazarinar binti Seman
Ketua Panatia Matapelajaran Kefungsian Rendah : Guru X
a. Pengurusan Kehidupan : Pn. Huda Suhaily binti Adam
b. Komunikasi : En. Nazri bin Bahari
c. Pendidikan sahsiah : Cik Isniza binti Ismail
d. Pendidikan seni dan kesejahteraan : Pn. Norhidayu binti Othman
e. Kemahiran Asas Masakan : Pn. Noor Sharidah binti Hamid
f. Kemahiran Pertanian
TUGAS:-
A. Peperiksaan, Penilaian dan Bank Soalan
1. Menentukan dan menyediakan jadual waktu peperiksaan dalaman
2. Menganalisis kepurusan peperiksaan
3. Memastikan kertas soalan peperiksaan telah disediakan oleh guru-guru
4. Menguruskan pendaftaran peperiksaan awam, jika ada.
5. Mengedarkan jadual peperiksaan
6. Mengemaskini maklumat peperiksaan di papan kenyataan program dan kelas
B. Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM)
1. Menyelaras mesyuarat perlantikan dan yang berkaitan dengan PASM
2. Memuat turun dan mendaftar masuk system MyPASM
3. Mendaftar pusat pentaksiran, pentaksir dan calon
4. Memuat turun dokumen PASM
5. Menyediakan jadual kerja
6. Melaksana penyelarasan tugasan
7. Melaksanakan Penyelarasan EBAI
8. Melaksana, merekod standard kebolehan dan memuat naik eviden
9. Mengesahkan sijil PASM
10. Mengakses pelaporan PASM dalam bentuk sijil digital.
C. Jadual Waktu dan Jadual Ganti
1. Berbincang dengan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dalam penyusunan jadual waktu
2. Membuat pindaan jadual waktu, jika perlu.
3. Menyediakan dan mengedarkan Salinan jadual waktu P&P kepada guru-guru.
4. Menyimpan rekod jadual waktu
5. Menyediakan jadual waktu guru ganti mengikut ketetapan tugas.
6. Menrekodkan senarai guru ganti.
D. Program Inklusif
1. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian murid PPKI
2. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
3. Merancang dan membina instrument penilaian
4. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi murid PPKI dalam program pendidikan
separa insklusif.
5. Merancang dan melaksanakan program motivasi PPI
6. Menyediakan dan mengemaskini fail PPI
7. Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga berhubung penempatan PPI
E. Perekodan, Pelaporan PBD
1. Memastikan semua guru matapelajaran mendapat tapak offline perekodan dan pelaporan PBD
bagi memudahkan proses pentaksiran
2. Mesyuarat untuk perekodan kemajuan murid dalam kelas bagi guru untuk semua subjek yang
diajar sebanyak 2 kali Mei dan November
3. Memastikan semua guru subjek mencetak pelaporan dan diletakkan didalam Fail PBD
F. Program Motivasi Pendidikan Khas
1. Merancang aktiviti bagi kepada semua murid Pendidikan khas untuk menyertai kegiatan luar
yang memberi motivasi .
2. Menilai kebolehan dan keupayaan murid dalam aktiviti yang disertai
G. Program Kem Bestari Solat
1. Merancang aktiviti diperingkat sekolah
2. Menyelaras mesyuarat AJK
3. Menamakan murid untuk dihantar ke peringkat daerah/negeri
4. Membuat dokumentasi
H. Rancangan Pengajaran Individu dan Senarai Semak PDPc
1. Memantapkan keperluan Rancangan Pendidikan Individu sebagai perkembangan berterusan
murid dalam pendidikan sesuai dengan keupayaan mereka.
2. Melibatkan ibu bapa dan pentadbir dalam menyediakan Rancangan Pendidikan Individu yang
sempurna.
3. Menyediakan RPI sebagai rancangan bertulis/atas talian dan sebagai alat pengurusan bagai
keseluruhan proses pentaksiran pengajaran.
4. Menyediakan senarai semak bagi tujuan yang sama dengan RPI bagi subjek yang ditentukan
I. Pusat Sumber Pendidikan Khas
1. Bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pusat sumber
2. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber Pendidikan khas bersama GPK PK
3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini
4. Memastikan peralatan seperti tempat televisyen, papan putih, tempat duduk murid serta
kemudahan lain membolehkan tayangan/siaran diikuti dengan sempurna
5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu
6. Menyediakan dan mengurus pembelian buku mengikut keutamaan
7. Merekodkan Buku Perolehan dan Buku Stok
8. Menceriakan suasana pusat sumber supaya dapat menarik minat murid untuk menbaca dan
menggunakan ruang pusat sumber.
J. Jadual Penyeliaan dan Pencerapan PdPc
1. Memastikan penyimpanan fail pencerapan PdPc dikemaskini oleh semua guru
2. Pemantauan dibuat pada mngikut fasa SKPMg2 iaitu bulan Januari, Mei dan November dan
dicatatkan dalam boring pemantauan
3. Menyiap dan menyerahkan jadual, senarai nama dan subjek pencerapan/pemantauan kepada
semua guru Pendidikan Khas
4. Guru-guru perlu bersedia mengemukakan evidens kepada GPK apabila diperlukan
K. Program Bersama Kolej Yayasan Melaka (Pastri)
1. Bertindak sebagai koordinator yang menghubungkan di antara Sektor Pendidikan Khas, JPN
Melaka dengan KYM STES Sdn. Bhd. Koordinator dari SMK Seri Pengkalan berperanan
sebagai Ketua Koordinator kepada empat buah sekolah lain yang terlibat iaitu SMK Tun Haji
Abdul Malek, SMK Kem Terendak, SMK Seri Mahkota, dan SMK Air Molek.
2. Menguruskan hal ehwal pembelajaran MBK seperti pengangkutan waktu pergi dan balik,
pengurusan pakaian, waktu rehat dan makanan minuman.
3. Berurusan dengan pihak KYM STES tentang urusan kelas teori dan amali Sijil Kemahiran
Malaysia.
4. Berurusan dengan pihak KYM STES bagi kelas online, menguruskan peralatan dan peranti
sekiranya kelas online diadakan di sekolah.
5. Berada bersama-sama MBK di dalam kelas teori dan amali.
6. Membimbing MBK menjawab Ujian Pengetahuan dan Ujian Prestasi.
7. Membantu menyiapkan portfolio MBK.
8. Menyelaras aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Berkembar seperti Majlis
Penyampaian Letter Of Intent, Majlis Menandatangani MOU dan Lawatan KPPK dan pegawai
JPN, PPD ke Pusat Bertauliah PLTV.
9. Menyelaras hal ehwal peperiksaan akhir Sijil Kemahiran Malaysia.
10. Menguruskan Majlis Graduasi / Konvokesyen Penganugerahan SKM kepada MBK.
L. Program Transisi Kerjaya
1. Membuat pemilihan murid dengan secara perbincangan dengan GPK
2. Perbincangan dengan ibu bapa murid dan majikan yang telah dibuat pemilihan
3. Menyediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan, pemakluman, pemantauan dan
dokumen lain yang berkaitan
4. Membuat pemantauan secara berkala dan berjadual kepada murid
5. Membuat perekodan dan pelaporan setiap perkembangan murid
6. Membuat diskusi bersama GPK, ibubapa dan majikan dari semasa ke semasa jika perlu
M. Ketua Panitia
1. Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang terkini.
2. Menentukan pembelian ABM
3. Menyediakan rancangan Pelajaran Tahunan
4. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan jawapan.
5. Menyediakan analisis keputusan ujian dan peperiksaan dalaman.
6. Menentukan jenis-jenis buku rujukan dan bahan bacaan di perpustakaan
7. Mencerap buku latihan murid
8. Merancang program peningkatan prestasi mata pelajaran.
9. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun
10. Membuat anggaran perbelanjaan panitia
11. Melaksanakan ‘inhouse training’
12. Melengkapkan fail panitia
13. Mengemaskini buku-buku stok
Guru Kelas
1. Memenuhkan semua data murid termasuk nombor pendaftaran pada awal penggal pertama.
2. Menandakan jadual kedatangan murid setiap hari dalam APDM
3. Menghubungi penjaga/ibu bapa murid yang tidak hadir melebihi dua hari tanpa surat cuti sakit
atau surat rasmi.
4. Mengeluarkan surat amaran kepada penjaga yang mana anaknya tidak hadir ke sekolah
melebihi tiga hari.
5. Bertanggungjawab secara keseluruhan memastikan keceriaan dan kebersihan kelas. Sebarang
kerosakan perlu dilaporkan dan diambil tindakan segera.
6. Menyediakan markah laporan peperiksaan dan dimasukkan ke dalam laporan fail kemajuan
murid.
7. Mengagih dan mengutip semula buku teks SPBT serta merekodkan segala butiran yang
dikehendaki.
8. Melaporkan masalah disiplin murid daripada kelasnya.
9. Menyediakan butir-butir Sijil Berhenti dan menyerahkannya kepada Penyelaras.
10. Menutup dan memastikan jadual kedatangan kelasnya pada setiap akhir bulan.
11. Memastikan pengurusan dan organisasi kelas berjalan baik
12. Menentukan jadual waktu kelas/induk/jadual tugas dan senarai inventori digantung dengan
kemas
13. Menyediakan dan menyelia tabung kelas dan merekodkan kutipan
14. Memastikan keceriaan kelas sentiasa dikemaskini.
15. Bertanggungjawab dalam menanda /mengumpul/menyemak/maklumat dan menghantar
semua jadual ke pejabat sebelum jam 9.00 pg setiap hari.
16. Membuat penyelarasan laporan pelajaran/sijil berhenti sekolah /surat akuan/kad kemajuan
dan markah murid untuk simpanan kelas dan sesalinan ke pejabat
17. Memastikan buku-buku dimiliki oleh murid
18. Memastikan kutipan yuran dan resit dibereskan /termasuk urusan derma
19. Memasukkan nombor pendaftaran bagi murid baru
20. Menguruskan urusan/maklumat perpindahan murid
21. Urusan surat menyurat untuk makluman spontan kepada penjaga
A1.3.4 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Pengurusan Disiplin Murid
1. Semua guru Pendidikan khas bertanggungjawab sebagai guru disiplin seperti membuat teguran,
menasihat, memberI amaran dan membuat laporan kepada GPK PK dengan kadar segera.
2. Semua guru Pendidikan khas seharusnya bijak menangani sebarang salah laku murid secara
berhemah. Salah laku murid dalam kategori ringan yang perlu ditangani hendaklah dimulakan
dengan peringkat nasihat, amaran dan sekiranya berlajutan hendaklah dilaporkan kepada
Penolong Kanan HEM/Pengetua pada kadar segera.
3. Rekod salah laku yang dikemaskini, mudah diakses digunakan sebagai sumber rujukan dan
sumber laporan pihak sekolah.
4. Makluman juga perlu firekodkan di dalam SSDM
5. Kawalan disiplin berteraskan undang-undang, peraturan dan buku peraturan sekolah.
6. Sokongan ibu bapa/penjaga dan masyarakat diperlukan masyarakat diperlukan bertujuan untuk
meningkatkan integriti dan menangani salah laku pelajar..
Rekod Profil Murid
1. Rekod Profil Murid perlu diletakkan di bilik khas yang ditentukan.
2. Maklumat dalam semua rekod Profil Murid iailah maklumat terkini dan sah digunakan.
3. Rekod Maklumat Murid yang terkini boleh diakses pada bila-bila masa.
Rekod Fail Peribadi Dan Kehadiran Murid
1. Guru-guru tingkatan akan menyediakan dan melengkapkan data murid yang terkini. Dokumen
berkaitan murid disimpan dan difailkan dalam fail yang dibekalkan.
2. Guru-guru tingkatan menanda kehadiran murid dilakukan sebelum jam 9.00 pagi di dalam APDM.
Kehadiran mesti ditulis di papan kehadiran murid pada jam 9.00 pagi.
3. Pelaksanaan tindakan untuk murid ponteng adalah mengikut prosedur.
4. Kedatangan perlu dicetak dari APDM pada akhir setiap bulan dan difailkan.
Kehadiran Murid Ke Sekolah
1. Pakaian murid lelaki dan perempuan adalah mengikut peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia
dan peraturan sekolah.
2. Pakaian Pendidikan Jasmani boleh dipakai hanya pada hari yang ada waktu Pendidikan Jasmani
dan yang melibatkan aktiviti luar sahaja.
JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
Pengerusi : Pn. Mahfudzah binti Mohamed Noor (Pengetua)
Naib Pengerusi
Setiausaha : Pn. Noor Sharidah binti Hamid (GPK Pendidikan Khas)
: Pn. Zaihan Binti Mat Hussin
AJK :-
Skim Pinjaman Buku Teks : Cik Isniza binti Ismail
APDM/Kehadiran : Pn. Huda Suhaily binti Adam
Keceriaan Kelas dan Pengurusan Kelas : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Kesihatan / insurans Kemalangan Takaful : Pn. Nazarinar binti Seman
Disiplin/Tatatertib : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Kebajikan Murid : Pn. Norhidayu binti Othman
Elaun Murid Khas/Biasiswa : Pn. Siti Hajar binti Omar
Pematuhan SOP (Covid 19) : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Keselamatan dan Kebakaran : En, Nazri bin Bahari
Bimbingan dan Kaunseling : En. Wan Muhammad Rafiey bin Ab. Wahab
Pendaftaran, pemberhentian dan Pertukaran : Pn. Zaihan binti Mat Hussin
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) : Pn. Huda Suhaily binti Adam
TUGAS :-
A. Skim Pinjaman Buku Teks
1. Menyelaras hal-hal pengumpulan dan pengagihan/pemulangan buku teks.
2. Mengurus kutipan data dan mengawal stok buku teks.
3. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus SPBT.
4. Memastikan keselamatan buku-buku terpelihara dengan baik.
B. APDM/Kehadiran
1. Menguruspendaftaran dan profil data murid.
2. Mengemaskini data murid dalam APDM untuk kegunaan online maklumat murid.
3. Memantau dan memastikan data murid sentiasa terkini.
4. Memaklumkan pengumuman yang disiarkan dalam APDM kepada pihak yang terlibat.
5. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang ponteng dan lewat hadir ke sekolah.
6. Mengenal pasti faktor ponteng dan kelewatan murid.
7. Melaksanakan aktiviti mengekang murid ponteng dan hadir lewat.
8. Merancang program murid mengatasi hadir lewat untuk murid bersama ibu bapa/penjaga.
9. Menyediakan dokumentasi dan analisis murid lewat ke sekolah.
10. Mengenal pasti murid yang ponteng dan buang sekolah.
11. Kes berat hendaklah dirujuk kepada GPK/Pengetua/Polis Perhubungan
C. Keceriaan Kelas dan Pengurusan Kelas
1. Memberi cadangan untuk meningkatkan keceriaan serta iklim sekolah.
2. Menjadikan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang indah, cantik dan menarik.
3. Memastikan bangunan / sudut bangunan dihiasi dengan mural, kata-kata hikmat, madah dan
sebagainya.
4. Mengadakan gotong-royong yang dapat menyokong Program Bersih, Indah, Hijau.
5. Mengurus aktiviti keceriaan tandas.
D. Kesihatan / insurans Kemalangan Takaful
1. Menguruskan hal-hal berkaitan pemeriksaan gigi dan suntikan berkaitan.
2. Merancang dan melaksanakan program yang dapat meningkatkan persekitaran sekolah yang
bersih, ceria dan sihat secara bersepadu.
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran warga
Program Pendidikan Khas Integrasi agar sihat dan bebas daripada penyakit
4. Menguruskan hal yang berkaitan dengan Insurans Kemalangan Takaful
5. Menganjurkan ceramah tentang keselamata dan kesihatan
E. Disiplin/Tatatertib
1. Mengadakan mesyuarat apabila perlu membicarakan kes salahlaku murid yang melanggar
peraturan sekolah.
2. Membuat keputusan terhadap sebarang kes salahlaku murid dan memaklumkan kepada murid
penjaga, sekolah dan Jabatan Pelajaran Melaka.
3. Membuat akuan terhadap sebarang kes dan keputusan yang diambil terhadap murid mengenai
sebarang kes salah laku.
4. Membuat cadangan dari masa ke masa untuk meningkatkan tahap disiplin murid di sekolah.
5. Bekerjasama dengan kaunselor murid untuk kesedaran dan motivasi diri.
6. Mengurus rekod dan menyediakan laporan SSDM dan eDisiplin dari masa ke masa.
7. Membantu dalam menyimpan rekod, catatan dan menguruskan surat menyurat berhubung
dengan disiplin.
8. Menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap perbuatan dan amalan murid yang melanggar
tatatertib.
F. Kebajikan Murid
1. Mengenal pasti dan menguruskan hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan bagi
murid miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian dan kecemasan.
2. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan cakna murid dalam
bidang kebajikan.
3. Menyimpan rekod kutipan/sumbangan/derma
G. Elaun Murid Khas/Biasiswa
1. Menyelenggara perakuan-perakuan Elaun Murid Khas.
2. Mengemaskini rekod-rekod Elaun Murid Khas.
3. Menguruskan bayaran Elaun Murid Khas yang diberikan.
4. Mengaturkan supaya Elaun Murid Khas yang diberi, disimpan ke dalam buku BSN.
5. Menguruskan biasiswa lain (jika ada)
6. Menasihati para penerima Elaun Murid Khas/ biasiswa lain supaya bersyukur dan berusaha
mencapai kecemerlangan dan membuat tindakan kepada murid yang cuai dan malas.
H. Keselamatan dan Kebakaran
1. Merancang dan menyelaras Program Sekolah Selamat
2. Memastikan dan merancang langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.
3. Bersama-sama AJK Keselamatan dan Kebakaran Sekolah merancang dan melaksanakan latihan
mencegah atau latihan kebakaran dan latihan seumpamanya.
4. Menyediakan alat-alat pemadam api dan memastikannya dalam keadaan baik dan boleh
digunakan.
5. Menyediakan panduan tindakan jika berlaku kebakaran.
6. Menjemput Jabatan Bomba untuk mengadakan demontrasi mengenai alat-alat pemadam api dan
ceramah keselamatan.
7. Menubuhkan AJK Kecemasan dalam kalangan murid.
8. Menyediakan panduan-panduan dan peraturan-peraturan keselamatan jalanraya untuk murid.
9. Mengawas supaya murid mematuhi peraturan keselamatan jalanraya.
10. Memastikan murid menggunakan melintas/menaiki jejambat/jejantas ketika datang dan balik dari
sekolah.
11. Memeriksa kenderaan murid terutama motosikal untuk memastikan ia selamat.
12. Menambah pengetahuan murid terhadap penggunaan dan keselamatan jalanraya menerusi
ceramah atau tayangan CD/Internet.
13. Menganjurkan ceramah tentang keselamatan dan kebakaran
I. Bimbingan dan Kaunseling
1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program kaunseling.
2. Menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid.
3. Mengenal pasti murid bermasalah yang memerlukan bimbingan.
4. Memberi bimbingan untuk kemasukan ke kolej/IPT/bidang kerjaya.
5. Bekerjasama dengan guru-guru disiplin dalam meningkatkan tahap disiplin murid.
J. Pendaftaran, pemberhentian dan Pertukaran
1. Pendaftaran murid baru dan lama difailkan dan direkodkan
2. Menentukan pelajar yang akan bertukar / ditukarkan / diberhentikan
3. Permakluman kepada pihak sekolah dan Unit Pendidikan Khas
4. Menyediakan dokumen:
a. Fail peribadi pelajar
b. Borang pertukaran
c. Surat berkaitan pertukaran cth: dari Sekolah, Unit Pendidikan Khas atau sebagainya
5. Borang Pengambilan Dokumen ditandatangani oleh penjaga/pelajar
6. Memastikan setiap murid mempunyai kad kemajuan
7. Memastikan guru kelas mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, ko-kurikulum
dan fizikal dalam Kad Kemajuan pagi setiap kali peperiksaan penggal/akhir
8. Memastikan murid mempunyai sijil berhenti dan surat pengakuan setelah berhenti persekolahan
K. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
1. Mengemaskini fail BAP dari semasa ke semasa
2. Mengenalpasti murid yang layak menerima dan membuat senarai semak
3. Menguruskan pemberian BAP muri pendidikan khas
4. Menyimpan rekod pemegang BAP
A1.3.5 PENGURUSAN KOKURIKULUM
Matlamat
1. Mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan Kementerian.
2. Menggalakkan integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.
3. Memberikan prioriti kepada integriti sewaktu guru dan pelajar terlibat dalam aktiviti dan
pertandingan.
4. Melahirkan insan istimewa yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5. Menyediakan ruang untuk guru mencurahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
kokurikulum.
6. Mengiktiraf kecemerlangan dan komitmen guru serta murid menerusi penganugerahan sijil pada
hari kualiti sekolah
7. Murid yang telah memberi sumbangan cemerlang kepada sekolah dalam aktiviti kokurikulum di
dalam atau di luar sekolah perlu diberikan Sijil Penghargaan.
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Pengerusi : Pn. Mahfudzah binti Mohamed Noor (Pengetua)
Naib Pengerusi
Setiausaha : Pn. Noor Sharidah binti Hamid (GPK Pendidikan Khas)
: Cik Isniza binti Ismail
GURU PENASIHAT:
BADAN PERUNIFORM : Pengakap Istimewa : Pn. Siti Hajar binti Omar @ Mohd
KELAB/PERSATUAN
SUKAN (K)
PERMAINAN
: Semua Guru PPKI
KO-AKADEMIK
: Semua PPM
: Kelab Pencinta Alam : Pn. Zaihan bin Mat Hussin (K)
: Semua Guru PPKI
: Semua PPM
: Sukan Sekolah : Pn. Huda Suhaily binti Adam
: Olahraga dan Balapan : Cik Isniza binti Ismail
: Merentas Desa : Pn. Huda Suhaily binti Adam
: Special Olimpiad : En. Wan Muhammad Rafiey bin Ab.
Wahab
: Futsal : En. Nazri bin Bahari
: Bola Jaring : Pn. Zaihan bin Mat Hussin
: Petanque : Pn. Norhidayu binti Othman
: Boling : Pn. Siti Hajar binti Omar @ Mohd
: Kids Athlethic : Cik Isniza binti Ismail
: Sport Stacking : En. Wan Muhammad Rafiey bin Ab.
Wahab
: Catur : Cik Isniza binti Ismail
: Pergerakan Kreatif : Guru X
: Program Terapi : Pn. Nazarinar binti Seman
: Majlis Tilawah Al-Quran : Pn. Siti Hajar binti Omar @ Mohd
: Sambutan Hari lahir : Cik Isniza binti Ismail
: Sambutan Hari Raya : Pn. Nazarinar binti Seman
: Majlis Akhir Tahun dan Graduasi : Pn. Nazarinar binti Seman
: Hari Guru Pendidikan Khas :Pn. Huda Suhaily binti Adam
TUGAS:-
1. Mengadakan Mesyuarat Agung untuk melantik/membentuk jawatankuasa
2. Mengadakan perjumpaan setiap hari Rabu, bermula jam 7.40 pagi hingga 9.10 pagi.
3. Semasa perjumpaan, guru penasihat dan guru pembantu aktiviti perlu berada bersama murid.
4. Memastikan kedatangan ahli ditandakan ke dalam buku kedatangan dan laporan perlu
disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
5. Semasa perjumpaan unit beruniform, semua murid wajib memakai T-Shirt/pakaian seragam.
6. Memilih ahli untuk menyertai Perkhemahan tahunan dan aktiviti Ko-akademik lain yang
sesuai/ditawarkan.
7. Memastikan Papan Kenyataan Ko-kurikulum dipenuhi dengan maklumat terkini
8. Peka dengan aktiviti Ko-Kurikulum peringkat sekolah dan Unit Pendidikan Khas
9. Melibatkan seberapa ramai murid yang berkebolehan dalam bidang sukan olahraga dan
permainan sebagai memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Khas
10. Menjalankan latihan berkala dan berterusan kepada murid yang berpotensi dalam bidang Ko-
Kurikulum
11. Merancang dan memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual selaras dengan visi dan Misi
sekolah.
12. Kebajikan pelajar dan guru mesti dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan
yang berlaku di luar jangkaan manusia.
13. Membuat kertas kerja, anggaran pendapatan dan perbelanjaan serta kutipan yuran.
14. Menentukan setiap pelajar yang terpilih dan mendapat kebenaran dari ibu bapa menyertai
kegiatan kokurikulum yang ditawarkan oleh Program Pendidikan Khas berdasarkan ketetapan
Unit Pendidikan Khas Melaka.
15. Mencadangkan ahli-ahli yang layak untuk diberi sijil penghargaan.
16. Melengkapkan buku laporan aktiviti untuk disemak oleh GPK Kokurikulum
17. Menyediakan laporan tahunan dan Perancangan Strategik Program Pendidikan Khas
A1.3.6 PENGURUSAN KELAS
Pengurusan Kelas
1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada
pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,
Pengurusan Jadual Waktu
1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang
sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit
Pendidikan Khas, JPN Melaka
Waktu Persekolahan
1. Waktu Persekolahan Program Pendidikan Khas Integrasi adalah mengikut arahan Jabatan Pelajaran
Melaka JPM / UPK 0142 / 37 JK ld .2 / ( 2 ) Bertarikh 20 Mac 1998.
2. Waktu pembelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi bermula 7.40 pagi hingga 1.30 petang
3. Masa bekerja guru dari 7.40 pagi hingga 2.00 petang
4. Masa bekerja PPM dari 7.00 pagi hingga 1.45 petang, rehat pukul 1.45 petang hingga 3.00 petang dan
masuk semula pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang
5. Waktu rehat murid mengikut kesesuaian jadual waktu di sekolah.
6. Jadual waktu satu pusingan dan masa belajar ialah tiga puluh minit.
7. Waktu belajar bagi murid Program Pendidikan Khas Inklusif di kelas biasa sama seperti murid Aliran
Biasa kelas insklusif mereka.
Pelajaran Pendidikan Khas Inklusif di kelas perdana mengikut keperluan murid berkenaan seperti;
B. Melayu / B. Inggeris / Matematik / Sains /
Inklusif Mata Pelajaran Agama
(Waktu murid hadir kelas Mengikut Jadual Waktu
Kelas berkenaan)
Inklusif Ke Kelas Biasa Semua Mata Pelajaran Kelas berkenaan
Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut KSSM (Kurikulum Standart Sekolah Menengah)
Pendidikan Khas
2. Murid mesti bersama-sama guru pembimbing sepanjang pembelajaran.
3. Mesyuarat Perancangan Kurikulum Sekolah perlu diadakan setiap sesi persekolahan.
4. Guru-guru hendaklah menggunakan sukatan pelajaran Pendidikan Khas yang dibekalkan sahaja untuk
pembelajaran. Buku-buku tambahan lain jika perlu boleh digunakan dengan syarat mendapat
persetujuan ibu bapa/penjaga dan hanya boleh digunakan untuk tujuan pengembangan sahaja.
5. Latihan wajib diberikan kepada pelajar selepas setiap sesi pembelajaran.
6. Setiap panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan minimum yang perlu disiapkan oleh murid dan
jumlah perlu disemak semasa membuat pemantauan.
7. Buku latihan perlu diperiksa dan dipulangkan semula kepada murid dengan kadar segera.
8. Pengajaran dan pembelajaran perlu mengutamakan penggunaan ICT.
9. Tindakan guru berkursus atau mengikut aktiviti luar sekolah:
a. Tinggalkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar.
b. Guru juga dikehendaki membekalkan latihan semasa cuti penggal.
10. Pada waktu pagi, loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.40 pagi sebagai peringatan akan
bermulanya pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru telah berada di
kelas/makmal/bengkel/padang untuk memulakan tugas masing-masing.
11. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan kelas diambil tindakan pada setiap tiga
minit pertama sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dan peperiksaan
12. Pelajar hendaklah bergerak menepati waktu ke makmal/bengkel/surau/padang.
13. Jika guru mata pelajaran Kemahiran Hidup / PJK / Amali Pendidikan Islam / /Pendidikan Moral tidak
dapat hadir atas urusan rasmi di luar sekolah, guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pelajar.
14. Semasa peperiksaan dijalankan guru-guru hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu yang
diberikan. Hal ini bermakna guru tidak boleh masuk lewat sebelum peperiksaan atau meninggalkan
kelas selepas sahaja tamat peperiksaan. Kawalan kelas hendaklah berterusan.
15. Masa pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit dalam kelas mestilah digunakan sepenuhnya
untuk mengajar dan bukan memeriksa kertas ujian/peperiksaan umum, membaca buku, melayari
internet yang tidak berkaitan dengan P&P dan lain-lain aktiviti yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran.
Perhimpunan
1. Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin di tapak perhimpunan pada pukul 7.40
pagi hingga 8.20 pagi.
2. Persedian tempat perhimpunan dikendalikan mengikut giliran guru bertugas tertentu seperti
jadual yang diedarkan.
Kelas: Kelas Guru Kelas
Kelas Aktif : Pn. Nazarinar binti Seman
3. Kelas Bestari : Pn. Siti Hajar binti Omar @ Mohd
4. Kelas Cermerlang : Pn Zaihan binti Mat Hussin
5. Kelas Dinamik : En. Nazri bin Bahari
6. Kelas Efektif : En.Wan Muhammad Rafiey bin Ab. Wahab
7. Kelas Pogresif : Cik Isniza binti Ismail
8.
Projek Khas
Program ini dilaksanakan kepada murid- murid berkeperluan khas yang berada di Program Pendidikan
Khas Integrasi. Murid-murid yang akan terlibat dalam program ini adalah di kalangan murid-murid
berkeperluan khas yang berada di peringkat umur 16 tahun hingga 19 tahun.
Projek/program khas ini adalah:
• Program Pastri bersama Kolej Yayasan Melaka
• Projek Ternakan Kelulut bersama PELADANG.
• Program Transisi Kerjaya
Projek ini dijalankan bagi kesinambungan daripada Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Program Integrasi Pendidikan Khas Menengah. Di
samping itu, kurikulum ini juga boleh digunakan untuk murid-murid berkeperluan khas lain yang
berhasrat menyambung pendidikan dalam bidang kemahiran vokasional di Program Integrasi Pendidikan
Khas di sekolah yang sama.
Murid-murid yang mengikuti Kurikulum Vokasional ini diharapkan dapat menguasai Kemahiran
Vokasional yang akan dimanfaatkan untuk mereka berdikari dalam kehidupan masa depan mereka. Melalui
Kemahiran Vokasional ini juga akan dijadikan asas untuk murid-murid meningkatkan pengajian dalam
bidang Kemahiran Vokasional di Institusi-Institusi Teknik dan Vokasional yang akan menawarkan sijil
kemahiran yang lebih tinggi.
Budaya Kelas
1. Ucapan salam/selamat sejahtera diberikan kepada guru,staf,rakan dan pelawat.
2. Ucapan salam/sejahtera diberikan sebelum permulaan kelas dengan menyebut nama guru pada
akhir ucapan salam/selamat sejahtera.
3. Pergerakan pelajar ke bengkel, makmal, pendidkan jasmani atau bilik-bilik khas dalam keadaan
beratur dan senyap. Murid akan beratur sebelum masuk ke bengkel, makmal dan bilik-bilik khas.
4. Hormat menghormati dan bantu-membantu perlu sentiasa diamalkan.
5. Sopan santun, toleransi dan tindakan berhemah perlu diamalkan.
6. Bangunan yang cantik dan ceria, taman yang subur, peralatan dan kemudahan yang disediakan
hendaklah sentiasa dikekalkan.
7. Buku teks yang dibekalkan perlu dibalut, dijaga dan digunakan secara maksimum.
8. Semua ahli di dalam kelas perlu menjaga kebersihan dan menjadikan kelas ceria dan selamat.
9. Jadual tugasan, info disiplin , jadual kelas, maklumat jumlah kehadiran murid hendaklah sentiasa
dipamerkan dan terkini. Papan kenyataan kelas perlu dipenuhkan dengan maklumat semua mata
pelajaran dan sentiasa terkini.
10. Perbuatan vandalisme terhadap harta benda kelas perlu dilaporkan kepada guru kelas dengan
kadar segera.
11. Misi dan Visi sekolah perlu dipamerkan di semua kelas.
12. Budaya belajar, ingin tahu dan proaktif perlu menjadi amalan semua murid.
13. Peka kepada sebarang maklumat yang terkini yang diperoleh daripada sumber yang sah seperti
pengumuman dan papan maklumat sekolah.
A1.3.7 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU
Pengenalan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang
murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas
program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument
untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu,
dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :
a. tahap prestasi seseorang murid
b. perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
c. matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid
d. maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal
pasti
e. objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian satu huraian berhubung
dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
f. perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang disediakan untuk murid
g. satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam
sekitar
Proses Pembinaan Rancangan Pengajaran Individu
RPI dibina berdasarkan maklumat berkaitan seseorang murid. Maklumat ini perlu diperoleh dengan
pelbagai kaedah termasuk:
a. Laporan perubatan
b. Semakan dokumen berkaitan perkembangan dan pencapaian murid dalam pelbagai bidang
c. Temu bual dengan ibu bapa
d. Temu bual dengan guru atau individu yang pernah mengajar atau terlibat dengan murid tersebut
e. Pemerhatian yang direkodkan
f. Pencapaian ujian saringan atau diagnostik
Semua maklumat tersebut akan membentuk asas untuk menentukan tahap keupayaan murid dari segi
kekuatan dan kelemahan dalam PPI 3 bagi 4 bidang iaitu:
a. Akademik
b. Kefungsian
c. Kemahiran
d. Bakat
Setiap guru subjek perlu menentukan Matlamat Tahunan dan Objektif Pembelajaran berdasarkan PPI 3.
PPI 3 dan PPI 4 akan menjadi asas bagi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang terdapat dalam
PII.Maklumat yang diisi dalam PPI 1 hingga PPI 8 merupakan Draf PPI yang mesti dihantar kepada ibu
bapa/penjaga untuk pengesahan. Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah hendaklah
mengadakan Sidang RPI bagi membincangkan Draf PPI yang telah dibentuk oleh pihak sekolah.Ibu bapa
/penjaga perlu menandatangani Borang Perakuan sebagai tanda persetujuan bagi PPI anak mereka
dilaksanakan.Sekiranya tiada persetujuan dicapai, Sidang Khas perlu segera diadakan dengan melibatkan
kehadiran wakil Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri. Salinan asal perakuan
diberikan kepada ibu bapa/penjaga dan satu salinan disimpan oleh pihak sekolah. Satu salinan PPI mesti
diberi kepada semua guru subjek yang mengajar murid tersebut.
Proses Pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu
Permulaan 1. a. Mengenalpasti 2. Pendidikan
untuk disaring. Khas tidak perlu
b. Saringan
5. Pendidikan
3. Rujukan biasa
4. Minta izin ibubapa untuk 9. –Pendidikan Biasa
membuat ujian individu - perkhidmatan lain
- Merayu
6. Penilaian
individu
7. Memberitahu ibubapa untuk
bersidang / Mesyuarat RPI
8. a. Mesyuarat / Bersidang RPI
b. Meminta izin untuk
penempatan
Carta 10. Menjalankan
kemajua RPI
n
11. Penilaian yang
berterusan
13. Menilai Laporan
Tahunan
A1.3.8 MASALAH PEMBELAJARAN
Pengenalan
Murid bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal
sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahasa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik
Kategori Murid PPKI (Masalah Pembelajaran) SMK Seri Pengkalan
BIL KATEGORI BILANGAN
1. Lembam 14
2, Lembam + Diskalkulatur, Disgraph 3
3. Mental Disorder + Speech Delay 2
4 Lembam + Epilipse (sawan) 1
5 Lembam + Lewat Perkembangan 1
6 Lembam + Disleksia 5
7 Sindrom Down 2
8 Hyperaktif ADHD 3
9 Autisme 1
10 Lembam + Masalah penglihatan 1
11 Lembam + Kurang Upaya Fizikal 2
35
JUMLAH