The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E1-MUHAMMAD SAFUWAN-PENULISAN AKADEMIK(NPDL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safuwan09-574, 2021-04-08 12:15:05

E1-MUHAMMAD SAFUWAN-PENULISAN AKADEMIK(NPDL)

E1-MUHAMMAD SAFUWAN-PENULISAN AKADEMIK(NPDL)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 4 )

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SAFUWAN BIN KAMARUDIN
ANGKA GILIRAN 2019192340012
NO. KAD
000911-03-1175
PENGENALAN PISMP E1
KUMPULAN
TUGASAN PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
ENCIK MOHD ZAKUAN ABDULLAH
NAMA PENSYARAH
08 APRIL 2021
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA

MAKLUM BALAS

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mohd Zakuan
Abdullah selaku pensyarah dan pembimbing bagi subjek EDUP3073 yang paling banyak
membantu saya dalam menjalankan tugasan. Beliau memberi tunjuk ajar dan penerangan
yang sempurna kepada saya sejak tugasan ini diedarkan sehingga dalam proses menyiapkan
tugasan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menitipkan
doa untuk keberkatan dan kejayaan saya terutamanya dalam pelajaran. Mereka bukan sahaja
membantu dari segi rohani malah dari segi kewangan juga agar saya dapat menghasilkan
tugasan yang bermutu. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi
semangat, berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan khususnya dalam menjayakan
tugasan ini. Semoga semua pertolongan yang dihulurkan akan dibalas dengan ganjaran yang
tidak terhingga dari yang maha Esa.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang berintegriti bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang.

Isi Kandungan 1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya 1
3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 1–2
2–3
3.1 Pengurusan Aspek Fizikal 3–4
3.2 Pengurusan Aspek Emosi 4-5
3.3 Pengurusan Aspek Sosial 5
3.4 Pengurusan Aspek Sosiolinguistik 6
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan

1.0 Pengenalan

Tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang cemerlang dan terbilang pada arus
kemodenan yang serba berteknologi tinggi amatlah besar. Tugas guru bukan lagi hanya
menyampaikan ilmu kepada murid di dalam bilik darjah. Namun, hakikatnya guru
berperanan lebih besar dalam melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
di sekolah melalui strategi PdP abad ke-21 (Ainun Rahmah Iberahim, et al, 2017). Justeru
itu, pembinaan bilik darjah mesra budaya adalah signifikan dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif seterusnya melahirkan murid-murid tanpa mengira latar
belakang sosiobudaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya melibatkan suasana pembelajaran dalam
bilik darjah menjadi kondusif untuk murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang budaya. Guru perlulah mengambil inisiatif yang bersesuaian bagi mengekalkan
persekitaran bilik darjah mesra budaya kerana pengurusan bilik darjah bukan sahaja
melibatkan pengurusan tingkah laku murid tetapi merangkumi tindakan guru untuk
mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah (Choong
Lan Keow, 2009). Selain itu, bilik darjah mesra budaya juga mampu untuk meningkatkan
nilai sivik yang ada pada diri murid. Kenyataan ini bertepatan dengan pendapat Syed
Ismail et al, (2012) yang menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat
yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.

Tambahan pula, bilik darjah mesra budaya akan mewujudkan persekitaran pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang kondusif dan berkesan. Perkara ini sesuai dengan
pandangan Che Nidzam Che Ahmad et.al (2014), yang berpendapat bahawa persekitaran
pembelajaran yang kondusif akan dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan
persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran,
pertumbuhan dan perkembangan murid. Oleh itu, bilik darjah mesra budaya amat penting
bagi memastikan proses PdP sentiasa berjalan lancar dan murid mampu untuk mecapai
objektif pembelajaran pada hari tersebut.

3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
3.1 Pengurusan Aspek Fizikal
Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya dapat menjamin
keberkesanan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pertama sekali,

1

guru hendaklah merancang susunan tempat duduk murid dalam kumpulan di mana
setiap kumpulan mempunyai taburan kaum yang sama dengan kumpulan lain
(Najeemah Yusof, 2006). Hal ini bagi memperbanyakkan interaksi antara murid
dan mewujudkan kerjasama yang baik antara mereka serta berupaya
meruntuhkan persepsi negatif murid yang mungkin timbul disebabkan oleh
perbezaan kaum apabila mereka bekerjasama dan mengenali antara satu sama
lain. Tambahan pula, apabila mereka lebih banyak bekerja bersama, semangat
persahabatan antara mereka dapat dipupuk.

Selain itu, guru hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.
Hal ini kerana, menurut Haliza Hamzah et al, (2016), kelas yang ceria mampu
meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh
meningkatkan prestasi murid. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk
menceriakan kelas termasuklah menyediakan sudut budaya, sudut bacaan seperti
sudut sejarah atau sudut patrotik serta mengemaskini papan kenyataan kelas.
Sudut budaya dan sudut bacaan ini memberi peluang kepada murid untuk
mempamerkan pelbagai bahan mengenai budaya etnik masing-masing seperti
pakaian, makanan dan permainan tradisional untuk diperlihatkan kepada rakan-
rakan yang lain sekaligus dapat mendedahkan murid-murid terhadap
kepelbagaian agama, adat resam dan kepercayaan kaum etnik di Malaysia.
Menurut Noriati A. Rashid, et.al (2017), pengurusan bilik darjah yang baik
seharusnya membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan. Dengan itu, barulah bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan.

3.2 Pengurusan Aspek Emosi

Aspek emosi juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin
persekitaran sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Emosi yang dimaksudkan
ialah perasaan murid terhadap guru dan rakan sekelas. Emosi yang positif akan
menjadi perangsang dalam membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri
dalam aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Menurut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang mesra budaya biasanya ditentukan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat
seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas
dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak
memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Justeru, guru hendaklah bersikap adil
kepada semua murid tanpa mengira bangsa, latar belakang dan tahap pencapaian
akademik mereka supaya murid tidak berasa kecil hati dan sebagainya. Hal ini
kerana, murid akan menyayangi guru yang melayani mereka secara adil. Perasaan

2

atau emosi seorang murid penting untuk dijaga oleh guru bagi memastikan murid
dapat belajar dalam persekitaran yang selesa tanpa sebarang tekanan perasaan
sekaligus dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran dengan baik.

Kemudian, guru seharusnya bijak mengawal emosi dan tidak membawa
masalah peribadi ke dalam bilik darjah untuk mengelakkan berlakunya gangguan
emosi terhadap murid akibat daripada guru yang gagal mengawal emosi. Hal ini
kerana, menurut Salawati Yahya (2018), guru merupakan suri teladan kepada
murid dengan menunjukkan akhlak mulia, perwatakan mesra dan ceria. Secara
tidak langsung, bilik darjah yang selamat dapat diwujudkan di mana murid tidak
berasa terancam di dalam kelas. Guru yang bermasam muka dan sering memarahi
murid akan menimbulkan ketakutan dalam diri murid dan menganggu tumpuan
mereka terhadap PdP. Justeru, guru hendaklah bijak menegur kesilapan murid dan
mengawal emosi sebelum bertindak.

3.3 Pengurusan Aspek Sosial

Menurut Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosial kanak-kanak khususnya
adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas
terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-
kanak. Sosial murid yang dimaksudkan ialah perhubungan dan corak interaksi di
antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Disebabkan mereka
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya serta latar belakang yang
berbeza, maka mereka pasti mempunyai sifat yang berbeza-beza sama ada
terdapat pelajar yang aktif, pemalu, pendiam, malah terdapat juga murid yang tidak
bergaul dengan orang lain sama ada kerana mereka tidak mempunyai keyakinan
untuk menegur rakan mereka atau mereka sememangnya tidak gemar bergaul
dengan orang lain.

Dalam hal ini, guru perlu bijak mengatasi masalah sosial antara murid. Guru
bertanggungjawab dalam mewujudkan komuniti yang baik dalam kalangan murid
dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran yang memerlukan penglibatan
murid secara aktif dan memerlukan murid untuk berinteraksi sesama mereka.
Sebagai contoh, kaedah didik hibur. Didik hibur merupakan pembelajaran melalui
permainan dimana murid dapat bermain disamping mempelajari sesuatu. Guru
boleh mencipta permainan yang menarik, membentuk kumpulan dan permainan
tersebut memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan. Permainan yang
dilaksanakan perlu lah berada di bawah kawalan guru. Guru perlu memastikan
tiada murid yang tercicir dan semua murid perlu bergerak secara aktif dan

3

berupaya memperoleh sesuatu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Dengan itu, disamping berseronok, hubungan silaturahim antara
mereka dapat dieratkan dan interaksi antara murid dapat diwujudkan melalui
kerjasama semasa bermain.

Selain itu, guru perlu mewujudkan suatu komuniti pembelajaran dengan cara
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang saling prihatin, sayang menyayangi
daripada pelbagai kaum, mereka mempunyai rasa kepunyaan terhadap kelas dan
saling mempunyai rasa tanggungjawab dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan efektif di dalam kelas. Kesimpulannya, interaksi
antara murid amat penting bagi memastikan murid tidak bersikap rasis antara satu
sama lain. Interaksi yang baik akan membawa kepada kerjasama yang baik dan
sekaligus memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Pengurusan Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa
yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan
sesuatu budaya manakala sosio bermaksud interaksi antara murid (Abd Rahim
Abd Rashid, 2001). Oleh itu, pengurusan sosiolinguistik yang dimaksudkan ialah
peranan guru dalam mengatasi masalah kepelbagaian bahasa dalam kalangan
murid yang mempunyai perbezaan latar belakang dari segi bangsa atau kaum
etnik. Seperti yang diketahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai masyarakat yang
mempunyai pelbagai etnik, budaya serta bahasa seperti Bahasa Iban, Kadazan,
Cina, India dan sebagainya. Jadi, bahasa merupakan salah satu daripada cabaran
guru untuk membentuk perpaduan dalam kalangan murid. Hal ini kerana, bahasa
merupakan alat perhubungan, jika masalah ini tidak dapat diatasi, murid akan
mengalami masalah semasa berinteraksi dengan rakan mereka yang berlainan
kaum. Murid tidak dapat bergaul dengan baik sesama rakan yang berlainan kaum
kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai bahasa yang digunakan rakan
mereka. Malah, terdapat juga murid yang kurang fasih berbahasa melayu
menjadikan ianya satu cabaran kepada guru dalam melaksanakan pengajaran.

Oleh itu, antara peranan yang boleh guru laksanakan adalah dengan
mengadakan aktiviti yang menggunakan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan
kita, bahasa melayu sebagai salah satu medium dalam pengajaran. Hal ini bagi
memastikan murid yang kurang fasih dan faham Bahasa melayu dapat melatih diri
mereka menggunakan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa utama untuk

4

berkomunikasi dengan orang lain. Guru boleh membantu murid yang kurang fasih
ini melalui aktiviti bahasa, sastera dan budaya yang boleh dijalankan dalam sesi
pengajaran atau aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran
yang baik untuk murid mempelajari bahasa sama ada Bahasa Melayu bagi murid
bukan melayu dan Bahasa lain seperti Bahasa Iban, Kadazan, Cina bagi murid
melayu. Melalui ini, murid berbangsa melayu dapat didedahkan mengenai bahasa
yang rakan mereka digunakan dan begitu juga sebaliknya sekaligus dapat
meningkatkan interaksi antara mereka dan mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid. Tambahan lagi, melalui pembelajaran bahasa kebangsaan serta
Bahasa dari pelbagai kaum etnik ini, guru boleh mencipta pelbagai aktiviti dan
projek yang menguji kreativiti murid, menyeronokkan serta memberi manfaat
kepada murid. Kesimpulannya, penggunaan bahasa yang sama untuk
berkomunikasi amat penting bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dalam
kalangan murid.
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dalam usaha mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, guru
boleh mengambil pelbagai langkah termasuklah daripada pengurusan aspek fizikal,
emosi, sosial dan juga sosiolinguistik. Guru yang komited dan berdedikasi dalam
melaksanakan pengajarannya, pasti akan berjaya mewujudkan sebuah bilik darjah yang
mesra budaya walaupun muridnya terdiri daripada berbilang kaum dan latar belakang
keluarga yang berbeza. Bilik darjah yang mesra budaya amat penting bagi merealisasikan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus
terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Bilik darjah
mesra budaya dilihat sebagai medium yang efektif dalam menjayakan hasrat murni ini di
samping menyediakan murid ke era globalisasi masa kini. Justeru itu, para guru hendaklah
proaktif dalam memastikan konsep bilik darjah mesra budaya ini dapat direalisasikan dan
melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global.

5

5.0 Rujukan
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan
Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 77-88.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd
Hairy Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 56-78.
Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Jurnal Perkembangan
Kognitif, 24-33.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Najeemah Md Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. PTS Professional.
Norfaezah Mohd Hamidin & Hasliza Talib. (2018). Kesepaduan Sosialbudaya Dalam
Kesepaduan Masyarakat Majmuk . Kolej Universiti Islam Selangor.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Hernald Printers Sdn. Bhd.
Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan Guru Dan Ibu Bapa Merangsang Perkembangan
Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Salawati Yahya. (2018). Guru Sebagai Suri Teladan Pelajar. Retrieved from Media
Permata: https://mediapermata.com.bn/guru-sebagai-suri-teladan-pelajar/
Syed Ismail dan Ahmad Subki. (2012). Budaya Dan Pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

6


Click to View FlipBook Version