UNIT WARISAN KITA
9
98
Terdapat pelbagai jenis tarian tradisional di Malaysia.
Namakan jenis tarian di bawah?
99
9.1 WARISAN TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA
Kenali Tarian Tradisional
Terdapat pelbagai warisan tarian tradisional di Malaysia. Setiap tarian
mempunyai ciri-ciri unik dari segi pakaian dan gerak tari.
Tarian Zapin Tarian Sumazau
Tarian Ngajat
Tarian Bharatanatyam Tarian Kipas
100 Nota Guru • Murid mengenal pasti keunikan setiap tarian. 9.1.1
Ciri-ciri Tarian Tradisional
Tarian Zapin
Tarian Zapin merupakan seni tari Melayu
yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini
ditarikan secara berpasangan atau secara
berkumpulan mengikut jantina.
Pakaian penari Layari laman web https://arasmega.
com/qr-link/tarian-zapin-2/ untuk
Penari lelaki memakai sepasang menonton video tarian Zapin.
baju Melayu Teluk Belanga,
dikancing dengan butang emas Gerakan tarian
atau suasa, berkain samping dan
bersongkok. Penari perempuan Gerak tarian ini mempunyai
pula memakai baju kurung Teluk ciri-ciri berunsurkan kemelayuan
Belanga, bersamping, bersanggul yang memerlukan penari untuk
dan memakai aksesori hiasan. membongkok dan merendahkan
badan.
Sumber: Jabatan Warisan Negara
Nota Guru • Murid menyatakan ciri-ciri gerakan tarian berdasarkan video 9.1.2 101
yang ditayangkan.
Tarian Kipas
Tarian Kipas ialah tarian warisan
masyarakat Cina yang biasanya
diiringi dengan muzik klasik Cina.
Layari laman web https://
arasmega.com/qr-link/tarian-
kipas/ untuk menonton video
Tarian Kipas.
Pakaian penari Gerakan tarian
Penari lelaki memakai baju yang Gerakan tarian memperlihat
dikenali sebagai samfu dan penari kelembutan badan sambil
perempuan memakai ceongsam mengayunkan kipas.
atau samfu.
Sumber: Jabatan Warisan Negara
102
Tarian Bharatanatyam
Tarian Bharatanatyam ialah tarian
klasik India yang berasal dari Tamil
Nadu, bahagian selatan India.
Tarian tradisional ini merangkumi
muzik, tarian dan teater.
Layari laman web https://
arasmega.com/qr-link/
tarian-bharatanatyam/
untuk menonton video
tarian Bharatanatyam.
Pakaian penari Gerakan tarian
Penari memakai sari dan aksesori Tarian ini melibatkan pergerakan
seperti barang kemas, hiasan rambut tangan, kaki, mata dan kepala yang
dan solekan muka. mempunyai maksud tersendiri.
Sumber: Jabatan Warisan Negara
103
Tarian Sumazau
Tarian Sumazau ialah tarian tradisional masyarakat Kadazan Dusun di
negeri Sabah. Tarian ini dipersembahkan semasa Pesta Kaamatan iaitu
selepas musim menuai padi.
Pakaian penari Gerakan tarian
Penari lelaki dan perempuan Tarian ini melibatkan dua
memakai pakaian tradisional pergerakan asas yang berselang-seli.
kaum Kadazan Dusun berwarna Penari mengenjut-enjutkan kaki
hitam yang dihiasi dengan benang kiri dan kanan sambil mengayun
berwarna emas. Penari perempuan dan mendepakan kedua-dua belah
pula memakai aksesori tali pinggang tangan.
yang berbentuk duit syiling.
Sumber: Jabatan Warisan Negara
Layari laman web https://arasmega.com/qr-link/tarian-
sumazau/ untuk menonton video tarian Sumazau.
104
Tarian Ngajat
Tarian Ngajat ialah tarian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Tarian
ini ditarikan ketika Perayaan Hari Gawai, iaitu selepas musim menuai padi.
Pakaian penari Gerakan tarian
Penari lelaki memakai baju yang Penari lelaki membuat gerakan
dikenali sebagai ‘sirat', ‘gagung' seperti pahlawan dengan melompat
atau baju burung, dan aksesori topi sambil memegang parang panjang
yang dihiasi dengan bulu burung dan perisai kayu.
kenyalang. Penari perempuan Penari perempuan menari dengan
memakai pakaian tradisional Ngepan gerakan yang lemah gemalai.
Indu Iban yang dihiasi aksesori
berbentuk duit syiling, bersanggul Sumber: Jabatan Warisan Negara
dan memakai gelang kaki.
Layari laman web https://
arasmega.com/qr-link/tarian-
ngajat/ untuk menonton video
tarian Ngajat.
105
1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Sarawak Cina pergerakan baju Melayu
(a) Dalam tarian Zapin, penari lelaki memakai sepasang
Teluk Belanga, dikancing dengan butang emas atau suasa, berkain
samping dan bersongkok.
(b) Tarian Ngajat ialah tarian tradisional di .
(c) Gerakan tarian Bharatanatyam melibatkan tangan,
kaki, mata dan kepala.
(d) Tarian Kipas ialah tarian warisan masyarakat .
2. Tandakan ( ) bagi penari tarian Ngajat.
106
Kepentingan Menghargai Tarian Tradisional
Tarian tradisional perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Berikut
ialah kepentingan menghargai tarian tradisional:
1 Memupuk perpaduan antara kaum.
2 Memupuk perasaan bangga Bincangkan
terhadap negara. jenis-jenis tarian
lain yang ada
3 Memelihara warisan bangsa. di Malaysia.
Menarik minat pelancong untuk
4 mengunjungi Malaysia.
107
9.1.3
Aktiviti Tarian Sumazau
Tujuan: Mempelajari gerakan asas tarian Sumazau.
Langkah-langkah:
1. Enjut setempat
Tangan didepakan Kedua-dua kaki dienjut
dan dikepakkan setempat dengan tumit
seperti kepak burung kaki kanan diangkat
pada aras bahu. sedikit.
2. Maju dan undur Undur
Maju
Kaki dienjut Kaki dienjut
sambil bergerak sambil bergerak
tiga langkah ke tiga langkah
depan bermula ke belakang
dengan kaki kiri. bermula dengan
kaki kiri.
108 Nota Guru • Murid membuat pergerakan asas tarian Sumazau mengikut
tempo perlahan. 9.1.4
3. Gerak ke kiri
Tangan kiri dinaikkan CELIK ILMU
melebihi paras bahu
dan tangan kanan Pergerakan tangan dalam
diturunkan di bawah tarian Sumazau dipanggil
paras pinggang. “mengambai", manakala
pergerakan kaki pula
dipanggil “tumindak".
Kaki dienjut dan bergerak lapan langkah ke kiri. Layari laman web
https://arasmega.com/
4. Gerak ke kanan qr-link/video-belajar-
tarian-sumazau/ untuk
Tangan kanan menonton video tarian
dinaikkan melebihi Sumazau.
paras bahu
dan tangan kiri
diturunkan di bawah
paras pinggang.
Kaki dienjut dan bergerak lapan langkah ke kanan. Layari laman web https://
arasmega.com/qr-link/
lagu-iringan-sumazau/
untuk mendengar muzik
iringan tarian Sumazau.
Nota Guru • Murid mempelajari setiap langkah tarian dengan bimbingan video. 109
1. Namakan jenis tarian berdasarkan gambar di bawah.
Tarian
Tarian tradisional Tarian tradisional Tarian tradisional
kaum Melayu kaum Cina kaum India
Tarian tradisional Tarian tradisional
Kadazan Dusun Iban
Nota Guru • Murid boleh diuji dengan menggunakan audio jenis-jenis muzik
tarian tradisional.
110
2. Padankan gambar aksesori tarian dengan tarian.
3. Senaraikan kepentingan menghargai tarian tradisional.
(a)
(b)
(c)
(d)
111