The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 823-9-suhailah, 2024-03-23 13:54:47

KISAH SI BELANG DAN KELUARGA KUCING

Karya: Siti Suhailah Sarapudin

SITI SUHAILAH SARAPUDIN KISAH SI BELANG DAN KELUARGA KUCING


Di sebuah hutan, tinggal sekeluarga kucing. Mereka tinggal di sebuah rumah yang berada di tengah hutan. 1


Bapa kucing itu bernama Pak Hitam dan emak kucing itu bernama Mak Putih. Mereka mempunyai dua ekor anak yang bernama Si Tompok dan Si Comot. 2


Pada suatu hari, Pak Hitam dan Mak Putih keluar mencari makanan seperti kebiasaannya. 3


Tiba-tiba, dia ternampak Si Belang yang terbaring di hutan. Badannya penuh dengan luka akibat terkena perangkap Sang Pemburu. 4


Pak Hitam dan Mak Putih berasa kasihan melihat Si Belang. "Mari kita bantu harimau itu. Kasihan seluruh badannya cedera." Kata Pak Hitam kepada Mak Putih. "Saya juga berasa kasihan, tetapi dia ialah harimau. Bagaimana jikalau dia membahayakan nyawa kita nanti." kata Mak Putih yang kerisauan. 5


"Tidak mengapa, saya pasti dia tidak akan mencederakan kita. Lihatlah badannya yang penuh luka. Sudah tentu dia tidak dapat mencederakan kita. Lagipun saya tidak sampai hati membiarkan dia sendirian di sini dengan keadaannya yang begitu." kata Pak Hitam. 6


"Baiklah jikalau begitu, mari kita segera bawa dia pulang kerumah. Di rumah ada ubat-ubat yang dapat sembuhkan luka di badannya." kata Mak Putih. Pak Hitam mengangguk setuju dengan kata-kata Mak Putih. 7


Setibanya di rumah, Si Tompok dan Si Comot bertanya kepada ibunya, "Siapa ini mak?" mereka merasa hairan kerana haiwan itu belum pernah mereka lihat. Si Putih menjawab, "Ini ialah harimau. Tadi mak jumpa dia di hutan. Dia cedera kerana terkena perangkap Sang Pemburu." 8


Tanpa membuang masa, mereka sekeluarga segera merawat Si Belang. Si Belang dibiarkan bermalam di rumah mereka. 9


"Keesokkan harinya, Si Belang tersedar dari pengsan. Dia melihat-lihat ke sekeliling. Dia berasa hairan melihat lukanya yang sudah dirawat. 10


Si Tompok dan Si Comot yang sedang bermain-main terlihat Si Belang yang sudah tersedar itu. Mereka segera memanggil Pak Hitam dan Mak Putih. 11


Pak Hitam menjelaskan kepada Si Belang mengenai apa yang telah berlaku. Si Belang berasa sungguh terkejut dan terharu dengan kebaikan seluruh keluarga Pak hitam. 12


Setelah beberapa hari, luka di badan Si Belang sembuh sepenuhnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga Pak Hitam. Kemudian, dia segera pulang ke rumahnya. 13


Selepas kejadian itu, keluarga harimau dan keluarga kucing di hutan itu hidup aman damai dan tidak bermusuhan lagi. 14


PENGAJARANKita hendaklah berbuat baik kepada semua manusia dan haiwan. Selain itu, kita juga hendaklah membantu mereka yangberadadidalamkesusahan. 15


Click to View FlipBook Version