The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 823-9-suhailah, 2022-04-03 14:20:43

KESANTUNAN BERBAHASA

KESANTUNAN BERBAHASA

KESANTUNAN
BERBAHASA

BBMMMMBB11114444

NAMA PENSYARAH : DR. IZANI BIN IBRAHIM

AHMAD FURQAN BIN FUZI

KISAH
KEHIDUPAN
RUSA DAN ANAK

HARIMAU

TAJUK

Pada suatu ketika dahulu, tinggalnya seekor rusa yang bernama Okta bersama kawan-
kawannya dalam sebuah hutan yang luas dan padat. Kehidupan Okta ketika itu sangat
riang dan gembira bersama dengan rakan-rakannya yang lain iaitu Rompel si gajah, Mawi si
monyet, Lara si kancil, Rawan si tupai, dan Orman si arnab. Namun, meskipun mereka riang

dan gembira, mereka tetap berpada-pada dan sering mengawasi sekeliling mereka
disebabkan dari faktor keselamatan contohnya seperti serangan dari ular, harimau dan
serigala. Oleh disebabkan itu, mereka sering mencari makanan bersama-sama, menerokai
hutan bersama-sama dan melakukan perkara yang lain-lain juga bersama-sama. Hal ini
kerana jika mereka bersama, mereka akan menjadi lebih kuat dan boleh bekerjasama antara
satu sama lain. Hubungan mereka sangat erat dan rapat ibarat aur dengan tebing. Tiada
yang dapat menumbangkan mereka jika mereka sentiasa bersama dalam segala perkara.

Pada suatu hari, Lara iaitu sang kancil ada menyediakan jamuan dan Lara juga menjemput
semua kawan-kawannya untuk datang bersama-sama menjamu selera. Mereka berkumpul
beramai-ramai di rumah kancil dan bersama-sama menjamu selera dengan perasaan yang

gembira. Lara juga berasa senang hati melihat rakan-rakannya menjamah makanan dengan
berseleranya. Setelah makan, Okta dan rakan-rakannya membantu Lara untuk

membersihkan persekitaran yang penuh dengan sisa-sisa makanan. Setelah itu, mereka pun
duduk dengan perut yang kenyang sambil berbual-bual. Mereka tertawa mendengarkan
cerita dan gelagat yang ditunjukkan oleh Mawi. Mawi memang seekor monyet yang ceria

dan sentiasa ada pelbagai idea untuk dijadikan topik semasa berbual. Setelah mereka puas
berlepak dan berbual, Okta pun terus langsung meminta izin untuk pulang disebabkan dari
beberapa hal dan perkara yang harus dia lakukan. Rakan-rakannya yang telah melihat Okta

ingin pulang pun langsung meminta izin untuk pulang dan terus bersurai meninggalkan
rumah Lara iaitu sang kancil.

Ketika Okta sedang dalam perjalannya untuk pulang kerumah, Okta terdengar suatu bunyi yang
seakan-akan kucing menangis. Bunyi tersebut datangnya dari sebuah pokok rambutan yang
ditanam oleh Lara pada waktu dahulu dengan tujuan untuk mengajar Mawi dalam menanam
pokok. Okta dengan perasaan yang ingin tahu terus sahaja pergi ke tempat tersebut untuk
mencari dari mana datangnya bunyi itu. Namun, Okta berasa agak takut untuk pergi melihat

kerana dia sedang berseorangan tanpa ada rakan-rakan disisinya. Tetapi disebabkan hari sudah
makin lewat, agak sukar untuk Okta pergi kerumah rakannya kerana risau seperti seakan-akan
menganggu aktiviti harian rakannya. Oleh itu, Okta terus sahaja memberanikan diri untuk pergi
melihat dari mana datangnya suara tersebut. Semakin dekat Okta menghampiri pokok rambutan
tersebut, semakin kuat dan jelas suara itu. Meskipun rusa sudah sampai pada pokok tersebut,
namun susuk tubuh haiwan yang menangis tersebut masih tidak dijumpai. Okta pun terus sahaja
meneruskan pencariannya di semak-semak tersebut. Dan sekian lama mencari, akhirnya Okta
tersebut berjaya menjumpai dari mana datangnya bunyi itu. Bunyi tersebut dapat didengari oleh
Okta dengan sangat jelas dan Okta yakin bahawa bunyi itu datangnya dari sebalik kayu yang

tumbang akibat petir itu.

Okta dengan berhati-hatinya pergi untuk menjenguk haiwan yang menangis teresak-esak tersebut.
Alangkah terkejutnya Okta apabila didapati bahawa yang menangis tersebut ialah anak harimau

dimana anak harimau tersebut masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Anak
harimau tersebut ditimpa sebatang kayu yang sederhana besar. Meskipun harimau merupakan
haiwan yang memburu mangsa seperti rusa dan rakan-rakannya tersebut, namun Okta berasa
kasihan melihat anak harimau tersebut. Tambahan pula, anak harimau tersebut masih kecil dan
tiada kekuatan untuk menolak kayu yang menindih badannya itu. Okta dengan rasa kasihannya

terus sahaja menolong anak harimau tersebut. Okta bantu mengangkat kayu itu dan
mencampakkan kayu tersebut ke tepi pokok rambutan. Setelah itu, Okta pun terus sahaja datang

semula ke anak harimau tersebut dan melihat anak harimau itu yang sangat-sangat tidak
bermaya dan masih menangis meskipun kayu itu sudah dialihkan. Anak harimau tersebut kelihatan

agak sedikit ketakutan melihat Okta iaitu si rusa yang sudah dewasa ini berdiri dihadapannya.
Okta yang seakan-akan tahu akan keadaan dan situasi tersebut, terus sahaja cuba berkomunikasi

dengan anak harimau tersebut.

Okta : Tidak perlu takut, aku tidak akan memakan atau menyakiti kamu.
Anak harimau : Saya takut (sambil menangis).
Okta : Apa nama awak dan dimana awak tinggal.
Anak harimau : Nama? Apa itu nama?. Saya juga tidak pasti dimana saya tinggal.
Okta : (Sambil tergelak) Nama itu ialah gelaran yang dipanggil kepada awak. Rakan-rakan awak
dan keluarga awak panggil awak dengan panggilan apa?
Anak harimau : Saya tiada rakan, namun ibu saya selalu memanggil saya dengan panggilan
anakku sahaja.
Okta : Oh, baiklah perkenalkan nama saya Okta. Dimana keluarga awak? Kenapa awak
berseorangan?
Anak harimau : Saya mengikut ibu saya untuk minum di sungai, namun kami diserang
segerombolan serigala dan saya secara tidak langsung terus sahaja terpisah dari ibu saya.
Okta : Baiklah tidak mengapa, mari ikut saya pulang. Kita sama-sama cari dimana keluarga kamu
nanti ya?
Anak harimau : Baiklah, terima kasih abang Okta.

Anak harimau tersebut memanggil Okta dengan panggilan abang Okta kerana dia sedar bahawa
Okta sudah agak berusia dan kemungkinan sama usia dengan ibunya. Sepanjang balik, Okta

meneliti anak harimau tersebut kerana anak harimau tersebut agak sukar untuk berjalan akibat
dari batang kayu yang menindih badannya itu.

Okta : Awak masih mampu berjalan kah?
Anak harimau: Ya saya masih mampu abang Okta, jangan risau.
Okta : Awak masih belum ada nama kan, sudi tidak kalau saya berikan awak nama.
Anak harimau : Sudi! Saya nak nama panggilan juga (katanya dalam nada yang bersemangat dan
teruja)
Okta : Baiklah, mulai hari ini, saya akan panggil awak dengan panggilan “Belang”. Setuju?
Anak harimau : Setuju! Terima kasih abang Okta.

Okta berasa senang hati melihat anak harimau tersebut kelihatan riang dan teruja kerana diberikan
gelaran. Okta seterusnya terus sahaja membawa Belang ke rumahnya. Namun, ada sesuatu yang
sedang bermain dalam fikiran Okta. Okta sedang memikirkan tentang perkara yang sangat sulit
untuk diselesaikan. Yang pertama, adakah dia harus membela Belang sehingga ia besar?. Kerana
Belang merupakan sejenis haiwan yang memburu mangsa seperti Okta dan rakan-rakannya. Okta

risau jika Belang sudah dewasa nanti, dia akan mula menunjukkan taring dan perangai sebenarnya.
Dan yang kedua, tidak mengapakah jika Okta memberi tahu kepada rakan-rakannya tentang hal ini?.

Tidakkah mereka akan bertindak sesuatu dan melakukan sesuatu yang buruk kepada Belang?. Apa
yang akan terjadi kepada nasib si Belang ini nanti?. Okta berasa buntu dan pening akan apa yang

akan terjadi nanti. Setelah sesampainya di rumah, Okta terus sahaja menyediakan minuman dan
makanan kepada Belang. Belang dengan seleranya meminum air tersebut gara-gara seharian ditindih
kayu tersebut. Seterusnya Belang cuma memakan makanan tersebut, namun Belang tiba-tiba muntah.

Hal ini membuatkan Okta terkejut akan perkara ini. Okta baru sedar, bahawa Belang merupakan
haiwan yang dikategorikan sebagai karnivor, iaitu haiwan yang hanya memakan daging. Okta sudah

merasa buntu kerana kasihan melihat Belang yang sedang kelaparan.

Tiba-tiba, terlintas di fikiran Okta untuk pergi menangkap ikan di sungai. Namun, Okta tidak pernah
ada pengalaman dalam memancing. Oleh itu, Okta terus sahaja memanggil sahabatnya yang cerdik
iaitu Lara untuk membantunya menangkap ikan. Lara berasa hairan, mengapa Okta tiba-tiba sahaja
berkeinginan untuk memancing, kerana sebelum ini dia tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini,

malah tidak langsung makan daging ikan.

Lara : Kenapa kau tiba-tiba sahaja inginkan memancing ikan Okta?
Okta : Sahaja mahu ambil pengalamanlah Lara.
Lara : Ada apa-apa yang kau ingin jujur ke Okta? aku lihat kau seperti sedang pendam sesuatu dan
cara kau datang memanggil aku pon, seperti sedang terdesak.
Okta sedang memikirkan tentang sesuatu, perlukah dia beritahu kepada sang kancil tentang perkara
ini. Kerana Lara lah sahabatnya yang paling dia percayakan, cerdik pula tu dan mudah untuk dibawa
bagi urusan membincang. Tanpa ada apa-apa, Okta terus sahaja memberitahu Lara tentang perkara
itu.

Okta : Lara, bolehkah kau menyimpan satu rahsia dari aku? Kerana aku risau jikalau mereka yang lain juga tau
tentang perkara ini.
Lara : Aku sudah agak, pasti ada sesuatu yang kau sedang sembunyikan. Tidak mengapa Okta, terus terang sahaja.
Okta : Lara, aku sebenarnya ada menjaga anak harimau.
Lara : Apa! Betulkah ini.
Okta : Ya Lara, aku terjumpa dia sedang menangis di sebalik kayu. Aku membawanya pulang. Aku memberi dia
makanan buah-buahan namun dia tidak boleh makan.
Lara : Mestilah, harimau mana makan buah-buahan. Dia hanya inginkan daging. Patutlah kau bersungguh ya mahu
memancing. Tidak mengapa Okta, aku faham yang kau sedang buntu.
Okta : Tepat sekali Lara, aku tidak tahu mahu buat apa sekarang. Tambahan pula, aku risau jika aku sudah dia
hingga besar nanti, dia akan membahamku. Tapi aku yakin aku boleh jaga dia sehabis baik.
Lara : Aku hanya ikut sahaja kehendak kau Okta. Tetapi sentiasa beringat, bagaimanapun layanan kau terhadap
dia, dia tetap merupakan haiwan yang memburu mangsa macam kita ni Okta. Dan juga, aku setuju dengan kau
Okta, kerana dia masih kecil. Kita berkemungkinan masih boleh mengubah dia.
Okta : Terima kasih banyak Lara, aku sudah seperti tiada siapa untuk aku ceritakan tentang perkara ini.
Lara : Tidak mengapa Okta, jom kita tangkap ikan banyak-banyak dan berikan kepada anak harimau itu. Aku ikut
sekali ya sekejap lagi ke rumah kau Okta.
Okta : Baik Lara.

Selesai memancing, mereka terus sahaja menuju ke rumah Okta. Sesampai sahaja, Okta terus
sahaja menunjukkan Belang yang sedang kelaparan itu kepada Lara. Lara melihat dengan teliti
dengan matanya yang cukup teliti dan terbeliak itu. Namun, Lara kemudiannya tiba-tiba sahaja
riak mukanya berubah menjadi sedih dan prihatin gara-gara melihat keadaan Belang yang sangat
tidak bermaya itu. Okta kemudiannya terus sahaja memberi ikan-ikan yang dipancing itu kepada
Belang. Belang dengan seleranya melahap semua ikan tersebut dengan gelojoh. Okta dan Lara
berasa senang melihat Belang makan dengan sangat berselera. Namun, secara tiba-tiba rumah

Okta dikelilingi oleh sekumpulan serigala. Okta dan Lara berasa cemas melihat keadaan ini.
Belang yang dari tadi melahap terus sahaja berhenti dan melihat ke sekeliling. Kelihatan serigala

sedang mengepungnya dengan renungan mata yang sangat tajam. Namun, serigala-serigala
tersebut terkejut apabila melihat rakan-rakan Okta yang lain datang seperti ingin membelasah
mereka. Dengan lajunya mereka melarikan diri meninggalkan Okta, Belang dan Lara tersebut.

Namun suatu hal pula yang terjadi, iaitu rakan-rakan Okta sudah tahu tentang perkara ini.
Rompel, Rawan dan Orman terkejut akan perkara ini. Namun Okta sudah menjangkakan perkara

tersebut.

Rompel : Kau bela anak harimau Okta? Kami tidak tahu pon. Kenapa tidak bagitahu kami?
Okta : Mintak maaf Rompel, aku sembunyikan kerana risau kamu semua akan apa-apa kan dia.
Orman : Kami tidak sejahat itu Okta. Sepatutnya kau jujur sahaja. Kita boleh bincangkan tentang perkara ini sama-sama.
Rawan : Betul tu, kau tidak perlu sembunyi kan tentang perkara ini, kerana perkara ini agak berak.
Okta : Mintak maaf kawan, aku tidak akan buat lagi.
Lara : Tidak mengapa Okta, sudah lepas janganlah dikenang. Sekarang mari kita fikir jalan penyelesaian yang terbaik.
Okta : Kalian, aku tidak berapa kesah kalau aku berseorang dan dikepung, kerana aku boleh sahaja melarikan diri. Cuma
aku tidak boleh lari kerana adanya Belang. Aku harus menjaga dia. Dia tiada kemampuan lagi untuk berlari laju seperti
kita.
Lara : Betul itu, aku ada satu idea. Namun kau boleh fikir-fikirkan dulu Okta.
Okta : Apa dia Lara?
Lara : Apa kata kau bawa lari Belang ke tempat yang selamat dahulu dan dekat dengan rumah kami. Mudah untuk kami
pantau. Lagipun sambil-sambil itu, kita boleh sahaja tolong carikan keluarganay bersama-sama.
Okta : Bernas juga idea kau Lara. Boleh, aku sangat setuju dengan pendapat ini. Bagaimana dengan kalian yang lain?
Rawan : Kami setuju juga.
Orman : Betul tu.
Rompel : Ya setuju!
Lara : Sebentar, mana Mawi?
Rawan : Tidak pastilah Lara, sebab kami dari pagi tercari-carikan dia.

Suasana yang sunyi tiba-tiba melanda kami kehairanan. Mengapa Mawi tidak bersama
kami. Tambahan pula, dialah haiwan pertama yang akan memberitahu kepada kami
jika ada sebarang perkara buruk yang akan berlaku. Kerana dia ditugaskan untuk
memantau dan mengawasi sekeliling. Okta, Belang dan Lara hampir dibaham serigala

kerana ketiadaan Mawi. Hal ini membuatkan Okta dan rakan-rakan yang lain tertanya-
tanya kerana mungkin sahaja Mawi tertidur. Namun jarang sekali terjadi. Selepas
kejadian itu, Okta dan belang dibawa sekali menuju ke rumah Mawi. Namun Mawi

tiada di rumahnya. Okta dan Belang kemudiannya ditempatkan di sebuah tempat yang
sukar ditemui. Okta dan Belang kini seperti telah menjadi satu keluarga. Okta sangat
senang hidup bersama dengan belang, dan belang juga kini sudah menjadi sedikit
besar dan berisi dengan jangka masa yang sekejap. Lara juga kerap mengadakan
jamuan dan bersama-sama mengajak Belang dan Okta menjamah makanan bersama-
sama.

Pada suatu hari, ketika Okta dan Belang sedang berehat bersama-sama di tempat persembunyiannya
itu, tiba-tiba tempat tersebut sekali lagi dikepung oleh serigala.Okta dan Belang berasa dalam sangat
cemas. Belang belum pada usianya lagi untuk melawan serigala-serigala tersebut. Namun mujur, rakan-

rakan yang lain dengan lajunya datang menghampiri. Dengan jarak rumah yang tidak begitu jauh,
mereka dapat datang dengan pantas. Namun kali ini situasi sedikit berbeza. Bilangan serigala-serigala
tersebut jauh lebih ramai dari yang pernah terjadi sebelum ini. Kini Okta dan rakan-rakannya semuanya

sudah terkepung

Okta : Apa yang kita perlu buat sekarang ini! (Dalam nada yang cemas)
Lara : Kita sudah tiada jalan keluar, kita terpaksa melawan.
Okta : Bagaimana mereka tahu kita berada di sini, dan kenapa mereka mesti kepung aku dan Belang?
Lara : Aku rasa aku tahu siapa dalang sebenarnya.
Orman : Siapa?
Lara : Aku syak dan yakin semua ini dilakukan dan dirancang oleh Mawi.
Okta : Apa?
Lara : Maaf, lepas kita selesaikan perkara ini baru kita bincang.
Rawan : Baik! Ayuh semangat rakan-rakan

Serigala yang mengepung Okta dan rakan-rakannya itu sedang cuba mendekati Okta dan rakan-rakannya.
Tiba-tiba ada satu suara kedengaran seperti Mawi.

Mawi : Hahahaha. Padan muka kau semua! Kau fikir aku berasa senang ke dengan kehadiran anak harimau
yang tidak berguna itu?
Okta : Apa yang kau sedang cuba maksudkan ni Mawi, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pon.
Mawi : Tidak kacau? Aku benci harimau! Gara-gara harimaulah rakan baik aku mati kerana dibaham olehnya.
Okta : Masalahnya, yang membaham tersebut ialah harimau yang lain! Belang tiada apa-apa kaitan dalam hal
ini. Berhentilah Mawi, sedar akan perbuatan kau.
Mawi : Aku tidak peduli! Dan aku tidak peduli dan tidak akan ambil tahu tentang siapa yang ingin
mempertahankan harimau ini. Mereka harus pupus dari muka bumi ini.
Lara : Cis! Kau rupanya dalang disebalik semua ini. Berani kau Mawi, sanggup melihat rakan-rakan kau mati
gara-gara dendam yang kau simpan itu. Kami tidak bersalah sama sekali dan kau masih ingin kami mati.
Mawi : Seperti yang aku katakan, aku tidak peduli! Lebih bagus kalau kamu semua mati. Kalian sanggup hidup
bersama harimau tidak berguna itu? Sudah besar nanti silap-silap kalian yang dibahamnya nanti.
Lara : Mawi, kami menjaganya dari kecil. Berkemungkinan dia akan membesar dan satu hari nanti dia akan
membantu kita.
Mawi : Tidak sama sekali, mereka layak pupus! Serigala! Serang mereka!

Serigala-serigala tersebut mula mendekati sedikit demi sedikit sehinggakan mereka betul-
betul didepan mata. Tiba-tiba, terdengar suara ngauman dari segerombolan haiwan yang
sangat ganas tiba2 mendekati dengan sangat laju. Serigala-serigala tersebut dengan secara

tiba-tiba terus melarikan diri dengan lajunya menghilangkan diri. Mawi yang melihat
peristiwa itu juga dengan lajunya terus melarikan diri dari Okta dan rakan-rakannya. Suara
yang garau tersebut semakin mendekati dan semakin jelas. Belang yang tadi takut tiba-tiba

sahaja bangun dan pergi untuk melihat. Alangkah terkejut Okta dan rakan-rakannya
apabila dengan secara tiba-tiba munculnya segerombolan harimau yang besar-besar dan
bengis mukanya ingin menerkam Okta dan rakan-rakannya. Namun, pergerakan mereka
terhenti apabila ternampak Belang dihadapan mata mereka. Belang terus memeluk ibunya
dan harimau yang lain terus sahaja mengepung Okta dan rakan-rakannya. Namun, Belang
terus sahaja kembali ke Okta dan membuat gaya seakan-akan seperti menyuruh harimau-
harimau tersebut tidak menyerang Okta dan rakan-rakannya. Ibu Belang terus menyuruh

harimau-harimau yang lain agar tidak bertindak apa-apa.

Ibu Belang : Anak, ketepi. Kenapa kau menghalang.
Belang : Ibu, jangan serang mereka! Mereka ialah rakan dan keluarga saya.
Ibu Belang : Apa! Rakan dan keluarga?. Mereka itu ialah mangsa kita, layak dibunuh.
Belang : Tidak! Mereka sudah banyak membantu saya. Tolong jangan apa-apa kan mereka.
Mereka tidak bersalah malah telah membantu saya. Tanpa mereka, kemungkinan saya sudah mati.
Ibu Belang : Mereka menjaga kamu? Mangsa kita ini menjaga kamu? Mustahil!.
Belang : Ya Ibu, mereka telah menjaga saya daripada kayu yang menimpa badan saya dan
serangan dari serigala yang keji tadi.
Ibu Belang : Anakku, jangan kau terpecaya akan tipu helah mereka. Mereka hanya pergunakan
kau demi menyelamatkan diri mereka.
Lara : Tidak sama sekali, Okta iaitu si rusa ini telah menjaganya sudah hampir lebih kurang dua
bulan. Okta mencarikan makanan untuk Belang sehinggakan Belang sudah sebesar ini.
Ibu Belang : Adakah itu benar wahai anak aku?
Belang : Ya ibu, saya tidak akan sewenang-wenangnya pertahankan orang yang saya tidak kenali!

Ibu Belang berasa serba salah setelah cubaannya untuk menyerang Okta dan rakan-rakannya. Ibu
Belang juga telah meminta maaf dan berterima kasih kepada Okta setelah segala jasa yang Okta telah

lakukan dan berikan kepada anaknya.

Ibu Belang : Baiklah, saya dan harimau yang lain perlu beredar dari tempat ini. Sebagai balasan atas
jasa baik kamu semua, saya dan harimau yang lain tidak akan menjejaki lagi ke sini dan kami akan
mengawasi serta menghalau serigala tersebut jauh dari tempat ini. Kalian tidak perlu risau lagi akan
keselamatan kamu semua.

Okta : Wah! Terima kasih banyak ibu Belang.

Lara : Terima kasih banyak! Kami sangat-sangat menghargai usaha tersebut.

Orman : Terima kasih! Akhirnya setelah sekian lama berasa risau akan sekeliling.

Ibu Belang : Namun, ada satu perkara yang kamu semua harus terima. Belang tidak akan dibenarkan
lagi untuk pergi ke kawasan ini.

Okta : Apa! Tidak.
Belang : Tapi kenapa ibu?
Ibu Belang : Ini bukan kawasan kita, jika kita memasuki ke tempat ini. Binatang buas yang mencari mangsa
juga akan datang kesini kerana mereka akan fikir yang disini akan terdapatnya banyak mangsa untuk
mereka bunuh. Dan juga, kehidupan kita dan mereka sangat berbeza. Kita memburu mangsa seperti mereka,
kita tidak akan mampu untuk hidup bersama pemangsa, kerana ia akan menjejaskan nyawa mereka.
Okta : Bermaksud, saya tidak akan lagi dapat berjumpa dengan Belang?
Ibu Belang : Ya, kerana ia akan membawa kepada keburukan.
Okta : Nampaknya Belang, inilah perpisahan kita.
Belang : Tidak! Saya tidak mahu berpisah.
Okta : Tidak mengapa Belang, cuma ingatlah bahawa segala yang terjadi pasti akan ada hikmah atau
kebaikannya.
Belang : Tetapi saya tidak sanggup. (Dalam nada ingin menangis)
Okta : Tidak mengapa Belang, mana tahu kita bakal berjumpa semula satu hari nanti. (Dalam nada ingin
menangis)
Belang : Terima kasih abang Okta, Belang akan sentiasa mengingat Okta dan tidak akan lupa setiap
teguran yang abang Okta berikan kepada saya (Sambil menangis)

Okta dan Belang bersama-sama nangis sambil berpelukan sebelum mereka berpisah. Belang
mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Okta dan rakan-rakannya setelah apa
yang mereka sudah lakukan kepada Belang. Akhirnya, Belang berpisah jua dengan Okta dan

rakan-rakan demi keselamatan Okta dan rakan-rakannya. Belang mengerti bahawa setiap
perjumpaan, pasti ada perpisahan.

Setelah sebulan berlalu, tempat kediaman Okta dan rakan-rakannya berada dalam keadaan yang
aman dan damai. Tiada ancaman daripada haiwan buas yang lain yang bakal menganggu

kenteteraman mereka. Mawi iaitu si monyet tersebut tidak dijumpai dan tidak kelihatan sehingga
sekarang kerana dia dihalang oleh harimau dan binatang yang lain akibat dari perangainya yang

bagai musuh dalam selimut tersebut. Okta, Lara dan binatang yang lain seakan-akan tidak
percaya akan perubahan yang berlaku kepada Mawi. Dari seekor monyet yang ceria dan

mengambil berat dengan sekelip mata terus berubah menjadi seekor monyet yang jahat dan tidak
berprikemanusiaan hanya disebabkan dari sebuah dendam yang tidak terbalas. Kehidupan Okta
dan rakan-rakan menjadi lebih baik setelah segala peristiwa tersebut berlaku. Namun, gelagat dan

tingkah laku Belang pasti akan diingati oleh Okta dan rakan-rakannya.

Kesimpulannya disini, cerita tentang Orta dan Belang ini telah memberi banyak
pengajaran kepada masyarakat. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan dan setiap
yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sikap Mawi iaitu seekor monyet yang keji tersebut
telah membawa banyak keburukan. Sama seperti dunia masa kini, jika ada individu
yang membawa keburukan, nescaya dia akan dipandang hina oleh masyarakat seperti
apa yang berlaku kepada Mawi si monyet tersebut. Setiap pihak seharusnya mengambil
berat tentang perkara ini dan mempraktikkan perkara yang baik tersebut dalam diri
masing-masing. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah
mencegah perkara ini agar berjaya naikkan nama Malaysia di mata dunia serta dapat

menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.


Click to View FlipBook Version