The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor
Pertandingan SLB
Peringkat Daerah Kluang
Program Pembangunan Pemimpin Muda Jobor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafihaain, 2021-04-27 02:48:53

Tokoh Pemimpin Johor :Dato' Onn Jaafar

Pertandingan Buku Skrap Digital
Tokoh Pemimpin Johor
Pertandingan SLB
Peringkat Daerah Kluang
Program Pembangunan Pemimpin Muda Jobor

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR:

Dato Onn Jaafar

DISEDIAKAN : IRFAN SYAZWAN

NAMA:
Mohammad irfan
syazwan b. Roslan
KELAS: 5 Arif
ALAMAT E-MAIL:
[email protected]
NAMA SEKOLAH : SMK Seri Lalang
ALAMAT : Jalan Ayer
Htam,8600,Kluang,Johor

2

KANDUNGAN 4
5
PENDAHULUAN 6
BIODATA 7- 8
9 - 12
PENDIDIKAN AWAL 13
TOKOH 14
KERJAYA TOKOH 15

SUMBANGAN
TOKOH
NILAI KEPIMPINAN

PENUTUP

SUMBER RUJUKAN

3

PENDAHULUAN

Assalammualaikum W.B.T
Bagi memenuhi keperluan Program Pembangunan Pemimpin Muda Johor, saya wakil dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Lalang telah menyertai Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital Tokoh
Pemimpin Johor. Oleh itu, tokoh yang telah saya pilih ialah Dato’ Onn Jaafar iaitu bekas Menteri Besar
Johor.

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, terdapat banyak pengetahuan am yang saya pelajari
tentang tampuk pemerintahan di negeri Johor sepanjang menyiapkan tugasan buku skrap ini. Sejak dari
sini saya mula tertarik dengan pemerintahan beliau dan saya
selaku rakyat bangsa Johor amat berbangga dengan pemerintah yang telah berjaya memberi kemakmuran
dan kesejahteraan pada negeri Johor.

Oleh hal demikian, saya berharap agar perkongsian yang telah saya kongsikan di dalam buku skrap
ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya tak kira usia.

4

BIODATA DATO’ONN JAAFAR

Datuk Onn Jaafar di lahir kan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu. Beliau
merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.
Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat,
berketurunan Turki. Datuk Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia
enam tahun.
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh
wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan
tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di
England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan Che’ Rafiah Binti
Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah. Jodohnya dengan Rafiah tidak
panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah selepas melahirkan Cik Salehah. Kemudian Datuk Onn
berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman dan dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau bagai manapun
jodoh beliau dengan Cik Jamilah tidak panjang dan mereka bercerai dan Datuk Onn telah berkahwin pula
dengan Datin Halimah Binti Husain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major
Ja’afar, Tahir, Nurziah dan Nel. Datuk Onn dan Datin Halimah hidup sebagai suami isteri selama 41 tahun.

5

PENDIDIKAN AWAL
DATO’ONN JAAFAR

Dato’ Onn mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru sebelum
melanjutkan pelajarannya di England. Beliau juga belajar bahasa Inggeris dengan
wanita Inggeris yang menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan
Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada
tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Aldeburgh Lodge School,
Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh
itu, Sultan Ibrahim telah membiayai pengajian beliau di England dan beliau
merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Dato Onn
meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air (1910-1911) di Maktab
Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu.

6

KERJAYA DATO’ ONN
JAAFAR

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai
kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British
Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai,
1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam bulan
Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di

Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai
1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke
Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31
Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan
termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun

1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara dalam pejabat
tanah.

7

KERJAYA DATO’ ONN
JAAFAR

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya
dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari
tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya
menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.
Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau
bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938
beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan
sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.
Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat
dalam tahun 1938.
Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting
kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.

8

SUMBANGAN DATO’ONN JAAFAR

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang
Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu
dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai

keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres

inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam
tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai

Menteri Besar Johor.
Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan
tersebut.Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan
sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu
memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus
berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang
penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah

Melayu.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja
Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak

keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

9

SUMBANGAN DATO’ONN JAAFAR

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah
mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat
tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu

ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk
memartabatkan bangsa melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang

dibuat oleh Datuk Onn ada dinyatakan didalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja tetapi
diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal gaji,
rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan yang sama itu
diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-pegawai kanan
Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah oleh satu dasar yang
menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi jawatan yang lebih tinggi itu.”

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk Onn melepaskan
jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran
boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan

Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih tidak dapat
bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat

kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam
penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi keada kaum-kaum lain.

10

SUMBANGAN DATO’ONN JAAFAR

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui parti Perikatan
(yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah
dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan
perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British

adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi
kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu di

dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang
bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk
Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa

UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya
mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai
membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan
partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik

tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam
pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan

pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan
parti-parti lain.

11

SUMBANGAN DATO’ONN JAAFAR

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru. Perjalanan perjuangan
Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun

tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.
Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri.

Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan
tanahair sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan
intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang

yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu
pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang

melayu dan membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.
Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.

12

NILAI KEPIMPINAN DATO’ONN JAAJAR
YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI

SEKARANG

Antara nilai kepimpinan Dato’ Onn Jaafar yang boleh di ambil sebagai contoh teladan bagi remaja-remaja
generasi sekarang ialah seorang pemimpin yang lantang dan berani. Bermulanya usaha Dato Onn Jaafar dalam

menjaga kebajikan orang Melayu tidak seharusnya bermula dengan penubuhan United Malay National
Organization (UMNO) pada tahun 1946. Beliau merupakan pemimpin Melayu Johor yang lantang menyuarakan

pandangan dan memegang penuh prinsip kebebasan bersuara dalam mengkritik sesuatu dasar dan
pemerintahan.

Dato Onn Jaafar secara lantang mengkritik Sultan Ibrahim mengenai isu pemilikan harta secara terbuka
ketika bekerja di Pejabat Penasihat Johor. Sikap ini tentunya dipandang sebelah mata oleh orang Melayu
kerana mencabar kuasa Sultan Johor pada waktu itu. Namun, kebenaran bagi Onn Jaafar lebih utama daripada
berselindung daripada pengetahuan dan telinga rakyat. Dato Onn Jaafar merupakan contoh terbaik pemimpin
tempatan yang menggunakan kebebasan bersuara dan kedudukan bagi rakyat jelata. Bukan seperti pemimpin

sekarang, menyembunyi kan batil demi mempertahankan ‘kerusi’ dan kuat mengampu.

Selain itu,nilai-nilai yang boleh diambil teladan ialah penyatuan dan perjuangan untuk Merdeka. Dato
Onn juga berjaya mengerakkan kesedaran menentang penjajah dalam kalangan orang Melayu pada waktu
mereka berpecah mengikut negeri dan tidak membayangkan bahawa mereka mampu bersatu demi melawan

Malayan Union. Demonstrasi secara besar-besaran menentang Malayan Union merupakan usaha
bersungguh-sungguh Dato Onn Jaafar mempertahan kan kedaulatan perlembagaan Johor dan nasib Melayu
ketika itu. Hasil keringat tenaga ini juga, ramai orang Melayu mula mempunyai kesedaran untuk merdeka.

13

PENUTUP

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyiapkan Buku
Skrap ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru
untuk dipelajari sepanjang proses menyiapkan Tugasan Projek Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin

Johor.
Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa proses menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus ini
juga telah mengajar saya tentang nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama dan kesungguhan. Dua nilai
ini sangat penting sebagai persediaan untuk diri saya sebagai seorang pemimpin baru pada masa akan
datang. Di samping itu, saya juga dapat menambahkan lagi ilmu mengenai kepimpinan dalam
memerintah. Daripada maklumat yang saya dapat, saya dapat mengetahui tentang kepentingan fakta,

sejarah, dan perkembangan dalam pentadbiran. Jadi saya boleh mula mengamalkannya dan
menyampaikannya kepada orang lain.

Selain itu, sepanjang penghasilan buku skrap digital ini, ianya telah membantu saya untuk
meningkatkan kemahiran mencari dan mengkaji saya. Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk
mencari bahan serta sumber dan saya juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Saya berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memberi

manfaat kepada semua.

14

RUJUKAN :)

>https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
>http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html
> https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar#Kerjaya_politik
>https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
>https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/08/31/dato-onn-jaafar-jiwa-yang-hi
dup-untuk-rakyat/
>Profesor Datuk Dr. Hajah Ramlah Adam, Tuan Haji Ismail Adnan, Tuan Haji Kamdi Kamil,
Encik Mohd Akbal Abdullah, Encik Dzul Karnain Asmawi, 2002, “Perjuang Terbilang Johor”,
Utusan Malaysia.

Dato' Onn Jaafar: Kisah Seorang Patriotik
Jumlah Muka Surat : 292
Penerbit: LATIP & KELUARGA ENTERPRISE

15

SEKIAN
TERIMA
KASIH

SMK SERI LALANG

16


Click to View FlipBook Version