The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS GRADUASI DAN
ANUGERAH GEMILANG
KALI KE 45
TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Lidiana Edyanti, 2022-07-14 01:20:06

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH GEMILANG KALI KE-45

MAJLIS GRADUASI DAN
ANUGERAH GEMILANG
KALI KE 45
TAHUN 2021

Keywords: EDUCATION,MAG2021,SEMSAS

http://www.semsas.edu.my 2

PENGETUA


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Taala, dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, Alhamdulillah,pada tahun ini,
akhirnya dapatlah kita berkumpul bersama-sama secara bersemuka untuk menjayakan Majlis Graduasi dan
Majlis Anugerah Gemilang kali ke-45 tahun 2021 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis Graduasi dan Majlis Anugerah Gemilang yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk
menghargai kegigihan warga Semsas dalam menyampaikan ilmu dan menuntut ilmu demi kejayaan yang
diimpi-impikan. Pada majlis kali ini khasnya, kita bersama-sama meraikan kejayaan para pelajar tingkatan 5
Batch Victorious (1721) yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021.

Insya-Allah, anak-anak akan melalui babak baharu yang lebih mencabar dalam memburu cita-cita.
Teruskanlah mendalami ilmu pengetahuan kerana bicara Saidina Ali bin Abi Talib, ”Ilmu pengetahuan itu
tidak ada hingganya, sedangkan harta kekayaan itu ada batas dan hingganya.” Untuk mencipta kejayaan,
kegagalan akan sentiasa cuba menguji kita dan janganlah sesekali anak-anak mudah mengalah serta
menyerah. Ujar Amy Tan, ”Kalau anda tidak boleh mengubah nasib anda, ubahlah sikap anda.”

Akhir kata, terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan para ibu bapa menyerahkan anak-anak untuk
dididik para guru, terima kasih atas kerelaan anak-anak untuk dibimbing guru-guru. Alhamdulillah, kita
berjaya mengharung bersama-sama tahun 2021 yang sangat mencabar disebabkan wabak Covid-19. Akhir
kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Gemilang kali ke-45 pada hari ini!

Sekian, terima kasih.

Mazlan Bin Sariyeo
Pengetua
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan

http://www.semsas.edu.my 3

YANG DIPERTUA PIBG


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Taala, dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, Alhamdulillah, akhirnya
dapatlah kita berkumpul bersama-sama untuk menjayakan Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang ke-45
tahun 2021 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Hari Anugerah Gemilang diadakan pada setiap tahun sebagai satu tanda pengiktirafan dan ucapan terima
kasih pihak sekolah kepada para pelajar dan guru-guru yang berusaha gigih sepanjang waktu untuk mencipta
kegemilangan di bumi Hidup Berjasa ini. Pada majlis kali ini khususnya, kita berkumpul, bersama-sama
meraikan kejayaan para pelajar tingkatan 5 Batch Victorious (1721) yang menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia bagi tahun 2021.

Pengembaraan yang sebenar baru sahaja bermula bagi anak-anak. Bicara William Arthur Ward, ”Jika anda
boleh membayangkannya, anda boleh mendapatnya. Jika anda boleh mengimpikannya, anda boleh
mencapainya.” Teruskanlah mengejar impian anak-anak kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
”Dalam semua perkara, kejayaan bergantung pada persediaan sebelumnya, tanpanya, yang pasti hanyalah
kegagalan,” begitulah kata Confucius. Maka, sudah pastilah anak-anak perlu membuat persediaan rapi untuk
merangkul cita-cita. Insya-Allah, para ibu bapa dan guru-guru sentiasa ada di sisi anak-anak dalam memberi
sokongan serta dorongan untuk anak-anak mengharung cabaran yang bakal mendatang.

Akhirulkalam, terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa menyumbang tenaga, idea, material dan
segala-galanya demi kejayaan anak-anak. Terima kasih juga buat guru-guru yang tidak jemu-jemu mencurah
ilmu kepada anak-anak. Doa kita semua sentiasa bersama dengan anak-anak. Alhamdulillah, kita berjaya
mengharung bersama-sama tahun 2021 yang begitu mencabar disebabkan wabak Covid-19. Akhir kata,
tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ibu bapa, guru-guru, anak-anak dan semua penerima Anugerah
Gemilang kali ke-45 pada hari ini!

Sekian, terima kasih.

Haji Azman Bin Taher
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan

http://www.semsas.edu.my 4

PRESIDEN EXSAS




Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat saya bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Graduasi dan
Anugerah Gemilang kali ke-45 tahun 2021. Sesungguhnya Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang ini
merupakan kesinambungan tradisi warga SEMSAS dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh
warganya. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat para pelajar
untuk terus melakar kejayaan yang membanggakan pada masa akan datang.

Sememangnya, dalam kehidupan harian kita ada banyak cabaran atau masalah yang terpaksa ditempuh.
Tahun 2022 merupakan laluan yang tepat untuk para pelajar kembali ke landasannya setelah terkesan akibat
pelbagai isu seperti banjir dan pandemik COVID-19 sepanjang 2021 dan awal 2022. Sememangnya diakui
bahawa wujudnya banyak kekangan dalam pendidikan sepanjang 2021. Namun, saya percaya guru-guru di
SEMSAS sedaya upaya memikirkan cara untuk memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan. Saya
tetap yakin dan percaya, semua barisan pendidik dan murid SEMSAS terutamanya Batch Victorious (1721)
bersama-sama berusaha untuk mengatasi segala kekangan yang ada demi memastikan kecemerlangan dalam
Sijil Pelajaran Malaysia 2021 mampu dicapai.

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anak-anak. Teruskanlah mencipta kecemerlangan. Nilai
kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, anak -anak telah diberi pengiktirafan
yang begitu bermakna dalam hidup. Anak-anak juga telah membuktikan bahawa kejayaan sebenarnya bukan
bakat semulajadi yang ada pada kita, sebaliknya adalah sikap kita. Syabas dan tahniah diucapkan. Ingatlah,
di samping kita berbangga dengan kejayaan-kejayaan besar, kita harus tahu ada banyak perkara kecil di
sebalik kejayaan besar tersebut.

Kepada anak-anak SEMSAS, jadikan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar Batch Victorious ini sebagai
pembakar semangat serta obor kearah mencapai cita-cita yang kalian idam-idamkan. Setakat berminat,
berhajat, mengharapkan atau mengimpikan sahaja belum menjamin akan tercapai setiap apa-apa yang
dihasratkan itu. Keputusan cemerlang hanya diperoleh jika seseorang itu benar-benar mahu. ‘Hendak seribu
daya, mahu seribu cara’. Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pihak sekolah dan jawatankuasa majlis kerana berjaya menganjurkan Majlis Graduasi dan Anugerah
Gemilang kali ke-45 tahun 2021 dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

YH. Dato’ Azhar Bin Anuar
Presiden EXSAS

http://www.semsas.edu.my 5

KETUA JAWATANKUASA 1 : PUAN ROHANA BINTI ABAS
KETUA JAWATANKUASA 2 : PUAN MAZLIZA BINTI IDRIS

http://www.semsas.edu.my 6

KETUA JAWATANKUASA 3 : CIK RAPIDAH BINTI OMAR
KETUA JAWATANKUASA 4 : EN MOHD ROZELI BIN YAHYA

http://www.semsas.edu.my 7

8

http://www.semsas.edu.my

9

http://www.semsas.edu.my

10

http://www.semsas.edu.my

PENCAPAIAN SPM 2021

PLATINUM ( SEMUA A )

EMAS ( 7A HINGGA 8A )

http://www.semsas.edu.my 11

PENCAPAIAN SPM 2021

PERAK ( 4A )

http://www.semsas.edu.my 12

PENCAPAIAN SPM 2021

GANGSA ( 3A KE BAWAH )

http://www.semsas.edu.my 13

PENCAPAIAN SPM 2021
TINGKATAN 4 2021

http://www.semsas.edu.my 14

PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA

BAHASA ARAB

BAHASA CINA DAN KOMUNIKASI

BAHASA JERMAN

http://www.semsas.edu.my 15

PANITIA MATA PELAJARAN SPM 2021

http://www.semsas.edu.my 16

http://www.semsas.edu.my 17

BIODATA MURID




http://www.semsas.edu.my 18

Aut
ograf

http://www.semsas.edu.my 19

Pengh
argaan 20


















http://www.semsas.edu.my


Click to View FlipBook Version