BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA
(MUAFAKAT CAWANGAN MRSM JELI)
MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI
17600 JELI, KELANTAN
TEL : 09-9467884/5 FAKS 099467886
Rujukan kami : MRSM/JELI/A/50
Kepada, Tarikh : 15 MAC 2021
Ibu bapa /Penjaga Pelajar
Maktab Rendah Sains MARA Jeli
17600 Jeli
Kelantan.
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN
MARA CAWANGAN MRSM JELI KALI KE-20
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Cawangan
MRSM Jeli akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-20 seperti butiran berikut:
Tarikh : 10 April 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bitara MRSM Jeli, Kelantan
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir serta memberi maklumbalas kehadiran
ke mesyuarat tersebut. Untuk makluman juga disertakan borang cadangan usul (sekiranya ada).
Borang maklumbalas kehadiran dan usul perlu diserahkan kembali pada 4 April 2021.
4. Hanya seorang sahaja yang menjadi wakil mesyuarat sama ada bapa/ibu/penjaga bagi mematuhi
SOP yang ditetapkan.
Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MEMBANDARKAN LUAR BANDAR”
Saya yang menjalankan amanah,
ZURAIDAH BINTI AB. RAZAK
Setiausaha,
Badan Permuafakatan Pendidikan MARA
Cawangan Maktab Rendah Sains Mara Jeli,
Kelantan
“Keusahawanan dan Pendidikan Global”
‘Amanah Rakyat”
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA
(MUAFAKAT CAWANGAN MRSM JELI)
MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI
17600 JELI, KELANTAN
TEL : 09-9467884/5 FAKS 099467886