PASUKAN
KADET BOMBA
MRSM JELI
SEJARAH PENUBUHAN
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
• Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri
Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah
Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895.
Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau
Lembaga Luar Bandar.
• Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah
dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.
• Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-
kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri
masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian
Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
• Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan
Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan
Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
SEJARAH PENUBUHAN
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
• Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.
• Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
• Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba
Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana
Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan
bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.
• Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun
2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan
menyelamat.
SEJARAH PENUBUHAN KADET BOMBA
• Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan
persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan
Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua
Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh
pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri
Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab
tersebut pada 14 Mei 1984.
MOTTO PASUKAN KADET BOMBA
• Motto Pasukan Kadet Bomba ialah
‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’
MOTTO PASUKAN KADET BOMBA
• Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya
selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah
penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi
kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai
sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini
ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan
persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa,
keselamatan dan kemanusiaan.
PASUKAN KADET BOMBA
- Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat
menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal
bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan
kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran
kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang
bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
TUJUAN KADET BOMBA & PENYELAMAT
MALAYSIA DITUBUHKAN
- Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan Langkah-Langkah
pencegahan.
- Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai
salah satu cara hidup.
- Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin
diri serta bertanggungjawab kepada harta benda masyarakat.
TUJUAN KADET BOMBA & PENYELAMAT
MALAYSIA DITUBUHKAN
- Mengeratkan Kerjasama dan persefahaman antara ahli
dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
- Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota bomba
dan penyelamat sebagai kerjaya.
LOGO BOMBA
LOGO BOMBA
LIRIK LAGU KADET BOMBA BERSATU
KADET BOMBA BERSATU Berwawasan matlamatnya
Kadet Bomba bersatu Pastikan berjaya
Sama berganding bahu Kadet Bomba bersatu
Pemuda pemudi harapan Bersemangat membara
Tiang negara Cita-cita tersemat luhur
Jiwa raga yang murni Gigih berusaha
Tanggungjawab membantu Ikrar kami sahutkan
Di mana jua Berani beretika
Tetap Bersedia Harumkan nama
Menimba ilmu jaya Malaysia Jaya 2X
Demi masa hadapan
- SEKIAN.
TERIMA KASIH