MURUKU UNTUK KITA A M IRA FARI SHA BI N TI R O S M A D I
Suasana kemeriahan kawasan padang yang dipenuhi dengan kanak-kanak itu telah menimbulkan perasaan gembira dalam hati Amir. Amir yang berumur sebelas tahun itu hanya melihat dari jauh situasi kanak-kanak yang girang bermain di padang itu. Dia lebih memilih untuk menolong ibunya menjual kuih-muih dan air minuman di bawah gerai yang kecil berbanding meluangkan masanya untuk bermain bola sepak bersama kanak-kanak yang lain. Baginya, menolong ibunya berniaga ini lebih menyeronokkan dan dapat meringankan beban ibunya. Sudah beberapa kali ibunya menyuruh Amir untuk pergi bermain dengan rakannya, namun Amir masih tidak menghiraukan katakata ibunya dan tetap membantu ibunya di gerai. 2
Sehinggalah muncul susuk tubuh Li Wei yang memujuk Amir untuk bermain bersama-sama. Amir akhirnya bersetuju untuk mengikuti Li Wei yang merupakan sahabat baiknya dan merangkap rakan sekelasnya itu ke padang. Sebelum pergi ke padang, Amir tidak lupa untuk meminta kebenaran ibunya terlebih dahulu. Ibu Amir hanya mampu tersenyum melihat gelagat anaknya. Ibunya juga sudah dapat meneka bahawa Li Wei dapat memujuk anaknya itu untuk bermain bersama. Hal ini kerana hubungan persahabatan antara Amir dan Li Wei yang sudah lama itu dan ibarat isi dengan kuku. 3
Semasa bermain bola sepak di padang, Amir tidak sengaja menendang bola tersebut dengan terlalu kencang sehingga menyebabkan bola itu tersasar dan terkena pada kepala seorang budak lelaki berbangsa India yang berada di tepi jalan. “Aduh! Sakitnya kepalaku ini”, teriak Navin sambil menahan kesakitan. Amir segera berlari menuju ke arah Navin dengan perasaan serba salah. Dia terus meminta maaf dan menolong Navin mengutip paket-paket kuih Maruku yang terjatuh di tepi jalan. Amir sempat berborak dan menanyakan beberapa soalan kepada Navin selepas memohon maaf kepada Navin. Li Wei yang melihat situasi tersebut dari jauh segera mendekati rakannya Amir selepas Navin berlalu pergi. Li Wei terus bertanya kepada Amir mengenai perkara yang dibualkan olehnya dan Navin. “Apa yang kamu bicarakan dengan budak lelaki India itu? Kamu kenal diakah?” tanya Li Wei. “Saya tidak kenal dia tapi saya rasa dia seorang yang baik hati dan pemaaf kerana dia tidak memarahi saya apabila bola itu terkena di kepalanya”, ujar Amir. “Dia juga ada menjual Kuih Muruku yang dibuat oleh ibunya sendiri”, sambung Amir. 4
Wajah Li Wei kelihatan tidak senang mendengar katakata daripada rakannya itu. “Kamu sudah lupakah Amir? Saya sudah memberitahu kamu beberapa kali untuk tidak berbual dengan orang yang kamu tidak kenali terutamanya orang yang berbangsa India itu”. Amir hanya mampu mengangguk faham dan mengajak rakannya itu menyambung permainan mereka. Hal ini kerana Amir sudah teringat bahawa rakannya itu masih tidak dapat melupakan kisah silamnya mengenai kejadian ragut oleh peragut berbangsa India yang telah menyebabkan kematian ibunya. Sejak kejadian itu, Li Wei menyimpan perasaan dendam dan marah terhadap kaum India. Sudah beberapa kali Amir menasihati Li Wei untuk tidak bersikap memukul sama rata, namun Li Wei masih tidak dapat menerima hakikat mengenai perkara tersebut. 5
Pada petang keesokannya, Amir masih setia membantu ibunya berniaga di gerai. Semasa menunggu pelanggan datang, Amir ternampak Navin sedang giat menjual Kuih Muruku yang dibawanya kepada orang yang lalu lalang. Kegigihan Navin menjual Kuih Maruku itu jelas terpapar apabila dia masih bersemangat menjual kuih tersebut walaupun telah ditolak dan diejek beberapa kali orang awam di situ. Sejujurnya, Amir berniat untuk menegur dan berkawan dengan Navin kerana Amir suka melihat kesungguhan Navin dalam mencari rezeki yang halal. Namun, Amir masih memikirkan perasaan kawan baiknya itu yang sudah semestinya akan memarahinya sekiranya Amir berkawan dengan Navin. Tiba-tiba, Navin tersenyum apabila bertentangan mata dengan Amir dan datang menyapa Amir. 6
“Hai Amir! Kamu bekerja di sinikah?” sapa Navin. “Ya, saya hanya menolong ibu saya berniaga di sini sahaja. Kamu menjual Muruku itu seorang diri sahajakah? Mana orang tua kamu?” tanya Amir. “Ayah saya sudah meninggal semasa saya kecil lagi. Mak saya pula sakit dan sedang berehat di rumah. Jadi, hari ini saya menjual Maruku ini seorang diri dahulu”. Kata-kata Navin itu menambahkan lagi keinginan Amir untuk berkawan dengan Navin. Dia turut bersimpati dengan nasib Navin. Amir meneruskan perbualannya dengan Navin sehingga mereka terleka bahawa hari sudah semakin gelap. 7
Hari bersilih ganti, Amir sudah mula rapat dengan Navin dan perkara itu telah sampai ke pengetahuan Li Wei. Li Wei ternampak Amir dan Navin sedang rancak berbual di taman permainan. Li Wei datang dan menyergah Navin dengan nada yang kasar. “Hoi tidak cukup sudah kaum kamu telah membunuh ibu aku, sekarang ini kamu mahu merampas kawan baik aku lagi pula!”, marah Li Wei. Amir yang terkejut dengan sergahan Li Wei itu terus menyekat rakannya itu daripada terus menyerang Navin. Amir terpaksa menyuruh Navin untuk beredar dari situ bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh. Dia berasa bersalah apabila melihat muka Navin yang terkebil-kebil itu pulang tanpa mengetahui sebab berlakunya kemarahan Li Wei itu. Amir berusaha menenangkan kemarahan Li Wei dan menegur sikap rakannya itu. Dia juga berusaha menceritakan kebaikan Navin dan menasihati Li Wei untuk tidak menyalahkan orang lain secara melulu terhadap perkara yang telah berlaku. Walaupun sudah puas Amir menasihati Li Wei untuk berubah dan menerima takdir tersebut, Amir masih berdoa agar suatu hari nanti Li Wei dapat membuka pintu hatinya untuk tidak bersikap membenci secara melulu itu. 8
Pada petang berikutnya, Amir menerangkan perkara sebenar kepada Navin tanpa pengetahuan Li Wei. Dia tidak mahu Navin salah faham terhadap sikap Li Wei. Navin bersifat terbuka dan memahami keadaan yang dialami Li Wei. “Saya faham, mungkin dia masih tidak dapat memaafkan kesalahan pelaku itu. Tambahan pula, dia telah kehilangan orang yang dia sayang. Jadi, sudah semestinya perkara tersebut menjadi luka dalam dirinya”. Amir merasa lega apabila mendengar perkara tersebut. 9
Pada pagi Sabtu, Li Wei berjalan dengan riang menuju ke rumah Amir. Mereka berdua telah bersepakat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka bersama-sama. Semasa ingin menghampiri rumah Amir, Li Wei terjumpa seekor anjing. Anjing tersebut bertindak mengejar Li Wei secara tiba-tiba. Li Wei terus berlari lintang-pukang dan menjerit ketakutan. Amir yang mendengar jeritan Li Wei cepat-cepat keluar dari rumah dan mengejar suara Li Wei. Setelah berlari bersungguhsungguh, Li Wei keletihan dan menyebabkannya jatuh tersungkur. Li Wei pasrah dengan keadaannya dan menunggu nasibnya yang bakal digigit oleh anjing liar itu yang hampir mendekatinya. Tiba-tiba, satu demi satu paket plastik yang berisi Muruku dilempar ke arah anjing liar itu. Amir yang baru tiba di kawasan kejadian itu terus membantu Navin menghalau anjing liar itu dengan melempar batu-batu kecil ke arah anjing itu. Anjing liar itu tidak sempat menggigit punggung Li Wei dan beredar dari kawasan itu selepas berjaya dihalau oleh Navin dan Amir. 10
Li Wei memandang wajah Navin dengan perasaan yang malu. Dia amat berterima kasih ke atas pertolongan Navin itu, namun dia malu kerana dibantu oleh Navin yang pernah dimarahi dan disergah oleh dirinya itu. Li Wei meminta maaf kepada Navin dan berjanji untuk tidak mengulangi sikapnya pada tempoh hari. Amir yang melihat perubahan sikap Li Wei itu berasa sangat gembira dan terharu. Mereka bertiga mula mengutip sisa Muruku yang sudah bertaburan di atas jalan itu bersama-sama. Li Wei turut mengatakan hasratnya untuk membantu Navin menjual Muruku Navin sebagai tanda terima kasih dan permohonan maaf darinya. Tanpa membuang masa, Amir turut serta membantu mereka berdua menjual Maruku yang ada pada hari itu sehingga habis. Apabila melihat kepada situasi tersebut, Amir mula mendapat idea untuk menyiapkan tugasan penghasilan sajak bagi tugasan subjek Bahasa Melayu. 11
Semasa waktu kelas Bahasa Melayu, Amir dengan sukarelanya ingin mendeklamasikan sajak yang diinspirasikan oleh kisah mereka bertiga. Kaum kita berbeza, Bukan penghalang untuk kita bersama, Menempuh halangan dan cabaran, Demi terus maju ke hadapan. Adab berkawan perlulah ada, Walau berbeza kaum dan agama, Kalau tak kenal maka tak cinta, Jadi sesalan apabila terhina. Bantulah kita sesama manusia, Tanpa mengira warna dan agama, Bukannya kita hidup terkurung, Tanpa menghirau orang yang sengsara. Kawanku semua, Lupakanlah sengketa lama, Hiduplah di dunia nyata, Di Malaysia yang aman sentosa. 12
Li Wei yang mendengar sajak itu tersenyum bangga terhadap kawannya itu. Selepas tamatnya waktu persekolahan pada hari tersebut, Amir dan Li Wei berjumpa dan bermain bersama-sama dengan Navin. Mereka bertiga mula menjadi semakin rapat dan banyak meluangkan masa bersama-sama. Amir juga tidak menyangka paket-paket Muruku yang sentiasa dipegang oleh Navin menjadi penyebab terbinanya persahabatan antara mereka bertiga dan berjaya membuka mata kawannya itu untuk berdamai dengan takdir dan tidak bersikap suka memukul rata lagi terhadap kaum lain. 13
RUJUKAN Anugerah Ayu Sendari. (2021, Mac 15). Cara membuat cerpen untuk pemula dengan baik dan benar, perhatikan langkahnya. Liputan6. https://www.liputan6.com/citizen6/read/3919642/caramembuat-cerpen-untuk-pemula-dengan-baik-dan-benarperhatikan-langkahnya?page=2 Anggraeni Puspitasari. (2023, Ogos 29). Memahami cerpen: Pengertian, struktur, jenis dan ciri-ciri. Brain Academy. https://www.brainacademy.id/blog/cerpen-cerita-pendek Encarni Arcoya. (2022, Februari 28). Cara menulis cerpen. Actualidad Literatura. https://www.actualidadliteratura.com/ms/cara-menuliscerpen/ Nurarifah Fatema Khairulsani. (2023, Februari). Berkongsi teknik penulisan cerpen yang mantap. Tunas Cipta. https://tunascipta.jendeladbp.my/2023/02/12/4407/ Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2018, Mac 10). Binaan plot. Cikguafzan96. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/binaanplot.html