The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missjaya5999, 2022-06-03 11:53:53

HIKAYAT PELANDUK JENAKA BSS3173 PROSA MELAYU (KUMPULAN A)

TUGASAN KUMPULAN 10

HIKAYAT PELANDUK JENAKA

NUR AIN HIKMAH BINTI FAUZI JAYA GOWRI A/P SARVESVARAN
D20201096478 D20201094342

NUR KHAIRUNNISA BINTI SAFLI
D20201094184

AINUR MELISSA BINTI VARISAI MUHAMMAD NAHDI BIN SHAFIE
MOHAMAD D20201094338

d20201094184

PENGENALAN

Kisah Hikayat Pelanduk Jenaka merupakan sebuah cerita
binatang yang bercirikan cerita rakyat yang bersifat lisan.
Cerita binatang ini menunjukkan watak binatang namun
menyelitkan sifat-sifat menusia agar ia seperti kisah kehidupan
manusia. Sebagai contoh, binatang dapat berfikir untuk
menyelesaikan masalah, mainkan watak penting seperti hakim,
bercakap dan pelbagai lagi. Cerita binatang ini juga bertujuan
untuk menjadi alat hiburan kepada masyarakat dari golongan
kanak-kanakn hingga golongan dewasa. Ia juga menyelitkan
unsur pengajaran agar memberikan manfaat dan pengaruh
yang positif kepada penonton.

LATAR BELAKANG PENGARANG

Nama pengarang cerita Hikayat Pelanduk Jenaka ialah Ahmad Murad Nasaruddin,
Ahmad Murad Nasarudddin dilahirkan pada 5 Februari 1910 di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai,
Pulau Pinang dan beliau telah dunia pada tanggal 12 Ogos 1974.
Beliau juga telah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Pulau Pinang pada tahun 1920,
setahun kemudian beliau juga telah berpindah ke sekolah Melayu Butterworth hingga lulus darjah
5 pada tahun 1925.
Setelah itu beliau juga memasuki sekolah al-Masyur sebelum meneruskan pembelajarannya di
sebuah sekolah Inggeris di Pulau Pinang selama setahun.

Pada tahun 1927, beliau telahpun lulus peperiksaan Senior Cambridge.
Selepas menamatkan alam persekolahan Ahamad Murad Nasaruddin mula bertugas sebagai penterjemah
di pejabat karang mengarang (SITC) bermula pada 1.6.1928 hingga tahun 1940 di bawah pengawasan
Za’ba.
Setelah lulus beliau dilantik menjadi penterjemah tetap di samping itu, beliau juga bertugas sebagai guru
sambilan di SITC hinggalah meletus perang dunia kedua.
Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai penterjemah gred I mulai 1.1.1941. Beliau juga banyak
menterjemah buku berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu untuk kegunaan penuntut di sekolah-
sekolah Melayu sebelum perang dunia kedua.

Namun begitu, selepas perang, beliau telah bertugas sebagai seorang pensyarah di Maktab Perguruan
Pulau Pinang dari tahun 1946 hingga bersara pada tahun 1963.
Beliau juga merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun sekitar tahun 1940an.
Antara novel beliau yang cukup terkenal ialah Hikayat Pelanduk Jenaka, Nasib Mentua, Hikayat Taman
Puri, Kasima Sarjan Gelap, Cerita Mata-mata Hutan Simpan, Nyawa di hujung Pedang, mentera
terpendam, 13 Jun dan Terlepas dari tawanan. Ini merupakan hasil sastera tulisan yang begitu terkenal
dihasilkan oleh Ahmad Murad Nasaruddin.

Sinopsis Hikayat
Pelanduk Jenaka
(Syeikh Alam Berlawan
dengan Raksasa)

-Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa
masyarakat binatang yang tinggal di hutan.
-Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap
ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi
penunggu tempat itu.

-Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan
hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu
menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa.

-Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari
menyelamatkan diri daripada Raksasa.

-Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh
Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat
untuk melawan Raksasa.

Setelah genap tujuh hari Pelanduk Pelanduk jenaka pula membuat simpai
Jenaka pun pergi ke tempat Raksasa. yang diperbuat daripada rotan.

Pelanduk Jenaka mengajak Pelanduk telah mengarahkan rakan
masyarakat binatang menangkap ikan binatang yang lain menyembunyikan

sebanyak yang boleh. diri sementara Pelanduk pula
menunggu ikan yang sedang dimasak.

Akhirnya Raksasa terperangkap Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun
dengan simpai (diperbuat daripada berbuat helah dan menipu Raksasa
rotan) yang dipasang dibadannya. menggunakan simpai yang kononnya
Badan Raksasa terguling ke tanah.
boleh mengubat masalah sakit-sakit di
badan.

Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata
Raksasa tersebut sehingga buta.

Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan
telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut.

Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh
penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

PEMIKIRAN
DALAM HIKAYAT

PELANDUK
JENAKA

Kegiatan mencari rezeki mereka iaitu menangkap
ikan telah terhalang kerana kemunculan
ancaman raksasa

Kehidupan penduduk Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
rimba yang menghadapi menyelesaikan masalah tersebut namun

masalah tetap tidak menemui penyelesaiannya

Mereka terpaksa meminta pertolongan daripada
Pelanduk Jenaka yang bijak dalam mengatur strategi

iaitu dengan menggunakan simpai yang diperbuat
daripada rotan untuk menumpaskan raksasa

Gigih berusaha menyelesaikan masalah

Dugaan yang dihadapi perlu diatasi dengan berhemah supaya
dapat diselesaikan dengan baik

Jadi usaha perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan bijak dan berhemah

Contoh, segala isi rimba bersama-sama membunuh raksasa itu yang
mengancam mereka dengan meminta bantuan dari Tuan Syeikh Alam

dengan kerjasama seisi rimba. Raksasa berjaya dibunuh

Menepati janji adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan

Jika kita selalu menunaikan janji yang di buat, maka akan
timbul kepercayaan orang terhadap diri kita

Kita juga akan disanjung dan dihormati oleh
orang lain.

Contoh, Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menunaikan janji yang
dibuatnya dengan mengotakan kata-kata tersebut dalam masa yang

telah ditetapkan & berjaya membunuh raksasa

Menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk diterima
Sikap prihatin terhadap orang lain

Bijaksana dalam menyelesaikan masalah

Sebagai pemimpin yang berwibawa dan berkeupayaan,
seharusnya memiliki akal fikiran yang bijaksana

Kebijaksaan dalam memimpin akan mendorong pemimpin
untuk menyelesaikan masalah dengan berhikmah

Contoh, Tuan Syeikh Alam telah memperdaya raksasa itu dengan
menggunakan simpai yang diperbuat daripada rotan yang dikatakan mampu

mengubati luka raksasa tersebut. Namun, alasan itu digunakan untuk
membunuh raksasa itu.

KITA JANGANLAH BERSIKAP TAKBUR KITA JANGANLAH MENIPU
Dalam cerita ini, Sang Beruang sangat takbur dan Dalam cerita ini, Sang Sang Badak telah menipu Sang
mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan Kera dengan memberitahu kepada Sang Kera bahawa
raksasa dengan mudah. Hakikatnya, Sang Beruang
tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksaksa. dirinya telah berlawan dengan raksaksa. Namun
begitu, penipuannya akhirnya penipuan itu
Akhirnya dia tewas dan mengaku kalah
dibongkarkan oleh Sang Burung kerana Sang Burung
BERFIKIR SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN telah menyaksikan Sang Kera berlari dan terkena onak
Masyarakat binatang dalam cerita ini tidak berfikir
sebelum bertindak. Perkara ini dapat dilihat apabila dan duri di dalam hutan tersebut
mereka melihat raksasa, mereka segera melarikan diri
tanpa berfikir panjang kerana mereka takut akan BERUSAHA MENYELESAIKAN MASALAH
Kita perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah
raksaksa tersebut. Akibatnya, mereka mereka yang kita hadapi dengan bijaksana dan berhikmah.
mengalami kecederaan. Contoh yang ditunjukkan dalam cerita ini ialah apabila
segala isi rimba berusaha untuk membunuh gergasi
yang memberi ancaman kepada mereka dan dengan
bantuan daripada Tuan syeikh Alam di-Rimba serta
kerjasama daripada isi rimba,maka raksasa dapat

dibunuh.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, Hikayat Pelanduk Jenaka ini merupakan sebuah cerita yang
sangat menarik dan mempunyai jalan jalan cerita yang bagus. Menerusi
Hikayat Pelanduk Jenaka juga dapat memberikan hiburan kepada pelbagai

golongan lapisan masyarakat. Ia juga menjadi medium untuk menyampaikan
nilai-nilai murni dan unsur moral terutamanya kepada golongan kanak-kanak.


Click to View FlipBook Version