The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulmidhani, 2021-04-24 15:53:21

TEKS DAIE CILIK

TEKS DAIE CILIK

BIDANG : AQIDAH KSSR Pendidikan Islam Tahun 4 (Semakan)
TEMA : RUKUN IMAN 3.2 Meyakini Konsep Beriman kepada
( BERIMAN KEPADA RASUL )
TAJUK : Rasul dan Mengaplikasikannya dalam
MUHAMMAD, RAHMATAN LIL ALAMIN Kehidupan Secara Beradab dan
Istiqamah
Sholatullah salamullah, 'ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, 'ala Yasin Habibillah Kemahiran
Nasyid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

‫نَ حستَِعين‬ ‫َوبِِه‬ * ‫الح َعالَ ِمين‬ ‫َر ِب‬ ‫اْحلَحم ُدللِه‬ Hamdalah &
Selawat

‫َو َعل َى اَلِِه َو َص ححبِِه أَْحجَِعين‬

Kemahiran

Bertaranum
Dalil
Maksudnya : Dan tidak Kami mengutuskan engkau wahai

Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada sekalian Terjemahan
alam.
Surah al-Anbiya’, ayat 107. Sumber

Apa khabar kawan-kawan? Isi Utama
Dengar yaa….
Kemahiran
Mari teman kita Imani Nasyid

Perkara ke tiga Rukunnya Iman

Diutuskan Allah insan terpuji
Rasul mulia jadi pilihan

Kawan-kawan….ada 25 orang Rasul yang wajib kita
ketahui. Kawan-kawan mesti dah hafazkan? Jom kita
nyanyi sama-sama..…

Adam, Idris, Nuh, Hud, Sholeh Kemahiran
Ibrahim, Luth, Ismail Nasyid
Ishak, Yaqub, Yusuf, Ayub
Syuaib, Musa, Harun, Dzulqifli
Daud, Shulaiman, Ilyas, Ilyasa
Yunus, Zakaria, Yahya, Isa
Wal aakhiru khotimul ambiyaa

Muhammad al musthofaa

Ha… Nabi yang terakhir adalah Nabi Muhammad SAW.

Ayat al-Quran yang saya bacakan tadi menjelaskan Kupasan Dalil
tentang bagindalah. Muhamad : Pembawa rahmat ke Fakta
seluruh alam.

Menurut Micheal H. Hart dalam bukunya The 100 : A
Ranking of The Most Influential Persons in History, Nabi
Muhammad SAW adalah orang nombor 1 yang paling
berpengaruh di dunia. Subhanallah!

Hebat sungguh insan yang bernama Muhammad bin
Abdullah ini kan kawan-kawan?

Bagindalah yang mengenalkan kita kepada Allah... Huraian Isi
Tuhan yang menciptakan alam ini.

Dakwah dibawa bukannya dusta, Kemahiran
Semuanya mukjizat dari yang ESA Nasyid
Pengalaman
Namun hari ini ajaran Nabi dipersia. Gejala sosial terus Isu Semasa
berleluasa. Buang bayi. Derhaka kepada ibu bapa. Tidak
hormat guru. Menjadi-jadi, Bahkan ada warga media
sosial yang sanggup menghina Rasulullah SAW.
Nauzubillah....Sedihkan kawan-kawan.

Sedarlah kawan-kawan... Kesimpulan
Kita wajib mengasihi dan menyayangi baginda. Yakinlah Pengajaran
dengan sifat baginda Siddiq, amanah, tabligh, fatonah. Kemahiran

Jika hari ini kita boleh melafazkan bait-bait syahadah.. Bersajak
Jika hari ini kita bisa membaca al-Quran kalamullah..
Jika hari ini kita mampu menunaikan solat, berpuasa, Kemahiran
berzakat dan menunaikan haji ke baitullah... Berpantun
Semuanya kerana rahmat
Insan yang bernama Muhammad

Hati yang bersih dipagari iman
Zikir selawat jadi amalan

Jom kawan-kawan kita selawat sama-sama....

Sollallahu ala Muhammad Selawat
Sollallahu alaihi wasallam
Sollallahu ala Muhammad Kemahiran
Sollallahu alaihi wasallam Berpantun

Susun pinang dan sirih junjung Salam Penutup
Hiasan pengantin tepi pelamin
Nabi Muhammad Rasul yang agung
Sungguh baginda Rahmatan Lil Alamin

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu'alaikum wbh.


Click to View FlipBook Version