The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAMARUZAMAN BIN MOHAMAD (KKBTGAJAH), 2023-03-14 04:56:40

TOPIK 3 CAMPURAN PEMASARAN MPU 12012

TOPIK 3 CAMPURAN PEMASARAN MPU 12012

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 50 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) Kelemahan Jualan Peribadi 1. Kos Yang Tinggi Keseluruhan usaha penjualan peribadi melibatkan kos yang besar contohnya kos untuk membangun dan menguruskan pasukan atau tenaga jualan adalah tinggi. 2. Kesukaran memperolehi jurujual yang mahir dan cekap Tugas penjualan peribadi memerlukan kepada tenaga jualan yang mahir dan cekap. Syarikat perlu melatih serta membangunkan program tambahan kepada staf yang bermasalah. Di akhir unit ini diharapkan anda telah mendapat pendedahan yang cukup di dalam memahami aktiviti-aktiviti promosi sebagai persediaan awal menghadapi unit-unit yang seterusnya. 3.2.4 Menerangkan elemen pengagihan dari segi: Pengagihan sangat penting kerana ianya akan menentukan sama ada produk tersebut mudah diperolehi atau tidak. a. Definisi saluran agihan Tahukah anda apa itu pengagihan? Pengagihan membawa maksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan.


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 51 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) Wujudnya saluran agihan ini akan menggerakkan produk dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Tetapi tahukah anda bagaimana produk dapat digerakkan daripada pengeluar kepada pengguna. Orang tengah atau perantara pemasaran inilah yang banyak membantu dalam mengerakkan produk tersebut. Orang tengah terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Oleh itu orang tengah penting kerana ia dapat membantu syarikat dalam menjimatkan wang, masa dan tenaga. Peranan Saluran Agihan Hadirnya orang tengah yang membantu di dalam kerja-kerja pengagihan ini banyak membantu pengeluar dalam menyelesaikan banyak masalah. Saluran agihan ini juga dapat melengkapkan urusniaga di antara pengeluar dengan pengguna. Ahli-ahli saluran agihan atau orang tengah ini memainkan peranan yang sangat penting. Antara peranan yang dimainkan oleh saluran agihan ini ialah : 1. Sumber penyampai maklumat Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran serta perisikan pemasaran berkenaan faktor-faktor dan tekanantekanan dalam persekitaran pemasaran yang diperlukan untuk tujuan pertukaran, perancangan dan bantuan 2. Penghubung Ahli-ahli di dalam saluran agihan ini juga dikatakan dapat mencari dan berkomunikasi dengan pembeli berpotensi.


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 52 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) 3. Promosi Mereka juga boleh membentuk dan menyebarkan komunikasi persuasif berhubung dengan sesuatu tawaran. 4. Pemadanan Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuklah aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan pembungkusan. 5. Perundingan Persetujuan juga akan dicapai ke atas harga dan terma-terma lain sesuatu tawaran supaya pemilikan boleh dipindahkan. 6. Pengagihan fizikal Mengangkut dan menyimpan barangan. 7. Pembiayaan Mendapatkan dan menggunakan dana untuk menutup kos kerja saluran. 8. Pengambilan risiko Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran. Di akhir input ini diharapkan anda akan dapat memahami perananperanan yang dimainkan oleh ahli-ahli di dalam saluran agihan. Anda akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi berkenaan saluran agihan di dalam input yang seterusnya b. Saluran agihan yang biasa digunakan dalam perniagaan Saluran pengagihan boleh berlaku dalam beberapa tahap, tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan tahap saluran


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 53 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) pengagihan? Tahap saluran pengagihan ini biasanya merujuk kepada jumlah orang tengah atau ahli saluran agihan yang terlibat menjalankan sebahagian kerja untuk membawa keluaran dan pemilikannya lebih hampir kepada pengguna akhir. Memandangkan kedua-dua pengeluar dan pengguna akhir juga menjalankan beberapa tugas, mereka adalah sebahagian daripada setiap saluran. Kita menggunakan bilangan tahap orang tengah untuk menunjukkan kepanjangan sesuatu saluran. Tahap-tahap di dalam saluran pengagihan ini boleh dilihat di dalam rajah berikut : Rajah: Saluran Pemasaran Pengguna Saluran 1 biasa juga disebut sebagai saluran pemasaran langsung, kita boleh lihat di sini di mana hubungan secara langsung berlaku di antara pengeluar dan pengguna. Tidak ada orang tengah atau perantara digunakan. Produk yang biasa menggunakan saluran agihan ini biasanya mempunyai ciri-ciri yang tidak tahan lama, namun begitu anda jangan silap faham produk yang tahan lama juga boleh menggunakan saluran ini. Ini bergantung kepada polisi sesebuah organisasi , kita boleh lihat


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 54 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) produk Amway, Tupperware dan CNI menjual keluaran mereka dari pintu ke pintu. Saluran-saluran yang berikutnya adalah saluran-saluran pemasaran tidak langsung. Cuba kita lihat saluran 2, terdapat orang tengah iaitu peruncit. Ia dikatakan mempunyai satu tahap orang tengah sahaja. Saluran ini juga biasa digunakan, kita boleh lihat peruncit-peruncit kecil di kawasan rumah kita juga peruncitperuncit besar terutama di bandar-bandar seperti pasaraya Giant. Pada tahap ini pengeluar seperti pembuat radio, pakaian, alat-alat permainan dan sebagainya menjual keluaran mereka kepada peruncit dan seterusnya peruncit menjual terus kepada pengguna akhir. Saluran 3 mengandungi dua tahap orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Saluran ini sering digunakan oleh pengeluar kecil produk makanan, farmasi, perkakasan rumah dan produk-produk lain. Saluran 4 mempunyai tiga tahap orang tengah seperti pemborong, jober dan peruncit. Kita boleh lihat saluran ini digunakan dalam industri pembuatan roti, di mana jober berada di antara pemborong dan peruncit. Jober membeli daripada pemborong dan menjual kepada peruncit kecil yang biasanya tidak berurusniaga dengan pemborong besar. Saluran pengagihan yang mempunyai lebih banyak tahap jarang ditemui. Jika kita lihat, semakin banyak atau tinggi bilangan tahap saluran agihan ini, sudah pasti pelbagai masalah yang akan timbul, ini kerana kurangnya kawalan akibat dari peningkatan ahli di dalam saluran agihan tadi.


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 55 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) Rajah: Saluran Pemasaran Perniagaan Berdasarkan rajah di atas kita boleh lihat saluran bagi produk industri atau produk untuk pemasaran perniagaan. Pihak pemasar perniagaan boleh menggunakan tenaga jualannya sendiri untuk menjual secara langsung kepada pelanggan perniagaannya. Ada kalanya pengeluar perlu menjual kepada pengedar industri dan seterusnya pengedar ini tadi akan menjual terus kepada pelanggan industri. Pengeluar juga boleh menjual melalui wakil pengeluar atau cawangan jualannya sendiri kepada pelanggan perniagaan. Ia boleh menjual melalui wakil pengeluar atau cawangan jualannya sendiri kepada pelanggan perniagaan, atau ia boleh menggunakan wakil dan cawangannya untuk menjual melalui pengedar industri. Oleh itu kita dapat lihat bahawa saluran pemasaran perniagaan atau industri ini meliputi saluran pengagihan pelbagai tahap. Contoh saluran pemasaran perniagaan adalah pengeluar alat-alat gantian untuk kapalterbang mungkin boleh berhubung terus kepada pelanggan industrinya seperti Airod Sdn. Bhd., atau mungkin Airod Sdn Bhd sebagai pelanggan industri akan mendapatkan alat-alat gantian tersebut dari


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 56 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) pengedar industri atau wakil pengeluar. Mereka mungkin mendapatkan bekalan melalui saluran 4 iaitu di mana pengeluar akan menjual kepada wakilnya dan seterusnya wakil akan menjual kepada pengedar dan akhirnya sampai ke pelanggan industri. Ini kerana Airod Sdn Bhd sebagai syarikat penerbangan yang juga menjalankan kerja-kerja pembaikan kapal terbang memerlukan pelbagai produk untuk kerja-kerjanya, jadi mereka memang berhubung dengan pelbagai organisasi atau orang tengah. Di akhir unit ini, anda seharusnya telah dapat memahami takrifan yang sebenar berkenaan saluran agihan beserta peranan-peranannya. Pengetahuan yang anda perolehi ini akan memudahkan lagi anda untuk memahami unit yang seterusnya iaitu promosi yang merupakan elemen terakhir di dalam campuran pemasaran.


Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat 57 MPU 12021 KEUSAHAWANAN TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P) 3.3 Mengambil bahagian dalam simulasi perniagaan offline di dalam atau di luar institusi. 3.3.1 Mengenalpasti beberapa produk yang sesuai untuk dijual 3.3.2 Memilih sekurang-kurangnya satu produk yang boleh dijual 3.3.3 Mengambil bahagian dalam simulasi jualan secara offline i) Pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti perniagaan di dalam atau di luar kolej. ii) Pensyarah perlu membentuk pasukan untuk menjalankan perniagaan mengikut kesesuaian bilangan pelajar di dalam kelas. iii) Setiap pasukan perlu menubuhkan perniagaan dengan memilih nama perniagaan dan jenis perniagaan yang mahu dijalankan. iv) Pelajar perlu menjalankan perniagaan mengikut campuran pemasaran 4P yang telah diperlajari iaitu Produk, Peletakan Harga, Promosi dan Pengagihan. v) Kriteria penilaian adalah seperti berikut: Kriteria Sub Kriteria / Aspek Pengurusan (30%) Pengurusan masa (10%) Agihan Kerja (10%) Origanisasi Idea (10%) Minda Keusahawanan (10%) Keterujaan (10%) Kemahiran Keusahawnaan (50%) Peluang Keusahawanan (20%) Pengalaman Keusahawanan (30%) Etika dan Profesionalisme (10%) Tanggungjawab kerja (10%)


Click to View FlipBook Version