The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah SMK Cochrane Perkasa 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sul Zainal, 2023-06-07 11:18:30

eMajalahPerkasa2022/2023

Majalah SMK Cochrane Perkasa 2022/2023

Keywords: majalah sekolah

2O22/2023 SMK COCHRANE PERKASA " P e n didika n Berkualiti Insan Berdisiplin SMKCP Sejahtera " | NO. TEL : 03-92004300 | N0. FAX : 03-92002400 | | KOD : WEA 0251 | EMAIL : [email protected] | JILID KE 15


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Kata Alu-Aluan Menteri Pendidikan Malaysia 1


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah 'Anak yang Baik lagi Cerdik' (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan 'Trust and Inspire' akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah dan menyatu padukan seluruh warga dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia DATO' HJ PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI 2


Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja badan redaksi dalam usaha dan komitmen menghasilkan majalah sekolah. Penghasilan majalah sekolah sebagai mean murid berkarya, di samping menonjolkan bakat dan kebolehan dalam penerbitan manuskrip sangat penting dalam membangunkan potensi murid sebagaimana dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bertepatan dengan cabaran pendidikan masa kini yang menuntut murid menguasai kemahiran pelbagai bahasa dalam penghasilan manuskrip dan kandungan, menjadikan majalah sekolah kekal relevan. Justeru, majalah sekolah merupakan satu naratif pendidikan yang mempamerkan pelbagai aktiviti keberhasilan murid bagi sesebuah sekolah melakar sejarah sekolah dan pendidikan negara. Akhirnya, sekalung penghargaan kepada para guru yang berjaya membimbing murid merancang gerak kerja mendokumentasikan bahan dan menyusun kandungan dengan kreatif serta menarik termasuklah merakam momen indah sepanjang tahun yang bakal dikenang ole semua warga sekolah. Teruskan berkarya yang boleh mengembangkan bakat dan potensi diri murid. Selamat Maju Jaya. JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN HAJAH NORHAYATI BINTI HJ AB WAHAB Kata Alu-Aluan Pengarah Pendidikan JPWP Kuala Lumpur 3


Kata Alu-Aluan Pengetua SMK Cochrane Perkasa Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebagai pembuka kalam, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya, maka penerbitan e-Majalah PERKASA Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa dapat disempurnakan. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pihak terutamanya Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Sekolah kerana telah bertungkus lumus untuk menyiapkan e-Majalah pada kali ini. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK Cochrane Perkasa ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan penerbitan majalah dalam bentuk digital tahun ini. Sebenarnya, Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Sekolah berperanan merakam dan melakarkan landskap peristiwa seluruh warga SMK Cochrane Perkasa khususnya kepada murid. Walaupun terdapat kekangan akibat pandemik Covid-19, namun segala aktiviti sama ada kurikulum mahupun kokurikulum telah dapat dirakamkan dalam bentuk catatan penulisan dan visual sebagai satu dokumen sejarah yang sangat bernilai. Selain itu, e-Majalah ini juga menjadi platform kepada warga sekolah untuk mengembangkan bakat, kreativiti dan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang. Disamping itu, PERKASA amat bermakna kepada murid-murid yang akan meninggalkan SMK Cochrane Perkasa dan akan menjadi kenang-kenangan dan nostalgia selama mereka berada di sekolah ini. Akhirul kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Sekolah dan warga SMK Cochrane Perkasa yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan e-Majalah PERKASA ini dengan jayanya. Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari nanti. Sekian, wassalam. PUAN HAJAH MAIZATUL AKMAL BINTI SAHUDIN 4


Kata Alu-Aluan YDP Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T, Alhamdulilah e-majalah telah berjaya disempurnakan dengan sokongan dan kerjasama seluruh warga SMK Cochrane Perkasa yang turut menyumbang dan membantu di dalam penerbitan e-majalah ini. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada sidang redaksi sekolah dan semua yang terlibat dan sentiasa memberikan sokongan. Semoga dengan sumbangan dan bantuan kecil kita ini mampu menjadikan e-majalah ini sebagai insiatif untuk berkongsi pencapaian dan kejayaan program-program sekolah. Harapan agar usaha baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Cochrane Perkasa. Sekali lagi, bagi pihak PIBG, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua. Pihak kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam kerjasama kami untuk program sekolah. Sesungguhnya yang baik itu datang nya daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datang nya dari kekurangan kami sendiri. Sekian, harap maklum. ENCIK WAN AHMAD NAZRUL BIN WAN NAWI YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 5


Kata Alu-Aluan Ketua Pengawas Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Terlebih dahulu ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengisi ruangan majalah Perkasa 2022. Ucapan tahniah dan syabas juga saya tujukan kepada Sidang Redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah tahun 2022/2023 yang mencatatkan detik-detik kebanggaan semua warga Perkasarian. 5 tahun sudah berlalu dengan pelbagai kenangan dan pengalaman di SMK Cochrane Perkasa. Perasaan sayang akan sekolah ini telah disemai dalam hati saya tanpa disedari, Saya percaya warga Perkasarian yang sudah bertahun-tahun di sini juga mempunyai perasaan yang sama. Meskipun kita mengalami perkara yang tidak menyenangkan hati di sekolah ini, kita masih memperoleh perkara yang jauh lebih baik daripada yang buruk. Segala pahit manis sebagai pelajar di SMK Cochrane Perkasa tidak akan sama dengan sekolah yang lain kerana hanya Perkasarian yang mengetahui budaya dan tradisi Cochrane Perkasa. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah kerana memilih saya sebagai Ketua Pengawas dan Ketua Murid SMK Cochrane Perkasa bagi tahun 2022/2023. Pada tahun 2022, banyak cabaran dan dugaan yang tidak putus-putus kepada Lembaga Pengawas SMK Cochrane Perkasa. Pelbagai kata-kata negatif yang perlu saya tepis dalam meneruskan perjuangan saya sebagai ketua pengawas. Begitu susahnya saya dan semua ahli Lembaga Pengawas termasuk seniors dan juniors sampai ke destinasi terakhir kita. Amanah yang dipegang sebenarnya senang untuk dilepaskan jika tiada hati yang tabah dan semangat yang berterusan. Saya akan mengenang jasa semua pihak yang telah membantu dan menyokong Lembaga Pengawas serta ahli Lembaga Pengawas yang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas sehingga saat terakhir. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah dan juga guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang 5 tahun ini. Tidak ketinggalan juga rakan sebaya saya yang telah menghulurkan bantuan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi semasa saya menghadapi kemusykilan. Sebelum saya mengakhiri coretan saya, ingin saya memohon maaf atas segala kesilapan dalam pertuturan dan perlakuan yang telah saya lakukan sepanjang berada di SMK Cochrane Perkasa. Harapan saya agar SMK Cochrane Perkasa dapat menjadi sekolah gemilang dan melahirkan lebih banyak pelajar yang berkualiti dalam semua aspek. “Nama baik sekolah bergantung kepada kelakuan pengawas” DINAKAR A/L MURUGESU Ketua Pengawas, Sesi 2022/2023 6


Misi Sekolah Visi Sekolah Moto Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Melalui Penerapan Disiplin Individu Pendidikan Berkualiti Insan Berdisiplin SMKCP Sejahtera Perkasarian Cemerlang, Gemilang, Terbilang 7


Falsafah Sekolah Piagam Pelanggan Setiap pelajar mempunyai potensi diri untuk berkembang maju secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan yang teguh kepada tuhan dan persepaduan antara ilmu, iman dan amal. Usaha ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan dapat menjamin kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara. Memperkasakan SMKCP dengan memastikan pembangunan intelektual dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Memastikan SEMUA guru dan kakitangan sokongan mempunyai tahap profesionalisme dan kualiti yang tinggi. Memastikan imej sekolah dan warga pendidik sentiasa dipandang tinggi. Mematuhi segala dasar dan arahan pihak KPM dan JPWPKL. Memproses SEMUA urusan kaunter dengan cermat dan berkesan. Menangani sebarang aduan dengan cermat dan profesional. Memastikan perkhidmatan kaunter mempunyai kualiti, cekap, cepat, cermat, tepat dan berhemah setiap masa. Menganjurkan prinsip kemunasabahan dalam SEMUA urusan dan amalan. Kami warga SMK Cochrane Perkasa dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk : 8


SMK Cochrane Perkasa dibuka pada 3 Januari 2005. Nama sekolah ini diambil sempena nama Jalan Cochrane yang terletak berhampiran dengan bangunan sekolah. Di awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di bangunan lama SMK Cochrane selepas sekolah tersebut berpindah ke bangunan baru di Jalan Syahbandar. Setelah beroperasi selama satu setengah tahun disitu, akhirnya SMK Cochrane Perkasa diberi arahan untuk berpindah ke bangunannya sendiri pada 12 Jun 2006 oleh Datuk Hjh. Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Pengarah Pelajaran JPWP pada ketika itu. Tujuan SMK Cochrane Perkasa ditubuhkan adalah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat daripada dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran iaitu Projek Perumahan Rakyat Laksamana Jalan Peel dan Projek Perumahan Rakyat Perkasa Jalan Nakhoda Yusuf serta taman-taman perumahan sekitarnya. Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 442 orang murid termasuk 12 orang pelajar khas, 27 orang guru, 4 orang staf pejabat dan seorang pembantu makmal. Terdapat 12 buah kelas biasa, 2 buah kelas pendidikan khas, sebuah bilik guru, 2 buah makmal sains dan sebuah dewan disediakan sebagai kemudahan warga sekolah ini. Bermula tahun 2010, SMK Cochrane Perkasa mempunyai 1497 orang murid, 105 orang guru dan 14 orang staf bukan guru. Sebanyak 32 buah kelas yang disediakan untuk menampung keperluan para murid. Sekolah ini memulakan persekolahan sesi pagi dan petang pada tahun 2008 apabila bilangan kelas yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Sejarah Sekolah 9


Lagu Sekolah 10


Lencana Sekolah Warna Merah ==> Keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran Warna Biru ==> Keharmonian dan perpaduan Keterangan Lencana Moto Sekolah ==> Cemerlang Gemilang Terbilang Segitiga Sama Sisi ==> Melambangkan kestabilan, keharmonian, keceriaan dan ketulusan. Dua Tiang Roman ==>Tiang perkasa simbol keutuhan sekolah. Logo Bulat ==> Melambangkan semua warga sekolah diberi layanan sama rata tanpa sebarang diskriminasi. Warna Kuning ==> Keikhlasan dan ketulusan Buku dan Mortar Board ==> Melambangkan keunggulan sekolah tempat menuntut ilmu. 11


MAC 2022 17hb Hari Orientasi 17hb Hari Orientasi Takwim Sekolah 2022/2023 9-13hb Ujian Kemajuan 1 15hb Hari Wesak MEI 2022 1hb Hari Pekerja 3-5hb Hari Raya Aidilfitri 6hb Cuti Peristiwa APRIL 2022 19hb Nuzul Quran 12


17hb Hari Orientasi Takwim Sekolah 2022/2023 JULAI 2022 Cuti Peristiwa 8hb 10hb Hari Raya Aidiladha 4-29hb Peperiksaan Pertengahan Tahun JUN 2022 6hb Hari Keputeraan YDP Agong 30hb Awal Muharam 13


OGOS 2022 31hb Hari Kebangsaan Takwim Sekolah 2022/2023 SEPTEMBER 2022 16hb Hari Malaysia OKTOBER 2022 10hb Maulidur Rasul 21hb Cuti Peristiwa 24hb Hari Deepavali 25-26hb Cuti Peristiwa 14


Takwim Sekolah 2022/2023 NOVEMBER 2022 14-30hb Peperiksaan Percubaan SPM 7-30hb Peperiksaan Akhir Tahun DISEMBER 2022 25hb Hari Krismas 15


Takwim Sekolah 2022/2023 JANUARI 2023 1hb Cuti Awal Tahun Baru 20-23hb Tahun Baru Cina 20hb Peperiksaan SPM FEBRUARI 2023 1hb Hari Wilayah 4hb Hari Thaipusam 18hb Israk Mikraj 16


JJaaawwwaaatttaaannnkkkuuuaaasssaaa P Peeennntttaaadddbbbiiirrraaannn ggguuurrruuu kkkaaannnaaannn mmmaaatttaaa pppeeelllaaajjjaaarrraaannn Dari kiri : Puan Roslena binti Mohd Rosli, Puan Silvy a/p Govindasamy, Puan Syarifah Aini binti Yaacob, Cik Norin binti Ismail, Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin, Datin Norsiah binti Wakiban, Cik Kuah Swee Toh, Puan Zalenah binti Tukiran, Puan Siti Hajar binti Hamzah dan Puan Aswati binti Ishak. Dari kiri : Puan Roslena binti Mohd Rosli, Puan Silvy a/p Govindasamy, Puan Siti Hajar binti Hamzah dan Puan Aswati binti Ishak. 17


Depan dari kiri : Encik Ahmad Afnan bin Mohd Hariri, Puan Roslena binti Mohd Rosli, Puan Silvy a/p Govindasamy, Puan Zalenah binti Tukiran, Cik Kuah Swee Toh, Datin Norsiah binti Wakiban, Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin, Cik Norin binti Ismail, Puan Syarifah Aini binti Yaacob, Puan Siti Hajar binti Hamzah, Puan Aswati binti Ishak dan Puan Norsuhaila binti Baharom Azzohar. Baris 1 dari kiri : Puan Noorliza binti Mansor, Puan Siti Eshah binti Wahab, Puan Intan Nur Azila binti Nazarudin, Cik Haniza binti Abdullah, Puan Rupinah binti Gampak, Cik Nur Amirah Afiqah binti Paharuzzaman, Puan Nor Hafizah binti Azelan, Puan Amutha a/p Kannan, Cik Nurul Atikah binti Khairul Anuar, Cik Amalina binti Awang Saleh, Puan Maizatul Nadia binti Zulkefli, Puan Nur Fittrah binti Hassan, Puan Suhaida binti Mohamed Noor, Puan Suziliana binti Azlan, Cik Fatin Athirah binti Aspar dan Puan Nur Izzati binti Mohd Zain. Baris 2 dari kiri : Cik Kamaliah Aminah binti Abdullah @Abu Bakar, Puan Bimbala a/p Didar Singh, Puan Norliza binti Deraman, Puan Mazlina binti Mukhtar, Puan Fazillah binti Razak, Cik Nur Amalina binti Awang, Puan Nur Kyairunnisa binti Ariffin, Puan Noor Laili binti Osman, Puan Fara Shida binti Jamalruhanordin, Puan Raihana binti Othman, Puan Nur Liyana binti Mohd Ramli, Puan Roslina binti Mohd, Puan Nor'asikin binti Haron, Puan Sulhaniza binti Zainal Abidin, Puan Zulhayati binti Nasaruddin dan Cik Nur Izatul Aina binti Mohd Zafri. Baris 3 dari kiri : Cik Khoh Zi Jing, Puan Siti Awanis binti Mohamed Fo’ad, Puan Siti Fatimah binti Mat Said, Cik Mumtazah binti Hanafi @ Mohd Ghani, Puan Zarila binti Mohd Razin, Puan Maizura binti Mat Saad, Puan Nur Fatihah binti Mohd. Nor, Puan Norha binti Ramli, Puan Nordiba Akmar binti Mohd Amin, Cik Farhana binti Kamarudin, Puan Adonica Chong Hui Kee, Cik Susan Shee Wei Ling, Puan Raja Azizun binti Raja Yunus dan Cik Nor Hanisah binti Embong. Belakang dari kiri : Encik Mohd Faizal bin Ahmad Fuad, Encik Mohd Hamri bin Hamid, Encik Zul bin Kamaruddin, Encik Muhammad Adib bin Mhd Radzi, Encik Ng Kay Hui, Encik Muhammad Fakhrul Ikhwan bin Mohd Aznizam, Encik Mohamad Faiz bin Walgif, Encik Abdul Azim bin Talhah, Encik Aizamzani bin Abdullah, Encik Mohd Hasyim bin Md. Wazir dan Encik W. Azhar bin W. Sudin. ggguuurrruuu aaakkkaaadddeeemmmiiikkk pppaaagggiii & &pppeeetttaaannnggg 18


pppeeennneeerrriiimmmaaa aaannnuuugggeeerrraaahhh pppeeerrrkkkhhhiiidddmmmaaatttaaannn ccceeemmmeeerrrlllaaannnggg 2021 2021 aaannnggggggoootttaaa kkkuuummmpppuuulllaaannn pppeeelllaaakkksssaaannnaaa Depan dari kiri : Puan Suzalizam binti Ahmad Tanjizi, Cik Kuah Swee Toh, Datin Norsiah binti Wakiban, Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin, Cik Norin binti Ismail, Puan Syarifah Aini binti Yaacob dan Puan Zalenah binti Tukiran. Belakang dari kiri : Encik Mohammad Faizal bin Mohd Nor, Puan Afizan binti Adnan, Puan Norlele binti Abd Aziz, Puan Wan Nadhiah binti Wan Harun, Encik Norsaifulrudin bin Mat Zuki, Puan Amla Hannie binti Mohd Amin, Puan Fauziah binti Tolos, Puan Nurul Adha binti Muhammad, Puan Norasyidah binti Jamaluddin, Puan Nor Hidayah binti Mohamed dan Puan Azmahwati binti Amiruddin. Dari kiri : Puan Amla Hannie binti Mohd Amin, Cik Amalina binti Awang Saleh, Encik Zul bin Kamaruddin, Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin (Pengetua), Cik C. Valleamah a/p Sinniah, Puan Norliza binti Deraman dan Puan Rupinah binti Gampak. 19


pppeeerrrsssaaatttuuuaaannn iiibbbuuu bbbaaapppaaa & &ggguuurrruuu Penasihat : Pn. Hih Maizatul Akmal binti Sahudin Yang Dipertua PIBG : En. Wan Ahmad Nazrul bin Wan Nawi Naib Yang Dipertua PIBG : En. Ahmad Taqiyyuddin bin Nik Yahya Setiausaha : Pn. Nor Syahida binti Roslan Naib Setiausaha : Pn. Nur Fittrah binti Hassan Bendahari : Pn. Fara Shida binti Jamalruhanordin Naib Bendahari : Pn. Nordiba Akmar binti Mohd Amin AJK Ibu Bapa : En. Rahman bin Dolah En. Kamal bin Wahid En. Murugesu C. Mari Pn. Noriah binti Shafiee En. Ramesh a/I P. Kreshnam Nair Pn. Roslena binti Mohd Rosli AJK Guru : En. Mohd Hasyim bin Md. Wazir En. Mohd Hamri bin Hamid Pn. Nur Liyana binti Mohd Ramli Cik Nor Hanisah binti Embong Ex-officio : Datin Norsiah binti Wakiban Cik Norin binti Ismail Cik Kuah Swee Toh Puan Zalenah binti Tukiran 20


kkkeeelllaaabbb ggguuurrruuu & &ssstttaaaffffff Pengerusi : Encik Mohamad Alias bin Abd Rahman Naib Pengerusi : Encik Ahmad Afnan bin Mohd Hariri Setiausaha : Cik Amalina binti Awang Salleh Bendahari : Cik Haniza binti Abdullah Ahli Jawatankuasa : Encik Muhammad Fakhrul Ikhwan bin Mohd Aznizam Encik Zul bin Kamaruddin Cik Kamaliah Aminah binti Abdullah @ Abu Bakar Cik Nurul Atikah binti Khairul Anuar Puan Nurul Adha binti Muhammad 21


sssiiidddaaannnggg rrreeedddaaakkksssiii Pengerusi : Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin Naib Pengerusi : Cik Kuah Swee Toh Penyelaras : Puan Silvy a/p Govindasamy Gkmp Bahasa Setiausaha : Cik Kamaliah Aminah binti Abdullah @Abu Bakar Ahli Jawatankuasa : Pn Nor’asikin binti Haron Kp Bahasa Melayu / Editor Pn Bimbala a/p Didar Singh Kp Bahasa Inggeris / Editor Cik Khoh Zi Jing Kp Bahasa Cina / Editor Pn Amutha a/p Kannan Kp Bahasa Tamil Cik Nur Amirah Afiqah binti Paharuzzaman Ppki Pn Nordiba Akmar binti Mohd Amin Iklan Pn Suziliana binti Azlan Juru Gambar Cik Nur Amalina binti Awang Pereka Grafik Pn Nor Hafizah binti Azelan Setiausaha Kokurikulum Pn Zulhayati binti Nasaruddin Setiausaha Sukan Pn Norha binti Ramli Setiausaha Kurikulum Pn Nur Liyana binti Mohd Ramli Setiausaha Hal Ehwal Murid 22


llleeemmmbbbaaagggaaa pppeeennngggaaawwwaaasss ssseeekkkooolllaaahhh ( (pppaaagggiii)) llleeemmmbbbaaagggaaa pppeeennngggaaawwwaaasss ssseeekkkooolllaaahhh ( (pppeeetttaaannnggg)) Guru Penyelaras Sesi Pagi : Puan Zarila binti Muhd Razin Guru Penyelaras Sesi Petang : Puan Suhaida binti Mohamed Nor 23


pppeeennngggaaawwwaaasss pppuuusssaaattt sssuuummmbbbeeerrr ssseeekkkooolllaaahhh ( (pppaaagggiii)) pppeeennngggaaawwwaaasss pppuuusssaaattt sssuuummmbbbeeerrr ssseeekkkooolllaaahhh ( (pppeeetttaaannnggg)) Guru Penyelaras Sesi Pagi : Puan Fazillah binti Razak Guru Penyelaras Sesi Petang : Puan Nor Izzati binti Mohd Zain 24


pppeeemmmbbbiiimmmbbbiiinnnggg rrraaakkkaaannn ssseeebbbaaayyyaaa ( (pppaaagggiii)) pppeeemmmbbbiiimmmbbbiiinnnggg rrraaakkkaaannn ssseeebbbaaayyyaaa ( (pppeeetttaaannnggg)) Guru Penyelaras Sesi Pagi : Encik Ahmad Afnan bin Mohd Hariri Guru Penyelaras Sesi Petang : Puan Norsuhaila binti Baharom Azzohar 25


mmmaaajjjllliiisss kkkeeetttuuuaaa & &pppeeennnooolllooonnnggg kkkeeetttuuuaaa tttiiinnngggkkkaaatttaaannn ( (pppaaagggiii)) mmmaaajjjllliiisss kkkeeetttuuuaaa & &pppeeennnooolllooonnnggg kkkeeetttuuuaaa tttiiinnngggkkkaaatttaaannn ( (pppeeetttaaannnggg)) Guru Penyelaras Sesi Pagi : Cik Susan Shee Wei Ling Guru Penyelaras Sesi Petang : Puan Suhaida binti Mohamed Nor 26


PENGURUSAN & PENTADBIRAN 1 Puan Hajah Maizatul Akmal binti Sahudin B.Sc.Ed.(Matematik) UM Sarjana Kepengetuaan UM 2 Datin Norsiah binti Wakiban B.A.Com. UiTM Dip.Ed (Bahasa Melayu) MPMM 3 Cik Norin binti Ismail B.Sc. UTAS, AUS KPLI (Matematik) IPSI 4 Cik Kuah Swee Toh B.Ed (Matematik) UKM 5 Puan Zalenah binti Tukiran B. (Pendidikan Khas) USM Dip.Ed. (Pendidikan Khas) MPIK 6 Puan Syarifah Aini binti Yaacob B.Ed. (Bahasa Melayu) UPM 7 Puan Silvy a/p Govindasamy M.Ed (Bahasa Melayu) UPM Dip.Ed (Bahasa Tamil) MPLP 8 Puan Aswati binti Ishak B.A (Hons) (Kejuruteraan Kimia) USM KPLI (Kimia) MPKTBR 9 Puan Roslena binti Mohd Rosli B.A (Hons) (Sains Pembangunan) UKM KPLI (Geografi) UPSI 10 Puan Siti Hajar binti Hamzah B.Sc. (Sains Komputer) UKM KPLI (Matematik) MPTKL GURU PAGI 11 Encik Ahmad Afnan bin Mohd Hariri B.Ed. (Bimbingan & Kaunseling) UPM 12 Puan Azilah binti Anuar B.Ed. (Hons) (Teknologi Maklumat) UPSI 13 Puan Fazillah binti Razak B.Ed. (Hons) (Bahasa Melayu) UPSI 14 Encik Abdul Azim bin Talhah B.Ed. (Hons) (Muzik) UiTM 15 Puan Adonica Chong Hui Kee B.Ed. (Matematik & Fizik) UMS 16 Cik Amalina binti Awang Salleh B.Ed. (Sejarah) UPSI 17 Puan Bimbala a/p Didar Singh B.Ed. (Hons) (TESOL) USM Sijil Perguruan (Pengajian Inggeris) MPIK 18 Cik Farhana binti Kamarudin B.B.A. UPM Dip.Ed. (Perdagangan & Keusahawanan) UPSI 19 Cik Haniza binti Abdullah M.Ed.A UPM B.A (Hons) (Seramik Perindustrian) UiTM Dip.Ed (Pendidikan Seni) UiTM 20 Cik Kamaliah Aminah binti Abdullah @Abu Bakar B.Sc.Ed. (Hons) (Matematik & Fizik) UTM KELULUSAN AKADEMIK GURU 27


21 Encik Mohd Faizal bin Ahmad Fuad B.Ed. (Sains) UPSI 22 Encik Mohamad Alias bin Abd. Rahman B.Ed. (Hons) (Pend. Jasmani & Kesihatan) UPM Dip.Ed. (Pend. Jasmani & Kesihatan) MPIP 23 Puan Nor'asikin binti Haron B.Ed. (Hons) (Pend. Moral & Perdagangan) UPM Dip.Ed. (Bahasa Melayu) MPTI 24 Puan Nordiba Akmar binti Mohd Amin B.Ed. (Hons) (Ekonomi & Psikologi Kaunseling Pendidikan) USM 25 Puan Norha binti Ramli B.A (Hons) (Geografi & Pengajian Islam) UM Dip.Ed. (Geografi & Pendidikan Moral) UM 26 Puan Nor Hafizah binti Azelan B.Sc.Ed. (Hons) (Biologi & Kimia) USM 27 Puan Noor Laili binti Osman B.Ed. (Hons) (Matematik) UPSI 28 Puan Norliza binti Deraman B.Acc. MSU Dip.Ed. (Perdagangan & Keusahawanan) UPSI 29 Puan Nor Hidayat binti Mahamat B.Ed. (Hons) (Pendidikan Islam) UM 30 Puan Nornadiawati binti Jamaludin B.Sc. (Hons) (Matematik) UPM 31 Puan Nor Syahida binti Roslan B.A.Ed. (Hons) (Sastera) USM 32 Puan Nur Kyairunnisa binti Ariffin B.Ed. (Hons) (Pendidikan Islam) UPSI 33 Puan Nur Liyana binti Mohd Ramli B.Sc.Ed. (Fizik) UPM 34 Puan Raihana binti Othman B.A (Hons) (Pengurusan) UIA Dip.Ed. (Bahasa Inggeris) UIA 35 Puan Raja Azizun binti Raja Yunus B.Ed. (Hons) (Kesusasteraan Melayu) UPSI 36 Puan Sulhaniza binti Zainal Abidin B.Sc (Hons) (Mikrobiologi) UPM Dip.Ed. (Biologi & Matematik) IPPPP 37 Cik Susan Shee Wei Ling B.Ed. (Hons) (TESL) UPM 38 Puan Suziliana binti Azlan B.Ed. (Hons) (Geografi) UPSI 39 Encik W. Azhar bin W. Sudin B.A (Hons) (Hubungan Antarabangsa) UUM Dip.Ed. (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) IPTB 40 Puan Zarila binti Mohd Razin B.B.A (Hons) (Kewangan) UiTM Dip.Ed. (Kemahiran Hidup) UPSI 41 Encik Zul bin Kamaruddin B.Ed. (Hons) (Pendidikan Seni) UPSI 42 Puan Zulhayati binti Nasaruddin B.S.Sc. UM Dip.Ed. (Pend. Jasmani & Kesihatan) MPSM KELULUSAN AKADEMIK GURU 28


GURU PPKI 43 Encik Aizamzani bin Abdullah M.Ed. (Pendidikan Khas) UKM B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UKM 44 Puan Intan Nur Azila binti Nazarudin B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UPSI 45 Puan Mazlina binti Mukhtar B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UKM 46 Puan Noorliza binti Mansor B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UKM 47 Puan Nur Fittrah binti Hassan M.Ed. (Pendidikan Khas) UPSI B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UPSI 48 Puan Rupinah binti Gampak M.Ed. (Pendidikan Khas) UPSI B.Ed. (Hons) (Pengurusan Perniagaan dengan Pendidikan) UUM 49 Puan Siti Eshah binti Wahab B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UKM 50 Cik Nurul Atikah binti Khairul Anuar B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) USM Dip.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak) UPSI 51 Encik Mohd Hamri bin Hamid B.Ed. (TESL) UPM 52 Cik Nur Amirah Afiqah binti Paharuzzaman B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) UKM 53 Encik Muhammad Adib bin Mhd Radzi B.Ed. (Pendidikan Vokasional - Binaan Bangunan) UTHM 54 Puan Siti Khadijah binti Omar B.Ed. (Hons) (Pendidikan Khas) USM GURU PETANG 55 Puan Fara Shida binti Jamalruhanordin B.Acc.Ed. UPM 56 Puan Norsuhaila binti Baharom Azzohar B.Ed. (Hons) (Bimbingan & Kaunseling) UPSI 57 Puan Amutha a/p Kannan B.Ed. (Hons) (Bahasa Tamil) UM 58 Cik Fatin Athirah binti Aspar B.Ed. (Hons) ( TESL) UPSI 59 Cik Khoh Zi Jing B.A.Ed. (Bahasa Cina) UPSI 60 Puan Maizatul Nadia binti Zulkefli B.Ed. (Sains Pertanian) UPM 61 Puan Maizura binti Mat Saad B.Eng. (Hons) (Bioteknologi) UIA Dip.Ed. (Sains) IPPMM 62 Encik Md Azam bin Abdul Rahman B.Ed. (Hons) (Geografi) UKM KELULUSAN AKADEMIK GURU 29


63 Encik Muhammad Fakhrul Ikhwan bin Mohd Aznizam B.Ed (Hons) (Sejarah) UPSI 64 Cik Mumtazah binti Hanafi @ Mohd Ghani B.Ed (Hons) (Muzik) UPSI 65 Encik Mohd Hasyim bin Md. Wazir B.Ed. (Hons) (Ekonomi) UPM 66 Encik Mohamad Faiz bin Walgif B.Ed. (Hons) (Sukan & Rekreasi) UKM 67 Encik Ng Kay Hui B.Ed. (Hons) (Sains Sukan) UPSI 68 Cik Nor Hanisah binti Embong B.Ed. (Hons) (Teknologi Maklumat) UUM 69 Cik Nur Amalina binti Awang B.Ed. (Hons) (Pendidikan Seni) UPSI 70 Puan Nur Fatihah binti Mohd. Nor B.Ed. (Hons) (TESL) UPSI 71 Puan Nur Izzati binti Mohd Zain B.Ed. (Hons) (Kesusasteraan Melayu) UPSI 72 Cik Nur Izatul Aina binti Mohd Zafri B.Ed. (Bahasa Arab) UPSI 73 Puan Roslina binti Mohd B.Ed. (Hons) (Sejarah) USM 74 Puan Siti Awanis binti Mohamed Fo’ad B.Ed. (Hons) (Sejarah) UPSI 75 Puan Siti Fatimah binti Mat Said M.Ed. (Pendidikan Matematik) UPSI B.Ed. (Pendidikan Matematik) UPSI 76 Puan Suhaida binti Mohamed Noor B.Ed. (Hons) (Bahasa Melayu) UPSI KELULUSAN AKADEMIK GURU 30


Analisis SPM 2021 31


Bidang Bahasa Analisis SPM 2021 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 32


Bidang Bahasa Analisis SPM 2021 Bahasa Cina Bahasa Tamil 33


Analisis SPM 2021 Bidang Sains & Matematik Sains Fizik 34


Analisis SPM 2021 Bidang Sains & Matematik Biologi Kimia 35


Analisis SPM 2021 Bidang Sains & Matematik Bidang Teknik & Vokasional Matematik Matematik Tambahan 36


Analisis SPM 2021 Bidang Teknik & Vokasional Prinsip Perakaunan Ekonomi 37


Analisis SPM 2021 Bidang Teknik & Vokasional Bidang Kemanusiaan Perniagaan Sejarah 38


Analisis SPM 2021 Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik 39


Analisis SPM 2021 Pendidikan Islam Pendidikan Moral Tasawwur Islam 40


Analisis UASA Pencapaian Minimum TP Murid 41


Badan Beruniform 42


Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sesi Petang) Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sesi Pagi) Guru Penasihat : Puan Norliza binti Deraman Puan Fazillah binti Razak Guru Penasihat : Puan Suhaida binti Mohamed Nor Cik Khoh Zi Jing 43


Pasukan Kor Kadet Polis (Sesi Pagi) Pasukan Kor Kadet Polis (Sesi Petang) Guru Penasihat : Encik Abdul Azim bin Talhah Encik Zul bin Kamaruddin Guru Penasihat : Puan Nur Fatihah binti Mohd. Nor Encik Ng Kay Hui 44


Pasukan Kadet Remaja Sekolah (Sesi Pagi) Pasukan Kadet Remaja Sekolah (Sesi Petang) Guru Penasihat : Cik Amalina binti Awang Salleh Puan Nor Syahida binti Roslan Guru Penasihat : Encik Muhammad Fakhrul Ikhwan Mohd Aznizam Cik Nur Amalina binti Awang 45


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Sesi Pagi) Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Sesi Petang) Guru Penasihat : Puan Nordiba Akmar binti Mohd Amin Puan Sulhaniza binti Zainal Abidin Guru Penasihat : Puan Amutha a/p Kannan Cik Fatin Athirah binti Aspar Puan Roslina binti Mohd 46


Persekutuan Pengakap Malaysia (Sesi Pagi) Persekutuan Pengakap Malaysia (Sesi Petang) Guru Penasihat : Puan Raja Azizun binti Raja Yunus Puan Nur Liyana binti Mohd Ramli Guru Penasihat : Encik Mohamad Faiz bin Walgif Encik Md Azam bin Abdul Rahman Encik Mohd Hasyim bin Md. Wazir 47


Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (Sesi Pagi) Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (Sesi Petang) Guru Penasihat : Encik Mohamad Faizal bin Ahmad Fuad Puan Nornadiawati binti Jamaludin Guru Penasihat : Cik Mumtazah binti Hanafi @ Mohd Ghani Puan Maizura binti Mat Saad 48


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (Sesi Pagi) Pergerakan Puteri Islam Malaysia (Sesi Petang) Guru Penasihat : Puan Nur Kyairunnisa binti Ariffin Puan Nor Hidayat binti Mahamat Guru Penasihat : Puan Siti Fatimah binti Mat Said Puan Nur Izatul Aina binti Mohd Zafri 49


Click to View FlipBook Version