The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-NOTA PBKK1124 AMBILAN JUN 2023/2028

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingyihwei, 2024-04-21 08:46:44

E-NOTA PBKK1124

E-NOTA PBKK1124 AMBILAN JUN 2023/2028

Sumber Manusia dan Latihan Perancangan dan pembangunan sumber manusia dalam kesihatan mental bagi memenuhi keperluan negara akan menjadi pelaburan utama dalam sektor kesihatan. Keberkesanan perkhidmatan kesihatan mental bergantung kepada tenaga kerja kesihatan mental yang terlatih dan mencukupi. Pakarpakar profesional dan kakitangan kesihatan bersekutu adalah komponen penting dalam perkhidmatan kesihatan mental yang khusus.


Piawaian dan Pemantauan Perkhidmatan kesihatan mental wajib menyediakan penjagaan dan piawaian berkualiti tinggi dengan program penentu kualiti dalaman yang tersedia. Ia nya juga akan memetuhi piawaian yang terkandung di dalam resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan perlindungan hak Orang yang menghidap penyakitpenyakit mental.


Penyelidikan Penyelidikan dan pembangunan akan terus dilaksanakan dan dibiayai oleh sektor awam dan swasta Mempromosikan penyelidikan asas dan gunaan kesihatan mental serta penggunaannya dalam program pencegahan dan rawatan Satu Institut Kesihatan Mental Negara wajib ditubuhkan untuk memudahkan penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan latihan


Perundangan Hak dan kebebasan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan mental mesti diberi jaminan dan perlindungan. Mereka juga akan diberi kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan serta peluang yang sama seperti orang lain, kecuali tertakluk pada perundgan kesihatan mental


Kesimpulan Kesimpulannya, adalah penting dasar kesihatan mental negara dikaji semula dari semasa ke semasa bagi memperbaiki perkhidmatan kesihatan mental untuk orang-orang yang menghidap penyakit mental serta penjaga mereka, dengan mengambil kira perubahan dan keperluan kesihatan mental masyarakat dari semasa ke semasa


TOPIK 4 CARA MENGENALPASTI GANGGUAN KESEJAHTERAAN MENTAL PBKK1124


Hello Everyone!


KEPENTINGAN INSTRUMEN SARINGAN 1. Mengenal pasti masalah awal Instrumen saringan memainkan peranan penting dalam mengenal pasti masalah kesihatan mental pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan menggunakan instrumen saringan, penyelidik, kaunselor, atau profesional kesihatan mental dapat mengenal pasti gejala awal masalah kesihatan mental seseorang individu. Ini termasuk tanda-tanda seperti perubahan mood, kegelisahan yang berlebihan, penurunan prestasi akademik atau pekerjaan, dan perubahan perilaku yang tidak biasa.


Dengan mengenal pasti gejala-gejala atau faktor risiko pada peringkat awal, individu boleh menerima intervensi atau rawatan yang sesuai untuk mencegah perkembangan masalah kesihatan mental yang lebih serius. Misalnya, skala penilaian kecemasan atau depresi dapat membantu mengenal pasti individu yang mungkin mengalami gejala-gejala tersebut sebelum gejala tersebut menjadi terlalu teruk. Ini adalah penting kerana jika masalah kesihatan mental tidak dikenal pasti dan ditangani dengan awal, ia boleh memberi kesan yang besar terhadap kualiti hidup individu serta kesihatan mental mereka secara keseluruhan. 1. MENGENALPASTIMASALAHAWAL


Data yang dikumpulkan melalui instrumen saringan dapat digunakan untuk penelitian dengan lebih mendalam mengenai kesihatan mental dan merancang program atau yang lebih efektif dalam usaha merawat atau mencegah masalah kesihatan mental Penelitian terhadap data adalah untuk mengenalpasti sebarang perubahan tidak wajar atau kemerosotan tahap kesihatan mental yang berlaku dalam anggota keluarga dan masyarakat agar perubahan tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sama ada individu, keluarga atau orang ramai. Data mengenai instrumen saringan juga untuk menilai sejauh mana keseriusan yang dialami dan seterusnya mempastikan apakah kesan dan risiko yang bakal mengundang akibat daripada perubahan tersebut. Menyediakan DatauntukPenelitiandanPerancangan


Hasil saringan boleh membantu dalam penyediaan sokongan psikososial kepada individu yang memerlukan. Ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui inisiatif perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial Antara inisiatif yang diambil ialah - Bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berposat di CPRC, KKM serta dibantu oleh sukarelawan pergawai psikologi agensi-agensi lain dan NGO - KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Talian KASIH MembantudalamPenyediaanSokongan


INVENTORI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (MENTAL) Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) merupakan instrumen psikometrik yang dibina oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021 yang digunakan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi seseorang individu.


Mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi warga KPM secara holistik Membangunkan profil kesejahteraan psikologi warga KPM Menjalankan intervensi melalui pembangunan, pencegahan dan pemulihan kepada warga KPM berdasarkan data profil kesejteraan psikologi Objektif IKPsi


Model IKPsi 1.Kesejateraan Emosi 2.Kesejahteraan Pekerjaan 3.Kesejahteraan Fizikal 4.Kesejateraan Perhubungan keupayaan seseorang untuk peka terhadap emosi, dapat memahami emosi dengan baik serta mampu mengurus dan mengawal emosi dengan berkesan kepuasan yang diperolehi melalui pekerjaan dan meliputi autonomi, kepuasan bekerja, pengiktirafan dan keseimbang kehidupan kerja penjagaan kesihatan individu daripada aspek fizikal seperti amalan pemakanan, aktiviti fizikal yang sihat dan kebersihan diri supaya tidak menyalahgunakan ubat- ubatan dan bahan terlarang kualiti perhubungan dua hala antara individu dan orang lain dalam kalangan ahli keluarga, rakan- rakan dan masyarakat


Model IKPsi 5.Kesejateraan Intelektual 6.Kesejahteraan Spiritual 7.Kesejahteraan Identiti 8.Kesejateraan Kewangan kebolehan individu untuk berfikir secara rasional dan terarah untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan serta kreatif dan berusaha menambah ilmu secara berterusan amalan individu untuk percaya, berfikir dan bertindak berdasarkan kepada nilai-nilai murni dalam mengekalkan keharmonian dengan Tuhan, diri kendiri dan masyarakat penerimaan individu terhadap diri sendiri dari aspek jantina, asal usul budaya, keadaan fizikal dan penampilan diri kehidupan yang selesa dan stabil dari aspek kewangan berasakan kepada literasi dan kemahiran pengurusan kewangan berkesan


Aspek-aspek IKPsi Emosi Positif (Positive Affect) Penilaian terhadap emosi, perasaan dan mood yang positif, cantik dan menyenangkan, contohnya gembira, ceria dan gembira. Emosi Negatif (Negative Affect) Penilaian terhadap emosi, perasaan dan perasaan negatif, tidak menyenangkan dan tidak menyenangkan, contohnya muram, sedih dan tidak pasti. Kepuasan Hidup (Life Satisfaction) Penilaian kognitif seseorang terhadap kualiti hidup mereka secara global (pertimbangan global) adalah berdasarkan kriteria atau faktor yang dianggap relevan oleh individu tersebut.


Aspek-aspek IKPsi Kefungsian Psikologi (Functional Psychology) Penilaian kefungsian psikologi, yang digambarkan melalui penerimaan kemerdekaan, cuba menjaga tanggungjawab harian, mempunyai hubungan yang positif, peningkatan diri, autonomi dan mempunyai makna dan tujuan dalam hidup. Emosi Negatif (Negative Affect) Penilaian fungsi dan reaksi seseorang individu dalam konteks sosial yang digambarkan melalui sumbangan sosial, penglibatan dalam komuniti, sikap positif terhadap pembangunan masyarakat, mempunyai pandangan yang baik terhadap orang lain, dan dapat memahami apa yang berlaku dalam masyarakat.


Kesimpulan Untuk mengenal pasti gangguan kesihatan mental, lihat tanda atau simptom yang ditunjukkan oleh seseorang. Gejala ini berbeza-beza mengikut jenis gangguan mental yang dialami. Contohnya, jika seseorang mengalami gangguan kecemasan, mereka mungkin mengalami serangan panik, berpeluh, menggigil, degupan jantung yang cepat atau masalah bernafas apabila mereka berada dalam keadaan yang mencemaskan atau tidak yakin. Individu yang mengalami kemurungan mungkin mengasingkan diri, meninggalkan rumah, kehilangan minat dalam aktiviti yang mereka gemari atau mengalami perubahan dalam corak tidur dan selera makan mereka. Mereka yang mengalami gangguan bipolar mungkin mengalami perasaan sedih atau putus asa, kurang tenaga, kesukaran untuk mengingati dan fokus, atau rasa sangat gembira. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan profesional jika anda atau orang lain mengalami gejala ini.


RUJUKAN Surati Samsuri. (2023). Pengenalan Kesejahteraan Psikologi. https://www.scribd.com/presentation/690412371/01-PENGENALANKESEJAHTERAAN-PSIKOLOGI-IKPsi https://ikpm.jpa.gov.my/ https://klinikminda.com/cara-mengenali-dan-menangani-masalahkesihatan-mental/ https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/i-wasp/pengenalan


You Thank


TOPIK 5: CARA MENANGANI MASALAH KESEJAHTERAAN MENTAL


FIKIR MENGENAI DIRI 1. Ambil masa mengenai diri sendiri. Ia jauh lebih penting. Ini kerana jika anda sakit siapa yang akan menjaga anakanak dan keluarga. Bagaimana sumber kewangan. Jadi cuba untuk memikirkan diri sendiri terlebih dulu sebelum anda mengutamakan orang lain. Anda harus jadi lebih positif dan yakin bahawa anda adalah seorang wanita atau ibu yang hebat dalam apa yang anda lakukan.


2. LEPASKAN KEBIMBANGAN Adakala wanita berasa diri mereka sangat kuat. Sebab itu mereka melakukan sesuatu perkara tanpa menilai sama ada fizikal dan mental mampu menghadapinya. Apatah lagi jika mereka memiliki anak-anak yang masih kecil segala yang dilakukan adalah untuk anakanak tanpa melihat yang mereka perlukan sokongan. Oleh itu bermula hari ini kenal pasti kelemahan, mengakuinya dan melepaskan tekanan atau kebimbangan anda. Lepaskan dan mulai terima tidak semua bebanan atau masalah perlu anda selesaikan berseorangan. Mula minta bantuan pasangan, adikberadik, keluarga dan sahabat.


3. LUANGKAN MASA UNTUK MEMBELAI DIRI Ramai wanita mula mengurangkan masa ke pusat kecantikan, pusat kecergasan dan spa disebabkan tiada masa dan juga bebanan kewangan. Betul untuk cantik memerlukan duit begitu juga jika ingin sihat dan cergas. Tetapi anda harus ingat tubuh juga perlukan belaian dan urutan. Jika ketika zaman anak dara anda sering melakukan rawatan wajah dan berurut kenapa selepas berkahwin tidak menyimpan duit untuk kecantikan. Sedangkan tubuh anda adalah anugerah Allah yang harus dijaga. Jika tidak mampu sekalipun minta suami untuk membenarkan anda beriadah, bersukan atau bertemu rakan di luar. Ini kerana aktiviti di luar waktu bekerja tanpa ditemani suami dan anak-anak dapat membuatkan emosi lebih stabil lantas memberikan rasa bahagia.


4. MAKAN MAKANAN SEIMBANG Makan makanan seimbang mengikut piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat dan juga makanan terproses atau segera dalam diet anda. Ini dapat membantu membetulkan semula hormon disebabkan haid dan menopaus. Pastikan buah-buahan dalam setiap hidangan. Ambil juga makanan tambahan seperti Vitamin C untuk kekal sihat dan mengelak jangkitan penyakit.


5. MINUM AIR SECUKUPNYA Realitinya wanita apabila sibuk bekerja, air pun susah untuk diminum. Sebenarnya dalam keadaan cuaca yang sangat panas ini, minum air bukan setakat menghilangkan dahaga tetapi membantu mengurangkan tekanan fikiran, mengurangkan toksik di dalam badan dan melancarkan peredaran darah. Sebaiknya pengambilan air mengikut berat badan atau minum sekurang-kurangnya 1 liter sehari dan lebih sekiranya sering berada di luar rumah. Untuk memastikan minum banyak air, bawa air kosong ke mana-mana sahaja masukkan dalam beg tangan supaya boleh kekal minum air walaupun di mana berada.


6. TIDUR SECUKUPNYA Memang sukar bagi kita untuk mendapat tidur yang secukupnya terutama jika mempunyai anak yang masih kecil dan tangunggjawab yang tidak pernah putus di rumah mahupun di tempat kerja. Minta sokongan dan bantuan keluarga atau rakan sementara anda tidur selama 1-2 jam. Ia tidak salah dan jangan rasa bersalah kerana tidur yang cukup dapat membantu anda terus fokus dalam menangani masalah atau kerumitan fikiran yang anda sedang lalui.


7. MEDITASI Fauget Doctors meditasi mengikut cara yang betul memberi kesan psotif dalam kehidupan seharian individu membantu mengurangkan tekanan, menguruskan emosi individu dengan baik, meringankan gangguan mental dan membantu memberikan lebih fokus kepada anak-anak melakukan meditasi bersama rakan atau melakukan secara berseorangan di rumah


antara hobi yang boleh individu cuba adalah menjahit, membuat kraftangan, membaca, penulisan jurnal, melukis, fotografi, memasak dan menari. banyak faedah dari sudut emosi sekiranya wanita mempunyai hobi. melakukan hobi dapat meredakan stres, rasa tenang, kurang marah, sabar dan lebih menghormati orang lain. 8. MELAKUKAN HOBI


Senaman boleh mencegah dari pelbagai penyakit dan dapat mengurangkan berat badan berlebihan Pergerakan senaman dapat menghasilkan hormon endorfin yang boleh meningkatkan keyakinan terutama apabila anda terpaksa berhadapan dengan ramai orang di tempat kerja. Senaman dapat mengimbangkan reaksi kimia di dalam otak sekaligus memberikan rasa releks dan tenang. 9. BERSENAM ATAU BERIADAH


bercuti atau keluar bersama teman-teman atau bersendirian. individu yang menjadi ibu bapa boleh meminta sokongan dari ahli keluarga, suami, atau mencuba khidmat pengasuh atau ‘baby-sitter’ yang bertauliah untuk menjaga anak-anak anda untuk beberapa jam. mempunyai masa bersendirian dapat membantu mengurangkan tekanan dan menjadikan emosi lebih stabil. 10. LUANGKAN MASA SENDIRI (ME TIME)


RUJUKAN KHAIRA, LAMAN. “CARA ATASI MASALAH EMOSI DAN KESIHATAN MENTAL | LAMAN KHAIRA. ” LAMAN KHAIRA, 29 MAY 2023, LAMANKHAIRA.COM.MY/CARA-ATASI-MASALAHEMOSI-DAN-KESIHATAN-MENTAL/. ACCESSED 16 APR. 2024.


TOPIK 6 ISU DAN TRENDA KESEJAHTERAAN MENTAL


LESU UPAYA (BURNOUT)


Menurut Himanshu J. Vats (2022), lesu upaya (burnout) adalah keadaan keletihan emosi, fizikal dan mental yang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan atau berlebihan. Ia adalah tindak balas kepada tekanan kronik yang tidak berjaya diuruskan. Ia dicirikan oleh tiga dimensi: Perasaan kehabisan tenaga, keletihan peningkatan akibat keletihan mental dari pekerjaan seseorang dan perasaan negativisme atau sinis yang berkaitan dengan pekerjaan seseorang. Keberkesanan profesional yang berkurangan Burnout boleh berlaku dalam mana-mana pekerjaan, tetapi ia adalah yang paling biasa dalam profesion yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial. LESU UPAYA (BURNOUT)


CONTOH BERITA


CONTOH BERITA


FAKTOR-FAKTOR Tekanan kerja yang berlebihan boleh timbul dari pelbagai sumber termasuk jadual kerja yang padat, tuntutan yang tidak realistik atau keperluan untuk menangani situasi yang rumit. Apabila pekerja terdedah kepada tekanan ini secara berterusan tanpa peluang untuk berehat atau pulih, mereka boleh mengalami keletihan emosi, fizikal dan mental yang menyumbang kepada lesu upaya. TEKANAN KERJA YANG BERLEBIHAN KEKURANGAN SOKONGAN SOSIAL Sokongan sosial dari rakan sekerja, penyelia atau organisasi adalah penting dalam membantu individu mengatasi cabaran dan tekanan di tempat kerja. Kekurangan sokongan sosial boleh menimbul perasaan terasing, kurangnya pemahaman atau kurangnya bantuan dari rakan sekerja. Tanpa sokongan yang mencukupi, pekerja mungkin berasa terpinggir dan meningkatkan risiko mereka untuk mengalami lesu upaya.


FAKTOR-FAKTOR Persekitaran kerja yang tidak sihat boleh merangkumi pelbagai aspek termasuk budaya organisasi yang toksik, konflik interpersonal yang tidak diselesaikan atau kurangnya sumber daya untuk menyelesaikan tugas-tugas kerja. Persekitaran yang tidak sihat boleh mencipta suasana yang tegang, tidak selesa, atau tidak stabil, yang secara langsung merosakkan kesejahteraan mental dan emosi pekerja. PERSEKITARAN KERJA KETIDAKSEIMBANGAN TUNTUTAN KERJA Ketidakseimbangan antara tuntutan kerja untuk menangani tugas-tugas tersebut merupakan faktor penting dalam pembentukan lesu upaya. Apabila pekerja diberi tanggungjawab yang terlalu banyak atau tanpa sokongan yang mencukupi, mereka mungkin berasa terbeban dan tidak mampu menyelesaikan tugas-tugas dengan efektif. Ini boleh mengakibatkan peningkatan tahap stres dan keletihan, yang akan meningkatkan risiko lesu upaya.


KESAN-KESAN buyaoliekai Keletihan Berpanjangan: Individu yang mengalami burnout akan merasa keletihan secara berterusan, walaupun setelah berehat atau bercuti. Perasaan Merosotnya Kepuasan Kerja: Mereka mungkin kehilangan minat dan kepuasan terhadap pekerjaan mereka walaupun yang dulu mereka nikmati terhadap waktu perkerjaan. Perubahan Emosi: Individu yang mengalami burnout mungkin mengalami perubahan emosi seperti mudah marah, mudah terganggu, dan kurang toleransi terhadap tekanan. Masalah Kesihatan Fizikal: Burnout juga boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal seperti sakit kepala, masalah pencernaan dan peningkatan risiko penyakit kronik.


SERANGAN LISAN (VERBALLY ASSAULT)


MAKSUD SERANGAN LISAN Buli lisan adalah tindakan agresif yang dilakukan melalui kata-kata dan komunikasi lisan. Ia merangkumi menghina, mengkritik, atau mengecam orang lain secara berulang. Tujuannya adalah untuk merosakkan konsep kendiri mangsa dan menghasilkan emosi negatif.


CIRI-CIRI SERANGAN LISAN Kemarahan dan Permusuhan: Buli lisan sering timbul dari perasaan kemarahan dan permusuhan terhadap mangsa. Menggunakan Kata-kata Kasar: Pelaku menggunakan kata-kata yang merendahkan dan menyakitkan.


KESAN SERANGAN LISAN Kesan Emosi Negatif: Mangsa buli lisan mungkin mengalami cemas, depresi, dan rendah diri Gangguan Hubungan Sosial: Buli lisan dapat merusak hubungan sosial dan mengisolasi mangsa.


PENYELESAIAN Pendidikan Kesedaran: Penting untuk meningkatkan kesedaran tentang buli lisan dan kesan buruknya. PENDIDIKAN Ibu bapa haruslah memberi didikan dengan cara menunjukkan contoh yang dalam hubungan sosial agar dapat membentuk anak-anak baik budi bahasanya. DIDIKAN


KECELARUAN MENTAL (MENTAL DISORDER)


Kecelaruan mental merupakan perubahan psikologi atau tingkahlaku yang tidak normal. Ia merangkumi perubahan pada emosi, pemikiran (kognitif), persepsi atau tingkah laku disebabkan oleh gangguan ketidak seimbangan bahan kimia pada bahagian otak (KKM,2020)


JENIS KECELARUAN MENTAL YANG LAZIM Kemurungan Kegelisahan Bipolar


KEMURUNGAN Faktor: kos sara hidup tinggi, miskin bandar, masalah perhubungan dengan ibu bapa dan rakan sebaya. daripada 336,906 jumlah saringan kesihatan mental dijalankan di seluruh negara, sebanyak 24,139 atau 7.1 peratus kes didapati mempunyai simptom kemurungan. faktor sosial seperti masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan bahan terlarang, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri, sekali gus menyumbang kepada tekanan tinggi, keresahan dan kemurungan.


KEGELISAHAN sikap suka menyendiri atau agresif membuat kehidupan lebih kucar-kacir. tingkah laku mereka yang terlalu berhati-hati atau memikirkan benda yang remeh-temeh akan mendorong perilaku yang lebih buruk seperti bunuh diri rawatan psiko-sosial daripada kaunselor bertauliah amat diperlukan daripada 336,906 jumlah saringan kesihatan mental yang dijalankan di seluruh negara. Wilayah Persekutuan merekodkan sebanyak 70 peratus masalah kemurungan dan anxiety, diikuti Johor (44 peratus); Labuan (33 peratus) dan Sabah (23 peratus)


Click to View FlipBook Version