SENI PERSEMBAHAN
KEMPLINGAN
MUHAMMAD HASIF SAFIUDDIN (288582)
ISI KANDUNGAN
Pengenalan.......................................................................1
Sejarah Kemplingan.......................................................2
Seni Kemplingan.............................................................4
Kegiatan Seni Kemplingan...........................................5
Peralatan Kemplingan...................................................6
Cabaran Kemplingan Pada Abad Ke-21.....................12
Kesimpulan.....................................................................13
PENGENALAN
Masyarakat merupakan sebuah Negeri Johor merupakan
gabungan individu yang tinggal sebuah negeri yang terdiri
pada suatu demografi tempat daripada 10 daerah meliputi;
Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi;
yang mana mengamalkan gaya Mersing, Kluang, Segamat,
Tangkak, Muar, Batu Pahat,
hidup dan nilai etika yang sama. Pontian.
Setiap masyarakat juga Kepelbagaian ini mewujudkan
mempunyai budaya dan tradisinya interaksi antara rakyat Johor
yang tersendiri. Jika kita perhalusi sehingga melahirkan kesenian
mengikut negeri, setiap negeri yang pelbagai tanpa
mempunyai budaya, masakan dan mengenepikan unsur dan identiti
etnik penduduk yang berbeza dan sesuatu kelompok masyarakat.
menjadikan setiap negeri bersifat Kesenian dan kebudayaan ini
unik dan berbeza-beza. Perkara ini dilihat berlaku hasil daripada
juga tidak berbeza dengan negeri perubahan dan pertembungan
Johor yang merupakan sebuah elemen budaya melibatkan
negeri dengan keindahan proses-proses seperti difusi,
kebudayaannya yang tersendiri. asimilasi atau penyebatian antara
1 satu sama lain.
SEJARAH KEMPLINGAN
Masyarakat Jawa Di Johor Etnik jawa merupakan sebuah etnik yang
sudah lama berada di negara kita. Etnik ini bertapak di seluruh
negara Malaysia namun lebih berfokus kepada bahagian Barat
Semenanjung terutama di barat Johor, Selangor dan Perak dengan
jangkaan populasi melebihi sejuta orang. Masyarakat ini
kebanyakkannya beragama islam dan menerapkan unsur dan nilai
islam dalam kehidupan mereka. Oleh itu, masyarakat jawa banyak
menciptakan kesenian mereka berunsurkan islam dan bermanfaat.
Kemplingan ini menjadi salah satu kesenian yang dilahirkan oleh
kesenian masyarakat ini dan ianya menjadi warisan kepada
sesebuah tempat.
2
Pada ketika dahulu,hiburan seperti televisyen dan radio bukanlah
sesuatu yang mudah didapatkan pada ketika itu kerana pada ketika
itu barang tersebut amatlah mahal dan ianya tidak mudah untuk
didapatkan untuk setiap keluarga. Tidak semua perkara mendapat
pengiktirafan sebagai suatu hasil kegiatan seni kerana kesenian itu
perlu mempunyai unsur-unsur yang tepat iaitu keindahannya,
kebenarannya dan kebaikannya kepada manusia. Penduduk
tempatan akan membuat hiburannya yang tersendiri dengan
melakukan seni persembahan dengan penduduknya sendiri.
Kemplingan menjadi salah satu seni hiburan ketika dahulu kerana
ianya dimasukkan dengan peralatan yang sesuai menjadikan ianya
asyik untuk didengari.
Ianya bermula apabila alat muzik jidur diperkenalkan kepada
masyarakat di Melaka. Kemudiannya ia diperkenalkan di johor
dengan kumpulan kemplingan. Menurut sumber lain, ianya
diperkenalkan oleh seorang kiyai yang bertujuan untuk menyebarkan
dakwah kepada masyarakat melalui kesenian yang telah menjadi
perkara yang menarik minat penduduk pada ketika itu. Persembahan
kemplingan ini akan diselitkan dengan memberi ceramah agama
kepada penduduk kampung agar mereka dapat meningkatkan
keimanan dan pegangan agama mereka dalam kehidupan harian.
3
SENI KEMPLINGAN
Seni Persembahan Kemplingan Kesenian adalah sebuah usaha dalam
mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan mempunyai nilai estetika
yang tersendiri. Setiap seni yang cuba ditonjolkan biasanya mempunyai nilai
dan maksud yang tersendiri yang
cuba disampaikan atau diterapkan
kepada orang awam.Kempligan ini
dibawa dengan memainkan alatan
genderang dan diiringi dengan
bacaan teks yang diambil daripada
kitab berzanji dalam Bahasa Arab,
Bahasa Melayu ataupun Bahasa
Jawa.
Seni ini berbeza dengan seni ghazal dan zapin kerana kemplingan ini tidak
melibatkan tarian ataupun lagu yang mengasyikkan, kemplingan ini
bertindak sebagai sebuah medium dakwah serta menyampaikan pesanan
untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Kemplingan juga digunakan untuk
menjadi salah satu seni dalam memuji Nabi Muhammad S.A.W. kerana
penggunaan kitab berzanji yang menceritakan kisah tentang Nabi
Muhammad S.A.W..
4
KEGIATAN KEMPLINGAN
Seni kemplingan ini kebiasaannya dipersembahkan ketika berada didalam
majlis tertentu seperti berkhatan, adat bercukur jambul bagi bayi, majlis
perkahwinan dan majlis keramaian. Pada masa kini, persembahan seni
kemplingan ini hanya dilakukan mengikut kehendak tuan rumah. Kebiasaanya
ia dimulakan dengan membaca al-fatihah dan diikuti dengan selawat
keatas nabi S.A.W. Mereka yang ingin mempelajari kesenian ini mermerlukan
minat yang tinggi dan juga kesabaran ini kerana seni ini memerlukan
ketelitian serta kerjasama pemain alat musik antara satu sama lain untuk
mendapatkan rentak dan lagunya yang mengasyikkan.
Persembahan kemplingan ini kebiasaannya mempunyai 10 hingga 20 orang
ahli kumpulan dan terdapat juga kumpulan yang mempunyai lebih daripada
itu dan kesemuanya dimainkan oleh kaum lelaki. Kedudukannya pula pemain
alat muzik akan berada di bahagian belakang manakala yang berada di
bahagian depan pula merupakan pemain alat musik yang menggunakan
alat musik yang bersaiz kecil. Pemain Jidur pula kedudukannya berada
dibahagian hadapan tetapi berada di hujung dan ini menjadikan kedudukan
mereka seimbang dan permainan alat muziknya dapat dimainkan tanpa
menghalang pemain lainnya.
5
PERALATAN KEMPLINGAN
Pada asalnya alatan Kemplingan berupa jidur sahaja tetapi ianya
berkembang bagi merancakkan lagi irama yang dimainkan menjadikan ia
termasuk kepada beberapa alatan lainnya.
1.Kemplingan
Kempling sering kali disalah anggap sebagai gendang kerana mempunyai
ciri dan reka bentuk yang hampir sama. Bagi membezakan alatan ini dengan
gendang biasa, individu boleh perhatikan pada perincian baluh kempling
yang dibuat daripada kayu pokok nangka atau cempedak dan
permukaannya diperbuat daripada kulit kambing yang diregangkan
menggunakan gam dan paku.
Kempling mempunyai tiga saiz yang berbeza yang membolehkan pemain
menghasilkan tiga pic nada yang berbeza untuk menghasilkan ritma yang
lebih menarik. Kemplingan yang berukuran besar mempunyai pic nada yang
rendah manakala kemplingan yang berskala kecil akan menghasilkan pic
nada yang tinggi.
6
PERALATAN KEMPLINGAN
2.Jidur
Berbeza dengan kempling, Jidur merupakan sebuah gendang dengan dua
muka yang mana baluhnya dibuat daripada kayuan keras seperti kayu
nangka dan menggunakan kulit lembu atau kambing sebagai permukaan
gendang. Jidur akan dipalu oleh sebuah kayu pemalu bagi menghasilkan
bunyi yang kuat, padu dan konsisten dan ia dijadikan sebagai alat muzik
iringan. Jidur yang bersaiz besar akan bertindak sebagai penghasilan bunyi
bass kerana menghasilkan bunyi sedikit berdengung setelah dipalu dengan
teknik yang betul.
Pada bahagian sisi, terdapat kemasan besi yang berfungsi untuk menambah
regangan kulit dan memastikan bunyi yang lebih sedap dihasilkan.
7
PERALATAN KEMPLINGAN
3.Karon
Menurut Arthur, Khuu dan Blom (2016) tempo adalah perkara tunjang dalam
penghasilan sesuatu lagu dan ritma. Dalam persembahan seni kemplingan,
karon memainkan peranan tersebut dan akan diselangi dengan dua buah
Kempol untuk menghasilkan variasi rentak mengikut keperluan. Alat muzik ini,
turut diperbuat daripada kayuan keras iaitu kayu pokok nangka dan
seumpamanya dan permukaannya dibuat daripada kulit kambing dan
lembu.
4.Kempol
Kempol pula adalah gendang biasa yang digunakan oleh masyarakat
Melayu. Perkara ini sehingga alat muzik ini turut digelar sebagai Gendang
Melayu hasil ketidakasingan penggunaan gendang ini dalam industri muzik
asli. Berbeza daripada Karon, alat ini diperbuat daripada kayu jenis beleban
bagi mendapatkan bunyi berfrekuensi tinggi. Permukaannya pula
menggunakan kulit kambing. Dalam seni persembahan seni kemplingan,
sebuah pasukan memerlukan dua Kempol untuk mendapatkan tingkah yang
sedap didengari. Ini kerana kedua-dua kempol itu menghasilkan bunyi yang
berbeza disebabkan bentuknya.
8
PERALATAN KEMPLINGAN
5.Gendang Jawa
Gendang jawa merupakan alat muzik yang akan mendominasi seni
persembahan kemplingan. Gendang terbahagi kepada tiga iaitu Genang
Jawa, Gendang Melayu dan Gendang Gamelan. Perbezaan setiap jenis
gendang ini terdapat pada saiz, bentuk dan juga fungsinya dalam
persembahan. Gendang Jawa ini biasanya akan berbentuk silinder,
memanjang dan bersaiz sedikit kecil jika dibanding pada saiz Jidur.
Lee (2020), alat ini berada di bawah kategori alat muzik membranophone
yang akan mendominasi (mengetuai) irama dalam mana-mana
persembahan. Seperti gendang yang lain, gendang jawa turut dibuat
daripada kayuan keras seperti kayu nangka dan kulit kambing atau lembu.
9
PERALATAN KEMPLINGAN
6.Tamborin
Tamborin adalah alatan lazim yang banyak digunakan dalam mana-mana
persembahan bagi mendapatkan bunyi berdesing sekaligus melengkapkan
sesuatu irama tetapi dalam kemplingan tamborin merupakan alat muzik
tambahan. Tamborin biasanya diperbuat daripada kayu atau plastik
manakala cepernya dihasilkan daripada logam. Apabila digoncang, alat ini
akan menghasilkan bunyi yang menarik perhatian. Alat ini tidak
menghasilkan mana-mana pic kerana ianya tidak menghasilkan perbezaan
dalam picnya dan tamborin ini mudah untuk dimainkan.
Pemuzik hanya perlu menggunakan sebelah tangan sambil
menggoncangkan tamborin ke kiri dan ke kanan mengikut tempo yang telah
ditetapkan. Kebiasaan dalam kemplingan, tamborin akan digoncang secara
berselang antara bunyi paluan jidur.
10
PERALATAN KEMPLINGAN
7.Kitab Berzanji
Alunan suara dan lagu yang akan dibawa didalam kesenian kemplingan ini
berpandukan kitab berzanji. Mereka akan mengalunkan bait-bait syair
dalam kitab Berzanji tanpa sebarang tarian. Sebuah kitab zanji mempunyai
16 bab yang mana setiap bab mempunyai 15 baris dengan dua kali
pengulangan pada bahagian korus. Pada peringkat awal, kitab ini
menggunakan bahawa Arab sebagai medium komunikasi, namun
kebanyakan kumpulan kemplingan mengubah kepada bahasa Jawa dan
bahasa Melayu bagi mengetengahkan budaya masing-masing. Menurut
Fuad (2009), kitab berzanji asal berunsurkan Islam dan telah dikarang oleh
Syeikh Ja’far al-Barzanji bin Hasan bin Abdul Karim.
Dalam kitab ini, terdapat beberapa sirah melibatkan kehidupan dan akhlak
Rasulullah. Ianya disusun demi meningkatkan kecintaan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. Justeru, amalan berzanji dilihat sebagai amalan yang
mulia dalam penganut agama Islam (Mujahid, Rugayah, .Kamal, Jawiah, &
Kamaruzaman, 2012). Ini menjadikan kemplingan ini tidaklah hanya berunsur
hiburan semata-mata, ia juga mempunyai unsur keagamaan yang mengajak
kita untuk menerapkan unsur islam dalam diri kita. Dan ini juga membuktikan
bahawa seni kemplingan ini tidaklah bercanggah dengan ajaran islam
kerana bait-bait yang diambil adalah berdasarkan selawat untuk memuji
kebesaran Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W
11
CABARAN KESENIAN INI
PADA ABAD KE-21
1.Generasi masa kini kurang berminat dengan seni ini
Sebagai sebuah seni
persembahan, ianya menjadi
salah satu cabaran apabila
generasi pada masa kini kurang
berminat untuk mempelajarinya
kerana kemajuan teknologi yang
telah berkembang menyebabkan
mereka lalai dengan hiburan
yang lebih menyeronokkan.
Perkara ini boleh menyebabkan
hilangnya seni warisan ini pada
generasi akan datang.
1.Kurang dipersembahkan kepada masyarakat luar.
Kebiasaannya sesebuah warisan ini menjadi perhatian kepada masyarakat
luar untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, akan tetapi kemplingan
ini tidak mudah mendapat perhatian kerana pada masa kini kemplingan ini
tidak lagi dimainkan di pelbagai tempat dan ianya hanya di sebahagian
tempat sahaja yang masih memainkannya.
12
KESIMPULAN
Budaya merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Ia merangkumi
cara hidup termasuklah ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-
undang, moral, adat istiadat dan kemahiran lain yang biasanya dipelajari
oleh manusia sebagai seorang anggota dalam masyarakatnya. Kesenian
juga merupakan salah satu
budaya yang terdapat dalam
budaya dan ia merupakan satu
perkara yang perlu dijaga agar
kesenian kaum itu tidak pupus
dan dilupakan. Kesenian setiap
masyarakat itu berbeza dan ia
mempunya ciri-ciri seninya yang
tersendiri menjadikan ia sebagai
satu perkara yang indah sama ada didengar atau dilihat. Masyarakat jawa
di Batu Pahat memiliki sebuah seni music yang kian pudar iaitu kemplingan.
Kemplingan ini merupakan kesenian yang mengandungi unsur agama
didalamnya menjadikan ia tidak bercanggah dengan ajaran islam. Ia juga
dapat dilihat tidak
mengganggu waktu solat bagi
umat islam apabila ia dilakukan
pada waktu selepas isyak dan
ia dimainkan dengan beberapa
alat seperti jidur, kempling, dan
gendang. Persembahan ini
mengalunkan bait-bait berzanji
dan dialunkan dengan irama
yang sesuai untuk menghadirkan keasyikan kesenian ini.kesenian ini perlu
dikekalkan kerana kesenian ini amat bermanfaat untuk generasi kini dan
akan datang, dan dapat mengurangkan penerapan budaya yang kurang
sesuai dari luar yang diamalkan didalam masyarakat kita.
13