The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umarrizal22, 2022-04-14 13:40:00

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (1)

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (1)

Tugasan 1: Penghasilan Produk 30%

DKAENS
BUKMMSEEAMBLSUBATD1YE1A0URY4AAAANN

Nama: Muhammad Umar bin Rizal
Kelas: F2K

Nama Pensyarah: Pn. Normi binti Mohd Dali

ISI KANDUNGAN

TAKRIF JENIS, BENTUK DAN
KESUSASTERAAN CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU MELAYU

FUNGSI MANIFESTASI AKAL
KESUSASTERAAN BUDI DALAM PUISI
MELAYU TRADISIONAL

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni hasil daripada
masyarakat Melayu.
Kesusasteraan merupakan satu ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi ke-2,
perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang


membawa maksud huruf atau buku indah.

Daripada segi umumnya, sastera bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-
kitab.
Menurut kamus pula, kesusasteraan membawa maksud hasil seni atau karya tulisan
dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi ciri-ciri yang istimewa.
Kesusasteraan Bahasa Melayu juga mempunyai makna yang sama dengan literature
dalam Bahasa Inggeris.
Istilah kesusateraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu adalah berasal daripada
perkataan Sanskrit iaitu sastra.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Prof Dr. Hashim Awang dalam artikelnya, Artikel akademik, halaman 2:
Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi tunjuk ajar dan
-tra merujuk kepada alat.
Oleh itu, sastra bermaksud alat untuk mengajar.


Awalan -su bermaksud baik atau indah.

Imbuhan ke- dan -an bermaksud menyeluruh iaitu segala apa yang tertulis, yang
bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk
dan pengajaran.
Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya yang dipenuhi
dengan keindahan dan kehalusan bahasa sama ada dalam bentuk novel, cerpen,
drama , sajak, prosa dan puisi tradisional untuk menyeimbangkan aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani di samping menunjukkan nilai kemanusiaan dan citra
masyarakat.

KEJESNUDMISSAEA,NLBSACETYNIERUTRIAUAKN

KJEESNUISSA, BSETNETRUAKANDAMNELCAIRYIU

Prosa Puisi
Tradisional

Tradisional

Prosa Puisi
Moden Moden

Prosa KJEESNUISSA, BSETNETRUAKANDAMNELCAIRYIU
Tradisional

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi

nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain.
Prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang masih ada hingga ke

hari ini dan menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan


tingkah laku atau sumber atau pengen
alan masyarakat Melayu kepada


masyarakat luar.
Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dam

sastera istana (tulisan).
Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori iaitu naratif dan bukan naratif.
Contohnya, mitos, legenda dan cerita rakyat.
Sastera istana terdiri daripada 6 jenis iaitu sastera hikayat, sastera undang-

undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama dan sastera ketatanegaraan.

Prosa KJEESNUISSA, BSETNETRUAKANDAMNELCAIRYIU
Moden

Menurut Annas Hj. Ahmad (1988:152) hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi


digolongkan dalam sastera moden.

Prosa moden terdiri daripada tiga iaitu cerpen, novel dan drama.

Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek.

Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus



utama.

Novel pula ialah prosa rekaan yang panjang yang didalamnya termuat sebahagian


daripada sebuah kehidupan.

Beberapa novel telah dihasilkan seperti novel bercorak kemasyarakatan. Contohnya,


novel Cinta Gadis Rimba (1947), Darah Kedayan (1947) dan Minah Joget Moden (1949).

Novel bercorak semangat kebangsaan juga turut dihasilkan seperti novel Pahlawan


Rimba Malaya (1946) dan novel Siapakah Yang Bersalah.

Drama merupakan saluran penulis untuk menyampaikan mesej atau pemikirannya


melalui lakonan serta dialog.

Puisi KJEESNUISSA, BSETNETRUAKANDAMNELCAIRYIU
Tradisional

Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun, syair,

gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan , teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi

dan sebagainya.
Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan memang berasal daripada



masyarakat Melayu.

Penciptaan pantun terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan

rangkap dua belas dan setiap rangkap pantun mengandungi unsur pembayang dan maksud.
Gurindam pula merupakan sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya
Bahasa yang digunakan adalah bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat,

pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta
Syair merupakan suatu pernyataan yang berlarutan contohnya, untuk mengemukakan

cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
Seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,

gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.

Puisi KJEESNUISSA, BSETNETRUAKANDAMNELCAIRYIU
Moden

Sajak merupakan satu genre puisi moden yang wujud dalam puisi moden.

Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui


pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin


menurut erti serta irama. (1984), sajak i
alah puisi baharu yang popular lahir

Menurut Hashim Awang

sebagai pilihan kepada puisi tradisional.

Bagi H. B. Jassin (1983), sajak adalah pengucapan perasaan dengan perasaan


yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan.

Hal ini bermaksud sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya.

Sajak tidak terikat dengan peraturan seperti pemilihan kata atau diksi,


pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti dalam

puisi tradisional.

KESUCSIRAIS-CTIERRIAAN

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

KEINDAHAN MENCERMINKAN PENGALAMAN

Keindahan merupakan gaya dan lenggok bahasa Dalam konteks ini, pengalaman merujuk kepada

yang digunakan dalam karya sastera yang dapat tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang

menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya digambarkan secara realiti.
itu. Perkataan utuh merujuk kepada fikiran, imaginasi

Keindahan hasil sastera bergantung kepada dan perasaan, manakala perkataan realiti pula

kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan merujuk kepada sesuatu yang dapat memberi

atau struktur karya sehingga menjadi sesuatu kesedaran kepada manusia.
yang bulat dan utuh. Dalam sastera, pengalaman diceritakan melalui

Sebuah karya seni yang indah dan menarik jika bahasa.
unsur-unsur yang terkandung di dalamnya Bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan

mengandungi keutuhan, keselarasan, fikiran, perasaan dan imaginasi pengkarya bagi

keseimbangan dan penekanan. membolehkan pembaca menghayati, memikirkan

dan merasakan perkara yang ingin disampaikan oleh

pengkarya.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

KARYA SENI

Karya seni terbahagi kepada dua kategori, iaitu karya sastera dan karya bukan sastera.
Dalam hal ini, terdapat tiga perkara yang dapat membezakan antara karya sastera dan karya bukan

sastera, iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.

Bersifat fiksyen
Dalam hal ini, terdapat tiga perkara yang dapat membezakan antara karya sastera dan karya

bukan sastera, iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.

Nilai-nilai estetik
Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan

mendalam.

Gaya bahasa yang khusus
Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan jelas dan

mendalam.
Bahasa yang digunakan dalam karya sastera lebih kompleks dan puitis bagi menarik perhatian

pembaca membaca dan menghayatinya.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

PENGALAMAN SENI

Pembaca dapat memahami hasil karya melalui peristiwa sastera yang dialami.
Demikian juga sebaliknya.
Seseorang pengkarya mendapat kepuasan atas karyanya jika pembaca dapat

memahami dan merasai perasaan pengkarya serta menerima hasil karya

karyanya.
Namun, pembaca harus sedar bahawa memahami dan merasai fikiran tidak

cukup.
Malah, pembaca harus sedar akan nilai-nilai yang terkandung dalam hasil

sastera tersebut.

KESUMFSUEALNSAGTYESUIRAAN

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

ALAT PENDIDIKAN INSTRUMENT PERPADUAN

Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan,
Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri
Sastera secara umumnya dapatdikatakan
Muhyiddin Yassin, sastera dijadikan instrumen
menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan
penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau
seharian. `esprit de corp’ di kalangan rakyat dalam usaha
Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota
untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu
masyarakat diberitahu tentang perkara yang
padu.
boleh dan tidak boleh dilakukan. Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan
Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa,
penghargaan kepada satu bentuk budaya
seseorang itu akan mendapat malapetaka
kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai
sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. pemangkin bagi menyatupadukan rakyat.
Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan “Sastera
akan menjadi seperti Mat Jenin. kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan
sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan
masalah dalam kehidupan. memperkasakan lagi fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan”

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM
DAKWAH
KEHIDUPAN SEHARIAN
Antara ciri yang perlu ada dalam membentuk

Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan,
sastera adalah nilai ijabiyah (positif) dan

Sastera secara umumnya dapatdikatakan
waqi'iyyah (realistik).
menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan
Sastera dalam Islam perlu jelas berciri waqi'iy,

seharian. realistik,"dalam erti melihat apa adanya".
Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota
Hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan

masyarakat diberitahu tentang perkara yang
Melayu kaya dengan nilai-nilai mendidik sama

boleh dan tidak boleh dilakukan. ada secara langsung atau tidak langsung .
Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa,
Karya sastera seperti cerita para nabi dapat

seseorang itu akan mendapat malapetaka
mengukuhkan keimanan seseorang Muslim

sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. terhadap para nabi dan juga Rasul.
Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha akan

menjadi seperti Mat Jenin.
Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan

masalah dalam kehidupan.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

MEDIUM PROTES DAN KRITIK
HIBURAN
SOSIAL
Hiburan terhasil daripada kata-kata yang

Sastera adalah rakaman kehidupan yang
indah yang diungkapkan dengan penuh

mencari makna kehidupan seseorang manusia
berirama.
daripada pelbagai sudut kehidupan. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan

Setiap penulisan sastera itu menunjukkan
karya sastera seperti cerita penglipur lara

gambaran kehidupan seseorang itu. diterima masyarakat sebagai karya yang

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera
disukai pada zaman dahulu.
berfokuskan masyarakat, kehidupan dan
Contoh unsur hiburan yang boleh dilihat

manusia, tentunya hubungan dan pertalian
adalah cerita jenaka.
antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam apa jua cerita sekalipun akan tetap

Dalam konteks masyarakat yang berbeza
ada pengajaran yang ingin disampaikan

kehidupan, akan terwujudnya jurang dalam
oleh si penulis.
kalangan mereka sekaligus mempengaruhi

tindakan dan susila adab.

MBAUTNDRIIFADEDASILTS
AAIOMSNIPAAULKIASIL

Manifestasi Akal
Budi Dalam Puisi

Tradisional



Pantun

Kalau bertan
ak dengan menggulai,
Mengacau gulai pecah isinya,

Kalau nak gelak jangan mengilai,
Kalau mengilai rendah budinya.

Daripada aspek perlakuan, pantun tersebut adalah mengenai
adab dan perilaku seseorang manusia.
Pantun tersebut untuk menasihati masyarakat supaya tidak
ketawa terlalu kuat sehingga mengilai kerana perbuatan
tersebut akan menjatuhkan maruah dan adab kita.
Agama Islam juga melarang perbuatan seperti itu kerana akan
mengaibkan kita seterusnya menjatuhkan maruah kita.
Sikap kuat ketawa hingga mengilai akan menyebabkan
seseorang itu mudah menjadi sombong dan angkuh sehingga
masyarakat memandang seroang pada dirinya.
Pada baris kedua dan keempat mempunyai kaitan dimana
"mengacau gulai pecah isinya" membawa maksud budi
pekertinya akan mula terjejas sekaligus tidak disenangi oleh
masyarakat.

Manifestasi Akal SYAIR
Budi Dalam Puisi

Tradisional



Dengarkan tuan
suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat

Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

(Rangkap 1)

Syair Bidasari, karya Jamilah Hj. Ahmad

Rangkap pertama dalam Syair Bidasari menerangkan sifat
merendah diri yang ada pada diri si penyair.
Penyair membahasakan dirinya sebagai fakir yang membawa
maksud orang yang kekurangan pendapatan daripada orang
miskin (Kamus Dewan dan Bahasa Edisi Keempat, 2017).
Fakir ini adalah orang yang tidak mampu untuk memenuhi
keperluan hariannya seperti untuk membeli makanan ruji, rumah
sebagai tempat tinggal dan sekolah untuk pendidikan serta
sebagainya.
Sifat rendah diri masyarakat Melayu perlu diterapkan dalam diri
sebagai adab bila bertemu dengan orang lain.
Akal budi daripada aspek gaya hidup seperti ini memperingatkan
kita supaya tidak bermegah-megah dengan apa yang kita miliki
saat ini kerana apa yang dimiliki kita sekarang bukanlah milik kita
secara mutlak.

Manifestasi Akal Anak dipijak dagang dijinjing
Budi Dalam Puisi Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Tradisional Mendengar gelagak dagang


Tak sedar bertelanjang
SELOKA Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang Seloka Pandai Pak Pandir


Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang

Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Seloka ini bersifat sindiran terhadap sebahagian sikap masyarakat
Melayu yang bersifat negatif.
Sebagai contoh pada baris pertama, menerangkan sikap sebahagian
masyarakat Melayu yang lebih mengutamakan orang lain berbanding
keluarga sendiri.
Kadang-kadang pertolongan lebih diberikan kepada orang asing
berbanding dengan darah daging sendiri.
Seperti frasa "anak dipijak", keluarga sendiri diabaikan dan "dagang
dijinjing" lebih diutamakan.
Selain itu, baris ketiga menerangkan ada beberapa orang masyarakat
Melayu yang tidak bijak dalam menguruskan harta.
Mereka banyak menghabiskan hartanya dengan taruhan atau bermain
judi.
Harta juga dihabiskan kerana terlalu percaya akan kata-kata orang
sehingga banyak harta yang tergadai menyebabkan diri sudah tidak
memiliki apa-apa.

Akibat terlalu percayakan kata-kata manis orang
lain menyebabkan diri terpaksa menanggung
akibatnya.
Contohnya, ada sebahagian masyarakat Melayu
sangat mudah terpengaruh dengan kata-kata
orang luar seperti baris "mendengar guruh di
langit, air tempayan dicurahkan.
Terdapat juga aspek akal budi yang mengatakan
hidup seseorang mula terikat dan terseksa tanpa
disedari jika kita tidak bijak dalam memahami
muslihat musuh seperti baris "Mulut kena suap
pisang", "Buntut kena cangkuk onak".

Manifestasi Akal barang siapa tiada memegang agama
Budi Dalam Puisi
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Tradisional

barang siapa mengenal yang empat maka

GURINDAM yaitulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah

suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang sia
pa mengenal diri

maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

barang siapa mengenal dunia

tahulah ia barang yang terperdaya

barang siapa mengenal akhirat

tahulah ia dunia mudharat Fasal Satu, Gurindam

Dua Belas

Akal budi untuk gurindam ini adalah menjelaskan bahawa mana-mana
pembaca yang hidup dalam tidak mengenal agama, maka hidupnya
hanyalah sia-sia.
Hidup yang sia-sia tanpa ada tujuan akan meletakkan si pembaca
dalam kehidupan yang penuh dengan kegelisahan dan kesusahan.
"Barang siapa mengenal yang empat" bermaksud orang yang
mengenal syariat, ma'rifat, tarikat dan hakikat, kehidupan mereka akan
sentiasa berada dalam ketenangan tanpa sedikit ragu-ragu.
Orang yang mengenal Allah SWT haruslah mentaati segala perintah-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti "Barang siapa
mengenal Allah","Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah".
Sebagai seorang hamba, kita harus sedar siapa diri kita dan kehidupan
kita hanyalah bergantung kepada Allah semata-mata.
Kita juga haruslah mengenal apa itu dunia yang sebenarnya supaya
kita tidak mudah terpengaruh dengan dunia yang penuh dengan
penipuan ini.

RUJUKAN

1.Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2017). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

2.Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsuddin Abu Bakar,
Haji Abdul Rani Hassan dan Dr Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan

3.Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

4.Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

5.Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

TERSIMEKAIAKNA,SIH.


Click to View FlipBook Version