KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
SENARAI KANDUNGAN
1. KATA ALU-ALUAN
Menteri Pendidikan Malaysia 3
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 4
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM 5
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak 6
2. Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 7
3. Sekretariat MSSM 9
4. Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Ping Pong MSSM 10
5. Jawatankuasa Induk Pengelola Kejohanan 11
6. Jawatankuasa Kerja Pengelola Kejohanan 15
7. Panel Juri Kejohanan Ping Pong MSSM 16
8. Maklumat Kejohanan Ping Pong MSSM 17
9. Statistik Penyertaan Ping Pong MSSM 18
10. Kronologi Kejohanan Ping Pong MSSM 19
11. Jadual Tentatif Kejohanan Ping Pong MSSM 20
12. Undang-undang Kejohanan Ping Pong MSSM 22
13. Atur cara Majlis Penutupan 28
2
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Kata Alu- aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Malaysia Madani
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam usaha memaksimakan potensi
dan bakat murid dalam bidang sukan bagi melahirkan modal insan secara menyeluruh untuk
memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Selaras dengan itu, KPM melalui Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) sekali lagi berjaya
menganjurkan kejohanan berprestij bagi tahun 2023 yang melibatkan 24 jenis sukan.
Penganjuran ini bukan sahaja membuka peluang kepada murid untuk beraksi pada pelbagai
peringkat bermula daripada akar umbi, malah dapat melahirkan lebih ramai jaguh sukan negara di
persada antarabangsa.
Melalui MSSM, telah memberi impak yang besar terhadap penerapan nilai dan akhlak dalam
membentuk murid yang holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini juga selari
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang sedang dilaksanakan
oleh KPM, yang berhasrat untuk mencapai enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Justeru, bagi mencapai aspirasi murid ini, ia turut disokong dengan pelaksanaan tujuh teras
utama KPM. Melalui teras kedua, KPM sentiasa berusaha untuk membudayakan amalan baik
dengan menekankan aspek karamah insaniah, di samping dapat mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid. Oleh itu, kesungguhan MSSM dalam memastikan pembangunan dan
kecemerlangan sukan dilaksana secara terancang, akan menjadi kunci kejayaan kepada
pendidikan sukan pada masa hadapan.
KPM akan terus mempergiatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang terlibat bagi
menyemarakkan lagi penganjuran MSSM. Pendekatan yang dilaksanakan juga perlu
ditambahbaik dari semasa ke semasa agar seiring dengan peredaran zaman serta bersesuaian
dengan keperluan semasa bagi menarik lebih banyak penyertaan atlet murid.
Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan selamat berjuang kepada semua yang terlibat dalam
MSSM dan berharap segala penat lelah dalam mengharungi kejohanan ini dapat membuahkan
hasil yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada MSSM. Teruskan usaha murni
MSSM ke arah meningkatkan mutu sukan negara.
“SUKAN NADI ABC”
FADHLINA SIDEK
3
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Kata Alu- aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku Sekretariat
MSSM atas penganjuran Kejohanan MSSM Tahun 2023 dengan kerjasama jabatan pendidikan
negeri.
KPM telah mencapai tahap yang membanggakan dalam usaha mengerakkan program
pembangunan sukan bermula pada peringkat sekolah. Hal ini terbukti dengan kelahiran ramai
jaguh sukan MSSM pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berjaya mengharumkan
nama negara di mata dunia.
Sesungguhnya, MSSM merupakan platform pencarian bakat murid yang tepat dalam bidang
sukan. Melalui program yang berstruktur, tenaga pengajar yang efektif dan kemudahan sukan
yang baik, saya yakin MSSM akan melangkah lebih jauh lagi untuk melahirkan lebih ramai atlet
murid berprestasi tinggi yang cemerlang.
Selaras dengan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025, MSSM menjadi fokus utama khususnya dalam bidang sukan untuk
membentuk keberhasilan murid secara holistik. KPM sangat menitikberatkan pembangunan adab,
akhlak dan integriti bagi membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, penerapan aspek karamah insaniah kepada murid
melalui sukan adalah bersesuaian dengan tema kejohanan tahun ini iaitu Sukan Nadi ABC.
Kejohanan ini berperanan sebagai penggerak bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi
Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani.
Bagi memastikan MSSM sentiasa mencapai kegemilangan, pelibatan aktif ibu bapa, masyarakat,
pihak swasta dan badan sukan sentiasa dialu-alukan dalam usaha memacu kecemerlangan sukan
negara kita.
Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada sekretariat MSSM, murid, warga pendidik,
pemimpin sekolah dan semua pihak terlibat yang telah menjayakan kejohanan MSSM ini. Semoga
penganjuran kali ini membawa kecemerlangan dan manfaat kepada semua murid serta negara
Malaysia.
DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI
4
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Sekapur Sireh
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Malaysia Madani.
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dianjurkan setiap tahun merupakan
salah satu medan untuk murid mempamerkan kebolehan serta menyerlahkan bakat dalam
bidang sukan. Aspirasi ini selaras dengan Hala Tuju Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu memberi ruang dan peluang sama rata kepada
murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri ke tahap yang paling tinggi. Bermula dengan
kejohanan peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan, KPM sentiasa
memastikan semua murid melalui program berbentuk penggalakan, pembangunan dan
seterusnya kecemerlangan dalam usaha mencapai gelaran jaguh sukan. MSSM turut menjadi
platform terbaik untuk penerapan adab, akhlak dan integriti selaras dengan tema Sukan Nadi
ABC. Besar harapan saya untuk melihat atlet murid kelahiran MSSM mempunyai keperibadian
dan jati diri yang tinggi serta boleh mencapai kejayaan seiring sebagai jaguh sukan dan
akademik. Akhir kata, Hanya Usaha Luar Biasa Akan Memberikan Hasil Yang Luar Biasa.
ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR
5
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Kata Alu- aluan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan keizinan-Nya dapat
kita bersua kembali pada kali ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian [BSKK] Kementerian Pendidikan Malaysia
kerana telah memberi penghormatan dan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak untuk mengelola Kejohanan Ping Pong Malis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada
tahun 2023 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sibu.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan semua 16 kontinjen
negeri ke Kejohanan Ping Pong MSSM di “Heart of Sarawak” - Sibu. Selamat datang diucapkan
khasnya kepada semua Pegawai Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Ping Pong, pegawai
kejohanan, para pengadil, para pengurus pasukan dan atlet-atlet. Semoga semua yang hadir
mendapat keselesaan dan keseronokan sepanjang kejohanan di sini.
Kejohanan Ping Pong MSSM merupakan satu pelantar kepada para atlet menguji hasil
perancangan dan latihan mereka dengan bersaing secara adil sesama atlet dari seluruh negara.
Di samping itu, kejohanan ini juga dapat mengeratkan persahabatan dan menjana integrasi
kaum sesama peserta.
Tema Kejohanan MSSM tahun ini - Sukan Nadi ABC juga menunjukkan bahawa kejohanan
sukan perlu menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam
kalangan atlet. Saya mengharapkan agar kejohanan ini dapat melahirkan atlet berketerampilan
dengan perwatakan anak yang baik lagi cerdik.
Akhir sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa pengelola, pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”
DATU Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD
6
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Pengerusi
• YBhg. Datuk Hj Pkharuddin bin Hj. Ghazali
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
TImbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(Sektor Operasi Sekolah)
Setiausaha Agung
• Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Bendahari
• Encik Yahya bin Ab Ghani
Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan
Jawatankuasa
1. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
2. Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
3. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
4. Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
5. Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
6. Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
7. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
7
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
8. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
9. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
10. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
11. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
12. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
13. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
14. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
15. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
16. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
17. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
18. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
19. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
20. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
21. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
22. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
8
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
• Pengerusi
Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor
Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
• Timbalan Pengerusi
1. Encik Ithnin bin Mahadi
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian
2. Tuan Haji Shahbani bin Othman
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar, Perancangan Dan Penyelarasan
3. Encik Ezaidin bin Hussain
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah & Kemenjadian Murid
4. Encik Zulkifli bin Nordin
Timbalan Pengarah
Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Penggalakan Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian
• Setiausaha Agung
Encik Halim bin Saad
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan
• Bendahari
Cik Gaithri A/P Chandran
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Khidmat Pengurusan
• Penyelaras Sukan
24 Penyelaras sukan yang dilantik
• Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
24 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM yang dilantik
9
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
MSSM - Encik Lee Su Hau
JOHOR - Encik Mohamad Afifi bin Jafri
KEDAH - Encik Khaw Choon Siong
KUALA LUMPUR - Cik Loke Sow Ying
KELANTAN - Encik Mohamad Nozi bin Omar
LABUAN - Encik Shau Kui Hiung
MELAKA - Encik Sek Yong Kian
NEGERI SEMBILAN - Encik Teoh Jun Yong
PAHANG - Encik Noor Azli bin Muhamad
PERAK - Encik Tan Choo Khoon
PERLIS - Encik Rizuan bin Hamid
PULAU PINANG - Encik Ooi Chin San
PUTRAJAYA - Encik Wan Mohd Azlan bin Wan Jusoh
SABAH - Encik Chia Tzee Wee
SARAWAK - Encik Chung Kui Chai
SELANGOR - Encik Chia Kue Lai
TERENGGANU - Encik Halim bin Awang
10
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Pengerusi : YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Merangkap Yang di-Pertua MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Merangkap Timbalan Yang di-Pertua MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Naib Pengerusi I : Tuan Haji Jaya bin Uki
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pembangunan Murid
Merangkap Naib Yang di-Pertua I MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Naib Pengerusi II : Encik Johnny Anak Rasit
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Merangkap Naib Yang di-Pertua II MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Naib Pengerusi III : Encik Ahli bin Chikba
Pegawai Pendidikan Daerah
Merangkap Pengerusi MSS Bahagian Sibu
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Setiausaha I : Encik Dicken anak Kilue
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Merangkap Setiausaha Agung MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
11
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
Setiausaha II : Encik Kong Chiong Hui
Timbalan PPD
Sektor Pembangunan Murid
Merangkap Timbalan Pengerusi MSS Bahagian Sibu
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Penolong Setiausaha I : Encik Liew Guo Chen
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Penolong Setiausaha II : Cik Grace Sim Kai Luan
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Penolong Setiausaha III : Encik Jeremy Ling Beng Leh
Penolong PPD
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Merangkap Setiausaha MSS Bahagian Sibu
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
Bendahari : Cik Azizah binti Onn
Akauntan
Unit Akaun, Sektor Pengurusan
Merangkap Bendahari Kehormat MSS Sarawak
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
12
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
Ex-offico : Cik Nur Arifah binti Ahmad
Penyelaras Ping Pong MSS Malaysia
Unit Kurikulum
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM
: Encik Lim Kerwin
Pengurus Pemasaran
Nestle Products Sdn. Bhd. Malaysia
: Encik Tony Merril Ripat
Pengurusan Pemasaran
Nestle Products Sdn. Bhd. Cawangan Sarawak
: Encik Chia Chun Ping
Pengarah Pengurusan
Hurricane TT Table Manufacture
: Encik Lee Su Hau
Pengerusi Teknik Ping Pong MSS Malaysia
SJKC Chung Hua Ladang Geddes, Negeri Sembilan
: Encik Chung Kui Chai
Pengerusi Teknik Ping Pong MSS Sarawak
SMK Tinggi Kuching, Kuching
Puan Teo Mui Ching
Pengerusi Teknik Ping Pong MSS Bahagian Sibu
SMK Tung Hua, Sibu
13
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
Ex-offico : Encik Syvester Tan Chiang Wei
Pengerusi Teknik Ping Pong MSS Bahagian Sibu
SJKC Chung Cheng, Sibu
Urusetia : Encik Kenneth Armold Julong
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
: Encik Mohamad Nazrin Ikmal Abdullah @ Nelson
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
: Encik Arthur Memojo John Sikos
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
: Encik Jeevareani a/l Samikanu
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
: Puan Edraliza anak Lungah
Pembantu Tadbir
Unit Pembangunan Bakat Murid [Sukan]
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
14
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
JK Pertandingan dan Perangkaan / Teknikal JK Pelaporan dan Dokumentasi
En. Goi Nguok Yew Pn. Sio Siok Hie
Pengetua SMK Tung Hua, Sibu Guru Besar SJKC Thai Kwang, Sibu
JK Persiapan Tempat dan Peralatan Am JK Pengawai Perhubungan
En. Wong Tung Ang En. Kong Chiong Hui
Pengetua SMK Chung Cheng, Sibu Timbalan Pendidikan Daerah Sibu
En. Kueh Koh Hong En. Chin Pak Min
Guru Besar SJKC Chung Cheng, Sibu Pengetua SMK Chung Hua, Sibu
JK Penginapan JK Google Sites dan Tugas-tugas Khas
En. Tan Kok Aun En. Kong Chit Kiong
Pengetua SMK Rosli Dhoby, Sibu PKKK SK Bawang Assan, Sibu
En. Jamali bin Muhamad En. Ling Jin Loon
Pengetua Kolej Vokasional, Sibu PKKK SJKC Thian Hua
En. Syed Ishak bin Syed Manan En. Law Yeong Yih
Pengetua SMK Agama, Sibu PKKK SJKC Sing Ming
JK Pertolongan Cemas JK Kawalan dan Keselamatan
En. David Teo Wu Pn. Wong Siew Ling
Pengetua SMK Sacred Heart, Sibu Pengetua SMK Sungai Merah, Sibu
JK Makanan dan Minuman JK Fotografi dan Siaraya
En. Ooi Leong Hoon En. Tan Kim Hock
Pengetua SMK Tiong Hin, Sibu Pengetua SMK Deshon, Sibu
JK Majlis Penutupan Rasmi JK Kebersihan dan Keceriaan
En. Goi Nguok Yew Pn. Azlinda binti Mohd Nor
Pengetua SMK Tung Hua, Sibu Pengetua SMK Kampung Nangka, Sibu
JK Pengangkutan JK Buku Program
En. Chin Pak Min En. Lee Khung Kion
Pengetua SMK Chung Hua, Sibu Pengetua SMK Bandar Sibu, Sibu
JK Hadiah dan Sijil
En. Kho Say Wei
Pengetua SMK Lanang, Sibu
15
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
PENGARAH BSKK [SETIAUSAHA AGUNG MSSM] ATAU WAKILNYA
PENGERUSI JAWATANKUASA TEKNIK & PEMBANGUNAN MSSM
ATAU WAKILNYA
YANG DIPERTUA MSS SARAWAK ATAU WAKILNYA
3 ORANG SETIAUSAHA AGUNG MSS NEGERI
YANG TERLIBAT DENGAN KES TERSEBUT
SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGELOLA
16
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
TAJUK
Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2023
MATLAMAT
Pengelola pertandingan ini adalah bermatlamatkan:
Pengelola yang berkonsepkan kesederhanaan dan berkualiti dengan tidak
mengabaikan mengenai mutu
Pengurusan tenaga pengelola yang minimum dengan menggabungkan bidang tugas
yang berkaitan
ACARA SAMPINGAN SEMPENA PERTANDINGAN
Mesyuarat Pengundian Pertandingan
Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Ping Pong MSS Malaysia
Mesyuarat Pengurus Pasukan
TARIKH PERTANDINGAN
Tarikh yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia ialah pada 24 - 30
Ogos 2023
Jangka masa pertandingan adalah lima hari
JENIS PERTANDINGAN
Fakta pertandingan
Bahagian : Lelaki dan Perempuan
Peringkat Umur : 18 dan 12 tahun
Penyertaan : 16 MSS Negeri
Gelanggang Tertutup : 12 gelanggang
TEMPAT PERTANDINGAN
Sibu Indoor Stadium, Sibu
17
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
JUMLAH KONTINJEN
NEGERI
BIL.
/ KONTINJEN
LELAKI 12 PEREMPUAN 12 LELAKI 18 PEREMPUAN 18 TA PESER PEGAWAI PENGADIL JUMLAH KESELURUHAN
1 JOHOR 5 5 5 5 20 8 2 30
2 MELAKA 5 5 5 5 20 8 2 30
3 NEGERI SEMBILAN 5 5 5 5 20 8 2 30
4 SELANGOR 5 5 5 5 20 8 2 30
5 PERAK 5 5 5 5 20 8 2 30
6 PULAU PINANG 5 5 5 5 20 8 2 30
7 KEDAH 5 5 5 5 20 8 2 30
8 PERLIS 5 5 5 5 20 8 2 30
9 PAHANG 5 5 5 5 20 8 2 30
10 TERENGGANU 5 5 5 5 20 8 2 30
11 KELANTAN 5 5 5 5 20 8 2 30
12 SABAH 5 5 5 5 20 8 2 30
13 SARAWAK 5 5 5 5 20 8 20 48
14 WP PERSEKUTUAN 5 5 5 5 20 8 2 30
15 WP LABUAN 5 5 5 5 20 8 2 30
16 WP PUTRAJAYA 5 5 5 5 20 8 2 30
JUMLAH 80 80 80 80 320 128 50 498
18
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
TARIKH MASA PROGRAM TEMPAT
Ketibaan kontinjen dan pendaftaran Penginapan asrama sekolah /
penginapan
24 Ogos 2023 penginapan alternatif
8:00 pagi - 6:00 petang
[Khamis] Persiapan tempat oleh Jawatankuasa
Sibu Indoor Stadium
Pengelola
8:00 pagi - 5:00 petang Penyesuaian gelanggang Sibu Indoor Stadium
8:00 pagi - 5:00 petang Pengadil Kejohanan melapor diri Hotel Li Hua Sibu, Sarawak
Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan
8:30 pagi Pembangunan Sukan Ping Pong Hotel Li Hua Sibu, Sarawak
25 Ogos 2023 Bil.2/2023
[Jumaat]
Mesyuarat Pengurus Pasukan
2:30 Petang Hotel Li Hua Sibu, Sarawak
Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
Taklimat Pengadil Kejohanan Ping Pong
3:30 petang Hotel Li Hua Sibu, Sarawak
MSSM 2023
Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
26 Ogos 2023
8:00 pagi - 6:00 petang -Hari Pertama Sibu Indoor Stadium
[Sabtu] -Acara Berpasukan Pusingan Awal
Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
27 Ogos 2023 -Hari Kedua
8:00 pagi - 6:00 petang -Acara Berpasukan Pusingan Akhir / Sibu Indoor Stadium
[Ahad]
Acara Beregu Bermula
Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
28 Ogos 2023 -Hari Ketiga
8:00 pagi - 6:00 petang -Acara Beregu / Acara Perseorangan Sibu Indoor Stadium
[Isnin]
Bermula
29 Ogos 2023 Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
8:00 pagi - 6:00 petang Sibu Indoor Stadium
[Selasa] -Hari Keempat Acara Perseorangan
Kejohanan Ping Pong MSSM 2023
-Hari Kelima
8:00 pagi - 2:00 petang
-Acara Perseorangan Perlawanan
30 Ogos 2023
Penentuan Ranking Sibu Indoor Stadium
[Rabu]
MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN
3:00 petang PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN
PING PONG MSSM 2023
Kontinjen MSS Negeri [termasuk
31 Ogos 2023
9:00 pagi pengadil] bergerak pulang ke destinasi
[Khamis] masing-masing
19
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Hari Masa Meja 1 Meja 2 Meja 3 Meja 4 Meja 5 Meja 6
ACARA BERPASUKAN
8:30 L18 PP - PK L18 KD - NS L18 JH - TR L18 PU - PH L18 SK - SL L18 SB - KN
10:00 P18 PP - MK P18 SB - TR P18 KL - KD P18 PH - LB L12 SL - PP L12 TR - PH
26 Ogos 11:30 P12 MK - KL P12 SL - PK P12 PU - KN P12 SK - JH P12 PH - PL
14:00 L18 SK - SB L18 SL - KN L18 KL - LB L18 MK - PL P18 SL - PU P18 SK - PL
15:30 L12 SL - TR L12 PP - PH L12 PK - NS L12 KD - PU L12 SB - LB L12 SK - KN
17:00 P12 SK - PH P12 JH - PL P12 SB - NS P12 PP - TR L18 PP - NS L18 PK - KD
8:30 P18 SL - PL P18 SK - PU P18 NS - KN P18 PK - JH P18 PP - TR P18 MK - SB
10:00 L12 SB - KN L12 SK - LB L12 KL - JH L12 MK - PL P12 KL - KD
11:30 L18 QF 1 L18 QF 2 L18 QF 3 L18 QF 4 P18 QF 1 P18 QF 2
27 Ogos
14:00 L12 QF 1 L12 QF 2 L12 QF 3 L12 QF 4 P12 QF 1 P12 QF 2
15:30 L18 SF 1 L18 SF 2 P18 SF 1 P18 SF 2 L12 SF1 L12 SF2
17:00 L18 Final P18 Final L12 Final P12 Final
Hari Masa Meja 7 Meja 8 Meja 9 Meja 10 Meja 11 Meja 12
ACARA BERPASUKAN
8:30 L18 KL - MK L18 LB - PL P18 SL - SK P18 PU - PL P18 NS - PK P18 JH - KN
10:00 L12 PK - KD L12 NS - PU L12 SB - SK L12 LB - KN L12 KL - MK L12 PL - JH
26 Ogos 11:30 P12 SB - PP P12 NS - TR L18 PP - KD L18 PK - NS L18 JH - PU L18 TR - PH
14:00 P18 NS - JH P18 PK - KN P18 PP - SB P18 MK - TR P18 KL - PH P18 KD - LB
15:30 L12 KL - PL L12 MK - JH P12 MK - KD P12 SL - PU P12 PK - KN
17:00 L18 JH - PH L18 TR - PU L18 SK - KN L18 SL - SB L18 KL - PL L18 MK - LB
8:30 P18 KL - LB P18 KD - PH L12 SL - PH L12 PP - TR L12 PK - PU L12 KD - NS
10:00 P12 SL - KN P12 PK - PU P12 SK - PL P12 JH - PH P12 SB - TR P12 PP - NS
11:30 P18 QF 3 P18 QF 4
27 Ogos
14:00 P12 QF 3 P12 QF 4
15:30 P12 SF1 P12 SF2
17:00
20
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Hari Masa Meja 1 Meja 2 Meja 3 Meja 4 Meja 5 Meja 6 Meja 7 Meja 8 Meja 9 Meja 10 Meja 11 Meja 12
28
ACARA BEREGU
Ogos
29
ACARA PERSEORANGAN (PUSINGAN AWAL)
Ogos
30 ACARA PERSEORANGAN (SUKU AKHIR /SEPARUH AKHIR / AKHIR)
Ogos PENYAMPAIAN HADIAH & MAJLIS PENUTUPAN
JADUAL KUMPULAN ACARA BERPASUKAN
Lelaki 18 Perempuan 18
A B C D P Q R S
PP JH SK KL SL NS PP KL
PK TR SL MK SK PK MK KD
KD PU SB LB PU JH SB PH
NS PH KN PL PL KN TR LB
Lelaki 12 Perempuan 12
E F G H T U V W
SL PK SB KL MK SL SK SB
PP KD SK MK KL PK JH PP
TR NS LB PL KD PU PH NS
PH PU KN JH KN PL TR
21
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong
Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan Am MSSM.
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan Berpasukan
2.2 Pertandingan Individu
3. ACARA
Setiap negeri yang mengambil bahagian boleh mendaftar:
3.1 Satu pasukan lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.2 Satu pasukan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.3 Satu pasukan lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.4 Satu pasukan perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
3.5 5 orang bagi acara perseorangan lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.6 5 orang bagi acara perseorangan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.7 5 orang bagi acara perseorangan lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.8 5 orang bagi acara perseorangan perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
3.9 2 pasangan beregu lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
3.10 2 pasangan beregu perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah
3.11 2 pasangan beregu lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
3.12 2 pasangan beregu perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
22
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
4. SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan Berpasukan
4.1.1 Sistem Pertandingan: sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM.
4.1.2 Format pertandingan (Corbillon Modified)
4.1.2.1 Setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang
pemain dan paling ramai 5 orang pemain.
4.1.2.2 Empat orang pemain akan mewakili pasukan dalam
perlawanan berpasukan.
4.1.2.3 Seorang pemain hanya boleh menyertai satu acara individu
dalam satu perlawanan berpasukan.
4.1.2.4 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:
A lawan Y
Beregu
B lawan X
4.1.2.5 Di pusingan awal, semua pasukan mesti menghabiskan ke
semua 3 perlawanan.
4.1.2.6 Di pusingan kedua (pusingan kalah-mati), mana-mana pasukan
yang menang 2 perlawanan terlebih dahulu akan menjadi
pemenang.
4.1.2.7 Tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan 3 kemenangan
daripada 5 permainan.
4.1.2.8 Pasukan mesti melaporkan diri kepada pengadil di ‘Call Area’ 30
minit sebelum perlawanan bermula.
4.1.2.9 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada sesuatu pasukan
yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi
kemenangan percuma dengan keputusan 3 – 0.
23
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
4.2 Kejohanan Individu
4.2.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.
4.2.2 Keutamaan pemain (seeding) hendaklah disediakan oleh PTPS Ping
Pong MSSM.
4.2.3 Dalam pertandingan bagi pemain berumur 18 tahun dan ke bawah:
4.2.3.1 Bagi acara PERSEORANGAN, tiap-tiap perlawanan akan
diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan
sehingga peringkat suku akhir.
4.2.3.2 Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan
diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh
permainan.
4.2.3.3 Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat akan
diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.
4.2.4 Bagi acara BEREGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga
kemenangan daripada lima permainan.
4.2.5 Dalam pertandingan bagi pemain berumur 12 tahun dan ke bawah,
semua perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada
lima permainan.
4.2.6 Satu minit rehat akan dibenarkan di antara dua permainan.
4.2.7 Setiap pemain dibenarkan mengambil sekali ’Time-out’ sahaja dalam
satu perlawanan dan tempoh masanya ialah satu minit.
4.2.8 Pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil di ’Call Area’
bertugas 25 minit sebelum perlawanannya dimulakan.
5. KELEWATAN
Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang
lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan
11–0, 11–0, 11–0 (3–0).
24
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN
6.1 Cara memberi mata :
6.1.1 2 mata ― bagi setiap pertandingan yang menang
6.1.2 1 mata ― bagi setiap pertandingan yang kalah
6.1.3 0 mata ― bagi setiap pertandingan yang kalah kerana tidak
bertanding atau pertandingan yang tidak ditamatkan.
6.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka
keputusan-keputusan perlawanan antara pasukan yang berkenaan sahaja
diambil kira dan pemenang akan ditentukan mengikut perkara 3.7.5 (Group
Competitions) Undang-undang ITTF.
7. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
7.1 Mata
Kedudukan Berpasukan Individu
Johan 30 30
Naib Johan 23 23
Ke-3 18 18
Ke-4 (Tempat Ke-3 Bersama] (Tempat Ke-3 Bersama
Ke-5
Ke-6
10 10
Ke-7
Ke-8
Ke-9
Ke-10
Ke-11
Ke-12 5 5
Ke-13
Ke-14
Ke-15
25
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
7.2 Semua mata daripada kategori umur 18 dan 12 akan dijumlahkan untuk
mendapatkan jumlah besar mata penentu Johan Keseluruhan.
7.3 Sekiranya terdapat lebih dari satu pasukan memperolehi jumlah mata yang
sama, maka pasukan-pasukan tersebut akan diiktiraf sebagai pemenang
bersama.
8. PAKAIAN
Sila Rujuk Peraturan Am (9) dan Undang-undang ITTF 3.2.2.2. Pakaian (Baju T dan
seluar) mesti jelas berlainan warna dengan warna bola ping pong yang digunakan.
9. GELANGGANG DAN PERALATAN
9.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12m x 6m x 15m.
9.2 Setiap gelanggang hendaklah dipagar dengan ‘surrounds’ berwarna gelap yang
sama setinggi 75 cm.
9.3 Bola 40+ 3-Star putih yang diiktiraf ITTF untuk pertandingan akan digunakan.
9.4 Getah raket yang disenaraikan dalam ‘LIST of AUTHORISED RACKET
COVERINGS’ daripada ITTF yang berkuat kuasa semasa sahaja boleh
digunakan dalam kejohanan ini.
9.5 Getah ‘long pimples’ dan ‘anti-spin’ tidak dibenarkan untuk kategori umur 12
tahun dan ke bawah.
10. PERTUKARAN PEMAIN
10.1 Pengurus Pasukan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Pertukaran
Pemain dan menyerahkannya kepada Pengerusi Pertandingan Jawatankuasa
Pengelola berhubung dengan segala pertukaran/penggantian pemain-pemain
yang tidak hadir, sebelum bermulanya Mesyuarat Pengurus Pasukan.
10.2 Bagi acara beregu, seseorang pemain dari satu pasangan dibenarkan
bertukar dengan pemain pasangan yang satu lagi dari gabungan yang
sama, dengan syarat kedudukan baru antara dua pasangan yang terlibat itu
akan ditentukan semula secara undian.
26
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
11. BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit selepas tamat
perlawanan mengikut undang-undang ITTF (3.3.3) dan perkara 13 Peraturan Am MSSM.
12. JURI RAYUAN
Sila rujuk perkara 13 Peraturan Am MSSM
13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Sila rujuk perkara 19 Peraturan Am MSSM
27
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Tempat : Sibu Indoor Stadium, Sarawak
Masa : 3.00 petang
Tarikh : 30 Ogos 2023 (Rabu]
Masa Atur cara
3.00 petang : Semua Kontinjen mengambil tempat
3.15 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
3.30 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan Sarawak
Merangkap Yang di-Pertua MSS Sarawak
Ketibaan Tetamu Kehormat
YB Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kawasan Lanang
4.00 petang : Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Kejohanan Ping Pong MSS Malaysia 2023
YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan Sarawak
Merangkap Yang di-Pertua MSS Sarawak
: Ucapan Perasmian Majlis Penutupan Kejohanan Ping Pong
MSS Malaysia 2023
YB Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kawasan Lanang
: Penyampaian Cenderamata dan Sijil Penyertaan kepada 16
pasukan MSS Negeri
: Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
: Penyampaian Cenderamata kepada penaja dan VIP
: Sesi bergambar bersama
: Jamuan ringan
: Majlis bersurai
28
KEJOHANAN PING PONG MSSM 2023
26 - 30 OGOS 2023 | SIBU INDOOR STADIUM | SARAWAK
Sekalung Budi
29