The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uliah.maim21, 2021-05-20 00:19:15

test laporan tahunan 2020

pdf24_merged

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

2020



Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Isi Kandungan

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

KATA-KATA ALUAN

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Sekapur Sireh, Sejambak Kasih

ucapan ketua menteri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Salam dan selawat ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad Rasul Allah penghulu segala nabi, ahli keluarga dan
para sahabat baginda serta kepada para tabiin dan para ulama’. Saya memanjatkan
rasa sukacita dan kesyukuran ke hadrat illahi kerana di atas limpahan rahmat, takdir
dan izinNya jua maka dapatlah kita sama-sama menatap Laporan Tahunan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2019 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) khususnya untuk rujukan
umat Islam di Negeri Melaka.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MAIM di atas usaha gigih
dan cemerlang dalam memastikan MAIM diurus dengan amanah, telus dan berin-
tergriti. MAIM sentiasa berusaha maju ke hadapan dengan penambahbaikan program
dan aktiviti dari semasa ke semasa supaya lebih inovatif dan kompetitif demi menjaga
kebajikan serta panduan umat islam di negeri Melaka khususnya.

Penerbitan Buku Laporan Tahunan MAIM 2019 ini juga
diharapkan dapat menambah sumber rujukan MAIM dan kerajaan negeri di samping
memberi aspirasi dan inspirasi dalam menilai peningkatan pencapaian MAIM yang sen-
tiasa efisyen dan bermutu setiap tahun.

Saya juga percaya, dengan penerbitan buku tahunan ini akan dapat memberikan
impak positif kepada masyarakat tentang gambaran sebenar visi dan misi MAIM
menguruskan syiar dan syariat Islam di Negeri Melaka selaras dengan aspirasi Rahmatan
Lil Alamin.

Akhir sekali, dengan penuh rasa bangga saya merakamkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua warga kerja MAIM di atas sokongan dan komitmen yang
tidak berbelah bagi dalam memastikan kejayaan yang ditempa bagi tahun kewangan
2019 ini tercapai dengan begitu cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan.

Sekian. Terima kasih.

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Seulas Pinang, Secangkir Bahasa

ucapan timb pen

Syukur kehadrat Ilahi, berkat usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat, maka
terhasillah sebuah buku Laporan Tahunan MAIM yang mengisarkan dan menggambar-
kan aktiviti mahupun program sepanjang tahun 2019 dengan satu harapan ianya men-
jadi medium atau platform bagi menyampaikan ilmu pengetahuan serta maklumat
tahunan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri ini.

Perkara ini tidak mungkin akan tercapai tanpa komitmen yang tinggi dan usaha padu
pengurusan MAIM yang sentiasa melaksanakan dasar-dasar penting yang ditetapkan
oleh ahli-ahli MAIM di bawah kepimpinan YAB. Tuan Haji Adly bin Haji Zahari, Ketua Men-
teri Melaka merangkap Pengerusi MAIM.

Sepanjang tahun 2019, beberapa dasar dan keputusan penting telah dibuat melalui
Mesyuarat MAIM. Segala keputusan ini dilakukan selari dengan usaha memperkasa
kemajuan dan menjaga kebajikan umat Islam serta memperkemaskan pengurusan
MAIM agar lebih proaktif dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada
masyarakat.

MAIM sentiasa mengambil perhatian dengan perkembangan dan perubahan semasa.
Justeru langkah dan usaha bagi menambah baik aktiviti dan program sedia ada sentia-
sa dilaksanakan mengikut keperluan. MAIM juga tidak ketandusan idea bagi perlaksan-
aan aktiviti baru yang lebih inovatif dalam memastikan kebajikan dan maslahah umat
Islam di negeri ini sentiasa didahulukan.

Akhir kata, pada kesempatan ini, saya mewakili warga MAIM mengucapkan seting-
gi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah mem-
beri sokongan dan dorongan kepada MAIM sepanjang tahun 2019.

Sekian. Terima Kasih.

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Seulas Kata, Secebis Bicara

ucapan su

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah dan rahmat diatas kurniaNya
Majlis Agama Islam Melaka terus komited menjalankan peranan dan amanah yang dipi-
kul oleh MAIM untuk membangunkan sosio-ekonomi ummah Islam khususnya di Negeri
Melaka dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang pada
tahun 2019.

Perkara ini tidak mungkin akan tercapai tanpa komitmen yang tinggi dan usaha padu
pengurusan MAIM yang sentiasa melaksanakan dasar-dasar penting yang ditetapkan
oleh ahli-ahli MAIM di bawah kepimpinan YAB. Tuan Haji Adly bin Haji Zahari, Ketua Ment-
eri Melaka merangkap Pengerusi MAIM.

Sepanjang tahun 2019, beberapa dasar dan keputusan pen-
ting telah dibuat melalui Mesyuarat MAIM. Segala keputusan ini dilakukan selari dengan
usaha memperkasa kemajuan dan menjaga kebajikan umat Islam serta memperkemas-
kan
pengurusan MAIM agar lebih proaktif dalam melaksanakan amanah dan tanggung-
jawab kepada masyarakat.

MAIM sentiasa mengambil perhatian dengan perkembangan dan perubahan semasa.
Justeru langkah dan usaha bagi menambah baik aktiviti dan program sedia ada sentia-
sa dilaksanakan mengikut keperluan. MAIM juga tidak ketandusan idea bagi perlaksan-
aan aktiviti baru yang lebih inovatif dalam memastikan kebajikan dan maslahah umat
Islam di negeri ini sentiasa didahulukan.

Akhir kata, saya juga berbesar hati dan berbangga untuk menyampaikan rasa terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua warga MAIM terutamanya pihak pengurusan
dan seluruh segenap akar umbi lapisan warga kerjanya diatas usaha dan gerak kerja
yang cemerlang dalam mencoretkan kejayaan MAIM pada tahun 2019. Segala
kejayaan signifikan ini tidaklah akan dapat dicapai tanpa usaha dan sokongan setiap
warga kerja yang menjadi nadi penggerak utama MAIM. Sesungguhnya segala komit-
men jitu, dedikasi dan kesetiaaan anda kepada MAIM menjadi aset yang amat bernilai
dan berharga. Kepada Allah S.W.T saya berserah dan berdoa agar ia menjadi satu
catatan amal kebajikan yang mempunyai pahala yang berpanjangan di sisi Allah S.W.T
untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sekian. Terima kasih.

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

MAKLUMAT KORPORAT

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Visi
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai organisasi peneraju pengurusan
Baitulmal yang unggul, cekap, mesra dan berkualiti bagi memperkasakan
pembangunan ekonomi umat Islam di Melaka menjelang 2024 seiring dengan perkem-
bangan teknologi dan keperluan semasa serta berlandaskan syarak.

Misi

Peneraju transformasi Baitulmal dalam meningkatkan pembangunan asnaf, ekonomi
ummah secara kreatif dan inovatif berlandaskan maqasid syariah.

MAIM sebagai pemacu pemerkasaan dan pemartaban pengurusan zakat dan mal umat
Islam negeri Melaka dalam meneraju sosio ekonomi umat Islam yang lebih sejahtera
melalui tadbir urus yang sistematik dan memelihara prinsip maqasid syariah berlandas-
kan ketelusan, integriti dan profesionalisme yang tinggi.

Memacu pengurusan dan pembangunan hartanah Baitulmal ke arah memperkasakan
teknologi semasa secara telus dan efisien.

Teras Strategik

Memperkukuh pengurusan ICT, kewangan dan sumber manusia bagi menjamin
penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.

Mewujudkan “Multiplaying Effect’ Dalam pembangunan sosio ekonomi asnaf
melalui tadbir urus yang sistematik untuk menjamin keupayaan perkhidmatan
MAIM kepada umat Islam di negeri Melaka.

Memantapkan pengurusan pembangunan dasar, pematuhan dan keurusetiaan ke
arah peningkatan integriti dan tadbir urus organisasi.

Memperkukuhkan peranan Baitulmal MAIM ke arah membentuk organisasi yang
efisien dan cekap.

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Kuasa dan Fungsi

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah
bertujuan menguruskan hal ehwal agama Islam negeri Melaka di samping membantu dan
menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Penubuhan Majlis Agama Islam
Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 Seksyen 4
ceraian 1. Maka hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai “Majlis
Agama Islam Melaka” untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan
Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.

Sebagai sebuah badan pembuat dasar agama Islam negeri Melaka,
beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama
Islam Melaka, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat
MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat
oleh MAIM.

Objektif Korporat

Mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amalan
yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat berdaya maju, ber-
akhlak dan bercita-cita tinggi berasaskan syariat Islam.

Menjadikan MAIM sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam
dalam permasalahan yang timbul.

Menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan
budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap.

Memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperan-
cangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembinaan dan perniagaan
yang tidak bercanggah dengan syarak.

Membangunkan dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam.

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Maksud Logo

Motto

“Bersama memperkasakan pendidikan
dan dakwah kebajikan dan korporat
berlandaskan syarak”

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Ahli Majlis Sesi 2020/2021

Pengerusi
YAB Datuk Seri Utama Sulaiman bin Md Ali
Ketua Menteri Melaka
Timbalan Pengerusi
YB Datuk Haji Md Rawi bin Mahmud
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka
YB Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Ex-O cio)
YB Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas
Pegawai Undang-Undang Negeri Melaka (Ex-O cio)
YB Datuk Zaidi bin Johari
Pegawai Kewangan Negeri (Ex-O cio)
YBhg. S.S Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil
Mufti Kerajaan Negeri Melaka
YDH DCP Dato’ Abdul Majid bin Mohd Ali
Ketua Polis Melaka
YBhg. Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh
Pegawai Agama Istana Negara
YBhg. Dato Dr. Sirajuddin bin Suhaimee
Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam
Penolong Naib Canselor
Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM
YBhg. Dr. Mohamad Nazli bin Omar
Dekan Fakulti Pengajian Islam, KUIM
YBhg. Tan Sri Abdul Latip bin Bakar
Pengerusi Majlis Penasihat Warisan dan Peradaban Melayu
YBhg. Datuk Haji Mohd Yusof bin Osman
Ahli Perniagaan
YBhg. Datuk Haji Kamarudin bin Sedik
Penasihat Agama YAB Ketua Menteri Melaka
YBhg. Datuk Md. Azhan bin Samat
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka
YBhg. Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim
Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Carta MAIM

DYMM SPB
Yang Di-Pertuan Agong

TYT Di-Pertua
Negeri Melaka
Pengerusi MAIM
Y.A.B. Ketua Menteri Melaka
Timbalan Pengerusi MAIM

Setiausaha MAIM

UUrruusseettiiaaMMAAIIMM

Jabatan Jabatan Mufti Mahkamah Jabatan Agama Baitulmal Anak-anak
Pendakwaan Negeri Melaka Syariah Melaka Islam Melaka Syarikat
Bahagian Pejabat Setiausaha
Bahagian Bahagian Mahkamah Kompleks Falak
Khidmat Pengurusan Pentadbiran Rayuan Syariah Khidmat Pengurusan Bahagian Zakat Al-Khawarizmi Sdn. Bhd.
Bahagian Bahagian Zakat Melaka Sdn. Bhd.
Bahagian Fatwa & Buhuth Mahkamah Bahagian
Perbicaraan & Rayuan Tinggi Syariah Undang-Undang Pembangunan Hartanah MAIM Holding Berhad
Bahagian Pengurusan Bahagian Keluarga Islam Bahagian
Rekod & Dokumentasi Falak Syarie Mahkamah Balai Islam MAIM MAIM
Bahagian Perkhidmatan Rendah Syariah Bahagian Industries Bentara
Bahagian Teknologi Maklumat Perundangan Penguatkuasaan Wisma Mesir Melaka Sdn. Bhd Sdn. Bhd
Penyelidikan Perundangan Bahagian Dakwah Bahagian
Bahagian Pentadbiran,
Sumber Maklumat Kewangan & Aset Bahagian Penyelidikan Pentadbiran MAIM
Sokongan Keluarga Bahagian Security
Teknologi Maklumat Bahagian Pendidikan Kewangan & Akaun Sdn. Bhd
Bahagian Bahagian Pembangunan
Rekod Sumber Manusia
Pusat Sumber Pengurusan Halal Bahagian Teknologi
Pendaftaran & Rekod Bahagian Maklumat & Penerbitan

Pengurusan Masjid

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Carta Organisasi Majlis

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Agama Islam Melaka

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Piagam Pelanggan

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Pencapaian Piagam Pelanggan

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

KEJAYAAN 2020

Laporan Tahunan 2 0 2 0

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

1 Regional Innovation Showcase On Team Excellence (RISTex) 2020

21-22 September 2020

Pencapaian Pengiktirafan i4.0
Anugerah Emas
Pengiktirafan 5 Bintang

Penganjur Malaysia Productivity Corporation (MPC)

2 Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2020

Pencapaian Anugerah Emas 17 – 20 November 2020
Anugerah Industri 4.0 15 Disember 2020
20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri) 15 Disember 2020

Penganjur Malaysia Productivity Corporation (MPC)

3 KPI HRMIS 2019

Pencapaian 100% Sepanjang tahun 2019

Penganjur SUK Negeri Melaka

4 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan
Majlis Agama Islam Melaka bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

Pencapaian Tanpa teguran Sepanjang tahun 2019

Penganjur Jabatan Audit Negara

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

ANUGERAH 2020

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun Anugerah Pegawai Contoh 2020

Abdullah bin Abd. Kadir JANUARI - MAC 2020
Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam
Wardah binti Mo’min
Seksyen Wakaf Pembantu Tadbir
Muhamed bin Hassan Bahagian Zakat HQ
Pembantu Hal Ehwal Islam
APRIL - JUN 2020
Seksyen Wakaf
Abas bin Ab. Hadi Nurul Ekka binti Md Gari
Pembantu Hal Ehwal Islam Pembantu Tadbir
Bahagian Zakat
Seksyen Wakaf
Zawawi bin Md. Hana JULAI - SEPTEMBER 2020
Pembantu Hal Ehwal Islam
Anisaliza binti Sarip
Seksyen Wakaf Pembantu Tadbir
Ahyead bin Alias Pejabat Setiausaha
Pembantu Operasi
OKTOBER - DISEMBER 2020
Seksyen Wakaf
Sharifah Rohaya binti Nyat Sha nah binti Mohamed Ali
Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir Pejabat Setiausaha
Baitulmal
Anugerah Khas Pegawai Inovasi 2020
Mohd Rosli bin Ithnin
Pembantu Tadbir JANUARI - MAC 2020
Bahagian Zakat
Masykuri bin Khamid
Pegawai Hal Ehwal Islam
Wisma Seri Melaka, Mesir

APRIL - JUN 2020

Rohaizah binti Abas
Pegawai Hal Ehwal Islam
Bahagian Pembangunan Hartanah

JULAI - SEPTEMBER 2020

Joriza binti Jauhari
Pegawai Tadbir
Bahagian Pembangunan Hartanah

OKTOBER - DISEMBER 2020

Tarmizi bin Ab. Karim
Pembantu Tadbir
Bahagian Zakat

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA Laporan Tahunan 2 0 2 0

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020

Mohd Izwannizar bin Abd Jalil Mastura binti Ibrahim
Penolong Pegawai Tadbir Pembantu Tadbir
Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin (RAYSS)
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Siti Raudah binti Sulong
Mohd Farhan bin Akmal Pembantu Hal Ehwal Islam
Penolong Juruukur Bahan Bahagian Zakat Cawangan Jasin
Nurul Atiqah binti Baba
Bahagian Pembangunan Hartanah Pembantu Tadbir
Muhammad Haikal bin Abdul Wahid Bahagian Balai Islam
Nurul Elliyana binti Zainal Abidin
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir
Bahagian Zakat Cawangan Alor Gajah Bahagian Pembangunan Hartanah
Nor Azliani binti Yahya
Ahmad Fadhli bin Jamaludin Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir Bahagian Kewangan & Akaun
Nur A qah binti Rusli
Bahagian Teknologi Maklumat & Penerbitan
Muhammad Imran bin Md Rasul Pembantu Tadbir
Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Pembangunan Hartanah
Bahagian Pembangunan Hartanah
Muhammad Fuad bin Ahmadin Siti Qadariah binti Sharif
Pembantu hal Ehwal Islam Pembantu Tabdir
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Zakat Cawangan Melaka Tengah Nurul Asyiqin binti Zainal
Mohd Noor bin Sajali Pembantu Tadbir
Pemandu Kenderaan Bahagian Pembangunan Hartanah
Bahagian Pentadbiran

Arina Sa uraa binti Alim
Pegawai Hal Ehwal Islam
Bahagian Zakat HQ

Laporan Tahunan 2 0 2 0 MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Anugerah Umrah 2020

Mohd Izwannizar bin Abd Jalil Nurul Atiqah binti Baba
Penolong Pegawai Tadbir Pembantu Tadbir
Bahagian Balai Islam
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Nurul Elliyana binti Zainal Abidin
Mohd Farhan bin Akmal Pembantu Tadbir
Penolong Juruukur Bahan Bahagian Pembangunan Hartanah
Nor Azliani binti Yahya
Bahagian Pembangunan Hartanah Pembantu Tadbir
Muhammad Haikal bin Abdul Wahid Bahagian Kewangan & Akaun
Nur A qah binti Rusli
Pembantu Tadbir
Bahagian Zakat Cawangan Alor Gajah Pembantu Tadbir
Bahagian Pembangunan Hartanah
Ahmad Fadhli bin Jamaludin
Pembantu Tadbir Siti Qadariah binti Sharif
Pembantu Tabdir
Bahagian Teknologi Maklumat & Penerbitan Bahagian Pentadbiran
Muhammad Imran bin Md Rasul Nurul Asyiqin binti Zainal
Pembantu Hal Ehwal Islam Pembantu Tadbir
Bahagian Pembangunan Hartanah Bahagian Pembangunan Hartanah
Muhammad Fuad bin Ahmadin
Pembantu hal Ehwal Islam

Bahagian Zakat Cawangan Melaka Tengah

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

SEKTOR BAITULMAL
Bahagian Zakat

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

belum start hehe


Click to View FlipBook Version