The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

soalan 3 faktor kemunculan masyrakat industri Jerman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zainolbahari, 2021-09-07 09:24:25

soalan 3 faktor kemunculan masyrakat industri Jerman

soalan 3 faktor kemunculan masyrakat industri Jerman

SEJARAH DUNIA
SEMESTER 1

TEMA 1: MASYARAKAT

LATIHAN : SOALAN 3

FAKTOR KEMUNCULAN MASYARAKAT INDUSTRI
DI JERMAN

Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan
masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19 masihi

Pendahuluan
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang

bergantung kepada sektor _______1________. Masyarakat
industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan
perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Di Jerman
Kemunculan masyarakat industri bermula dengan
perkembangan Revolusi Perindustrian yang bermula pada
tahun 1860 hingga 1914. Pada era ini muncul industri baru
seperti _______2_______, kimia, ______3______ dan logam
ringan serta keluaran sampingan seperti kereta, radio, kapal
terbang dan kain tiruan. Perkembangan yang sangat pesat
dalam bidang perindustrian meletakkan asas kepada
kemunculan masyarakat industri di Jerman. Tegasnya
terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan
masyarakat industri di Jerman

Isi-isi penting
1. Penyatuan Jerman

Faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di
Jerman adalah penyatuan Jerman pada tahun 1871. Penyatuan
Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman pelbagai usaha
telah diambil untuk membangunkan sektor perindustrian. Kerajaan
telah mengambil tindakan untuk menyeragamkan ____4_______,
______5_______, _____6_________dan _______7_______. Di
samping itu sistem _____8_________seperti kereta api, jalan raya,
telegraf dan pos turut dimajukan. Kerajaan turut melaksanakan dasar
_______8_________kepada bidang perindustrian. Penyatuan politik
yang muncul selepas penyatuan Jerman turut merangsang
pertumbuhan sektor perindustrian. ________9________ telah
menjalankan dasar kebangsaan yang komprenhensif bagi
membangunkan sektor perindustrian. Ternyata penyatuan Jerman
telah mengembangkan sektor perindustrian secara tidak langsung
melahirkan masyarakat industri di Jerman

2. Kemajuan Pertanian
Faktor lain yang memainkan peranan dalam

melahirkan masyarakat industri di Jerman adalah kemajuan
dalam pertanian.
Perkembangan pesat bidang pertanian di Jerman disebabkan
oleh kemajuan dalam teknologi pertanian. Perkembangan
teknologi pertanian bermula dengan penerbitan karya
berkaitan teknologi pertanian. Contohnya
______10_______telah menerbitkan karya berjudul
Introduction to the Knowledge of English Agriculture-
Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789. Selain itu
______11_______menjalankan kajian tentang penggunaan
_______12_______bagi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian. Penemuan-penemuan saintifik telah menyebabkan
berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
Tegasnya penggunaan kaedah pertanian saintifik meletakkan
asas bagi kelahiran masyarakat industri di Jerman

3. Kemajuan dalam Penyelidikan
Seterusnya kemunculan masyarakat industri di

Jerman juga dibantu oleh kemajuan di dalam bidang
penyelidikan. ______13________telah ditubuhkan oleh
syarikat kimia dan elektrik di Jerman.
______14_________ yang terlatih daripada universiti
menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal
tersebut. Dengan ini Jerman berjaya mencipta pelbagai
peralatan dan _______15_______dalam bidang
perindustrian. Beberapa buah syarikat dan perbadanan
telah menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan
teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang.
Perkembangan ini meyebabkan sektor industri
berkembang dengan pesat dan meletakkan asas kepada
kemunculan masyarakat industri di Jerman

4. Penghapusan Sistem Guild
Selain itu juga kemunculan masyarakat industri di

Jerman didorong oleh penghapusan sistem guild. Dalam
sistem ini seseorang perlu _____16__________dalam
guild selama beberapa tahun. Pengalaman di dalam guild
merupakan ______17_______bagi melibatkan diri di
dalam bidang perindustrian. Sistem ini didapati menjadi
_______18_______kepada perkembangan sektor
perindustrian di Jerman sebelum 1871. Oleh itu apabila
kerajaan bertindak _____19_______ monopoli dan
keistimewaan dalam guild secara tidak langsung tiada lagi
sekatan untuk menjalankan kegiatan perindustrian.
Ternyata perkembangan ini menjadi platform Jerman
muncul sebagai masyarakat industriberbanding negara-
negara lain.

5. Penghijrahan Penduduk ke Bandar
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan

masyarakat industri di Jerman ialah penghijrahan penduduk
dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk
_____20_______ banyak membantu perkembangan sektor
perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman
______21________Jerman menetap di luar bandar. Selepas
penyatuan Jerman ramai penduduk berhijrah ke bandar.
Contohnya menjelang tahun 1871 terdapat lapan buah bandar
di Jerman yang mempunyai bilangan penduduk seramai
_______22_____. Selepas penyatuan Jerman proses
perbandaran berkembang dengan pesat dan muncul bandar-
bandar baru di seluruh negara. Pada masa ini muncul bandar-
bandar perusahaan seperti _____23________dan
____24______. Kebanyakan penduduk yang tinggal dibandar
bekerja dalam sektor perindustrian. Sehingga tahun 1910
terdapat _____25_________bandar di seluruh Jerman. Jelas
ketara, penghijrahan penduduk menyebabkan industri
perkembang pesat di Jerman sehingga menyebabkan
munculnya masyarakat industri.

6. Penubuhan Institusi Kewangan
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan

masyarakat industri di Jerman adalah penubuhan institusi
kewangan. Penubuhan institusi kewangan seperti
______26________memainkan peranan penting dalam
kelahiran masyarakat industri di Jerman. Matlamat
utama penubuhan bank dan koperasi adalah memberikan
bantuan ______27________jangka panjang kepada
penduduk di luar bandar. Contohnya menjelang 1911
terdapat _______28_______kesatuan kredit di Jerman
kesatuan kredit yang terkenal adalah Schulze Delitzsch.
Antara bank yang terkenal yang ditubuhkan di Jerman
adalah _______29______.Bantuan kewangan yang
diberikan oleh koperasi dan bank menyebabkan muncul
banyak industri di Jerman. Jelas sekali perkembangan ini
meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri
di Jerman

7. Galakan Kerajaan
Selain itu kemunculan masyarakat industri di Jerman

juga didorong oleh galakan kerajaan Jerman. Kerajaan Jerman
telah mengambil langkah yang proaktif untuk
mengembangkan sektor perindustrian. Antara langkah yang
diambil oleh kerajaan Jerman adalah bertindak menamatkan
dasar ______30________pada tahun 1879. Selaras dengan
tindakan ini kerajaan mula memberi perlindungan kepada
_____31________. Perubahan dasar ini telah meyebabkan
berlaku pertumbuhan yang pesat dalam perindutrian antara
tahun 1872 hingga 1910 dan juga melahirkan ramai pekerja
industri di Jerman. Jelaslah sekali galakan kerajaan melalui
langkah-langkah perlindungan telah merangsang
pertumbuhan perindustrian di Jerman dan meletakkan asas
kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman

KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat beberapa faktor yang
mendorong kemunculan masyarakat industri di
Jerman. Masyarakat industri di Jerman memberi
sumbangan _____32______, kepakaran,
_____33______ dan inovatif dalam membangunkan
sektor perindustrani. Perkembangan ini
menjadikan Jerman sebagai sebuah negara
terunggul dalam bidang perindustrian


Click to View FlipBook Version