The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zainolbahari, 2021-08-29 10:12:56

SEJARAH ISLAM

T1 SEM2

SEJARAH ISLAM
SEMESTER 2

TEMA 1: MASYARAKAT, PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN HUBUNGAN LUAR

LATIHAN : SOALAN 6
Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya
menyatukan penduduk Madinah pada zaman

Nabi Muhammad s.a.w

Pengenalan
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan

Perlembagaan Bertulis yang pertama di dunia. Perlembagaan
ini digubal oleh Nabi Muhammad s.aw berasaskan
__________1___________. Piagam Madinah terdiri daripada
47 fasal . _______2____________ bahagian pertama
membincangkan hubungan dan tanggungjawab dalam
kalangan orang Islam. Manakala _________3____________
dalam bahagian kedua menyentuh tanggungjawab
__________4____________ terhadap negara Islam Madinah.
Penggubalan Piagam Madinah adalah untuk menyatukan
masyarakat majmuk yang di Madinah.

Isi-Isi Penting

1. Berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam
Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam

kalangan umat Islam. Nabi Muhammad saw telah mempersaudarakan
golongan Aus dan Khazraj di bawah satu nama iaitu golongan Ansar.
Seterusnya, nabi Muhammad telah mempersaudarakan golongan
Ansar dan Muhajirin. Piagam ini menyeru masyarakat Islam iaitu
golongan Muhajirin dan golongan Ansar ____________3___________
dan saling membantu. Konsep _________4____________ saling
ditekankan demi mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam
tanpa mengira ____________________, tempat tinggal dan
___________________. Konsep ini merupakan satu sikap dan tindakan
yang lahir daripada jiwa yang penuh dengan keimanan kepada Allah
swt dan rasulnya. Persaudaraan dan persahabatan ini dapat
melahirkan masyarakat Islam yang padu dan kukuh, serta mempunyai
kerjasama yang erat. Situasi ini berjaya melahirkan masyarakat yang
cintakan __________5_____________ dan _______6___________
hidup.

2. Berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk
Perlembagaan Madinah juga berjaya menyatupadukan

masyarakat majmuk di Madinah. Sahifah ini dapat
menjalinkan hubungan baik antara _______7___________
dan _________8__________ di Madinah. Hubungan ini
adalah berdasarkan konsep hormat menghormati dan
_________9_____________ bersama agar anggota
masyarakat dapat hidup aman dan damai. Piagam Madinah
membawa perubahan kepada masyarakat dari segi nilai tradisi
jahiliyah yang mementingkan ________10___________
kepada _______11_____________. Piagam Madinah dalam
fasal 24 hingga 27 dengan jelas meyentuh tentang
tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam Madinah.

3. Berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata
Piagam Madinah berjaya membentuk kebebasan hak asasi

yang sama rata. Sebelum penghijrahan dan pembentukan Piagam
Madinah, _______12______________ diamalkan. Dalam sistem sosial
ini kedudukan dan hak seseorang individu ditentukan berdasarkan
kaum masing-masing. Melalui Piagam Madinah setiap anggota
masyarakat diberi yang hak sama rata. Tidak ada peluang untuk orang
_________13___________ menindas orang yang lemah. Keadaan ini
berjaya menjamin __________14__________ hidup semua penduduk
Madinah. Kebebasan yang dimaksudkan dalam Sahifah Madinah ialah
kebebasan ______15________, kebebasan __________16_________,
kebebasan ________17___________, kebebasan
________18_________ dan sebagainya. Kebebasan ini yang meliputi
segala aspek kehidupan dijamin selagi ia tidak bercanggah dengan
________19_____________. Masyarakat yang cintakan kedamaian
dan kesejahteraan akan melahirkan kesepaduan dalam masyarakat
Madinah.

4. Berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada
semua penduduk

Piagam Madinah juga berjaya menekan konsep
persamaan dan keadilan kepada semua penduduk. Piagam ini
berjaya mengurangkan jurang perbezaan dan penindasan
________20___________ ke atas _______21_______ kerana
dapat meyamaratakan kekayaan antara anggota maasyarakat.
Keadilan pula menjadi tanggungjawab setiap
anggota untuk dilaksanakan selaras dengan menjaminkan
keselamatan akal, diri, harta benda, agama dan keturunan.
Amalan-amalan ini dapat menghindarkan keburukan dan
sebaliknya mewujudkan keadaan aman dan tenteram. Piagam
Madinah berjaya menyekat dan menghapuskan
__________22__________ dan kezaliman.

5. Menjamin kebebasan kepada kaum Yahudi
Satu lagi kejayaan Piagam Madinah ialah jaminan kebebasan

kepada kaum Yahudi. Golongan ini paada mulanya berminat untuk
menguasai _______23_____________. Dengan mempertimbangkan
isu ini, Piagam Madinah menitikberatkan dan menjamin kebebasan
kaum Yahudi dan _________24_____________ agama lain. Semua
anggota masyarakat Madinah bebas untuk _______25__________
dan mengamalkan ibadat mereka sendiri. Jaminan ini berjaya
menghalang kaum Yahudi daripada ________26______________
agama mereka di Madinah dan mengelakkan
__________27___________ sesama sendiri. Islam memberikan
kebebasan beragama kepada golongan ________28___________.
Tiada paksaan dalam pengamalan agama dan kepercayaan. Ini
bermakna masyarakat Yahudi tidak boleh ________29__________
orang-orang Madinah untuk menganut agama mereka atau
_________30____________ orang yang lemah. Jika mereka mematuhi
perlembagaan ini, maka mereka dijamin _________31_____________
dan keselamatan.

Kesimpulan

Piagam Madinah berjaya mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam
dan bukan Islam di Madinah. Piagam ini dirujuk
dalam usaha ________32______________
masalah sosiopolitik masyarakat Madinah.
Sahifah Madinah dapat membentuk
masyarakat yang _______33_________ dan
berdaulat Tanah Arab.


Click to View FlipBook Version