POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED
KOD
MPU21032
KURSUS
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENSYARAH
PN FARHA BINTI MUHAMMAD
TUGASAN PROJEK SESI 1 2021/ 2022
AHLI KUMPULAN NO MATRIK
33DCE19F1065
NO. NAMA 33DCE19F1055
1 THARANIESWARY A/P NAGARAJOO 33DCE19F1066
2 NURUL FARISYAH BINTI MOHAMAD AZMAN 33DCE19F1041
3 NUR IZZATI NADZIRAH BINTI ABDUL MUIZ 33DCE19F1058
4 ALYA BATRISYIA BINTI MOHD SHAKRI
5 NOOR AFIFAH BINTI MOHD NIZAM
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pengenalan : Poster Novel Bukit Kepong 1
2
1.1 Filem 3
4
1.2 Latar Belakang Filem 5
6
1.3 Sinopsis Filem Bukit Kepong 7
7
1.4 Pengenalan Kesepaduan Nasional 9
10
2.0 Objektif 11
12
3.0 Tema
3.1 Nilai-nilai Murni
3.2 Pengajaran
3.3 Ulasan Dan Cadangan
4.0 Penutup
5.0 Rujukan
i
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Filem
Filem adalah satu media pengajaran yang cukup berkesan. Gabungan yang mantap antara audio,
visual, pergerakan, warna dan kesan tiga dimensi membuatkan filem begitu menarik untuk
ditonton. Ini menjadikan filem sebagai alat pendidikan yang mempunyai banyak kebaikan serta
kuat pengaruhnya. Kebaikan filem yang paling utama ialah ia dapat menimbulkan dan
mengekalkan minat dan motivasi pelajar. Seterusnya, unsur-unsur dramatik dan kreativiti yang
terdapat dalam filem berupaya meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Sebagai satu media komunikasi, filem dapat menyampaikan secara konkrit dan
terperinci mesej-mesej pendidikan seperti pembelajaran isi kandungan kurikulum serta
pembentukan sikap dan tingkah laku pelajar.
Selain itu, filem turut digunakan untuk menonjolkan realiti hidup dan kehidupan, membentuk
sahsiah serta membangkitkan emosi dan perasaan. Filem juga merupakan satu media atau sumber
hiburan yang paling mudah didapati dan difahami filem berpengaruh besar ke atas kelakuan
penonton terutamanya golongan remaja dan kanak- kanak, tidak terkecuali kepada golongan
dewasa. Filem ini juga mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi psikologi dan
emosi seseorang. Tumpuan terhadap filem dari kesan psikologi adalah di antara seni yang unik, di
mana kita perlu pelajari melalui perhatian, pergerakan dan ilusi.
Filem ini boleh dilihat kepada dua aspek, iaitu sifatnya dan kewujudannya. Filem adalah
medium yang popular dan ada pengaruhnya. Oleh itu, filem harus dijadikan sebagai bahan
penyelidikan. Sesebuah filem itu, dapat menyampaikan mesej dan kesan melalui struktur dan
stailnya. Melalui pendekatan ini, penyelidik mengambil peluang untuk mengkaji bagaimana filem
dapat menyampaikan kesan psikologi seorang watak terhadap penonton melalui penggunaan
struktur naratif, penyampaian maklumat, bunyi dan muzik juga terhadap gaya visual yang
diaplikasikan dalam sesebuah filem.
Filem juga penting sebagai medium bagi memberikan nasihat dan pengajaran terhadap
golongan masyarakat. Sekiranya tiada unsur perfileman, sudah tentu sukar untuk kita memupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Tidak semua filem yang diketengahkan kepada
masyarakat hanya hiburan semata-mata. Hal ini boleh dilihat apabila ada filem yang
mengetengahkan nilai-nilai murni yang menasihatkan masyarakat mengikuti amalan sedemikian.
2
Ada filem yang memaparkan kejahilan seseorang itu tentang sesuatu perkara yang menyarankan
masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi sedemikian. Oleh itu, filem sebegini
sentiasa menasihatkan masyarakat tentang pentingnya pengajaran yang dipaparkan supaya yang
baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
1.2 Latar Belakang Filem
Sejarah lisan merupakan satu kaedah dalam penyelidikan sejarah bagi mendapatkan serta
mengesahkan kebenaran sesuatu fakta sejarah yang diperoleh. Dalam tugasan ini file “Bukit
Kepong” (1980) digunakan sebagai bahan kajian. Filem Bukit Kepong telah dipilih kerana filem
ini merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins Shamsudin dan dibintangi
oleh A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan Komunis
di Bukit Kepong. Filem ini juga memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3,
termasuk Filem Terbaik. Pengarah filem tersebut, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin melakukan
beberapa kaedah yang penting bagi merealisasikan filem ini sebelum diangkat ke layar Perak.
Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal
dalam dekad 80an dengan kos pembuatan sebanyak RM 1.3 Juta. Filem ini adalah cerita
perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis
pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong
yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan
oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka
tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara. Salah satu
tujuan filem Bukit Kepong ini dikeluarkan adalah untuk meningkatkan imej dan semangat Polis
Diraja Malaysia. Filem ini juga didedikasikan untuk polis yang berani mempertahankan balai
polis dengan nyawa mereka serta melambangkan perjuangan kemerdekaan negara. Seterusnya,
filem ini dipilih kerana ia mempunyai kebanyakan nilai- nilai murni dan pengajaran yang dapat
diterap kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Selain itu, filem ini menunjukkan semangat juang
dan keberanian tinggi.
Filem ini didapati menonjolkan peranan dan sumbangan semua anggota polis yang terlibat
dalam peristiwa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, tanpa memperagakan watak- watak
tertentu sebagai wira tunggal. Filem ini juga didapati menonjolkan keberanian dan pengorbanan
kaum keluarga anggota polis yang terlibat dalam peristiwa serangan itu.
3
1.3 Sinopsis Filem Bukit Kepong
Filem Bukit Kepong ini mengisahkan tentang perjuangan anggota polis dan masyarakat tempatan
dalam melawan serangan pengganas komunis pada tahun 1950. Tragedi ini berlaku di Balai Polis,
Bukit Kepong. Filem ini dimulakan dengan kedatangan sarjan baru, Sarjan Jamil di Balai Polis,
Bukit Kepong yang dikendalikan oleh 18 anggota polis. Balai Polis Bukit Kepong ini terletak
jauh dari jalan utama dan hanya dapat dihubungi dengan bot melalui jalan sungai. Oleh itu, ia
merupakan sasaran yang mudah untuk serangan komunis. Serangan pengganas komunis terhadap
Balai Polis Bukit Kepong ini telah berlaku pada awal pagi 23 Februari 1950.
Pengganas komunis yang dianggarkan seramai 180 orang telah mengepung dan melancarkan
serangan terhadap balai. Mereka berfikir yang mereka akan memperoleh kemenangan awal.
Namun, anggota polis yang berani tetap berjuang hingga titisan darah terakhir, mereka berjaya
mempertahankan balai selama enam jam. Penduduk kampung dari kampung berhampiran
berusaha membantu tetapi komunis telah menguasai semua laluan yang menuju ke balai polis.
Pengganas komunis semakin tertekan dan membunuh wanita-wanita serta kanak-kanak. 3
Sewaktu bertahan di dalam kubu, Sarjan Jamil cuba untuk mengenal pasti anggota-anggotanya
yang terkorban. Namun peluru musuh berjaya mengenai sasaran dan Sarjan Jamil rebah di perut
kubu.
Pihak polis berjuang habis-habisan untuk mempertahankan balai serta keluarga. Namun, satu
persatu anggota polis gugur di tempat kejadian. Anggota polis yang cedera menjadi semakin
lemah. Dalam kepayahan, mereka berjaya keluar dari kubu dan bergerak perlahan-lahan bimbang
dikesan musuh. Akhirnya, balai polis ditawan dan dibakar oleh pegganas komunis. Banyak
anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh termasuklah Sarjan Jamil. Walaupun balai
polis itu telah musnah dalam kebakaran, Namun, tindakan berani yang dilakukan oleh
anggota-anggota polis dan penduduk tempatan itu tidak akan pernah dilupakan.
4
1.4 Pengenalan Kesepaduan Nasional
Kesepaduan nasional bermaksud Penyatuan kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini merupakan penyatuan yang
berbentuk zahir dan luaran. Hasil dari penyatuan ini keadaan akan lebih aman, stabil, makmur
dan sejahtera. Walau bagaimanapun masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang
wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita. Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional,
alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik iaitu akan
mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industry, golongan miskin
kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan. Daripada segi
kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya medeniti yang mengutamakan
kestabilan dan kemajuan. Kesepaduan nasional dapat mengekalkan ekonomi negara dengan stabil
dan lancar. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan keadaan negara dengan aman makmur dan
sejatera.
Kesepaduan nasional dapat memupuk dengan mengikuti Perlembagaan Persekutuan yang
ditetapkan oleh negara dan juga menerapkan prinsip Rukun Negara. Kesepaduan Nasional dapat
berkongsi norma hidup, nilai dan kerencaman sosial. Selain itu, ia dapat wujud pelbagai etnik dan
budaya medeniti yang utamakan kestabilan dan kemajuan. Seterusnya, kesepaduan nasional
mewujudkan masyarakat yang dinamik. Contohnya, mewujudkan petani tradisional kepada petani
komersial industri; golongan miskin kepada kelas menegah; masyarakat kampung kepada warga
kosmopolitan.
Perpaduan dalam bentuk kefahaman terkini berasaskan kepada pemikiran Profesor Ulung Dr.
Shamsul Amri Baharuddin (Shamsul & Anis, 2014) seterusnya membolehkaninti sari kata dasar
‘padu’ dibezakan kepada tiga bentuk pengertian iaitu ‘perpaduan’, ‘kesepaduan’, dan
‘penyatupaduan’ (Shamsul, 2014; Mohd Sobhi, 2021). Dalam konteks ilmu sosiologi, konsep
‘perpaduan’ (unity)merujuk kepada terbentuknya satu entiti daripada penyatuan
kumpulan-kumpulan etnik yang pelbagai secara bersatu-padu dan seragam. Dalam konteks
pembinaan negara bangsa, perpaduan adalah satu abstraksi yang dibayangkan sebagai matlamat
akhir kepada semua usaha membentuk satu bangsa Malaysia.Sebagai satu sasaran yang ideal,
‘perpaduan’ hanya wujud dalam bentuk idea dan tidak dapat direalisasikan dalam realiti sebenar.
5
Sebaliknya, apa yang dialami dalam kehidupan sosial ialah ‘kesepaduan’ (cohesion). Konsep ini
didefinisikan sebagai tahap pencapaian perpaduan semasa yang boleh diukurberdasarkan pelbagai
komponen. Manakala, usaha-usaha terancang yang dilakukan dalam proses untuk mengangkat
‘kesepaduan’ sehingga ke tahap tercapainya ‘perpaduan’ yang diidamkan adalahmerujuk kepada
konsep ‘penyatupaduan’(reconciliation).
‘Kesepaduan nasional’ (national cohesion) merupakan satu konsep terbitan yang muncul
apabila pemboleh ubah kesepaduan sosial berinteraksi dengan pemboleh ubah etos bangsa
(Mansor, 2012). Dalam perkataan lain, walaupun kedua-duanya merujuk kepada tahap kemajuan
(progress)ke arah perpaduan yang diimpikan, kesepaduan sosial adalah subset kepada kesepaduan
nasional. Dalam kajian ini, kesepaduan sosial (social cohesion) merujuk kepada pemerihalan
elemen-elemen sepunya yang wujud dalam masyarakat hasil daripada proses penyatupaduan yang
diusahakan. Elemen-elemen sepunya yang dimaksudkan termasuklah rasa kekitaan, penyertaan,
kesamarataan, pengiktirafan, legitimasi dan keterangkuman dalam kehidupan seharian.
2.0 OBJEKTIF
Berdasarkan kajian yang dijalankan, kami telah merumuskan beberapa objektif kajian antaranya
adalah untuk mengkaji semangat kesepaduan nasional di Malaysia yang dibawa oleh
pejuang-pejuang terdahulu supaya ia dapat memberi pendedahan yang luas kepada masyarakat
Malaysia untuk mengenali dan memahami asal usul masyarakat di Malaysia.
Seterusnya, untuk menghargai usaha-usaha gigih pejuang-pejuang Malaysia terdahulu yang
berusaha menegakkan kesepaduan dan peradaban di Malaysia. Hal yang demikian, ia dapat
memberi kesedaran mengenai betapa bernilainya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Akhir sekali, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kesepaduan
nasional, etika dan peradaban yang diterapkan di Malaysia supaya ia dapat mengukuhkan lagi
hubungan perpaduan antara masyarakat di Malaysia.
6
3.0 TEMA
Kisah ini mendedahkan tema perjuangan dan keberanian polis dan penduduk kampung Mukim
Bukit Kepong mempertahankan polis dan Mukim Bukit Kepong daripada serangan komunis
dalam darurat Malaya. Keunikan perjuangan dan keberanian mereka amat luar biasa.
Penghormatan ini bukan sahaja tercermin dalam keberanian luar biasa 18 polis dan penduduk
kampung di Bukit Kepong, malah semangat juang mereka. Ini terbukti apabila mereka mampu
bertahan sehingga empat jam demi mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.
3.1 Nilai-Nilai Murni
Sesungguhnya, filem Bukit Kepong merupakan filem yang mempunyai banyak nilai murni yang
dapat dicungkilkan. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi dengan peristiwa tragik yang digambarkan
semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang
pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk
mempertahankan negara.
Antara nilai-nilai murni yang telah dipetik daripada filem Bukit Kepong adalah keberanian.
Keberanian merujuk kepada sikap dan kesungguhan yang dengannya seseorang menghadapi dan
bertindak balas terhadap situasi bahaya, ketakutan atau risiko. Malah, ini adalah sebahagian dari
kekuatan dalaman yang dimiliki oleh individu untuk bertindak balas terhadap situasi yang
melibatkan menghadapi ketakutan atau risiko. Peristiwa tersebut berlaku pada jam 5.00 pagi 23
Februari 1950 dimana pihak komunis seramai 180 orang telah menyerang Balai Polis Bukit
Kepong. Hal ini dapat membuktikan keberanian apabila hanya sekitar 25 orang anggota polis
sahaja yang berjuang habis-habisan walaupun mereka tidak mempunyai anggota yang ramai.
Namun sebegitu, mereka tetap bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Selain itu, nilai
keberanian yang telah dipetik juga digambarkan ketika dua orang isteri anggota polis turut serta
mengangkat senjata dan bertempur sehingga kehabisan peluru. Hal ini kerana mereka mendapati
bahawa suami mereka telah terkorban pada masa itu. Dalam kejadian ini, seramai 19 orang
anggota polis dan 40 tentera komunis telah terkorban.
7
Selain itu, semangat bekerjasama. Kerjasama, atau kooperasi merujuk pada amalan seseorang
atau kumpulan yang lebih besar yang bekerja di khayalak dengan tujuan atau kemungkinan
kaedah yang diluluskan bersama secara umum, alih-alih bekerja secara berasingan dalam
persaingan. Hal ini dapat membuktikan semangat bekerjasama apabila hadirnya bantuan dari
perkampungan berdekatan. Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui
selepas pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Bantuan tersebut merupakan
sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dan diiringi oleh 13
orang anggota AP/HG (Polis Bantuan/Pengawal Kampung). Kehadiran mereka mengurangkan
tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis
walaupun mereka juga diserang sebelumnya. Di samping itu, terdapat juga bantuan daripada
sekumpulan pengawal dari Kampung Durian Chondong yang menggunakan sampan berkayuh ke
arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.
Seterusnya, kewibawaan. Tamsilnya, bantuan yang dihantar dari Kampung Tui cekalkan hati
mereka untuk turut sama membantu menentang komunis. Beberapa faktor kewibawaan mereka
dapat dianalisis, sepertinya mereka tetap meneruskan perjalanan mereka untuk menghulurkan
bantuan meskipun mereka telah diserang hendap oleh tentera komunis. Kejadian tersebut berlaku
semasa mereka dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari Balai Polis Bukit Kepong.
Malah, mereka juga tidak gentar meskipun keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding
pengganas komunis. Dalam konteks ini, penduduk kampung hanya dibekalkan Raifal, Shotgun
dan juga Revolver manakala komunis menggunakan senjata automatik dan separa automatik yang
lebih canggih. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan
bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.
Akhir sekali, semangat patriotisme. Sebagai contoh, ketua kumpulan komunis, Mat Indera
memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri.
Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak
polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang
habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.
Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar,
turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan,
ketika mempertahankan botnya. Jelaslah disini menunjukkan bahawa sebenarnya rakyat juga
tunjang utama dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
8
Natijahnya, nilai-nilai murni di dalam cerita Bukit Kepong adalah sangat penting untuk
diamalkan baik dalam kehidupan seharian mahupun pentadbiran negara. Hal ini supaya negara
Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi seiring dengan negara-negara maju
seantero dunia. Di samping, menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang mempunyai rasa
cinta akan negara serta berakhlak mulia.
3.2 Pengajaran
Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai
negara membangun. Antara peristiwa yang diingati oleh rakyat Malyasia ialah peristiwa Bukit
Kepong. Setiap penceritaan pastinya diselitkan peristiwa yang memberi impak dan memberi
ransangan terhadap penceritaan dengan kehidupan seharian, begitu juga sebuah pengajaran. Oleh
itu, terdapat beberapa pengajaran yang dapat diperolehi sepanjang peristiwa Bukit Kepong
berlaku.
Antara pengajarannya ialah kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang
tinggi. Hal ini supaya keselamatan dan keamanan negara dapat dinormalisasikan dengan
wujudnya masyarakat yang sanggup bermatian demi negara tercinta. Malah, rakyat Malaysia juga
tidak akan gentar sekiranya berlaku peperangan atau rusuhan di dalam negara.
Selain itu, kita seharusnya bekerjasama dalam apa jua keadaan. Semangat bekerjasama ini
adalah satu amalan yang sesuai dengan konsep baru untuk membentuk satu rupa bangsa
Malaysia. Sebagai contoh, sesebuah peperangan atau kerja tidak akan berjaya sekiranya tidak
mempunyai pertolongan dari mana mana pihak. Bak kata pepatah seikat bak sirih, serumpun bak
serai. Sekiranya nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti
semangat perpaduan majmuk di negara ini sukar diterapkan.
Sementara itu, kita sewajarnya hormat menghormati antara kaum yang majmuk di Malaysia.
Pada 11 Februari 2021, petikan dari Astro Awani menyatakan bahawa perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyeru agar sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
dan agama di negara ini perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu teras utama perpaduan
negara. Rasa curiga dan perseteruan di antara kaum hanya akan memecahkan kedamaian yang
akhirnya menjadi bencana kepada masyarakat.
9
Tuntasnya, negara ini sebenarnya turut tidak terlepas daripada isu pergaduhan,
pertelingkahan dan penindasan yang pernah berlaku kepada rakyat Malaysia yang juga
merupakan golongan majoriti di Malaysia. Pastinya pertistiwa seperti Bukit Kepong tahun 1950
telah tertanam dalam ingatan dan minda masing-masing. Lantasan itu, konsep perpaduan kaum
hendaklah diamalkan manakala sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing hendaklah dielakkan bagi menjamin perpaduan kaum di seluruh Malaysia.
Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat mengekalkan keharmonian negara.
3.3 Ulasan Dan Cadangan
Peristiwa Bukit Kepong merupakan konflik bersenjata yang bersejarah dan tragis yang berlaku di
Tanah Melayu pada 23 Februari 1950. Ia berlaku semasa darurat selepas Perang Dunia II dan
sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Polis dan Parti Komunis Malaya (pengganas Komunis).
Pertembungan itu berlaku berhampiran Balai Polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis
yang diperbuat daripada kayu itu terletak di Sungai Muar, kira-kira 59 kilometer dari Bandaraya
Muar, Johor, Malaysia. Kejadian itu berlaku sebelum subuh, apabila Parti Komunis melancarkan
serangan gerila ke atas balai polis. Ia berakhir dengan cara yang tragis apabila penyerang
dahagakan darah, membunuh hampir semua anggota polis yang bertugas di situ ketika itu.
Apabila mereka memulakan pengepungan, penyerang percaya bahawa mereka akan dapat
mengalahkan polis dan mengawal balai polis dalam tempoh yang singkat.
Kita dapat lihat kejadian di Bukit Kepong telah diadaptasi ke dalam drama dan filem serta
diterbitkan dalam bentuk novel. Dalam hal ini, disebabkan versi cerita yang pelbagai, pasti ada
spekulasi tentang peristiwa tersebut dan unsur cerita yang ditokok tambah. Justeru itu, dengan
terbitnya buku ini sedikit sebanyak menunjukkan peristiwa sebenar yang berlaku dalam peristiwa
Bukit Kepong. Seterusnya, ia dapat menangkis kesilapan dan salah tanggapan masyarakat
terhadap kejadian tersebut. Kejadian ini menunjukkan kepada kita penderitaan dan kematian
ramai orang yang disebabkan oleh kekejaman komunis, serta kemusnahan dan kemusnahan harta
benda di kawasan itu.
10
Semua pihak harus mengambil berat dan mengajar lokasi kekosongan dalaman Kerajaan
negara pada masa itu membawa kepada kekejaman pihak Komunis. Oleh itu, kerajaan yang adil
dan telus adalah penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dunia. Sehubungan
dengan kejadian ini, antara tahun 1948 hingga 1960, Tanah Melayu mengisytiharkan darurat.
Darurat bertujuan menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu. Dengan kata lain, demi
memperjuangkan kemerdekaan negara dan menyingkirkan ancaman dan pengaruh Parti Komunis
pada kadar segera.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, memandangkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kini
semakin luntur dari hari ke hari. Salah satunya berpunca daripada kurangnya didikan cinta akan
negara oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana kesibukan ibu bapa dalam
mencari rezeki dan kurangnya masa yang diluangkan bersama, anak-anak banyak meluangkan
masa dengan gadjet yang dipenuhi dengan pengaruh hiburan yang melampau yang menyebabkan
generasi kini lebih mengagungkan budaya luar seperti budaya barat, budaya K-POP dan lain-lain.
Intihannya, langkah-langlah proaktif harus digerakkan bagi menyemai kembali semangat
patriotisme dalam jiwa anak-anak muda oleh pelbagai pihak dengan segera demi memastikan
generasi pelapis negara terus menjulang rasa cinta akan negara dalam sanubari golongan belia.
Salah satu caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat
patriotisme dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti kata peribahasa, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Misalnya, mendedahkan iktibar dan nilai murni yang
dapat diambil daripada peristiwa Bukit Kepong banyak yang boleh kita pelajari dan dapat
memupuk semangat patriotisme dalam diri contohnya tentera negara yang sering menjadi
pembakar semangat yang mempunyai rasa cinta akan negara yang tinggi kepada pejuang-pejuang
negara. Mereka merupakan anggota tentera yang mempunyai sifat keberanian yang luar biasa.
Demi cinta akan negara, mereka berjuang menentang pertempuran Parti Komunis Malaya (PKM)
sehingga ketitisan darah yang terakhir. Pertempuran menentang serangan komunis itu telah
mengorbankan seramai 25 orang termasuk anggota polis, ahli keluarga anggota polis dan orang
kampung, di mana balai polis dan berek tempat tinggal anggota turut dibakar sehingga hangus.
Dengan sejarah ini, golongan belia dapat mengenal erti kepayahan dan kesulitan masyarakat
11
laludalam memperjuangkan negara. Hal ini sedikit sebanyak akan melahirkan perasaan cinta yang
mendalam terhadap tanah air dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
5.0 RUJUKAN
1. https://www.coursehero.com/file/73945768/KULIAH-5-PEMANTAPAN-KESEPADUAN-
NASIONAL-MELALUI-ETIKA-DAN-PERADABANpdf/
2. mStar Online(13 September 2011), Fakta Bukit Kepong Ikut Fakta Sejarah-Jins Shamsuddin.
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/09/13/filembukit-kepong-ikut-fakta-sejar
ah--jins-shamsuddin
3. Bukit Kepong(film)-Wikipedia Bahasa Melatu,ensiklopedia bebas. (23 Mei 2021). dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Kepong_(filem)
4. https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/821/616
12