Majlis Penutupan Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah PPD Kuala Selangor 2023 Tarikh:8 Ogos 2023 Masa: 3.00 ptg Dirasmikan oleh: Puan Azlina binti Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Tarian Rampaian, Nyanyian Solo, Kawad Kaki, Reka Cipta Bahan TerbuangGubahan Bunga Telur, Gubahan Sirih Junjung, Peragaan Pakaian KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jalan keramat Tanjong, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Ucapan Aluan Bismillahhirrahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terima Kasih Pengacara Majlis. Yang berusaha, Tn. Hj Zulkeflee bin Ismail Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor. Yang berusaha, Puan Rosliza binti Roslay Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor. Yang berusaha, Encik Amir Hamzah bin Ali Guru Besar SK Bestari Jaya. Yang berusaha, Encik Rozaini bin Surif Guru Besar SK Dato’ Maharaja Lela.
Yang berusaha, Encik Shahidan bin Hj Said Guru Besar SK Desa Aman. Yang Dihormati Barisan Guru-guru Penolong Kanan PPKI, Penyelaras-penyelaras PPKI Daerah Kuala selangor. Barisan guru-guru PPKI Daerah Kuala Selangor. Dan murid-murid yang dikasihi sekalian. 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama -sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun secara maya pada hari ini dalam majlis penutup pertandingan karnival ekokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Selangor dalam talian bagi tahun 2023.
2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur, Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dan semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, Sekolah kebangsaan Dato Maharajalela dan Sekolah Kebangsaan Desa Aman kerana berjaya menguruskan dan melaksanakan karnival eKokurikulum dalam talian ini. Semestinya pengurusan pertandingan ini menuntut komitmen padu dan pengorbanan semua pihak bagi memastikan kelancaran. Tahniah dan syabas diucapkan. Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian. 3. Karnival E-Kokurikulum Peringkat Daerah Kuala Selangor merupakan inisiatif untuk meningkatkan minat dan memberi pendedahan tentang persaingan yang sihat di kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berilmu pengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif.
4. Pelaksanaan e-Kokurikulum Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor adalah selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Oleh hal yang demikian, cetusan idea, kreativiti dan inovasi diaplikasikan bagi mengoptimumkan potensi guru sekali gus membangunkan kemenjadian murid. Kemahiran murid yang pelbagai juga menjadi aset kepada mereka apabila menamatkan pembelajaran di sekolah menengah nanti. Hadirin sekalian 5. Pertandingan ini merupakan wadah untuk menggalakkan MBPK menceburi aktiviti kokurikulum secara dalam talian dan mengembangkan bakat serta potensi MBPK ke peringkat kebangsaan. Selain daripada itu, ia juga menggalakkan persaingan sihat di kalangan MBPK serta memupuk minat dalam kemahiran dan kokurikulum setanding dengan murid arus perdana.
Pertandingan ini juga dapat menonjolkan bakat serta potensi murid berkeperluan khas dalam domain kemahiran, merealisasikan daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas, mengaplikasikan kemahiran dan kebolehan yang dikuasai dalam domain kemahiran, membina keyakinan diri dan sahsiah unggul melalui pematuhan syarat dan peraturan berdasarkan situasi, meningkatkan kemampuan diri untuk bersaing secara sihat dan berupaya untuk berdikari dalam menangani cabaran dan memupuk nilai-nilai murni semangat jati diri yang tinggi dalam mencapai kejayaan. Pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan secara sistematik supaya impaknya dapat dikecapi oleh semua warga sekolah.
6. Tidak dinafikan, kemenangan memanglah penting dalam setiap pertandingan tetapi yang paling utama ialah mengambil bahagian. Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan kepada yang kalah jangan cepat putus asa, tidak mengapa kerana sesungguhnya jadikan kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 7. Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang kerana melalui program ini akan menyemarakkan minat murid dalam bidang kokurikulum dan kemahiran. Ia juga dapat menyuburkan potensi murid dalam lapangan tertentu untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan supaya bakat dan potensi murid dipertingkatkan ke tahap semaksimum mungkin.
Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian. 8. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada anak-anak sekalian. Setiap murid di mata dan di hati seorang guru ialah permata bersinar yang mempunyai kebolehan tersendiri. 9. Akhir bicara, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dan kepada semua warga kerja SK Bestari Jaya, SK Dato Maharajalela dan SK Desa Aman kerana telah berjaya mengelolakan majlis ini dengan penuh tertib dan tersusun. Marilah kita samasama memanjatkan syukur dan doa mudahmudahan Allah S.W.T akan terus melimpahkan rahmat perlindungan dan peliharaan-Nya kepada kita dan negara Malaysia dengan naungan keselamatan, keamanan dan kemajuan.
10. Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam ini; Jika kita seia sekata Tiada timbul sengketa Jika sering kita berusaha Pasti semua akan berjaya 11. Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim , menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas bagi tahun 2023. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
3.00 petang :Ucapan alu-aluan pengacara majlis :Nyanyian Lagu Negaraku :Nyanyian Lagu Negeri Selangor :Bacaan doa oleh Ustaz Wan Waliuddin Bin Wan Zakaria :Ucapan Pengerusi Pengelola oleh Encik Shahidan bin Hj Said, Guru Besar SK Desa Aman. :Ucapan perasmian oleh Puan Azlina binti Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. :Slide Tayangan Pemenang Karnival e-kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Selangor :Penutupan 4.30 petang: Bersurai Tentatif Program
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Penasihat :Pn Azlina Binti Hussin Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala Selangor Pengerusi :Tuan Haji Ghazali bin Ariffin Timbalan Pegawai Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Timb. Pengerusi :Tn Hj Zulkeflee bin Ismail Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor Setiausaha :Puan Rosliza binti Roslay Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor Bendahari :Pn Nor Haida binti Ismail PK Pendidikan Khas SK Jeram Batu 20 AJK :Guru Besar-Guru Besar PPKI Rendah : Pengetua-Pengetua PPKI Menengah : Penolong Kanan/Penyelaras : Pendidikan Khas Menengah/Rendah Jawatankuasa Program
JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat :Pn Azlina Binti Hussin Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor Pengerusi 1 :Encik Amir Hamzah Bin Ali Guru Besar SK Bestari Jaya Pengerusi 2 :Encik Mohd Rozaini Bin Surif Guru Besar SK Dato’ Maharaja Lela Pengerusi 3 :En Shahidan Bin Hj Said Guru Besar SK Desa Aman Setiausaha :Cik Norfazliana Binti Sanip PKPK SK Bestari Jaya Naib Setiausaha 1 :Cik Roshida Binti Mohamed Aris PKPK SK Dato’ Maharaja Lela Naib Setiausaha 2 :En Mohd Shahnaz Bin Saidu Penyelaras SK Desa Aman Bendahari :Puan Nor Haida binti Ismail PKPK SK Jeram Batu 20 Pegawai Teknik: En Mohd Azrul Bin Rustam
J. Urusetia Program :SK Bestari Jaya :SK Dato Maharajalela :SK Desa Aman J. Teks ucapan Perasmi :SK Sg Terap J. Pengacara Majlis :SMK Puncak Alam 3 :SK Sg Sireh J. Jurubahasa Isyarat :SMK Bukit Kuching Tengah J. Dokumentasi dan Fotografi :SK Sultan Abd Aziz :SK Puncak Alam 3 J. Buku Program dan Backdrop :SK Seri Pristana :SK Saujana Utama J. Pendaftaran :SK Dato Maharajalela J. Teknikal :SK Desa Aman :SMK Seri Desa :SMK Raja Muda Musa J. Montaj/Slide Pemenang :SK Desa Aman :SMK Puncak Alam :SMK Saujana Utama
J. Hadiah/Cenderamara :SK Bandar Baru :SK Dato Manan (INTEG) :SK Batu 9 Jalan Bomba J. Persiapan Tempat Perjurian :SK Bestari Jaya :SK Desa Aman :SK Dato Maharajalela J. Sijil :SK Jeram Batu 20 :SMK Pengkalan Permatang :SK Puncak Alam
1. Tarian Rampaian : BP dan KUD (SR) • Pn Norhayati binti G.das • Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan Daerah Kuala Selangor • Jurulatih Seni Budaya Negara (TARI) • En Muhammad Azhan Zaffuan bin Ramli(SK PUNCAK ALAM 2) Tarian Rampaian : BP dan KUD SM • Pn Zuredah binti Ali(SK SAUJANA UTAMA) • Pn Che Nurul Syafika binti Che Roslan (STDC) 2. Nyanyian Solo : BP dan KUL (SR & SM) • En Sarip bin Mat Din(SK PARIT MAHANG) • En Azizan bin Arshad(SK SG SIREH) • En Sokhipol Akmam bin Sentat(SK BANDAR BARU) 3. Kawad Kaki : BP TERBUKA SM/SR/ GABUNGAN SR DAN SM • En Nazamuddin bin Hj Abd Majid (SK ASSAM JAWA) • En Mohd Khairee bin Solihin (SK PUNCAK ALAM 3) • En Abdul Rais bin Othman (SK BUKIT BADONG) • En Nik Amzaiful Bin Nik Jait (SK BANDAR BARU) • En Hanif Bin Sayuti(SK JERAM BATU 20) Senarai Hakim Pertandingan
4. Gubahan Sireh Junjung : BP SR & KUD SR • Pn Zawiah binti Abdullah • Pn Hasmaniza binti Ismail • Pn Solihah binti Yaakob 5. Rekacipta Bahan Terbuang – Gubahan Bunga Telur : BP SMKUD SM • (Selangor Technical Skill Development Centre –STDC) 6. Peragaan Pakaian : Sindrom Down SR • Pn Norsam binti Mohamed Sharie(SMK BUKIT KUCHING TGH) • En Hamsan Bin Jamion(SMK Seri Desa) Peragaan Pakaian : Sindrom Down SM • Pn Norhidawati binti Misri(SK BATU 9 JLN BOMBA • Pn Norazlina binti Abu Bakar(SK DATO MANAN INTEG)
Penghargaan Sekalung Penghargaan diucapkan kepada: Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya, Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela dan Sekolah Kebangsaan Desa Aman sebagai pengelola bersama serta Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2023