SK AYER MOLEK
KM 10, AYER MOLEK 75460 MELAKA
KELAB PENGGUNA
DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PERJUMPAAN KALI KE-4
7 SEPTEMBER 2021 (SELASA)
1.45 - 3.45 PETANG
TATACARA PINJAMAN DAN
PULANGAN BUKU
TATACARA PINJAMAN dan PEMULANGANBUKU
• Setiap murid hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja
dalam satu masa untuk tempoh lima hari persekolahan.
• Murid tidak dibenarkan meminjam buku bagi pihak murid lain.
• Semua peminjam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan buku yang dipinjam. (hilang, koyak, diconteng,
dicuri)
• Sekiranya buku yang ingin dipinjam didapati rosak, terkoyak atau
helaian tidak cukup, perlu segera maklumkan kepada pengawas
PSS atau Guru PSS.
• Buku rujukan, majalah, jurnal tidak boleh dipinjam keluar dari
perpustakaan.
• Buku berbintik merah (red spot book) boleh dipinjam tetapi
hanya boleh dirujuk di perpusatakaan, tidak boleh dibawa
keluar.
• Peminjaman buku bintik merah (red spot book) hendaklah
direkod dalam “Buku Rekod Pinjaman Terhad”
❖ Urusan pinjaman dan pemulangan buku hanya boleh
dilakukan pada waktu rehat iaitu Tahap 1 (10.10-10.40) dan
Tahap 2 (10.40-11.10)
❖ Semua murid mesti ada kad pinjaman untuk buat pinjaman
buku.
❖ Setiap buku yang dipinjam perlu dipulangkan dalam masa 7
hari.
❖ Tanggungjawab Pengawas PSS: Laporkan kepada guru PSS
jika ada peminjam yang tidak menghantar lebih dari 7 hari.
❖ Denda akan dikenakan kepada peminjam yang melanggar
peraturan.
❖ Pastikan setiap buku yang hendak dipinjam mengandungi
slip pinjaman (warna putih).
slip pinjaman
slip pulang di
bahagian belakang
buku
Proses Pinjaman
• Langkah 1: Ambil kad pinjaman daripada peminjam buku
dan juga buku yang ingin dipinjam.
• Langkah 2 : Keluarkan slip pinjaman dan catatkan nama
peminjam serta tarikh pada slip pinjaman yang ada di dalam
buku.
• Langkah 3: Setelah mencatat nama peminjam, kad tersebut
perlu diletakkan di dalam kad peminjam (berwarna pink), dan
diletakkan di dalam laci pinjaman.
Proses Pemulangan
• Langkah 1: Ambil buku yang dipulangkan oleh murid
(peminjam) dan cari kad peminjam di dalam laci.
• Langkah 2 : Keluarkan slip pinjaman (berwarna putih) dan
masukkan semula ke dalam poket buku yang telah
diserahkan tadi.
• Langkah 3: Pulangkan semula kad peminjam (warna pink)
kepada peminjam
• Langkah 4: Laporkan kepada guru PSS sekiranya buku
didapati rosak.
INFO UNTUK MURID SK AYER MOLEK
1. Kad pinjaman boleh dibeli dengan harga RM1.00 .
2. Proses pembelian kad hanya ketika waktu rehat sahaja di
perpustakaan.
3. 1 kad boleh pinjam 2 buah buku untuk murid biasa, manakala 3
buah buku untuk Pustakawan.
4. Tempoh pinjam buku ialah 1 minggu.
5. Denda lewat pulang buku – 20 sen sehari.
6. Perpustakaan dibuka setiap hari seawal 7 pagi.
Sekian, Terima Kasih