GURU PERAK
NUTP CAWANGAN PERAK
KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI NUTP CAWANGAN PERAK
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera.
Kita bersua lagi dalam terbitan pertama Guru Perak majalah rasmi
NUTP cawangan Perak bagi keluaran Januari 2021. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua ahli NUTP atas komitmen
menjalankan tanggungjawab mendidik dalam normal baharu yang begitu mencabar sepanjang
tahun 2020.
COVID-19 bukan sahaja menguji guru-guru, malahan anak didik dan para ibu bapa juga terkesan
dengan pandemik ini. Guru-guru bersusah payah menyediakan bahan Pdpr untuk disampaikan
kepada murid- murid. Sayangnya sebahagian murid kita tidak dapat menerima atau menggunakan
bahan yang disediakan guru atas kekangan capaian internet dan kemudahan ICT yang terhad di
rumah. Kita tidak tahu bilakah pandemik ini akan berakhir, apa yang penting kita hendaklah
sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Sebagai sebuah kesatuan sekerja, NUTP dilindungi oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959 dimana
pegawai kesatuan yang mewakili pekerja boleh mengadakan rundingan bersama majikan bagi
mendapatkan jalan penyelesaian pertikaian pekerja dengan majikan. Rundingan inilah yang
menjadi asas utama NUTP dalam membantu ahli mendapatkan pembelaan yang sewajarnya
sekiranya terdapat isu berkaitan perkhidmatan.
Sikap terbuka Dr. Pengarah Pendidikan Negeri Perak dan semua Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah amat membantu dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.
Selain daripada membantu penyelesaian isu perkhidmatan, sebagai ahli NUTP saudara saudari
perlu menggunakan segala kemudahan yang disediakan kesatuan khasnya tabung kebajikan.
Antaranya, saguhati persaraan, penyakit kritikal, saguhati guru menyambung pelajaran peringkat
ijazah, master dan PHD, bayaran insetif anak ahli yang memperolehi 7A ke atas dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, bantuan bencana alam, serta khairat kematian. Selain itu,
kemudahan insuran individu dan kelompok dengan premium yang rendah berbanding pasaran.
Kesemua kemudahan ini disediakan bagi manjaga kebajikan ahli-ahli NUTP.
Akhir kata, terima kasih atas sokongan dan komitmen tinggi setiap ahli dalam memastikan NUTP
menjadi kesatuan sekerja yang terbaik. Saya memohon ahli-ahli mengajak rakan-rakan guru
menyertai NUTP kerana kekuatan kita bergantung kepada bilangan ahli “seberkas lidi sukar
dipatahkan berbanding sebatang lidi”, bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Terima Kasih.
Sayuti Bin Ibrahim
Pengerusi
NUTP Cawangan Perak
BIL. 1/2021 UNTUK AHLI NUTP SAHAJA JAN 2021
KATA-KATA ALUAN
SETIAUSAHA NUTP
CAWANGAN PERAK
Salam NUTP, Salam sejahtera dan salam perjuangan
kepada semua ahli NUTP Perak. NUTP pejuang guru
dulu, kini dan selamanya.
NUTP Perak telah pun selesai Pemilihan
Pegawai-pegawai Cawangan bagi sesi 2020-2023.
Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan
NUTP Perak yang baharu dan selamat menjalankan
tugas. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan
ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada
Barisan Kepimpinan NUTP Perak bagi sesi
2017-2020 atas segala perkhidmatan, sumbangan
dan komitmen yang cemerlang dalam
memperjuangkan profesion perguruan khususnya di
Perak dan amnya di Malaysia.
Saudara dan saudari sekalian,
Tahun 2020 begitu mencabar dengan kehadiran Pendemik Covid-19. Ia secara langsung memberi kesan
kepada sistem pendidikan negara dan banyak mengubah norma kehidupan masyarakat. Sekolah dan
institusi pendidikan terpaksa ditutup. Para guru terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan
demi untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid tersayang. Para guru seluruh negara terpaksa
bekerja dari rumah (BDR) dengan Home Based Learning (HBL). Pelbagai kerumitan dan tekanan terpaksa
dialami oleh para guru seperti masalah internet, kekurangan peranti dikalangan anak murid, atau masalah
Pdpc melalui peranti tidak dapat dilaksanakan maka terpaksa menyediakan modul dan sebagainya.
Walaupun para guru terpaksa melalui pelbagai kekangan dan kerumitan, tetapi para guru tetap bersabar
menjalankan kewajipan sebagai pendidik. Syabas dan Tahniah kami ucapkan kepada semua warga
pendidik. Mari kita sama-sama berdoa dan berharap agar Pandemik Covid-19 ini akan meninggalkan kita
untuk selama-lamanya agar kita dapat kembali kepada kehidupan normal dan meneruskan kewajipan kita
sebagai pendidik.
Akhir kalam, saya mengucapkan selamat Tahun Baharu 2021 dan selamat menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan cemerlang. NUTP Perak berharap agar semua ahli NUTP akan dapat memainkan peranan
dan sebarang aduan atau isu boleh dikemukakan ke Pejabat NUTP atau email kepada
[email protected]. Sila kemukakan nama dan nama sekolah apabila membuat sebarang aduan
atau membangkitkan sesuatu isu. Semua aduan dan maklumat pengadu adalah sulit.
Sekian, Salam Perjuangan.
Vel Mohan A/L Rangasamy
Setiausaha Kehormat
NUTP Cawangan Perak
AHLI JAWATANKUASA NUTP
CAWANGAN PERAK 2020-2023
PENGERUSI Dilantik
Dilantik
Sdr. Sayuti Bin Ibrahim Dilantik
Dilantik
NAIB PENGERUSI Dilantik
Dilantik
Sdr. Mohd Azli Bin Kamiran
SETIAUSAHA KEHORMAT
Sdr. Vel Mohan A/L Rangasamy
TIMBALAN SETIAUSAHA
Sdr. Othman@Osman Bin Mohd Shafawi
BENDAHARI
Sdr. Muthusamy A/L Paliany
PENOLONG BENDAHARI
Sdr. Anthony A/L Arulanandam
AHLI JAWATANKUASA Dipilih
Dipilih
1. Sdr. Chang Hon Yew Dipilih
2. Sdri. Daisy Rani A/P Segaran Dipilih
3. Sdr. Ahmad Muzammal Bin Zainol Dipilih
4. Sdr. Abdul Gani Bin Ibrahim Dipilih
5. Sdr. Gurunathan A/L Nadeson Dipilih
6. Sdri. Iznida Hayu Binti Che Hashim Dipilih
7. Sdri. Lee Tsuey Ping Dipilih
8. Sdr. Nor Alhafiz Bin Nasir Dipilih
9. Sdr.R. Vijayan A/L Rengiah
10. Sdr. Tan E-Ven
* Jawatan lantikan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penuh
Bil. 1 Tahun 2020-2023
AHLI JAWATANKUASA NUTP
CAWANGAN PERAK 2020-2023
Sdr. Vel Mohan A/L Rangasamy Sdr. Sayuti Bin Ibrahim Sdr. Muthusamy A/L Paliany
SETIAUSAHA KEHORMAT PENGERUSI BENDAHARI KEHORMAT
Sdr. Othman@Osman Bin Sdr. Mohd Azli Bin Kamiran Sdr. Anthony A/L Arulanandam,
Mohd Shafawi NAIB PENGERUSI
PPT, PJK
TIMBALAN SETIAUSAHA
PENOLONG BENDAHARI
Sdr. Chang Hon Yew Sdri. Daisy Rani A/P Segaran Sdr. Ahmad Muzammal Bin Zainol
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
Sdr. Abdul Gani Bin Ibrahim Sdri. Lee Tsuey Ping Sdr. Gurunathan A/L Nadeson
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
Sdr. R. Vijayan A/L Rengiah Sdr. Nor Alhafiz Bin Nasir Sdri. Iznida Hayu Binti
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA Che Hashim
Sdr. Tan E-Ven AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA
ISU CIDS
jpnperak.moe.gov.my
SURAT TENTANG PENGGUNAAN CIDS DI SEKOLAH.
JELAS MENUNJUKKAN CIDS ADALAH SALAH SATU
PILIHAN KEPADA GURU-GURU DAN TIDAK DIWAJIBKAN
PENDIRIAN NUTP PERAK BERKAITAN
PELAKSANAAN COLLABORATIVE
INSTRUSTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS)
1. NUTP Perak menyokong surat arahan dari Pengarah Pendidikan Negeri Perak dengan nombor
rujukan JPNPk.SPA.600-2/1/5 JLD.3(82) bertarikh 12 November 2019 dalam perkara 3
seperti berikut;
“3. Sehubungan dengan itu guru-guru digalakkan menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
secara online (e-RPH). Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) telah diberikan
latihan intensif tentang penggunaan e-RPH ini dan dilantik sebagai Jurulatih Utama di daerah.”
2. Guru-guru yang berkhidmat di Negeri Perak diminta untuk menjawab soal selidik CIDS dipautan
http://bit.ly/perakcids atau scan QR kod dibawah bagi memberikan maklumat kepada NUTP
Perak.
QR KOD
PERJUMPAAN NUTP PERAK BERSAMA
DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI,
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
MEMBINCANGKAN ISU CIDS
27 NOVEMBER 2020
JABATAN PENDIDIKAN PERAK, IPOH
HAD UMUR MENJADI AHLI NUTP SERTA POTONGAN BULAN
PERTAMA BAGI AHLI BAHARU NUTP
BORANG PERTUKARAN SEKOLAH AHLI Scan QR Kod
Nama :...................................................................................... Untuk Borang Pertukaran
Sekolah Ahli
No.K/P Lama :......................................................................................
No. K/P Baru :......................................................................................
No.Ahli :......................................................................................
Alamat Sekolah Lama :......................................................................................
.......................................................................................
Alamat Sekolah Baru :......................................................................................
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
KUMPULAN B
SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR,
NEGERI SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
Minggu Hari
PENGGAL 1 Cuti Awal Tahun 01.01.2021 - 19.01.2021 3 19
Cuti
PENGGAL 1 Mula - Akhir Persekolahan 20.01.2021 - 26.03.2021 10 45
Cuti Cuti Pertengahan Penggal 1 27.03.2021 - 04.04.2021 19
8 35
PENGGAL 1 Mula - Akhir Persekolahan 05.04.2021 - 28.05.2021
Cuti Cuti Pertengahan Tahun 29.05.2021 - 13.06.2021 2 16
5 25
PENGGAL 2 Mula - Akhir Persekolahan 14.06.2021 - 16.07.2021
Cuti Cuti Pertengahan Penggal 2 17.07.2021 - 25.07.2021 19
PENGGAL 2 Mula - Akhir Persekolahan 26.07.2021 - 10.09.2021 7 33
Cuti Cuti Pertengahan Penggal 2 11.09.2021 - 19.09.2021 19
12 56
PENGGAL 2 Mula - Akhir Persekolahan 20.09.2021 - 10.12.2021
Cuti Cuti Akhir Tahun 11.12.2021 - 31.12.2021 3 21
Jumlah 53 277
Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am: 194 hari | Hari Cuti Penggal : 83 hari
Hari Ganti:
Hari Ganti adalah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab
yang diluluskan oleh Pendaftar. Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B boleh diambil daripada mana-mana hari Sabtu
minggu ke 2 atau ke 4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2021 jika guru besar atau pengetua mendapati bahawa hari persekolahannya adalah kurang dari
satu ratus sembilan puluh (190) hari.
CATATAN: 30 & 31 Mei 2021 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
Perayaan Hari Kaamatan 01 & 02 Jun 2021 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
Perayaan Hari Gawai Dayak 20 Julai 2021 (Dalam Cuti Pertengahan Penggal)
Perayaan Hari Raya Qurban (Semua Negeri Kecuali Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu tambahan Cuti pada 21 Julai 2021)
25 Disember 2021 (Dalam Cuti Akhir Tahun)
Perayaan Hari Krismas
NEGERI Sekolah yang cutinya pada hari Sabtu & Ahad.
KUMPULAN B NEGERI SELAIN KUMPULAN A. Jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, maka Isnin akan Cuti.
JAMUAN PERSARAAN MANTAN
PENGERUSI NUTP PERAK
19 SEPTEMBER 2020
HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA
MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG. SDR. HJ. ABD. SALAM BIN HJ. ABD. KADIR
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2020
TEMPAT : HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA
MASA : 8.00 MALAM
MANTAN PENGERUSI NUTP PERAK
MANTAN PENOLONG SETIAUSAHA PENDIDIKAN KHAS NUTP SEMENANJUNG MALAYSIA
MANTAN EXCO NUTP SEMENANJUNG MALAYSIA
MAJLIS MAKAN MALAM DIADAKAN BAGI MENGHARGAI JASA BAKTI YANG TELAH
DICURAHKAN OLEH SDR. HJ. ABD. SALAM BIN HJ. ABD. KADIR SEPANJANG BERKHIDMAT
DENGAN NUTP DI PERINGKAT NEGERI PERAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA.
LEMBAGA PENGARANG
Penasihat Sdr. Sayuti Bin Ibrahim
Ketua Pengarang Sdr. Vel Mohan A/L Rangasamy
Pengarang Sdr. Muthusamy A/L Paliany
Ahli Jawatankuasa Sdr. Mohd Azli Bin Kamiran
Sdr. Othman @ Osman B. Mohd Shafawi
SEMINAR PENDIDIKAN
19 - 20 SEPTEMBER 2020
EVERLY HOTEL PUTRAJAYA
PUTRAJAYA- 19 & 20 Sept. 2020- NUTP Cawangan
Perak telah mengadakan satu Seminar Pendidikan
khusus untuk Pengerusi & Setiausaha Daerah
Seluruh Negeri Perak iaitu Kerian, Larut Matang &
Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah,
Kinta (Utara), Kinta(Selatan), Manjung, Batang
Padang, Hilir Perak dan Bagan Datoh.
Pada 19 Sept. 2020 ucapan aluan telah disampaikan
oleh Sdr. Sayuti Bin Ibrahim, Pengerusi NUTP
Cawangan Perak. Beliau banyak menekankan
tentang gerak kerja NUTP Cawangan Perak serta
peranan dan tanggungjawap peserta seminar.
Barisan kepimpinan NUTP Cawangan Perak juga
diperkenalkan. Dalam slot pertama semua peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman bersama
Sdr. Aminuddin Bin Awang, Presiden NUTP Malaysia. Presiden telah menerangkan tentang kepentingan
berkesatuan dan juga berkongsikan tentang isu-isu semasa di peringkat kebangsaan.
Dalam slot yang kedua pelbagai maklumat diperolehi berkaitan dengan pasca perkhidmatan. Ini kerana
slot tersebut NUTP Cawangan Perak menjemput khas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pasca
Perkhidmatan iaitu En. Mohd Adib Bin Abdul Aziz. Sesi soal jawab
dua hala telah dijalankan supaya peserta mendapat input yang tepat
dan memuaskan hati para peserta seminar. Sebelah malamnya
telah diadakan Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung Sdr. Hj. Abdul
Salam Bin Hj. Abdul Kadir, Mantan Pengerusi NUTP Cawangan
Perak & Mantan Penolong Setiausaha Pendidikan Khas NUTP
Semenanjung Malaysia.
Pada 20 Sept. 2020 para peserta seminar berpeluang mendapatkan
penjelasan dan taklimat daripada Koperasi Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan Berhad dalam slot yang ketiga. Taklimat
telah disampaikan oleh Datuk Abu Bakkar Bin Shawkat Ali,
Pengerusi KPPK Berhad. Slot keempat pula para peserta seminar
telah mendapat maklumat berkaitan isu-isu semasa di Negeri Perak
yang mana telah disampaikan oleh Sdr. Vel Mohan A/L Rangasamy,
Setiausaha Kehormat NUTP Cawangan Perak. Tepat jam 12.00
tengahari seminar telah berakhir dan besar harapan penganjur agar
ia akan memberi impak dalam memperkasakan Jawatankuasa
Daerah dalam membantu gerak kerja NUTP Cawangan Perak.
MESYUARAT AGUNG TRI TAHUNAN KE 22
17 OKTOBER 2020
FELDA RESIDENCE TROLAK, SUNGKAI
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan NUTP PERAK
Perak telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung
Tritahunan kali ke-22 pada 17 Oktober 2020. Mesyuarat
tersebut telah diadakan di Felda Residence Trolak dengan
perasmian disempurnakan oleh Sdr. Aminuddin Bin Awang,
Presiden NUTP Malaysia.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sdr. Sayuti Bin
Ibrahim selaku Pengerusi NUTP Cawangan Perak. Seramai
110 orang ahli telah hadir. Sdr. Abd.Salam B.Hj. Abd. Kadir
(Mantan Pengerusi) dan Sdr. Raveendra Kumar A/L Mallan
(Mantan Setiausaha NUTP Perak) turut hadir bagi
menjayakan mesyuarat ini.
Ahli yang turut hadir membangkitkan beberapa isu untuk
diambil maklum oleh pihak jawatankuasa seperti CIDS,
kebajikan ahli dan sebagainya. Mesyuarat berakhir pada jam
1.06 minit tengah hari, manakala proses pengiraan undi
pemilihan Jawatankuasa NUTP Perak sesi 2020-2023 terus
berjalan di bilik berasingan sehingga selesai.
PENDAFTARAN APLIKASI MyNUTP
BAGI AHLI AKTIF
QR KOD QR KOD
MYNUTP IOS MYNUTP ANDROID