UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN
43300 Seri Kembangan, Selangor DarulEhsan
Tel:03-89486358 Fax: 03-89482117
PERTANDINGAN
VIDEO
EKSPLORASI
KERJAYA
sempena Minggu Kerjaya
LINK UNTUK PENDAFTARAN:
https://bit.ly/3gKVB1h
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 25/6/2021
TARIKH TUTUP HANTAR VIDEO : 21/7/2021
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
Cg Lee Ming Ling 0163160699
Cg Rohani Abu Lazim 0122574631
A. MAKLUMAT
PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua murid sekolah.
2. Murid-murid perlu mendaftar untuk pertandingan ini. Tarikh
tutup pendaftaran ialah pada 25/6/2021.
3. Pertandingan bermula dari 21/6/2021-21/7/2021.
4. Tema untuk video pendek ini ialah ‘Eksplorasi kerjaya’. Murid
perlu pilih sejenis kerjaya yang diminati. Contoh, guru.
5. Murid perlu masukkan bahan-bahan, maklumat atau temu duga
kerjaya ini termasuk bidang tugas kerjaya, kelayakan kerjaya,
kebajikan kerjaya, prospek kerjaya, dan kolej/universiti yang
menawarkan kursus tersebut.
B. TERMA DAN
SYARAT PERTANDINGAN
1. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan sahaja.
2. Penyertaan adalah berbentuk kumpulan yang tidak melebihi 2 orang, seorang menjadi ketua kumpulan dan
seorang lagi menjadi ahli kumpulan.
3. Peserta perlu mengisi borang penyertaan dan upload video dalam bentuk Google Form.
4. Kos penghasilan video adalah ditanggung sendiri.
5. Panjang video adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit (penghargaan).
6. Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
7. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format
yang dibenarkan adalah MP4.
8. Resolusi maksima video yang dihantar adalah video 720p.
9. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-
nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
10. Video yang dihasilkan adalah ciptaan sendiri.
11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana–mana pertandingan video.
12. Semua penyertaan tidak boleh dikongsikan/dimuat naik kepada orang luar.
13. Kapsyen untuk video tersebut mestilah dalam format
UBK SMK SK_MINGGU KERJAYA_PERTANDINGAN VIDEO EKSPLORASI KERJAYA_JENIS KERJAYA