151 (2) menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK (3) bekerjasama dengan guru arus perdana/ GPKI untuk menjaga kebajikan MBK (4) merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus perdana/ GPKI untuk MBK (5) merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus perdana/ GPKI untuk program kesedaran berkaitan pendidikan inklusif. e) YDP PIBG (1) meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang berkepentingan dengan sekolah dalam pelaksanaan PPI (2) menyebar luas maklumat berkaitan PPI kepada masyarakat setempat (3) meningkatkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam PPI (4) membantu pihak sekolah merancang aktiviti PPI yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan secara aktif dan berkesan (5) melaksanakan Sukarelawan dalam Kelas (SdK) khususnya untuk membantu MBK di PPI.
152 FUNGSI JAWATANKUASA PPKI SEKOLAH Ia adalah sebuah Jawatankuasa yang sangat penting dalam bidang pengurusan Pendidikan Khas di sekolah. Ia berperanan : ❖ Menyelaras segala dasar kurikulum dan kokurikulum. ❖ Menyediakan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah. ❖ Menetapkan kursus / pementoran dan NBOS sekolah dengan agensi dalam kerjasama pintar kumpulan pelbagai disiplin. ❖ Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan harian yang memberikan penekanan terhadap kemenjadian MBK. ❖ Merancang program pemantauan pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti yang menjurus kepada kehidupan bermakna MBK. ❖ Menyediakan laporan pemantauan, aktiviti dan kerjasama pintar serta mengambil tindakan susulan yang diperlukan. ❖ Menetapkan objektif pencapaian dalam e-RPI. ❖ Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif bagi semua MBK. ❖ Menetapkan sistem pengurusan penilaian dan pentaksiran sekolah. ❖ Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan program-program ko-akademik. ❖ Memastikan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas terbaik. ❖ Memastikan fungsi majlis permuafakatan ibu bapa dan sekolah dilaksanakan dengan baik.
153 JAWATANKUASA PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK AMPANG PECAH Pengetua : En. Azhar Bin Hassan Penolong Kanan Pendidikan Khas : Pn Sarogeni Krishnasamy Penolong Kanan Pentadbiran : Pn Norazma Binti Mat Zin Penolong Kanan (HEM) : Pn Nor Azizah Binti Ahmad Penolong Kanan (KOKU) : En Ahmad Shubki Bin Mohamad Zaini Setiausaha PPKI : Pn Asmahani Binti Jaafar Setiausaha mesyuarat : Guru Z AhliJawatankuasa Guru Pendidikan Khas 1. En Salihudin Bin Lot 2. Pn Hanisah Binti Chik 3. Pn Rosmawati Binti Md Nor 4. Pn Nazirah Binti Zaini 5. Pn Haryati Binti Juwaini 6. Pn Zarina Binti Mohamed Pembantu Pengurusan Murid 1. Cik Afifah Syafirah Binti Mazlan 2. Pn Noor Azniza Binti Ramly 3. Pn. Nik Nurulakemal Binti Ab.Ghani
154 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA 1. Menubuhkan jawatankuasa Proram Pendidikan Khas Integrasi dan memastikan berfungsi sepenuhnya di peringkat sekolah. 2. Memastikan semua guru Pendidikan Khas melaksanakan PPKI dengan berkesan. 3. Menjadikan PPKI sebagai sasaran kerja tahunan (SKT) pengetua. 4. Memberi penekanan agar guru pendidikan khas melaksanakan PdP di kelas masing-masing. 5. Menjalankan pemantauan dan pencerapan PdP guru penolong kanan Pendidikan Khas dan guru pendidikan khas. 6. Memastikan aspek fizikal bilik darjah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk proses PdP. 7. Membentuk kerjasama yang erat antara ibu bapa MBK dengan sekolah. 8. Menyediakan laporan berkala pencapaian PPKI kepada JPN/PPD. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS 1. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 1.1 Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa PPKI sekolah. 1.2 Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Kewangan Peringkat Sekolah. 1.3 Menyediakan buku pengurusan dan takwim tahunan PPKI bersama-sama dengan guru Pendidikan Khas. 1.4 Merancang dan menyelia perjalanan aktiviti kelas PPKI sepanjang tahun 1.5 Mengadakan taklimat mingguan / bulanan bersama-sama guru pendidikan khas 1.6 Memberi taklimat pengoperasian PPKI terkini kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kalas PPKI. 1.7 Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat guru penolong kanan pendidikan khas / penyelaras bersama-sama dengan Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta/JPN kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. 1.8 Menubuhkan jawatankuasa Inklusif untuk menjayakan Program Inklusif. 1.9 Memastikan fai-fail pengurusan PPKI sentiasa dikemaskini.
155 1.10 Menguruskan perjumpaan guru-guru Pendidikan Khas dengan ibu bapa MBK sekurang-kurangnya setahun melalui penubuhan Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa PPKI. 1.11 Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI. 1.12 Memastikan semua guru, ppm dan murid PPKI berada di perhimpunan mingguan / rasmi (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid PPKI. 1.13 Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah berkenaan. 1.14 Takwin dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) hendaklah disediakan pada awal tahun. 1.15 Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas JPN dan agensi berkaitan. 1.16 Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan dihantar ke PPD dan Unit Pendidikan Khas JPN. 1.17 Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti EMK, APDM/EMIS/SPS, Tingkatan 1 dan 4, SMPKV, SMM, PBS PPKI, LINUS PPKI dan lain-lain. 1.18 Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM 1.19 Mencalonkan nama guru-guru Pendidikan Khas yang belum mengikuti kursus pendedahan PPKI kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus. 2. PENGURUSAN KEWANGAN 2.1 Membuat ABM bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas. 2.2 Bertanggungjawab menguruskan kewangan PPKI. 2.3 Memastikan semua guru Pendidikan menerima elaun insentif kanak-kanak cacat (BIMKC) 2.4 Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa) 2.5 Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklumkan serta memastikan tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segara. 2.6 Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur sedia ada. 2.7 Memastikan guru kelas PPKI mendapat satu surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan dan menerima buku resit daripada pengetua/guru besar sebelum membuat kutipan.
156 3. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Memastikan pencerapan PdP guru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke semasa ( 2 kali setahun) 3.2 Memastikan pengurusan Jadual Waktu Guru Pendidikan Khas disahkan oleh pengetua/Guru Besar. 3.3 Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah 3.4 Memastikan guru pendidikan khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan PdP serta aktiviti berkaitan PPKI. 3.5 Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Pendidikan Khas untuk menyediakan jadual waktu sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula. 3.6 Memastikan guru Pendidikan Khas mengajar sepenuhnya di PPKI 3.7 Melaksanakan pencerapan PdP kepada semua guru Pendidikan Khas. 3.8 Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan penglibatan semua murid PPKI 3.9 Memastikan buku persediaan mengajar dan RPI disediakan dan dikemas kini oleh guru Pendidikan Khas. 4. PENGURUSAN KELAS 4.1 Menyediakan satu peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga. 4.2 Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan konduktif untuk PdP. 4.3 Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan diselenggara dengan baik. 4.4 Mencadangkan pembelian keperluan di PPKI kepada pengetua / guru besar untuk membuat permohonan peralatan / aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas JPN melalui PPD masing-masing berdasarkan keperluan semasa. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU 1. TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN KHAS 1.1 Menyediakan fail peribadi murid yang didalamnya terdapat:- - Laporan Doktor Pakar
157 - Laporan Perbincangan / temubual dengan ibu bapa atau penjaga. - Soal-selidik tingkah laku - Butir-Butir Peribadi - Borang-borang penilaian / ujian diagnostic - Buku / Kad Laporan Kesihatan - Buku Laporan pencapaian / prestasi - Menyediakan laporan disiplin murid. 1.2 Menyediakan fail Rancangan Pendidikan Individu 1.3 Menyediakan fail ujian pencapaian 1.4 Menyediakan buku-buku aktiviti/lembaran kerja harian 1.5 Sifat guru mestilah sabar, penyayang, toleransi, berdedikasi dan segala sifat baik yang perlu ada pada seorang guru. 1.6 Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh pentadbir sekolah dari masa ke semasa. 1.7 Menghadiri kursus/ taklimat/bengkel yang dianjurkan oleh KPM/JPUAN/PPD. 2. TUGAS AM GURU PENDIDIKAN KHAS 2.1 Bertugas sepenuh masa mengajar dan membimbing MBK. 2.2 Melengkapkan buku persediaan mengajar setiap hari mengikut format yang ditetapkan. 2.3 Menyediakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran hari berikutnya 2.4 Menjalankan aktiviti PdP mengikut jadual waktu. 2.5 Menggunakan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku panduan, buku kerja. DSKP dan sebagainya dan senarai bahan bantu mengajar yang terkini. 2.6 Melaksanakan pentaksiran dan penilaian murid. 2.7 Bermula jam 1.00 petang hingga waktu pulang perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk menulis rancangan pengajaran untuk hari esok, membuat bengkel bahan bantu mengajar, mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai masalah dan keperluan stesen murid serta guru 2.8 Memeriksa buku rampaian dan buku aktiviti 2.9 Menulis Rancangan Pendidikan Individu bagi setiap murid dibawah tanggungjawab masing-masing 2.10 Melibatkan diri di dalam aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum 2.11 Mempunyai hubungan yang baik dengan semua kakitangan sekolah serta ibu dan bapa. 2.12 Rekod kehadiran murid dan prosedur yang sepatutnya dalam HEM.
158 3. TUGAS KHAS DI DALAM KELAS / STESEN 3.1 Mengajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan 3.2 Memberikan perhatian / tumpuan terhadap semua murid dan tidak bersikap “memilih kasih” 3.3 Mengambil berat kesihatan murid, menyemak kerja-kerja / latihan yang diberikan kepada murid dengan teliti 3.4 Mengajar dengan penuh tanggungjawab dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ 3.5 Teguran yang sesuai mestilah diberikan kepada murid sekiranya mereka melakukan kesalahan. 3.6 Kelas / stesen mestilah kemas, teratur dan ceria TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID 1. MENJAGA HAL EHWAL MURID 1.1 Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. 1.2 Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas. 1.3 Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah. 1.4 Bertanggungjawab menunggu murid pulang lewat dan memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dengan keadaan selamat. 1.5 Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu 1.6 Mengawasi murid semasa perubahan pengajaran dan pembelajaran sewaktu guru menghadiri taklimat. 1.7 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa / penjaga semasa urusan ke hospital. 1.8 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid. 1.9 Bersama murid semasa perhimpunan rasmi sekolah. 1.10 Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur kata dan kekemasan diri. 1.11 Membantu menguruskan murid baharu. 1.12 Membantu mengawasi murid semasa rehat. 1.13 Membantu guru membuat tindakan susulan ke rumah ibu bapa / penjaga murid yang bermasalah.
159 2. PENGURUSAN BILIK DARJAH / BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS 2.1 Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas PdP. 2.2 Memastikan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bilik darjah. 2.3 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas bangunan pendidikan khas. 2.4 Membantu murid menjaga projek PPKI seperti kebun, taman dan lain-lain. 2.5 Memastikan semua kemudahan PPKI diurus. 2.6 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah / bangunan Pendidikan Khas. 2.7 Memastikan peralatan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat. 2.8 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan dari masa ke semasa. 2.9 Membantu mewujudkan kelas yang kondusif. 2.10 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan. 3. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS. 3.1 Membantu menyusun fail PPKI dengan teratur dan mudah diakses. 3.2 Membantu menguruskan surat menyurat. 3.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan. 3.4 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot dalam kelas. 3.5 Merekod pembelian bahan dan peralatan. 3.6 Menyemak peralatan yang patut dihapus kira dua kali setahun. 4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 4.1 Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi PdP. 4.2 Membantu memasang peralatan elektronik. 4.3 Membantu membuat salinan (fotostat). 4.4 Membantu murid menyediakan buku dan alat tulis sebelum PdP. 4.5 Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat pendengaran, sistem FM, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-lain. 4.6 Membantu mengurus masalah tingkah laku murid semasa PdP sekiranya perlu.
160 4.7 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti PdP sekiranya perlu. 4.8 Membantu memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor halus dan kasar. 5. PENGURUSAN / PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI) 5.1 Membantu menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat. 5.2 Membantu murid menggunakan peralatan khas untuk bergerak. 5.3 Menjaga keselamatan dan pergerakan murid semasa aktiviti PdP di dalam dan di luar bilik darjah. 5.4 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum. 5.5 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas perdana. 6. TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH. 6.1 Memastikan bilik darjah dan tandas di blok Pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat. 6.2 Memastikan peralatan dan perabot perlu disusun semula. 6.3 Memastikan tandas selamat dan boleh digunakan. 6.4 Memastikan semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak. 6.5 Mengenal pasti peralatan yang boleh digunakan / perlu diselenggarakan atau dihapus kira. 6.6 Memastikan projek PPKI seperti berkebun, taman dan lain-lain peralatan dijaga dengan baik. 6.7 Membantu kerja-kerja perkebunan seperti menyiram, membaja, menggembur, menangkas dan meracun. 6.8 Menjaga haiwan pemeliharaan. 6.9 Menghubungi penolong kanan pendidikan khas sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
161 BIL JAWATAN KUASA SENARAI TUGASAN PENGURUSAN PENTADBIRAN 1. Setiausaha Pn Asmahani Binti Jaafar ● Menyediakan takwim pengurusan Pendidikan khas bersama dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas ● Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga. ● Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. ● Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas, ● Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N. Selangor. ● Melakukan tugas-tugas Penolong Kanan Pendidikan Khas sekiranya Penolong Kanan Pend Khas tiada di sekolah.
162 2. Bendahari Pn Rosmawati Binti Md Nor ● Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain, ● Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung kelas pendidikan khas, ● Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan, ● Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas. ● Membentangkan laporan kewangan semasa mesyuarat permuafakatan berkaitan tabung PPKI. ● Membuat perincian bayaran persekolahan atau sumbangan yang perlu diberikan kepada ibu bapa dan penjaga murid. ● Menyelesaikan bayaran-bayaran yang diterima dari ibu bapa dan menyerahkannya kepada pihak-pihak yang berkaitan. 3. Setiausaha Mesyuarat Guru Z ● Mengedarkan surat panggilan mesyuarat 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.. ● Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat dua minggu selepas mesyuarat diadakan dan membuat maklum balas mesyuarat. ● Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan. ● Memastikan prosedur mesyuarat dilaksanakan mengikut SPSK
163 4. Setiausaha Kurikulum Pn Hanisah Binti Chik ● Membantu Penolong Kanan Pendidikan Khas dalam bidang kurikulum. ● Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. ● Membantu menyelaras kelas kecemerlangan serta kegiatan pemulihan/pengukuhan/ pengayaan ● Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik. ● Menyelaras dan memantau pelaksanaan program yang dirancang panitia. ● Membantu merancang pengagihan jadual waktu kelas dan guru. ● Membantu di dalam penyelarasan pencerapan. ● Memastikan RPT dan Sukatan Pelajaran untuk setiap Panatia disediakan dan difailkan. ● Memastikan LADAP kurikulum diadakan untuk meningkatkan kualiti guru dalam bidang PdP. ● Mendapatkan maklumat sukatan pelajaran yang terkini yang derlu digunakan oleh guru-guru PPKI ● Memastikan satu kajian tindakan dijalankan bagi meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang yang berkaitan.
164 5. Setiausaha Hal Ehwal Murid Pn Zarina Binti Mohamed ● Membawa semua murid pendidikan khas ke perhimpunan pagi, ● Memastikan bilangan murid pendidikan khas adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng), ● Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya, ● Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru (Buku Besar) ● Membuat analisis kehadiran murid ppki dan menyerahkannya kepada guru aliran perdana yang bertanggungjawab. ● Memastikan pengurusan disiplin diuruskan dengan baik dan laporan disiplin murid disediakan. ● Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaan, ● Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pend Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Vokasional, ● Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awam, ● Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan, ● Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.
165 6. Setiausaha Kokurikulum Guru Z ● Memastikan rancangan tahunan untuk aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform disediakan oleh ketua unit yang berkenaan, ● Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah), ● Memastikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas, ● Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti induk kokurikulum yang dirancang, ● Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum, ● Memastikan laporan aktiviti kokurikulum dalam buku BLAK disediakan oleh guru yang bertugas. ● Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.
166 PENGURUSAN KURIKULUM 7. Program Pendidikan Inklusif Pn Haryati Binti Juwaini ● Menjalankan ujian kesedian murid (SSKI) yang akan diinklusifkan. ● Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Inklusif di jalankan dua tahun sekali ● Menganjurkan Minggu Kesedaran Inklusif kepada warga sekolah ● Memastikan Jadual Kelas inklusif dipatuhi ● Memastikan pemilihan murid inklusif dijalankan seperti keputusan mesyuarat. ● Merekodkan senarai murid inklusif di dalam APDM ● Memastikan pengurusan fail Inklusif di tahap terbaik. ● Memastikan data murid inklusif dalam data APDM adalah tepat. ● Menyediakan jadual bertugas guru untuk menjadi guru resos murid inklusif semasa aktiviti atau program berlangsung. ● Memastikan prosedur pelaksanaan inklusif dipatuhi. 8. Pengurusan Rancangan Pendidikan Individu (e-RPI) Pn Haryati Binti Juwaini ● Memastikan mesyuarat Jawatankuasa eRPI bersidang sebanyak 2 kali setahun ● Memastikan persetujuan ibu bapa dicapai dalam setiap perbincangan/ telesidang/ telefon ● Memastikan sekurang-kurangnya 2 objektif dicatatkan dalam eRPI ● Memastikan Objektif RPI dipamerkan di dalam semua kelas. ● Memastikan semua guru mencatatkan objektif setiap murid di dalam buku rekod pengajaran.
167 ● Memastikan keberhasilan daripada RPI dicatatkan. ● Memastikan laporan RPI disediakan dan ditandatangani dua kali setahun. ● Membuat inhouse training kepada ibu bapa untuk pengoperasian e RPI. ● Memastikan laporan RPI disediakan dan dimaklumkan dan ditandatangani oleh ibu bapa. 9. Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Pn Asmahani Binti Jaafar ● Menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Penjawat Awam). ● Menyediakan jadual kerja PASM di peringkat sekolah berpandukan takwim dan jadual kerja PASM yang disediakan oleh LP dan menyerahkan kepada PS. ● Menerima taklimat pengoperasian dan pengendalian aplikasi MyPASM daripada JPN/PPD. ● Menyediakan ruang/lokasi/tempat pentaksiran yang sesuai dan kondusif untuk pelaksanaan EBAI. ● Menerima ID Pengguna dan kata laluan pengguna dari PKPK. ● Mendaftar pusat/sekolah, pentaksir dan calon dengan pengawasan PKPK ● Menyelaras Program Bimbingan Berterusan PASM (PBB PASM). ● Melapor kepada PKP dan menguruskan kes-kes khas dan kes salah laku. ● Memuat turun EBAI. 10. ICT PPKI En. Salihudin Bin Lot ● Memastikan peralatan ICT direkodkan di dalam buku Pengurusan Stok dan Simpanan ● Menguruskan penyelenggaraan peralatan ICT dengan baik ● Memastikan penggunaan tertinggi setiap murid dalam VLE Frog dicatatkan
168 ● Memastikan murid mendapat akses kepada penggunaan NoteBook ● Memastikan setiap penggunaan sebarang peralatan ICT direkodkan. 11. Pengurusan KSSMPK Guru Z KVS – Pn Hanisah Binti Chik DKKV – Pn Nazirah Binti Zaini ● Memastikan DSKP bagi semua matapelajaran KSSMPK kefungsian Sederhana dan Rendah dicetak dan difailkan. ● Memastikan WINM dan Cocu dicetak dan difailkan mengikut format yang betul. ● Sediakan fail profil murid mengikut standard yang sesuai.(1 murid 1 fail) 12. Pengurusan Pusat Sumber/ Program Nilam Pn Rosmawati Binti Md Nor ● Membuat jadual pelaksanaan program nilam. ● Menyediakan laporan nilam setiap hujung tahun. ● Memastikan pusat sumber PPKI sentiasa dikemaskini dan mempunyai maklumat yang terkini dan tepat. 13. Pengurusan Jadual Waktu En Salihudin Bin Lot ● Menguruskan Jadual Waktu mengikut keperluan masa yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pengurusan PPKI ● Memastikan semua kelas mempunyai Jadual Waktu Seminggu sebelum kelas bermula ● Memastikan semua guru menerima jadual waktu sebelum bermula sesi persekolahan ● Membekalkan jadual kepada semua murid ● Memastikan pengiraan jumlah jam menepati nilai minimum pelaksanaan KSSMPK.
169 ● Memastikan jadual waktu disimpan di dalam fail dan menyerahkan sesalinan kepada pengetua atau PK Pentadbiran. ● Memastikan jadual waktu dipaparkan di bilik Penolong Kanan Pendidikan Khas. 14. Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran PPKI Pn Hanisah Binti Chik ● Membuat carta alir prosedur kerja dan senarai semak pengurusan peperiksaan dalaman. ● Menguruskan Jadual Peperiksaan dan Pentaksiran ● Menguruskan Soalan Peperiksaan dan Skop Pentaksiran. ● Memastikan setiap soalan disimpan dalam fail bank soalan. ● Memastikan kertas soalan disediakan, disemak dan diperbanyakkan seminggu sebelum peperiksaan dijalankan. ● Menguruskan dengan SU peperiksaan aliran perdana berkaitan peperiksaan yang melibatkan murid masalah pendengaran. ● Memastikan semua murid mengikuti Pentaksiran Pendidikan Khas dua kali setahun ● Menguruskan murid yang layak mengikuti Peperiksaan Awam ● Memastikan Rekod peperiksaan dan pentaksiran dicatat dalam Keputusan Pertengahan dan Akhir Tahun ● Memastikan pencapaian murid selaras dengan objektif yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pendidikan Individu. ● Menyediakan analisis keputusan peperiksaan yang dilaksanakan. ● Memastikan penganjuran Hari Terbuka dilaksanakan 2 kali setahun bagi
170 memberi peluang kepada penilaian dan persetujuan objektif dalam Rancangan Pendidikan Individu 15. Pengurusan PBD Pn Rosmawati Binti Md Nor ● Menyediakan takwim pengoperasian PBD. ● Menguruskankan mesyuarat PBD 2 kali setahun. ● Menyediakan minit mesyuarat. ● Menyediakan pengisian bahan-bahan fail induk dan fail kes-kes khas. ● Menyediakan senarai semak kandungan fail pentaksir. ● Perlu cetak template pengisian markah dan simpan dalam fail induk. 16. SMPKV dan Kolej Kemahiran/ Kebolehpasaran Guru Z ● Sentiasa menyemak tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke SMPKV. ● Menilai dan memilih bersama PK Pendidikan Khas murid untuk permohonan ke SMPKV atau kolej kemahiran ● Memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan persetujuan permohonan ● Menguruskan permohonan murid ke institusi yang berkaitan secara online atau manual ● Menyemak permohonan murid ke institusi yang berkaitan dari masa ke semasa ● Menguruskan maklumat yang berkaitan untuk temuduga ● Membuat semakan status permohonan. ● Membuat rayuan jika murid tidak Berjaya dalam permohonan pertama dengan persetujuan ibu bapa.
171 ● Menguruskan borang dan maklumat murid untuk ke SMPKV sekiranya Berjaya. 17. Ujian Diagnostik / Ujian Saringan Penempatan En.Salihudin Bin Lot ● Memastikan murid yang akan menduduki ujian saringan. ● Memastikan soalan ujian saringan disediakan dan mencukupi. ● Membuat jadual pelaksanaan ujian saringan. ● Memastikan ujian saringan penempatan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. ● Menyediakan laporan ujian saringan. 18. Relief En.Salihudin Bin Lot ● Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah. ● Membuat jadual guru ganti sebelum waktu pertama persekolahan. ● Membuat catatan rekod guru ganti. ● Memaklumkan kepada guru bertugas guru yang tidak hadir 19 Pengurusan PTK Pn Zarina Binti Mohamed ● Memastikan pelaksanaan kurikulum bagi keenam-enam komponen transisi disepadukan dalam aktiviti PdP. (Berpandukan Garis Panduan Program Transisi Ke Kerjaya MBPK) 20 Pengurusan LADAP Pn Nazirah Binti Zaini ● Menyediakan maklumat atau data guru Unit Pendidikan Khas berkaitan LADAP dan serahkan kepada SU LADAP sekolah. ● Sediakan senarai kehadiran dan laporan lengkap segala LADAP, PLC dan lain-lain yang berkaitan dengan PPKI serta serahkan kepada SU LADAP sekolah untuk masukkan dalam sistem SPLKPM.
172 21. Pembantu Pengurusan Murid: Pengurusan Kelas Pendidikan Khas Cik Afifah Syafirah Binti Mazlan Pn Noor Azniza Binti Ramly Pn. Nik Nurulakemal Binti Ab.Ghani ● Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran. ● Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas pendidikan khas - Lantai perlu disapu setiap hari dan dimop jika perlu - Membuang sampah - Membersihkan kipas, langsir, sofa, pinggan mangkuk dan peti sejuk secara berkala. - Memastikan cermin tingkat dan perabot tidak berhabuk ● Memastikan tandas bersih, ceria dan selamat digunakan. ● Membantu menjaga Projek Pendidikan Khas seperti masakan, kebun, kraf dll. ● Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat. ● Membantu menyediakan ruang dan mengemaskini papan kenyataan. ● Membantu menyusun atur peralatan dan perabot kelas pendidikan khas supaya kemas, teratur dan selamat. ● Membantu menceriakan dalam dan luar kelas ● Membantu memastikan kandungan, tarikh luput, bekalan mencukupi bagi peralatan dalam peti ubat dan alat pemadan api masih boleh digunakan 22. Pembantu Pengurusan Murid: Proses Pengajaran dan Pembelajaran ● Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. - Memasang peralatan elektronik - Membuat Salinan/fotokopi
173 Cik Afifah Syafirah Binti Mazlan Pn Noor Azniza Binti Ramly Pn. Nik Nurulakemal Binti Ab.Ghani - Menyediakan buku dan alat tulis - Menguruskan murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti pemeriksaan alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin braille dll. ● Membimbing tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran. ● Membantu menguruskan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran ● Membantu murid inklusif di kelas perdana. ● Membantu menyediakan ABM yang diperlukan oleh guru. ● Membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ● Menguruskan murid dalam aspek kebersihan, tingkah laku dan kekemasan murid. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 23. Pengurusan APDM Pendidikan Khas Pn Zarina Binti Mohamed ● Memastikan rekod kedatangan murid direkodkan dalam APDM setiap hari. ● Memastikan penulisan Buku Rekod Kedatangan Murid dikemaskini setiap hari persekolahan dan menutup kedatangan pada akhir bulan. ● Memastikan APDM sentiasa terkini. ● Membuat analisis kehadiran murid PPKI setiap bulan dan dihantar kepada guru APDM aliran perdana setiap hujung bulan. ● Menyemak buku Rekod Kehadiran murid dan mematikan semua maklumat murid ditulis dalam buku tersebut dengan tepat.
174 24. Pengurusan Elaun Murid Khas / Data Pn Asmahani Binti Jaafar ● Menguruskan permohonan dan penerimaan elaun semua murid yang menerima EMK. ● Membuat pengemaskinian akaun bank setiap murid ● Memastikan Sifar Keciciran semasa membuat permohonan. ● Membuat semakan maklumat EMK di APDM sentiasa betul dan tepat serta terkini terutama murid MBK perdana. ● Membuat penyemakan bersama PK Pendidikan Khas dan pegawai meja EMK di PPD dan JPN ● Membuat permohonan baru bagi murid yang baru mendaftar atau mendapat kad OKU. ● Membuat semakan/ kemaskini buku bank murid untuk semakan kemasukan EMK ke dalam akaun murid. ● Membuat laporan EMK kepada pihak-pihak yang berkaitan. 25. Pengurusan Buku Rekod Kedatangan Murid Pn Zarina Binti Mohamed ● Memastikan semua murid direkodkan mengikut kelas yang telah diputuskan. ● Memastikan kehadiran lengkap ditanda sebelum jam 9.00 pagi ● Memastikan murid mencapai sasaran 75% kehadiran ● Memastikan surat amaran dikeluarkan bagi murid yang tidak hadir mengikut peraturan yang telah ditetapkan. ● Memastikan prosedur rekod kehadiran murid diperolehi dengan tepat. ● Membuat analisis kehadiran murid pada setiap bulan.
175 26. Pengurusan Disiplin dan Salahlaku En Salihudin Binti Lot ● Memastikan MBK mengikut garis panduan disiplin sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM ● Memastikan tindakan diambil bagi mengawal disiplin murid ● Mengambil inisiatif untuk mengurangkan permasalahan disiplin murid berkaitan dengan ketidakupayaan MBK. ● Bekerjasama dengan Unit Disiplin sekolah bagi menangani budaya salah laku yang tidak diingini. ● Menjalinkan hubungan kolaboratif bersama semua guru, ibu bapa dan staf sekolah dalam menangani permasalahan tingkah laku MBK. ● Menyemak buku disiplin PPKI dan membuat laporan dan SSDM sekiranya perlu. 27. Pengurusan Stok dan Inventori Guru Z ● Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Stok dua kali setahun ● Menguruskan pengurusan simpanan dan rekod simpanan ● Mengira jumlah simpanan dan mencatatkan dalam buku penggunaan. ● Membuat penyelenggaraan dan pelupusan aset. ● Memastikan Rekod Penggunaan Peralatan dibuat setiap kali penggunaan peralatan di stor. ● Memastikan Rekod Penyelenggaraan Peralatan dibuat mengikut keperluan ● Memastikan kekemasan stor simpanan ● Memastikan peralatan yang digunakan selamat sebelum penggunaan oleh murid. ● Menguruskan rekod stok dan inventori barang adalah sentiasa dikemas kini.
176 28. SPBT Pn Nazirah Binti Zaini ● Memohon buku teks mengikut anggaran semasa. ● Menyediakan rekod peminjaman buku teks. ● Menguruskan peminjaman buku teks dengan guru buku teks aliaran perdana untuk murid masalah pendengaran. ● Memastikan buku teks diuruskan dengan baik. ● Membuat inventori buku yang diperolehi dari sama ke semasa. 29. Pengurusan 3K Pn Haryati Binti Juwaini ● Memastikan kelas PPKI sentiasa ceria. ● Memastikan peraturan kelas ditampal di setiap kelas. ● Memastikan kelas-kelas di PPKI diuruskan dengan baik dan ceria. ● Memastikan kecerian Keseluruhan PPKI adalah baik termasuk carta dan papan maklumat di sekitar PPKI. ● Membuat labeling kelas PPKI. 30. Pengawas PPKI Pn Asmahani Binti Jaafar ● Membantu Penolong Kanan Pend Khas memilih murid yang akan menjadi pengawas PPKI. ● Membuat laporan pengawas setiap hari. ● Memastikan pengawas PPKI menjalankan tugas yang ditetapkan. ● Membuat jadual bertugas setiap pengawas PPKI. ● Menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pengawas PPKI. 31. Keselamatan Pn Haryati Binti Juwaini ● Memastikan keselamatan murid PPKI sepanjang masa adalah terkawal. ● Memastikan ibu bapa atau menjaga menghantar dan mengambil murid dalam masa yang telah ditetapkan.
177 ● Memaklumkan kepada Penolong Kanan jika terdapat perkara-perkara yang di luar kawalan. ● Memastikan semua ibu bapa yang memasuki kawasan sekolah mendapat kebenaran dan menampal stiker kenderaan di cermin hadapan di sebelah kiri. ● Memastikan murid pulang selamat sama ada diambil ibu bapa atau sebagainya. 32. Kesihatan Pn Zarina Binti Mohamed ● Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid. ● Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah. ● Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi lain. ● Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktvitiProgram Kesihatan Sekolah. ● Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah. ● Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien. ● Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan murid dan situasi setempat. ● Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
178 ● Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan Sekolah. ● Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala. ● Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. ● Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu. 33. Pembantu Pengurusan Murid: Hal Ehwal MBK Cik Afifah Syafirah Binti Mazlan Pn Noor Azniza Binti Ramly Pn. Nik Nurulakemal Binti Ab.Ghani ● Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas: - Menguruskan murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian. - Membantu membersihkan murid seperti memandikan jika perlu - Membersihkan kotoran yang terdapat dalam kelas seperti muntah dll ● Bertanggungjawab menghantar atau menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas ● Bertanggungjawab memastikan murid berada di kawasan sekolah dalam keadaan selamat. ● Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat. - Mengawasi murid setelah tamat waktu persekolahan - Memaklumkan kepada Penolong kanan Pendidikan Khas untuk menghubungi ibu bapa/ penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang.
179 ● Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu. - Membawa/mengiring murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta membersihkan diri dengan betul. ● Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/ urusan rasmi contohnya: - Ketika pertukaran guru atau kelas - Sebelum ketibaan guru - Semasa time-out (dendaan) ● Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu/bapa penjaga untuk urusan ke hospital - Membantu menenangkan emosi murid - Menempatkan murid ke bilik sakit - Mengetahui latar belakang kesihatan murid. ● Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan luka atau menyapukan ubat (Dengan bantuan guru) ● Bersama murid semasa perhimpunan rasmi sekolah - Membawa murid ke tempat perhimpunan - Membimbing dan mengawasi tingkah laku murid semasa perhimpunan berlangsung. ● Menjadi role model kepada murid dari segi tingkahlaku, tutur kata yang sopan dan penampilan diri. ● Membantu menguruskan murid baru - Melayan kerenah dan menenangkan emosi murid
180 - Menempatkan murid di dalam kelas - Membantu orientasi dijalankan ● Membantu mengawasi murid semasa rehat: - Memastikan murid beratur sebelum ke kantin - Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan - Membantu murid membeli makanan - Membimbing murid adab makan yang betul. - Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan - Memastikan murid beratur masuk ke kelas PENGURUSAN PROJEK KHAS / LAWATAN / KO KURIKULUM 34. Program Lawatan/Kegiatan Luar Pn Sarogeni Krishnasamy ● Memastikan Lawatan Penanda Aras dan Lawatan Pengantarabangsaan dilaksanakan pada tahun 2023. ● Memastikan kertas kerja program disiapkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum program dijalankan dan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PPKI dan dipersetujui oleh pengetua. ● Memastikan semua kegiatan luar sekolah mendapat kebenaran Permit Lawatan daripada PPD dan JPN Selangor ● Memastikan prosedur e strip dipatuhi oleh guru yang bertanggungjawab dalam aktiviti yang dicadangkan. ● Memastikan semua kegiatan lawatan dan kegiatan luar dilaporkan kepada
181 pentadbir seminggu sebelum lawatan dijalankan ● Memastikan wakil guru membuat tinjauan awal ke tempat yang hendak dikunjungi ● Memastikan aspek keselamatan diutamakan. ● Penggunaan kenderaan persendirian tidak digalakkan ● Memastikan Borang Kebenaran Ibu bapa diuruskan dua minggu awal. ● Memastikan dokumentasi program disediakan dalam tempoh dua minggu selepas program dilaksanakan. 35. Pengurusan PAJSK Guru Z ● Memastikan data PAJSK diselenggarakan dengan baik ● Memastikan semua murid mendaftar Unit Beruniform Pengakap ● Memastikan semua murid mendaftar kelab/persatuan Kemahiran Hidup ● Memastikan semua murid mendaftar permainan Sukan Stacking. ● Memastikan semua murid mendapat keputusan minima C dalam analisis akhir PAJSK 36. Pengurusan Kelab Keusahawanan Pn Nazirah Binti Zaini ● Membuat perancangan aktiviti tahunan 2023. ● Menguruskan mesyuarat agong dan agihan tugasan kepada setiap guru. ● Memastikan semua murid mengikuti Kelab / Persatuan Kemahiran Hidup ● Memastikan rekod kehadiran dicatatkan ● Menguruskan markah murid dalam rekod PAJSK. ● Memastikan laporan aktiviti kelab disediakan dan dihantar kepada
182 Penolong Kanan Pendidikan Khas pada hari khamis selepas aktiviti dijalankan. ● Melaksanakan Kolaborasi bersama Kelab Kemahiran Hidup murid aliran perdana. 37. Pengurusan Badan Beruniform Pengakap PPKI Pn Zarini Binti Mohamed ● Memastikan pengurusan pendaftaran dilakukan pada 2023 ● Memastikan penganjuran Perkhemahan PPKI dilaksanakan pada 2023 ● Memastikan Penglibatan 100% murid dicapai dalam aktiviti yang dijalankan ● Menguruskan markah murid dalam PAJSK ● Melaksanakan Kolaborasi bersama murid aliran perdana dijalankan dalam setiap aktiviti Pengakap PPKI ● Memastikan laporan setiap aktiviti disediakan. ● Menghantar murid PPKI untuk menyertai jombori pengakap. ● Menyemak laporan aktiviti disediakan oleh guru yang bertanggungjawab 38. Pengurusan Sukan Stacking Guru Z ● Membuat perancangan aktiviti tahunan 2023. ● Memastikan Penglibatan 100% murid dicapai dalam aktiviti yang dijalankan ● Menguruskan markah murid dalam PAJSK ● Melaksanakan Kolaborasi bersama murid aliran perdana dijalankan dalam setiap aktiviti Pengakap PPKI ● Memastikan laporan setiap aktiviti disediakan. 39. Pengurusan Rumah Sukan ● Memastikan penyertaan semua murid PPKI dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
183 (Rumah Biru) Pn Rosmawati Binti Mohd Nor Pn Haryati Binti Juwaini (Rumah Hijau) Pn Zarina Binti Mohamed Pn Nazirah Binti Zaini (Rumah Kuning) Guru Z Pn Asmahani Binti Jaafar (Rumah Merah) Pn Hanisah Binti Chik En Salihudin Bin Lot ● Memastikan semua murid mempunyai rumah sukan mengikut pengagihan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pengurusan PPKI ● Menguruskan penyertaan murid ke Sukan Peringkat Daerah ● Memastikan rekod penyertaan murid dicatatkan ● Menguruskan keperluan murid semasa Hari Sukan Sekolah. ● Menguruskan penyertaan murid dalam acara sukan di peringkat sekolah dan daerah. ● Memastikan dan menguruskan murid yang berpotensi untuk diinklusifkan dalam acara-acara sukan di aliran perdana sama ada peringkat sekolah, daerah atau negeri. 40. Pembantu Pengurusan Murid: Lawatan, Sukan dan lain-lain Cik Afifah Syafirah Binti Mazlan Pn Noor Azniza Binti Ramly Pn. Nik Nurulakemal Binti Ab.Ghani ● Membantu murid semasa membuat lawatan, sukan dll ● Menguruskan keperluan murid sebelum, semasa dan selepas lawatan dan sukan. ● Menguruskan mobiliti murid semasa program dijalankan.
184 PENGURUSAN TUGAS-TUGAS KHAS 41. Pengurusan Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Pn Rosmwati Binti Md Nor ● Memastikan semua ibu bapa terlibat secara aktif dalam majlis permuafakatan. ● Mengadakan mesyuarat permuafakatan diadakan empat kali setahun. ● Mengadakan program permuafakatan diadakan empat kali setahun. ● Memastikan laporan atau dokumentasi disediakan untuk setiap program yang dijalankan. ● Mengadakan pelantikan ajk baru (jika perlu). ● Menyediakan minit mesyuarat permuafakatan 2 minggu selepas mesyuarat dijalankan. ● Menguruskan mesyuarat permuafakatan dengan berhubung dengan pengerusi majlis permuafakatan peringkat sekolah. 42. Pengurusan Projek Khas Pn Sarogeni Krishnasamy (Masakan) Pn Nazirah Binti Zaini (Pertanian) Pn Haryati Binti Juwaini (Kraf) Pn Zarina Binti Mohamed (KVS) Pn Hanisah Binti Chik ● Merancang program khas yang akan dijalankan. ● Menyediakan kertas kerja untuk projek yang akan dijalankan. ● Mengadakan mesyuarat dan membentangkan kertas kerja. ● Memastikan projek dijalankan seperti yang dirancangkan. ● Membuat dokumentasi projek khas yang dijalankan sepanjang tahun.
185 PANITIA MATA PELAJARAN PPKI SMK AMPANG PECAH TAHUN 2023 BIL MATA PELAJARAN NAMA GURU 1. Bahasa Melayu Komunikasi Pn Zarina binti Mohamed 2. Bahasa Inggeris Komunikasi Pn Rosmawati binti Md Nor 3. Matematik En. Salihudin bin Lot 4. Pendidikan Seni Visual Pn Nazirah binti Zaini 5. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Guru Z 6. Pendidikan Agama Islam Pn Asmahani binti Jaafar 7. KVS- Pembuatan Roti Pn Rosmawati binti Md Nor 8. KAV- Kraf Pn Zarina binti Mohamed 9. KAV - Pertanian Pn Haryati binti Juwaini 10. KAV - Masakan Pn Nazirah binti Zaini 11. Pendidikan Moral En Salihudin bin Lot 12. Kemahiran Manipulatif Guru Z 13. Pendidikan Muzik Pn Hanisah binti Chik 14. Pengurusan Diri Pn Asmahani binti Jaafar 15. Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pn Haryati binti Juwaini
186 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Memperoleh sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar. 2. Memilih dan mencadangkan buku-buku sama ada buku ilmiah atau buku rujukan yang sesuai bagi murid-murid serta guru-guru. 3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah serta menubuhkan tabung bank soalan. 4. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan untuk mengatasi kelemahan murid dan pengajaran guru. 5. Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf dalam hal-hal profesional. 6. Menyimpan fail panitia di sekolah secara kemas kini dan tersusun. 7. Menyediakan rancangan, melaksanakan dan membuat laporan panitia.