" Bapa Pemodenan Malaysia "
Tun Dr Mahathir
bin Mohamad
Sekolah :
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN ALMA
Disediakan oleh :
PUTERI DAMIA BINTI MOHD
ALI
Biodata
Peserta
Maklumat Diri
Nama Penuh : Puteri Damia Binti Mohd Ali
Umur : 15 Tahun
Tarikh Lahir : 15 Mei 2007
Alamat : No. 32, Lorong 6, Taman Desa Titi Panjang
14000,Bukit Mertajam, Pulau Pinang
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 019-833 5541 ( WhatsApp )
Maklumat Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Alma
Alamat Sekolah : Jalan Bukit Minyak, Kampung Telok,
14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kod Sekolah : PEA0008
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua para
pembaca. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
dalam penghasilan buku skrap ini.
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran
kepada ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan buku skrap saya yang bertajuk " Tun Dr Mahathir
Bin Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia ". Disini saya juga
ingin merakamkan sekalung penghargaan
kepada guru-guru dan pihak sekolah kerana telah
memberikan saya peluang untuk menyertai pertandingan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan
dorongan serta idea sepanjang saya menyiapkan karya ini.
Hanya Allah subhanawata'ala sahaja yang
mendapat membalas segala budi dan bakti anda semua.
Isi 2
Kandungan 3
I. PENGENALAN 5
6
Biodata Peserta 7
Penghargaan 14
II. TOKOH
Biodata Tokoh.
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh :
Tun Dr Mahathir
Peranan & Usaha-usaha
Jasa dan Sumbangan Tokoh
III. PENUTUP. 15
Tun Dr Mahathir
bin Mohamad
BAPA PEMODENAN MALAYSIA
PERDANA MENTERI YANG
KE-4 & 7
MAKLUMAT DIRI
Nama Penuh : Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad.
L A T A R B E L A K A N G P E N D I D I K A N Nama Pena : CheDet.
1930 - Malay School Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Nama Isteri : Tun Siti Hasmah Binti
Aman ( sekolah rendah ) Mohamad Ali
1945 - Senior Cambridge Certificate Government English Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
School, Sekolah Menengah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar,
Kedah ( sekarang dikenali sebagai Sultan Abdul Hamid Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah,
College ) Malaysia
1947 - King Edward VII College of Medicine, Singapore
1948 - MBBS University of Malaya, Singapore
FAKTA MENARIK Umur : 96 Tahun
Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik
Ayahnya berasal dari Kerala, India
Beliau seorang doktor KELUARGA
Ahli Parlimen Langkawi di Kedah
Beliau memegang jawatan selama 22 tahun ( 1981 -
2003 ) Mempunyai 7 orang anak
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
paling lama berkhidmat ( 4 orang anak kandung & 3 orang anak
angkat )
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
"...hanya dengan menjadi sebuah
negara yang kuat, kita dapat kekal
merdeka dalam erti kata sebenar.
Kita tak perlu tunduk kepada
sesiapa."
Saya memilih tokoh ini kerana beliau merupakan seorang
tokoh sejarah yang berdedikasi dan pencetus yang telah
membawa Malaysia kepada sebuah negara yang berdaulat
dan maju mengikut arus era globalisasi dunia. Beliau turut
dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana
berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara
membangun. Tun Dr Mahathir bin Mohamad, suatu nama
yang tidak asing lagi bagi semua rakyat Malaysia.
. Oleh itu, saya dengan penuh rasa hormat ingin
menyampaikan kisah tentang beliau agar kita semua dapat
menelusuri dengan lebih mendalam tentang tokoh yang
amat hebat ini. Kisah dan personaliti beliau amatlah
menarik dan wajar dicontohi oleh generasi muda supaya
kita dapat melahirkan masyarakat yang lebih maju dan
Thank you!berjaya di persada dunia.
Peranan, usaha-usaha &
sumbangan
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
1. Kempen bersih, cekap dan amanah.
2. Dasar pandang ke Timur.
3. Dasar penswastaan
4. Penggerak industri permotoran Malaysia
5. Berwawasan dan berpandangan jauh
1
Date :
Kempen Bersih, Cekap, Amanah
Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir
dan revolusioner. Beliau ingin perubahan berlaku dalam
minda dan fizikal rakyat kerana menurut Tun Dr. Mahathir
Mohamad sendiri, untuk mengubah sesebuah negara
haruslah bermula daripada penduduknya terlebih dahulu.
Oleh yang demikian, pada tahun 1982, Dr. Mahathir telah
melancarkan Kempen Bersih, Cekap, Amanah bertujuan
meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja
serta usaha kearah kecemerlangan.
Melalui kempen tersebut, perubahan mula berlaku
dimana rakyat semakin menepati masa bekerja keras dan
kadar rasuah juga mula berkurangan.
Menyusul selepas itu ialah kempen Kepimpinan Melalaui
Teladan yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan
yang berkesan bagi dicontohi dan diamakan oleh
segenap lapisan kakitangan kerajaan. Dr. Mahathir
berhasrat untuk memimpin melalui tauladan. Hal ini
menunjukkan dengan jelas bahawa Dr. Mahathir benar-
benar sayang akan negaranya kerana beliau sanggup
mengamalkan perubahan yang beliau ingin terapkan
pada rakyat terlebih dahulu sebelum melancarkan
kempen tersebut kepada orang ramai. Dengan melihat
kepada usaha keras beliau dalam kempen-kempen yang
telah belau lancarkan, jelaslah bahawa beliau benar-
benar ingin mewujudkan sebuah negara yang berjaya dan
makmur, ini menunjukkan bahawa nilai patriotisme yang
diamakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat
tinggi dan tidak boleh disangkal lagi.
2
Dasar pandang ke Timur
Beliau tidak gentar dengan kontroversi
dan pernah menggemparkan hubungan
baik diplomatik Malaysia British dengan
mengamalkan dasar 'Buy British Lasts"
sebagai satu tindak balas di atas sikap
London yang mendiskriminasikan
kepentingan Malaysia Beliau
kemudiannya memperkenalkan 'Dasar
Pandang ke Timur' dengan menjadikan
budaya kerja masyarakat Jepun dan
Korea sebagai suatu yang harus
diteladani oleh rakyat demi
meningkatkan produktiviti serta
menyemai etika kerja professional
3
Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat
bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara
maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia.
Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983
sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga
melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat
diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-
projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga
digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan
ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi
mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih
selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar
Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara
sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan
kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir
memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun
yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di
peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha
meluaskan pasaran produk Malaysia
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi
adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan
'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan
kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan
industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap
komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui
pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan
beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
4
Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran
agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan
yang ada dalam industri ini.
Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional "Proton Saga'. Sejak
itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil
dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal Kriss' dan
menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga
adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi
rantau Asia Tenggara
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga
menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan
Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga
menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia
terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan
'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di
jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau
mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya
terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang
dilancarkan pada tahun 1994 Sehubungan itu beliau telah
mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini
menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan
pelancaran MEASAT I dan disusuli dengan MEASAT 2 pada
Oktober 1996.
5. Berwawasan &
Berpandangan Jauh
Penswastaan syarikat-syarikat kerajaan seperti
Telekom Bhd, Tenaga Nasional Bhd, KTM dan Pos
Malaysia yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir
bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan
pusat, mempercepatkan pengurusan dan
menambahkan daya saing.
Tun Mahathir telah membangunkan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya
yang menempatkan kompleks pelbagai
kementerian yang sistematik serta
mengilhamkan pembangunan Menara Berkembar
Petronas.
Beliau juga telah merealisasikan sebuah daerah
yang menjadi hub teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) global di rantau Asia yang
dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC)
yang berpangkalan di Cyberjaya.
~sambungan Date :
Hub tersebut telah berjaya menarik
perhatian ratusan syarikat ICT
antarabangsa untuk menubuhkan
pusat operasi serantau di situ seperti
dari Jepun, Amerika Syarikat dan
Eropah. Antara syarikat ICT yang
beroperasi di MSC termasuk Microsoft,
IBM, Nokia, Fujitsu, Measat, Motorola,
Bloomberg, Reuters, Ericsson, Hewlett-
Packard, Alcatel, Aptilo Network dan
banyak lagi.
Pembinaan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga
mencatat satu lagi sejarah kejayaan
negara yang amat gemilang.
Pencapaian tersebut telah mengangkat
imej Malaysia dalam arena
penerbangan antarabangsa kerana
kecanggihan peralatan dan kecekapan
perkhidmatannya.
KRONOLOGI JASA &
SUMBANGAN
1985 - Jambatan Pulau Pinang
1985 - Proton
1986 - Langkawi
1994 - Lebuhraya Utara-Selatan
1996 - Satelit MEASAT
1996 - Koridor Raya Multimedia
1997 - Cyberjaya
1998 - Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur
1998 - LRT
1998 - Stadium National Bukit Jalil
1999 - Menara Berkembar Petronas
Penutup
Dengan penghasilan buku skrap ini telah
memberi pendedahan kepada saya tentang
perjuangan Tun Dr Mahathir bin Mohamad
di Malaysia. Kita haruslah mencontohi beliau
dalam memajukan negara. Beliau telah
banyak berkorban untuk negara. Pelbagai
cabaran dan rintangan dihadapi namun
segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan
tabah. Ini membuktikan beliau seorang
pemimpin yang berwibawa.
Saya berharap agar beliau menjadi modal
insan bagi semua lapisan masyarakat
kerana sikap beliau yang amat murni ini
sebenarnya merupakan kunci kejayaan. Saya
berharap perjuangannya selama ini dihargai
oleh rakyat Malaysia.