The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Fatimah Salleh, 2023-07-27 09:48:15

BULETIN SEMAWAR EDISI 6 / 2023

EDISI 6

Semawar Johan Keseluruhan MAHRAJAN ALQURAN & IHTIFAL LUGHAWI DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2023 Pada 18 hingga 20 Jun 2023, telah diadakan Pertandingan Mahrajan AlQuran dan Ihtifal Lughawi Daerah Kota Tinggi Tahun 2023 bertempat di SMK Bandar Mas. SMK Bandar Penawar (SEMAWAR) telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Tahniah! EDISI 6/2023 Nur Intisar Khalidah binti Kasmadi, Johan Mimbar Daei Kategori Perempuan


Semawar Johan Keseluruhan MAHRAJAN ALQURAN & IHTIFAL LUGHAWI DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2023 Johan Hiwar Johan Kuiz B. Arab Johan Kuiz Ilmu Wahyu Johan Tilawah AlQuran (P) Johan Qiraat Men. Atas (P) Johan Qiraat Men. Rendah (P) Naib Johan Qiraat Men. Atas (L) Naib Johan Nasyid Naib Johan Mimbar Daei (L) Naib Johan Kalimatussobah Ketiga Hafazan (P) Ketiga Seni Khat (L)


RABU I 21 JUN 2023 I 2.40 PETANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI Mesyuarat Agung Koperasi tahun 2023 telah diadakan pada hari Rabu, 21 Jun 2023 jam 2.40 petang di Dewan Alfalah. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengerusi Koperasi SMK Agama Bandar Penawar. Turut dibentangkan belanjawan Koperasi yang berakhir pada 31 Disember 2021. Majlis ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan perlantikan baru Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dari kalangan pelajar. KOPERASI SEMAWAR PEMANGKIN BUDAYA KEUSAHAWANAN KALI KE-21 KOPERASI SMK AGAMA BANDAR PENAWAR BERHAD


Program Khidmat Masyarakat SOUTHERN VOLUNTEERS, PERSATUAN MPPTE Pada hari Sabtu 24 Jun 2023, jam 8 pagi hingga jam 2.00 petang telah diadakan Program Khidmat Masyarakat oleh Southern Volunteers, Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (MPPTE) di Surau Al-Muttaqin Taman Desaru Utama. Program ini merupakan julung kalinya dilaksanakan selepas penubuhan Southern Volunteers di kalangan pelajar SMK Agama Bandar Penawar. Program ini disertai seramai 27 orang pelajar tingkatan 6 dengan diiringi Ustazah Faizah binti Samsudin, Guru Pembimbing MPPTE dan Ustaz Hasrin Hakim bin Sulong, Penolong Kanan Tingkatan 6. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan termasuklah membersihkan kawasan di luar dan di dalam surau. Oleh itu, keperibadian pelajar seperti ringan tulang dalam membantu masyarakat sekeliling dapat dibentuk melalui program ini,


Watikah Perlantikan TSC(Technical Sports Crew) 25 Jun 2023 - Majlis watikah Perlantikan TSC (Technical Sports Crew) telah diadakan di dewan Al Falah. Majlis ini telah sempurnakan oleh Ustaz Norzaidi b Ismail,Pengetua SMK Agama Bandar Penawar. Seramai 31 orang TSC telah dilantik untuk sesi 2023/24. Sejarah penubuhan TSC telah bermula sejak tahun 2012 sehingga kini. TSC merupakan satu pasukan yang membantu skuad sukan sekolah dalam menjayakan aktiviti berkaitan dengan sukan seperti Merentas Desa,Kejohanan Olahraga dan sebagainya. Puan Farizan bt Fadzil merupakan guru yang bertanggungjawab menguruskan pasukan ini. Encik Kamaruzaman b Abd Samad juga bertindak sebagai pembantu dalam memastikan semua urusan TSC berjalan lancar dalam setiap program yang dijalankan.Syabas dan Tahniah kepada semua krew TSC yang telah bertungkus lumus menyumbang bakti dalam aktiviti sukan sekolah. Puan Farizan Fadzil Guru pembimbing TSC En Kamaruzaman b Abd Samad Guru pembimbing TSC


Kejayaan Kokurikulum Semawar KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KOTA TINGGI 2023 Pada hari ahad dan Isnin, 25 dan 26 Jun 2023 telah diadakan pertandingan Bola Baling MSSD Kota Tinggi. Tempat pertandingan ini di KRAMSAU Desaru. Pasukan Bola Baling SEMAWAR kategori Perempuan 18 telah mendapat tempat keempat, manakala Pasukan Lelaki 18 layak sehingga peringkat suku akhir. Tahniah! Pasukan Inovasi SMK Agama Bandar Penawar yang dibimbing oleh Cikgu Amerul bersama anak-anak pelajar iaitu Hakim, Hafiy dan Amir telah mendapat Gold Award dalam Pertandingan Virtual Innovation Competition 2023. VIRTUAL INNOVATION COMPETITION 2023 Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat Antarabangsa. Penyertaan ini dibuka untuk semua peringkat umur secara dalam talian (online). Pernyertaan ini disertai oleh 15 buah negara antaranya Indonesia, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Korea dan lain-lain. Jumlah penyertaan ini sebanyak 124 projek daripada 562 peserta.


27 Jun 2023 - Satu majlis pelancaran Jawhar Abqariey & Jawahir Munawwarah telah diadakan. Calon target SPM & STPM diberi mentor yang terdiri daripada para pentadbir. Mentor berperanan membimbing dan memberi sokongan dari segi emosi dan spiritual untuk membantu mereka dalam menghadapi segala cabaran sepanjang tahun sebelum peperiksaan. 10.00 am Ketibaan ibubapa 10.30 am Ucapan aluan tuan pengetua 10.45 am Ucapan perasmian oleh YDP PIBG 11.00 am Pengisytiharan sasaran SPM & STPM 11.10 am Aku janji pelajar 11.30 am Ibubapa menandatangan wall of spirit (menulis kata kata semangat) 12.00 pm Bersurai Pelancaran Program Jawhar ABQARIEY 2.0 SPM & Jawahir MUNAWWARAH 2.0 STPM 2023 TENTATIF PROGRAM (27 JUN 2023)


Melahirkan teknokrat mutadayyin


Pada 2 Julai 2023, hari Ahad bersamaan 13 Zulhijjah 1444H, SMK Agama Bandar Penawar (SEMAWAR) telah mengadakan Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha 1444H. Program ini dijalankan di kawasan tanah lapang di dalam kawasan sekolah. SEMAWAR telah menjalankan amanah 14 penama untuk menjalankan Ibadah Korban. Sebanyak 2 ekor lembu telah ditumbangkan untuk ibadah ini. Penyembelihan dijalankan oleh Ustaz Muhamad Hisham pada jam 8.00 pagi. Pada jam 9.30 pagi, proses melapah daging korban dan rewang dijalankan oleh guru-guru, staf, pekerja dewan makan, dan para pelajar terutama pelajar tingkatan 4 Firnas dan Hazm. Pada jam 4.30 petang jamuan Sup Tulang diadakan di dewan makan SEMAWAR. Pada 3 Julai 2023, daging korban yang telah dimasak, dijamu kepada semua warga SEMAWAR dalam Jamuan Makan Tengahari di dewan makan SEMAWAR. Program Ibadat Korban SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1444 H


Pelajar akan meletakkan tangan di dada kiri sebagai tanda hormat dan menundukkan sedikit kepada dengan memberikan ucapan salam dan sedia bantu. Pelajar akan meletakkan tangan di dada kiri sebagai tanda hormat dan menundukkan sedikit kepada dengan memberikan ucapan salam dan sedia bantu. Pada hari Ahad 9 Julai 2023 telah dilancarkan Program Budaya Salam dan Sapaan KrMJ di Dewan Alfalah pada jam 7.20 pagi. Program ini dilaksanakan untuk memastikan budaya salam dan hormat - menghormati menjadi amalan dalam kalangan warga sekolah dan dipraktikkan secara berterusan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengetua SMK Agama Bandar Penawar. Kaedah Pelaksanaan Budaya Salam ini adalah dengan mengamalkan Budaya 4'S' iaitu Salam, Senyum, Sapa dan Sedia Bantu. Pada hari Ahad 9 Julai 2023 telah dilancarkan Program Budaya Salam dan Sapaan KrMJ di Dewan Alfalah pada jam 7.20 pagi. Program ini dilaksanakan untuk memastikan budaya salam dan hormat - menghormati menjadi amalan dalam kalangan warga sekolah dan dipraktikkan secara berterusan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengetua SMK Agama Bandar Penawar. Kaedah Pelaksanaan Budaya Salam ini adalah dengan mengamalkan Budaya 4'S' iaitu Salam, Senyum, Sapa dan Sedia Bantu. Pelancaran Budaya Salam DAN SAPAAN KrMJ SEMAWAR 2023


Kejohanan Merentas Desa SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pada Hari Isnin, 10 Julai 2023 Unit Sukan SMK Agama Bandar Penawar telah menganjurkan Program Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengetua SMK Agama Bandar Penawar pada jam 8.30 pagi. Aktiviti pemanasan badan iaitu senamrobik dilakukan sebelum memulakan larian merentas desa. Senamrobik ini diketuai oleh pelajar-pelajar tingkatan 5. Keputusan Kejohanan Merentas Desa ini, Johan disandang oleh rumah sukan Khalid AlWalid (Kuning), Naib Johan Saidina Hamzah (Merah), Ketiga Salahuddin Alayyubi (Biru) dan Keempat Tariq Ibnu Ziyad(Hijau).


Pendaftaran Tingkatan 6 SEMESTER 1 2023/2024 Pada hari Ahad, 16 Julai 2023, jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari telah diadakan Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2023/2024. Turut hadir dalam majlis ini, Ustaz Syed Nurul Fazli bin Habit Mohd Azid dari Unit Pendidikan Islam, PPD Kota Tinggi. Seramai 34 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Semester 1 2023/2024 di SMK Agama Bandar Penawar. Majlis dimulakan dengan pendaftaran kelas, pendaftaran dorm di asrama, pembelian barang keperluan di Koperasi, Ikrar ibu bapa, ikrar guru dan akad pelajar baharu. Semoga para pelajar ini dapat terus melakar kecemerlangan di Tingkatan 6 SEMAWAR.


Kejohanan Olahraga ke-29 SEMAWAR 2023 Majulah sukan untuk SEMAWAR 18 Julai 2023 (selasa) - Kejohanan Olahraga peringkat SEMAWAR kali ke 29 telah berlangsung di Stadium Bandar Penawar. 4 buah pasukan telah berentap di kejohanan ini iaitu pasukan Khalid-al Walid, Saidina Hamzah, Salahudin Al ayubi dan Thariq ibn Ziyad. Pihak SMK Agama Bandar Penawar sangat berbesar hati kerana Kejohanan ini ditelah di rasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Fadil b Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Kejohanan ini sangat meriah dengan acara perbarisan setiap rumah dan dimenangi oleh pasukan Salahuddin Al Ayubi yang membawa tema futuristik .Johan keseluruhan pada kejohanan kali ini ialah pasukan Saidina Hamzah. Syabas diucapkan. Semoga semangat kesukanan sepasukan yang saling bekerjasama dan penuh komitmen ini dapat diamalkan oleh warga SEMAWAR dalam kehidupan seharian. Dirasmikan oleh : Tuan Haji Mohamad Fadil b Ishak Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.


KEDUDUKAN RUMAH SUKAN


Muhammad Hamizan Pingat Emas Pusingan 1 Pingat Emas Pusingan 2 (50 meter) L18, Pingat Emas Keseluruhan L18 Pingat Gangsa Keseluruhan L18 Pingat Gangsa Pusingan 2 (50 meter) P18 Pingat Gangsa Keseluruhan P18 Kejayaan Pasukan Memanah SEMAWAR: 1. (70 meter) L18, 2. Muhammad Harith 3. Nur Syazwani Filzah Kejohanan Memanah MSSD KOTA TINGGI 2023 Pada hari Isnin dan Selasa, 17 dan 18 Julai 2023 telah diadakan Kejohanan Memanah MSSD Kota Tinggi di Padang SMK Taman Seri Saujana Kota Tinggi. SMK Agama Bandar Penawar telah menghantar 6 orang wakil daripada pelbagai kategori dalam pertandingan ini. Berkat latihan dari jurulatih sekolah iaitu Encik Firdaus bin Md Thakib, dan pengurus pasukan Cikgu Muhd Hafiz bin Abd Kadir, sekolah telah mendapat banyak anugerah dalam kejohanan ini. Semoga Pasukan Memanah SEMAWAR terus melakar kemenangan di peringkat seterusnya.


Melahirkan Teknokrat Mutadayyin SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Nur Iris Kaisara bt Kasmadi Nurul Afiqah bt Azhar Nurul Ummairah bt Muhammad Sahdam


2022 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Keputusan STPM 2022 GPS Matapelajaran 1. Pengajian Am 3.13 2. Bahasa Melayu 3.68 3. Bahasa Arab 3.20 4. Syariah 3.14 5. Sejarah 3.49 PNGK Sekolah : 3.39 Peratus Sekolah : 100% Jumlah Pelajar : 37 Bilangan Pelajar 4.00 (5A) : 1 /37 Bilangan Pelajar 3.5- 3.99 : 18/37 Bilangan Pelajar 3.00-4.00 : 33/37 Bilangan Pelajar 2.00-2.99 : 4/37 Pelajar Cemerlang : Khamis, 13 Julai 2023- Majlis Pengistiharan keputusan STPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 2.00 petang. Seramai 37 calon telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2022 dan lulus 100%. SEMAWAR telah mendapat PNGK sebanyak 3.39 iaitu meningkat sebanyak 0.09 berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 3.30. Lebih membanggakan pihak sekolah apabila seorang pelajar telah mencipta sejarah mencapai 5A dengan PNGK 4.00. Pelajar tersebut ialah Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan. Pengistiharan Keputusan STPM


Keputusan STPM 2022 Keputusan Pelajar 1. Muhamad Syafiq b Mohd Salleh 4.00 2.Putri Zulaikah bt Ahmad 3.92 3.Ainul Ezzah bt Shariful Anam 3.84 4.Siti Nurhalili bt Abu Bakar 3.75 5.Noor Ezzuwa Fariesya bt Noordin 3.75 6.Nur Nadhilah Asyiqin bt Sidik 3.75 7.Noor Syuhaidah Qurratul Aini bt Zamri 3.75 8.Hazwan Hamizan b Wan Zaidin 3.75 9.Harith Ifwat b Zawawi 3.67 10.M.Lutfi b Lokmanulhakeem 3.59 11.Muhammad Faiz b Md Fauzi 3.59 12.Adam Luqman b Remli 3.58 13.Masrina bt Masadi 3.50 14.Siti Fatimah Az Zahrah bt Sheikh Md Fahmi 3.50 15.Aiman Fahim b Nazrul Helmi 3.50 16.Muhammad Irsyad b Samiri 3.50 17.Nur Ainul Wahidah bt Mohd Zain 3.50 18.Muhammad Ilyas b Mohd Faisal 3.50 19.Muhammad Fadhlan b Fahrorrazi 3.50 20.Maryam Muzfirah bt Yazid 3.42 21.Nurhana Humaira bt Abd Jalil 3.42 22.Hasfa Afrina bt Hamdan 3.34 23.Muhammad Aiman Huzaifi b Zulkurnain 3.34 24.Basyirah Izzati bt Bahrin 3.33 25.Muhammad Fariqh Ikhwan b Mohd Zureen Azwan 3.25 26. Nur Yunie Nabiela bt Padilah 3.17 27. Nur Umairah Izzati bt Mohd Said 3.17 28.Auni Qurratu Ain bt Azmee 3.17 29.Anwar Zakaria b Abd Rahman 3.17 30.Balqis bt Mohamad Mokhtarom 3.17 31. Anies Sabryna bt Mohd Fauzie 3.17 32.Nurul Hannan Mahfuzoh bt Zaharin 3.08 33.Muhammad Danial b Samidin 3.08 34.Muhammad Najmi b M.Razi 2.92 35. Siti Aishah bt Sahariman 2.83 36.Zuhayra Zayani bt Zainorekhan 2.75 37.Nur Aqilah Sofia bt Sundaya 2.08 2022 SMK AGAMA BANDAR PENAWAR Pengistiharan Keputusan STPM


13-14 JULAI 2023 13-14 Julai 2023- Satu Kursus Kepimpinan Lujnah Kepimpinan Pelajar dan Pengawas Pusat Sumber SMK Agama Bandar Penawar telah diadakan di Muzium Tanjung Balau dan di Dewan Al-Falah. Seramai 169 orang pengawas telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Esham bin Abdul Hamid iaitu kaunselor Pejabat Pendidikan Kota Tinggi. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik telah dijalankan sepanjang 2 hari tersebut dan semoga ia dapat meningkatkan lagi semangat kepimpinan dalam diri semua peserta .Diharap semua pengawas dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi selepas kursus ini. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Salman ,Penolong Kanan Hal Ehwal murid Beliau mengharapkan semua pengawas dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin kerana pihak sekolah telah memberi watikah perlantikan serta kepercayaan yang tinggi pada semua pengawas.,


Melahirkan teknokrat mutadayyin LENSA KURSUS KEPIMPINAN


Pertandingan Catur MSSD KOTA TINGGI 2023 Kategori Lelaki 18 Tahun Taufiq (Tempat ke-10) Zainatul Aisyah (Naib Johan) Adawiyah Farha (Tempat ke-8) Ilyana (Tempat ke-17) Lutfi (Naib Johan) Thaqif (Tempat ke-7) Arif (Tempat ke-14) Iqbal (Tempat ke-18) Syazwin Farha (Johan) Azyan (Tempat ke-8) Humaira Zamri (Tempat ke-10) Fatin Batrisyia (Tempat ke-12) Kejayaan Pertandingan Catur SEMAWAR: 1. 2. Kaegori Perempuan 18 Tahun 3. Kategori Lelaki 15 Tahun 4. Kategori Perempuan P15 Pada hari Rabu dan Khamis, 12 dan 13 Julai 2023 telah diadakan Pertandingan Catur MSSD Kota Tinggi di Dewan SMK Sains Kota tInggi. SEMAWAR telah menghantar 22 orang wakil pelajar untuk menyertai pertandingan catur dan memperoleh beberapa kejayaan.


Minggu Haluan Siswa & TAUTAN SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 2023/2024 Pada hari Ahad, 16 hingga 24 Julai 2023 telah berlangsung Minggu Haluan Siswa dan Tautan Silaturrahim sempena pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 6 SEMAWAR. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dengan dibantu Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPTE). Seramai 34 pelajar 6 bawah terlibat dengan program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Taklimat Pengurusan, Disiplin, Asrama, Kokurikulum, Taklimat Matapelajaran, Ice Breaking, Anak Ayam dan sebagainya.


Penutupan Minggu Haluan Siswa & TAUTAN SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 2023/2024 Pada hari Isnin, 24 Julai 2023 telah berlangsung Penutupan Minggu Haluan Siswa dan Tautan Silaturrahim sempena pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 6 SEMAWAR. Program ini disertai oleh 34 orang pelajar Tingkatan 6 Bawah dan 27 orang pelajar 6 Atas dengan diringi Guru Tingkatan 6 dan guru kaunseling SEMAWAR. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Mendaki Bukit di Tanjung balau, Harapan Sebiji Guli, Misi Bola Angin dan sebagainya. Majlis Penutupan ini telah disempurnakan oleh Ustaz Norzaidi bin Ismail, Pengetua SMK Agama Bandar Penawar.


Penutupan Minggu Haluan Siswa & TAUTAN SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 2023/2024


MAHRAJAN ALQURAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 MAHRAJAN ALQURAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 TARIKH : 21-22 JULAI 2023 TEMPAT : SMKA HAJI MOHD YAASIN MUAR TARIKH : 21-22 JULAI 2023 TEMPAT : SMKA HAJI MOHD YAASIN MUAR


Melahirkan teknokrat mutadayyin Berikut keputusan penuh pencapaian kontinjen Kota Tinggi di mana sebahagiannya daripada pelajar SMKA Bandar Penawar :- 1. Johan Qiraat Sab'ie Bittarannum Menengah Atas -Perempuan 2. Johan Tilawah Alquran murid orang asli - Lelaki 3. Naib Johan Tilawah Alquran Rendah - Perempuan 4.Naib Johan Qiraat Sab'ie Bittarannum Menengah Atas -Lelaki 5. Naib Johan Hafazan Menengah - Lelaki 6. Tempat ke-5 tilawah murid org asli - Perempuan 7. Tempat ke-5 tilawah Alquran Rendah -Lelaki 8.Tempat ke-5 tilawah Alquran Menengah -Perempuan Para pemenang Kontigen Kota Tinggi Johan Qiraat Sab'ie Bittaranum


THIS CERTIFICATE IS AWARDED TO Salam Maal Hijrah 1445H


Pada hari Ahad 23 Julai 2023, 25 orang pelajar Tingkatan 6 (ahli Southern Volunteers) bersama 2 orang guru pengiring iaitu Puan Suhaina dan Puan Mazura telah menjadi sukarelawan Acara NX113 Triathlon Desaru 2023. Program ini merupakan Pertandingan Sukan Berenang, Berbasikal dan Berlari anjuran SEATA dengan Kerjasama Kementerian Negeri Johor dan Tourism Malaysia. Para sukarelawan SV SEMAWAR telah bertolak seawal 4.30 pagi ke Lotus Desaru dan mula bertugas menjaga stesen yang ditetapkan sehingga jam 5.30 petang. Antara tugasan sukarelawan SEMAWAR termasuklah menjaga stesen air dan lalu lintas di laluan sukan renang, berbasikal dan larian. Semoga dengan menjadi sukarelawan ini menjadikan pelajar Tingkatan 6 bersikap dinamis dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Skuad Muda Southern Volunteers SUKARELAWAN ACARA NX113 TRAIATHLON DESARU 2023


Pada hari Selasa 25 Julai 2023, jam 7.30 hingga jam 10 pagi telah diadakan Pelancaran Skuad Muda Southern Volunteers (SV) SMK Agama Bandar Penawar di Dewan Makan SEMAWAR. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri (DUN Penawar). Turut serta majlis ini Ustaz Syed Nurul Fazli bin Habit, Unit Pendidikan Islam, PPD Kota Tinggi. Seramai 62 orang pelajar Tingkatan 6 menyertai SV SEMAWAR. Selepas perasmian, YB Fauziah bersama guru dan pelajar SV membuat aktiviti gotong-royong mengecat dan membersihkan Padang Petanq SEMAWAR. Semoga semangat kesukarelaan dikalangan pelajar ini menjadi budaya dan rutin dalam kehidupan mereka. Pelancaran Skuad Muda SOUTHERN VOLUNTEERS, SMK AGAMA BANDAR PENAWAR 2023


Pelancaran Skuad Muda SOUTHERN VOLUNTEERS, SMK AGAMA BANDAR PENAWAR 2023


Tadabbur Al-Quran Sinopsis Juzuk 5 Surah an-Nisa’ Ayat 24-137 Surah anNisa’ Ayat 24-137 Turun selepas peperangan Uhud Mengandungi cerita tentang hukum hakam dan adab dalam peperangan di pertengahan surah Menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan di sisi Allah dan saling memerlukan Membela orang-orang yang dizalimi dan mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas Memperjelaskan isu-isu yang disentuh di dalam surah Ali Imran Kesedihan Nabi SAW dan para sahabat atas pemergian para syuhada’ Tiada hukum yang jelas mengenai hak wanita Kegembiraan orang-orang Yahudi dan Orang Munafik Madinah atas kemenangan kafir Makkah dalam peperangan Uhud


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR THIS CERTIFICATE IS AWARDED TO Salam Maal Hijrah 1445H


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR Salam Maal Hijrah 1445H


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR Salam Maal Hijrah 1445H


SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR SMK AGAMA BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI JOHOR Salam Maal Hijrah 1445H


Team Buletin EDITOR PN SITI FATIMAH BINTI SALLEH EDITOR 1 PN HASNILAH BINTI ERPAN PN MAZURA BINTI SAAT "JIKA KATA TAK MAMPU DIUTARAKAN, BIARKAN BULETIN MENJADI MEDIA PELIPUR LARAMU" KETUA EDITOR EN NORZAIDI BIN ISMAIL Pengetua SMK Agama Bandar Penawar EDITOR 2 EDITOR 3 EDITOR JEMPUTAN MOHD ASFARIZAN BIN PUNGUT


Click to View FlipBook Version