KARNIVAL BAHASA MELAYU SJKC & SJKT
DAERAH MUALLIM 2022
PIALA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
PERASMI : YB DATO’ DR MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
07.07.2022 (KHAMIS) / 2.30 PTG / SJKT LADANG KATOYANG
KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
DAERAH MUALLIM
Salam sejahtera.
Kami Jawatankuasa Karnival Bahasa Melayu daerah Muallim sangat berterima kasih ke atas
kepercayaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pegawai Pendidikan Daerah Muallim
terhadap kami, kerana dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa peringkat daerah Muallim bagi
tahun 2022.
Kami juga amat menghargai sokongan,bantuan dan kerjasama para rakan Guru Besar SJK(C)
dan SJK(T) daerah Muallim yang banyak membantu menjayakan program ini.Dengan adanya
kerjasama ini lanya dapat memberi motivasi kepada kami untuk menjayakan Karnival
Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) daerah Muallim bagi tahun 2022.
Jawankuasa Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Peringkat Muallim berasa sangat
berbesar hati dan bangga dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Pendidikan 1, Dato Dr Mah
Hang Soon.Terima kasih kepada Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muallim,pegawai
meja dan penyelaras di ppd serta para hakim yang banyak membantu menjayakan karnival
ini.
Matlamat yang menjadi objektif Karnival Bahasa Melayu adalah untuk membiasakan
penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid- murid SJKC dan SJKT , meningkatkan taraf
penguasaan Bahasa Melayu serta mengeratkan lagi hubungan antara kaum seterusnya
mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dan penyatuan negara.
Kami berasa bangga dan kagum dengan keberanian semua peserta yang mengambil
bahagian dalam pertandingan Syarahan ,Teater Solo dan Ujian Bertulis bagi Karnival Bahasa
Melayu SJK(C) dan SJK(T ) Peringkat Daerah Muallim tahun 2022 ini.Tahniah kepada semua
anak anak didik kita yang telah mengambil bahagian dan berjaya menunjukkan bakat
masing-masing. Di harap juga agar peserta yang telah dipilih ke peringkat negeri akan
membawa pulang kejayaan yang cemerlang kepada Daerah Muallim.
Sekian, terima kasih
DEVADASAN A/L SENGODAN
Pengerusi Karnival Bahasa Melayu
SJK(C) dan SJK(T) Daerah Muallim
UCAPAN TUAN TIMBALAN PPD
EN.NORAZAM BIN MAT ISA
TIMB. PPD (SEKTOR PERANCANGAN)
PPD MUALLIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berhormat Dato’ Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan I kerana sudi
meluangkan masa untuk menyertai majlis pada petang ini bersama-sama kita. Kehadiran
yang berhormat Dato’ amat kami hargai kerana ini menunjukkan keprihatinan Dato’
terhadap anak-anak murid dari sekolah-sekolah SJKC dan SJKT Daerah Muallim.
Sekalung ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Bahasa Melayu SJKC
dan SJKT peringkat Daerah Muallim bagi tahun 2022 kerana telah berjaya mengatur dan
menyempurnakan program ini dengan baik dan lancar. Kejayaan program ini pastinya
mencerminkan usaha dan komitmen dari pelbagai pihak demi menghasilkan
kecemerlangan program ini. Kerjasama yang diberikan antara satu sama lain telah
membolehkan semua urusan karnival ini berlangsung dengan jayanya. Saya berharap
bahawa penganjuran Karnival Bahasa Melayu kali ini boleh dijadikan sebagai contoh
kepada bakal-bakal penganjur yang akan mengambil alih tugas pada tahun hadapan.
Seperti yang sedia maklum, program ini melibatkan semua sekolah SJK(T) dan SJK(C)
yang berada di dalam daerah Muallim iaitu sebanyak 5 buah sekolah SJKC dan 7 SJKT
telah mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Melayu pada tahun ini. Hari ini
merupakan hari kemuncak untuk meraikan kejayaan pemenang-pemenang yang bakal
diumumkan sebentar nanti. Tahniah kepada semua wakil sekolah kerana berani
menyahut cabaran menyertai semua pertandingan KBM.
Selaras dengan tuntutan Dasar Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Bahasa Melayu
diterapkan dalam kurikulum pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sebagai
mata pelajaran wajib dengan hasrat menekankan penguasaan bahasa Melayu yang lebih
bermutu. Lebih-lebih lagi, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut mencerminkan kepentingan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Sesungguhnya, pendidikan hari ini telah membuktikan
bahawa perpaduan kaum dapat direalisasikan melalui peranan Bahasa Melayu
sebagaimana yang dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Penghayatan suatu bahasa
yang sama menjadi suatu wahana yang berkesan untuk berkomunikasi antara rakyat
pelbagai bangsa dan etnik sebagai inisiatif menyatupadukan sesebuah bangsa.
Akhir kata, Syabas dan tahniah kepada semua wakil sekolah yang telah menunjukkan
semangat yang tinggi untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
Semoga semua pemenang akan lebih cemerlang di KBM peringkat negeri nanti.
Izinkan saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun YAB Dato Sri Ismail Sabri Bin
Yaakob, Perdana Menteri Malaysia sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa
Melayu pada 22 Mei 2022 di Wisma DBP Kuala Lumpur:
Bangsa Malaysia bangsa berbudi,
Bahasanya indah bicaranya murni,
Begitu bangsa Malaysia yang berpekerti,
Bahasanya akan terus dipandang tinggi.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
EN.NORAZAM BIN MAT ISA
TIMB. PPD (SEKTOR PERANCANGAN)
PPD MUALLIM
UCAPAN
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana
menjemput saya untuk menghadiri seterusnya menyempurnakan Majlis Penyampaian
Hadiah bagi Karnival Bahasa Melayu SJKC dan SJKT peringkat Daerah Muallim bagi tahun
2022 pada hari ini. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat khususnya
Jawatankuasa Pengelola Karnival Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Daerah Muallim bagi
Tahun 2022 atas usaha dan komitmen yang jitu kerana memeriahkan karnival ini dengan
jayanya.
‘Bahasa Jiwa Bangsa’- moto Dewan Bahasa dan Pustaka yang menggambarkan kedudukan
bahasa sebagai lambang bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Kita mengenali sesuatu
bangsa menerusi bahasanya dan ini diakui serata dunia. Maka itu, bahasa melayu menjadi
identiti terpenting kepada bangsa kita, bangsa Malaysia.
Sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kedudukan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia mengekalkan
peranannya dalam membentuk semangat kekitaan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di
Malaysia. Pemupukan perpaduan menerusi perkongsian bahasa yang sama mengutuhkan
semangat saling memahami, toleransi dan berharmoni dalam kalangan murid berbilang
kaum
Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selama 66 tahun. Kini giliran kita, Karnival
Bahasa Melayu ini bermatlamat memartabat dan memperkasakan kemahiran berbahasa
Melayu dalam kalangan murid bukan penutur jati serta menggilap dan mengembangkan
bakat terpendam murid dalam berbahasa menerusi pertandingan Teater solo dan Syarahan
dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pemimpin kita yang terdahulu telah sepakat untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Hubungan yang erat akan terjalin apabila semua rakyat
menggunakan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua orang. Kita bukan sahaja
berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa atas nama perpaduan bak kata
pepatah “ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”
Penganjuran Karnival Bahasa Melayu ini turut berhasrat memberikan peluang kepada murid
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Melalui penglibatan dalam program ini,
konsep persefahaman, disiplin, persediaan strategi serta daya saing yang sihat turut dapat
dipraktikkan dalam kalangan murid. Di samping itu, program ini turut bermotif menyediakan
peluang kepada para murid untuk saling mengenali antara satu sama lain sebagai usaha
menjalinkan hubungan yang erat dan padu tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Saya berharap penganjuran Karnival Bahasa Melayu ini dapat membantu melahirkan murid-
murid untuk terus cemerlang dan berdaya saing pada peringkat global sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan pelapis
kepemimpinan Negara pada suatu masa nanti. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan
kepada murid-murid yang telah berjaya melibatkan diri dalam pertandingan ini. Semoga
murid-murid yang mewakili Daerah Muallim juga dapat mencapai keputusan yang
membanggakan dalam Karnival Bahasa Melayu peringkat negeri.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, sekalung penghargaan dan terima kasih
saya ingin ucapkan sekali lagi kepada ahli-ahli Jawatankuasa Karnival Bahasa Melayu SJKC
dan SJKT, guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Muallim bagi tahun 2022.
Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah
Karnival Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Daerah Muallim bagi tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
YB. DATO’ DR MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
2.00 petang ATUR CARA MAJLIS
2.15 petang
2.20 petang : Pendaftaran peserta
: Ketibaan para tetamu
2,30 petang : Ketibaan YB. Dato’ DR Mah Hang Soon
Timbalan Menteri Pendidikan I
: Nyanyian Lagu:
Negaraku
Lagu Kebesaran Negeri Perak
: Ucapan aluan
En. Devadasan a/l Sengodan
Pengerusi J/K Pelaksana KBM SJKC &SJKT Daerah Muallim 2022
(Guru Besar SJKT Slim Village)
: Ucapan PPD/wakil
En. Mohd Saiful Bin Abu bakar
Timb. PPD (Pembelajaran)
: Persembahan
Syarahan - SJKT TSD Manickavasagam (Johan Daerah)
Syarahan - SJKT Slim River (Naib Johan Daerah)
Teater Solo - SJKT Slim River ( Johan Daerah)
: Ucapan Perasmian Penutup
YB. Dato’ DR Mah Hang Soon
Timb Menteri Pendidikan I
: Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
: Sesi Bergambar
: Minum petang & Bersurai
:
TENTATIF PERTANDINGAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah
(Pertandingan Syarahan, Teater Solo Secara Dalam Talian)
Tarikh muat naik video (rakaman) : 30 Mei 2022 (Isnin)
Masa muat naik video : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tarikh syarahan spontan dalam talian : 31 MEI 2022
Masa syarahan spontan : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tarikh Penjurian : 01 Jun 2022
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri : 23 Jun 2022 (Khamis)
(Pertandingan Ujian Bertulis ) : 2.30 petang- 3.30 petang
Tarikh : 1.40 tengah hari – 2.00 petang
Masa : SJKC CHIN HUA, Slim River.
Pendaftaran : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Tempat
Tarikh Penjurian
TENTATIF PERTANDINGAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perak
(Pertandingan Syarahan, Teater Solo Secara Bersemuka
Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Hotel Taiping Perdana, Taiping
Tarikh Penjurian : 23 Julai 2022 (Sabtu)
JAWATANKUASA INDUK
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
PENAUNG : EN.NORAZAM BIN MAT ISA
PENASIHAT TIMB. PPD (SEKTOR PERANCANGAN)
PENYELARAS
PENOLONG PENYELARAS : EN. SAIPOL BAHARIN BIN SULAIMAN
TIMB. PPD (SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH)
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI : EN.MOHD AFFENDY BIN MOHD HIDZIR
SETIAUSAHA PEN. PPD (PRASEKOLAH DAN RENDAH)
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI : PN. IDAWATI BINTI IDRIS
PEN.PPD (PRASEKOLAH DAN RENDAH)
: EN. SUNDAR SHUMUGAM
PEN.PPD (PRASEKOLAH DAN RENDAH)
: EN.DEVADASAN A/L SENGODAN
GURU BESAR SJKT SLIM VILLAGE
: PN. TEW LEE PENG
GURU BESAR SJKC BEHRANG ULU
: EN. MURUGESU A/L ATHIYAPPAN
GURU BESAR SJKT TSD MANICKAVASAGAM
: PN.YAP KWEE YONG
GURU BESAR SJKC HO PIN SLIM VILLAGE
: PN. PIONG YEE HSIANG
GURU BESAR SJKC CHUNG SIN
JAWATANKUASA KERJA
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
PENGERUSI JKK TEKNIK SYARAHAN DAN : PN.RAJAMMAL A/P SUPPIAH
SPONTAN GURU BESAR SJKT LADANG KATOYANG
PENGERUSI JKK TEKNIK TEATER SOLO
PN. SARASWATHY A/P TARAMALINGAM
PENGERUSI JKK TEKNIK UJIAN BERTULIS GURU BESAR SJKT TROLAK
PENGERUSI JKK PENGHAKIMAN, TEKNIKAL : PN. LIEW SEET HEONG
DAN STATISTIK GURU BESAR SJKC CHIN HUA
PENGERUSI JKK PUBLISITI
(SJKC) : EN.SUBRAMANIAM A/L VARATHAN
PENGERUSI JKK P.A SISTEM / SIARAYA/ GURU BESAR SJKT LDG CLUNY
PENDAFTARAN/ JURUACARA
PENGERUSI JKK SIJIL/ HADIAH DAN : EN.CHOY PENG KEONG
CENDERAMATA GURU BESAR SJKC TANAH MAS
PENGERUSI JKK BUKU CENDERAMATA / KAD : CIK VASANTHA A/P SHANMUGAM
JEMPUTAN / PUBLISITI GURU BESAR SJKT LDG BEHRANG RIVER
JURU AUDIT 1
: PN.CHIN YOKE KUAN
JURU AUDIT 2 GURU BESAR SJKC PHIN MIN
: EN PALANY A/L SUPPIAH
GURU BESAR SJKT SLIM RIVER
: PN.YAP KWEE YONG
GURU BESAR SJKC HO PIN SLIM VILLAGE
: EN PALANY A/L SUPPIAH
GURU BESAR SJKT SLIM RIVER
MAKLUMAT PERSERTA KARNIVAL BAHASA MELAYU
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH
MUALLIM 2022 - SYARAHAN
BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA NO PESERTA
1 SJK(C) HO PIN CHANG SOK LING 12
WAN TIAN HAO 16
2 SJK(C) PHIN MIN CHAI CHE SENG 13
TAN HUE QING 15
3 SJK(C) CHIN HUA SEW LI EN 2
SEAH HON PING 17
AELLVONICCA GRACE 9
4 SJK(C) BEHRANG ULU DAVID A/L KAMAL 1
5 SJK(C) CHUNG SIN YIN ZI QIAN 4
SONG ZI HUEI 11
MOGANA YALNI A/P 3
SUBBARAMANIYAM
6 SJK(T) SLIM RIVER
LISHALINI A/P ARUL 6
MAKLUMAT PERSERTA KARNIVAL BAHASA MELAYU
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH
MUALLIM 2022 - SYARAHAN
SHENUKA THEVI A/P BALA 14
21
7 SJK(T) SLIM VILLAGE MURUGAN 20
SHARVINI A/P GURULOO 10
YASVINI NAIR A/P GOPAL 5
SJK(T) TAN SRI DATO NAIR 7
MANICKAVASAGAM 8
8
18
GIRTIHIKA A/P SUBRAMANIAM 19
22
THIRUNESHKUMAR A/L
SELVAKUMAR
9 SJK(T) TROLAK
LIVINESH KUMAR A/L
SELVAKUMAR
PRAVEENA A/P MESIYA
10 SJK(T) LADANG CLUNY
SHAVINAA A/P SRI THARAN
11 SJK(T) LADANG KATOYANG
JANANI A/P SIVAKUMAR
THANUSSHA A/P GANESH
12 SJK(T) LADANG BEHRANG RIVER
MAKLUMAT PERSERTA KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2022 –
TEATER SOLO
BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA NO PESERTA
1 SJK(C) HO PIN WONG QI LI 9
FERDY HAZRY BIN JEFFERY 8
2 SJK(C) PHIN MIN LIM ZHI YEE 2
CHAI ZI JIAN 11
3 SJK(C) CHIN HUA YIN ZI QING 1
LINETHA A/P GANESAN 7
4 SJK(C) BEHRANG ULU PAVATHARANI A/P SIVAN 10
5 SJK(C) CHUNG SIN YAAZHINIY A/P PUGALENTHI 6
6 SJK(T) SLIM RIVER KRITHIKA A/P SELVAKUMAR 3
THIVYA SRI A/P CANDRAN 4
7 SJK(T) SLIM VILLAGE MITHRASHINI A/P
BALACHANDRAN 5
8 SJK(T) TAN SRI DATO HEMAAVAARTINI A/P
MANICKAVASAGAM ARUMUGAM 12
9 SJK(T) TROLAK
10 SJK(T) LADANG CLUNY
11 SJK(T) LADANG KATOYANG
12 SJK(T) LADANG BEHRANG RIVER
MAKLUMAT PERSERTA KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2022 –
UJIAN BERTULIS
BIL NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA
1 SJK(C) HO PIN LIM YI XHIEN
2 SJK(C) PHIN MIN
3 SJK(C) CHIN HUA LEE YAN TING
4 SJK(C) BEHRANG ULU CHAI YI WEN
5 SJK(C) CHUNG SIN
LUCAS CHAI MIN SHUEN
NEIL CHAI MING CHEN
LOSMOND CHAI MING LOK
AUSTEN TAN JIN YE
TEH KAH HAO
DIVANESH A/L MURTHY
FONG MIN YI
LAI EN YEE
TAN WENG SAN
KIRTHESHA A/P MATHAN
DEIVVPRASAD MOHANADHASS
LEE ZHI YIN
6 SJK(T) SLIM RIVER HARIMITRRAA A/P KARTHIGEYAN
7 SJK(T) SLIM VILLAGE
8 SJK(T) TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM TURGGASHINIE A/P
9 SJK(T) TROLAK MOGANASUNDRAM
10 SJK(T) LADANG CLUNY SANTOSH A/L RAMESH
11 SJK(T) LADANG KATOYANG
12 SJK(T) LADANG BEHRANG RIVER PAN LIVITHRAN A/L PAN CHIN CHOY
PAVITHRAN A/L MUTHU KUMAR
THANEES A/L YOGESWARAN
YUKTAA A/P THIVANANTHAN
RUBBAVAISHTNAVI A/P JAYAKUMAR
DINESHWARAN A/L MOHAN
SHADNA A/P GOPI
GITHARSHAN A/L GANESAN
AKSHAYAN A/L KUMERAN
LOGAPRIYAN A/L MUTHUSAMY
PHUAN XIU YING
KANESH A/L SARAVANAN
THASARATHAN A/L PAVINTHERAN
JAYKANESH A/L BALASUBRAMANIAM
JANANEE A/P PAVINTHERAN
SRI NIKETRAH RAO A/P PRAKASH RAO
KHANISKHA A/P BALAKRISHNA
TEESHEETA A/P SANDERAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN TEATER SOLO
1 LINETHA A/P GANESAN
(SJKT SLIM RIVER) - Peserta Ke Peringkat Negeri
2 PAVATHARANI A/P SIVAN
(SJKT SLIM VILLAGE)
3 YAAZHINIY A/P PUGALENTHI
(SJKT TAN SRI DATO’ MANICKAVASAGAM)
4 WONG QI LI
(SJKC HO PIN)
5 THIVYASRI A/P CANDRAN
(SJKT LADANG CLUNY)
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN TEATER SOLO
6 MITHRASHINI A/P BALACHANDRAN
(SJKT LADANG KATOYANG)
7 YIN ZI QING
(SJKC CHUNG SIN)
8 CHAI ZI JIAN
(SJKC BEHRANG ULU)
9 HEMAAVAARTINI A/P ARUMUGAM
(SJKT LADANG BEHRANG RIVER)
10 KRITHIKA A/P SELVAKUMAR
(SJKT TROLAK)
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SYARAHAN
1 YASVINI NAIR A/P GOPAL NAIR
(SJKT TAN SRI DATO’ MANICKAVASAGAM) –Peserta Ke Peringkat Negeri
2 MOGANA YALNI A/P SUBBARAMANIYAM
(SJKT SLIM RIVER) – Peserta Ke Peringkat Negeri
3 SHAVINAA A/P SRITHARAN
(SJKT LADANG KATOYANG)
4 GIRTIHIKA A/P SUBRAMANIAM
(SJKT TAN SRI DATO’ MANICKAVASAGAM)
5 LISHALINI A/P ARUL
(SJKT SLIM RIVER)
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SYARAHAN
6 THIRUNESHKUMAR A/L SELVAKUMAR
(SJKT TROLAK)
7 LIVINESH KUMAR A/L SELVAKUMAR
(SJKT TROLAK)
8 JANANI A/P SIVAKUMAR
(SJKT LADANG KATOYANG)
9 PRAVEENA A/P MESIYA
(SJKT LADANG CLUNY)
10 SONG ZI HUEI
(SJKC CHUNG SIN)
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS
1 DEIVVPRASAD MOHANADHASS
(SJKC CHUNG SIN)
2 THASARATHAN A/L PAVINTHERAN
(SJKT LADANG KATOYANG)
3 SANTOSH A/L RAMESH
(SJKT SLIM RIVER)
4 TEH KAH HAO
(SJKC CHIN HUA)
5 TURGGASHINIE A/P MOGANASUNDRAM
(SJKT SLIM RIVER )
KARNIVAL BAHASA MELAYU SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT DAERAH MUALLIM
TAHUN 2022
KEPUTUSAN PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS
6 YUKTAA A/P THIVANANTHAN
(SJKT TAN SRI DATO’ MANICKAVASAGAM )
7 HARIMITRRAA A/P KARTHIGEYAN
(SJKT SLIM RIVER)
8 JANANEE A/P PAVINTHERAN
(SJKT LADANG KATOYANG)
9 KIRTHESHA A/P MATHAN
(SJKC CHUNG SIN)
10 RUBBAVAISHTNAVI A/P JAYAKUMAR
(SJKT TAN SRI DATO’ MANICKAVASAGAM )
PENGHARGAAN
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
KEPADA
SEMUA PIHAK YANG TELAH MENYUMBANG BAKTI DALAM
MENJAYAKAN
KARNIVAL PERPADUAN BAHASA MELAYU
BAGI TAHUN INI DENGAN JAYANYA.