KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA RUMAH SUKAN 2023 AGNES CHONG JIA YI 202225231011 LIEWN YONG CHYI 2022252310129 TAN HONG LI 2022252310133 3 & 4 JULAI 2023
Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai seseuah pertandingan. Membentuk peserta yang bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sebuah pasukan. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan ini. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial. Merealisasikan kempen “1 Murid, 1 Sukan”. Membantu unit kokurikulum untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar-pelajar untuk dilatih dan digilap sebagai pemain pasukan sekolah. Memupuk semangat kecintaan terhadap sekolah. KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN 2023 (KELAB BOLA TAMPAR IPGKSAH) TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR IPGKSAH TARIKH : 2 JULAI 2023 HINGGA 3 JULAI 2023 MASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI ANJURAN : KELAB BOLA TAMPAR IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM PENDAHULUAN Pertandingan ini merupakan satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bola Tampar IPGKSAH. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada setiap rumah sukan sekolah dan setiap pasukan menyenaraikan bilangan pemain yang mencukupi. Pertandingan ini akan diadakan di gelanggang bola tampar dan Gimnasium IPGKSAH. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum. MATLAMAT DAN OBJEKTIF Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini diadakan agar dapat memupuk sifat kerjasama dalam kalangan peserta dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian bagi menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat melatih kebolehan setiap individu untuk merancang strategi bagi mencapai kejayaan dalam pertandingan.
Tarikh yang dirancang bagi melaksanakan pertandingan tersebut adalah terletak pada 2 Julai 2023 hingga 3 Julai 2023. Masa perlaksanaan hanya melibatkan waktu pagi sahaja (antara jam 7:30 pagi – 12:00 tengah hari). Gelanggang bola tampar, IPGKSAH Gimnasium, IPGKSAH Ketibaan Yang Berbahagia Dr. Hj. Ridzuan Bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan memberi ucapan alu-aluan. Dr. Hj. Ridzuan Bin Ahmad menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. SASARAN Pelajar IPGKSAH daripada setiap rumah sukan sekolah. TEMA Tema bagi pertandingan ini ialah “Badan Cergas, Minda Cerdas”. TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN TEMPAT Tempat pertandingan bola tampar yang tidak perlu mengenakan sebarang bayaran. Tempat tayangan video montaj dan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan yang boleh memuatkan jumlah bilangan pelajar yang banyak. DIF PERASMIAN BILANGAN PENYERTAAN
Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran ke atas pemilihan tempat pertandingan. Para peserta perlu membayar yuran sebanyak RM5.00 sebagai sumber kewangan. Peserta harus dalam keadaan badan sihat sebagai syarat utama untuk menyertai pertandingan. Pelajar yang menjangkiti penyakit jantung kongenital dan asma dikecualikan daripada pertandingan. Peraturan permainan akan menggunakan pakai peraturan FIVB (Bola Tampar). Segala kesulitan dan perubahan pada syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Teknikal. BAYARAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PERTANDINGAN PROSEDUR PELAKSANAAN
Mempengerusikan mesyuarat. Merancang dan menyelaras aktiviti perkumpulan. Mengawasi proses undian untuk pemilihan jawatankuasa. Melaksanakan tugas pengerusi dalam ketiadaannya. Membantu pengerusi jika diperlukan. Melaksanakan tugas lain yang telah ditetapkan. Merekod minit mesyuarat yang berlangsung. Mengendalikan semua urusan surat-menyurat. Mencatat kehadiran ahli-ahli jawatankuasa dalam mesyuarat. JAWATANKUASA KERJA Penasihat : En. Zakaria Bin Moktar Pengerusi : Aimi Nazihah Binti Mohd Fadhli Naib Pengerusi : Cadzherlee Cadzhville Welldy Setiausaha : Harini A/P Murugan Bendahari : Liewn Yong Chyi JAWATANKUASA KECIL PELAKSANAAN Jawatankuasa Protokol : I. Nur Dalila Binti Samsudin II. Janette Angelina Binti Herman Jawatankuasa Siaraya : I. Nik Sofia Farisha Binti Nik Rosnizasam II. Nur Athirah Binti Mohamad Zamri Jawatankuasa Pendaftaran : I. Kiew Nyuk Hui II. Koo Shin Roo Jawatankuasa Teknikal : I. Danush A/L Rajakumar II. Noor Nasuha Binti Walit Jawatankuasa Multimedia : I. Muhammad Alif Safwan Bin Jeffry Sham II. Muhamad Faris Iqbal Bin Mohd Poad Jawatankuasa Kebajikan Dan Sosial : I. Tan Hong Li II. Manushri A/P Gunasegaran Jawatankuasa Reka Bentuk Dan Grafik : I. Agnes Chong Jia Yi II. Nur Alya Athirah Binti Mohd Azman BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha
Memungut yuran peserta. Menyediakan bajet pertandingan bola tampar. Menguruskan pembelian dan pembayaran berdasarkan resit. Merancang tempahan tempat pertandingan. Menyediakan teks ucapan untuk tetamu kehormat. Memantau dan mengawal proses perlaksanaan majlis perasmian dan penutup. Menguruskan keperluan dekorasi pentas. Berhubung dengan JK Protokol untuk persiapan ruangan. Mengendalikan sistem PA dengan menyediakan mikrofon yang mencukupi. Menyusun senarai nama pelajar yang terlibat dalam pertandingan atau mencipta kod QR pendaftaran. Menjamin kelancaran urusan pendaftaran pada hari pertandingan. Memantau agar perlawanan berlangsung mengikut jadual. Mengadil pertandingan di bawah bimbingan guru penasihat. Menyediakan video montaj. Mengabadikan gambar-gambar penting dan menghulurkannya kepada Setiausaha untuk tujuan dokumentasi. Menyediakan hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang. Menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu kehormat dan peserta. Menjaga kebersihan gelanggang bola tampar dan gimnasium. Menyediakan slaid, poster, bendera, dan brosur untuk pertandingan. Menyediakan kad jemputan dalam bentuk digital dan cetakan. Memastikan semua tetamu jemputan menerima kad jemputan dan buku program. Bendahari Jawatankuasa Protokol Jawatankuasa Siaraya Jawatankuasa Pendaftaran Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Multimedia Jawatankuasa Kebajikan Dan Sosial Jawatankuasa Reka Bentuk Dan Grafik
PROGRAM TENTATIF
PERBELANJAAN / KOS Kutipan yuran daripada para peserta. Setiap peserta membayar yuran sebanyak RM5.00 per individu. SUMBER PENDAPATAN / KEWANGAN Yuran yang berlebihan akan dimasukkan ke dalam dana IPGKSAH (jika ada). Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut UNDANG-UNDANG/PERATURAN BOLA TAMPAR RASMI FIVB. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad. PENUTUP Kerjasama dari semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah amat diharapkan bagi menjayakan aktiviti pertandingan yang diadakan di sekolah ini. LAMPIRAN Peraturan Pertandingan
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu. Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga Sepusingan. Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang lima belas (15) minit sebelum perlawanan bermula. Pasukan yang lewat lima (5) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan. Perlawanan akan dijalankan dalam tiga (3) set permainan untuk setiap perlawanan di mana pasukan yang memenangi dua (2) set terdahulu daripada tiga (3) set dikira memenangi perlawanan. Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurangkurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25). Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke-3, mata penamatnya adalah 15 mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Berikut adalah sistem pemberian mata :- Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang pertandingan. Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam warna rumah sukan masing-masing. Penggunaan jersi bernombor adalah amat digalakkan. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Tournament Volley Ball Biru/Kuning Sistem Pertandingan Menarik Diri Pembatalan (Walk Over) Format Kiraan Mata MENANG = 3 MATA KALAH = 0 MATA Pakaian Peralatan
Guru Penasihat Kelab Bola Tampar dan Jawatankuasa Teknikal berperanan sebagai pengadil bagi keseluruhan pertandingan. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 orang penjaga garisan di kalangan pemain atau ahli rumah sukan masing-masing. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil akan menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan semula perlawanan yang telah tertangguh. Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan sambungan. Jawatankuasa Kerja mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminda sebarang undang-undang kejohanan jika perlu. Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi Jawatankuasa Kerja berhak meminda susulan atau tarikh/masa jika perlu. Perubahan ini akan diberitahu oleh pengurus pasukan masing-masing dengan secepat mungkin. Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat dan jurukamera rasmi, tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan dijalankan. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:- Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab Pengurus atau Ketua Pasukan masing-masing dan diharap semua Pengurus atau Ketua Pasukan akan memberi kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan. Pengadil Penangguhan Perlawanan Perkara-Perkara Am 1. Pengurus Pasukan 2. Jurulatih 3. Maksimal enam (6) orang pemain simpanan Bantahan