MAJLIS APRESIASI 2023 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KELANTAN Pengakap Kelantan 19 Disember 2023 02.30 petang Dewan Darul Naim 06 Jamadil Awal 1445H Hari Selasa Kem Kijang, Kota Bharu UNIT PROFILE DAN MEDIA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KELANTAN 2023 Disediakan oleh:
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh, Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam dan Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syabas dan tahniah kepada semua penerima Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan 2023 serta daerah dan kumpulan Pengakap yang telah dianugerahkan sebagai yang terbaik daripada daerah dan kumpulan yang baik. Saya yakin ianya menjadi pencetus kepada semua pihak untuk sentiasa memberi khidmat yang terbaik pada masa akan datang dalam menaikkan martabat Pengakap Kelantan terutama dalam melahirkan ahli-ahli Pengakap kita yang berilmu dan diiktiraf dengan anugerah-anugerah yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis Apresiasi 2023 ini yang telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Jika tidak kerana sifat kerjasama dan sepakat semua ahli, majlis ini tidak akan berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Tahniah dan terima kasih. UCAPAN KATA-KATA Assalamualaikum dan Salam Pengakap. Alhamdulillahirabbil Alamin wassolatu wassalam ala Rasulillah Muhammadil Al Mustafa. Seperti yang telah saya janjikan akan mengadakan Majlis Apresiasi tahun 2023 semasa Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Kelantan yang lepas bagi tujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pemimpin di semua peringkat. Pengiktirafan ini adalah penting kepada semua kerana ianya merupakan satu penghargaan daripada pihak Pengakap Negeri atas kerjabuat dan jasa dalam membangunkan pergerakan Pengakap di negeri kita. Saya menuntut semua warga pemimpin supaya sentiasa konsisten dalam membentuk budak-budak pengakap tanpa rasa jemu dan bosan mengikut terma dan peraturan yang telah digubal di dalam skim-skim kepengakapan serta akur dengan kehendak Persekutuan Pengakap Malaysia. Pihak kami akan sentiasa melihat kerjabuat tuan puan bagi membolehkan majlis seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan. Sekian, terima kasih. PENGERUSI MAJLIS PENGAKAP NEGERI KELANTAN DATIN NIK AFZAN HARRISON BINTI CHE HAMATS.M.K. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI NEGERI KELANTAN M O H D Z U L K I F L I B I N S U L A I M A N dan
Penerima Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Negeri Kelantan di Majlis Apresiasi 2023 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan yang di adakan di Dewan Darul Naim, Kem Kijang, Kota Bharu Kelantan. Seramai 140 orang dijemput untuk menghadiri majlis ini dari 10 daerah (Pengakap Daerah), Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri, Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Pengakap Yayasan Islam Kelantan, Persaudaran Pengakap Raja Malaysia Kelantan dan BP Guild Negeri Kelantan. Juga jemputan khas 4 orang pemimpin tertinggi daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu untuk dianugerahkan Pingat Jasamu Dihargai dan 5 orang pemimpin PPM Negeri Kelantan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti kepada Pengakap negeri. Tiga buah daerah dianugerahkan sebagai Pengakap Daerah Terbaik iaitu Persekutuan Pengakap Daerah Jeli, Tanah Merah dan Pasir Puteh. Manakala SM Sains Jeli, SK Alor Bakat, Bachok dan SK Dato Hashim, Kota Bharu dianugerahkan sebagai Kumpulan Pengakap Terbaik 2023. Perasmian majlis disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Ahmad Shazilly bin Ismail Bakty, Timbalan YDP Majlis Pengakap Negara dan menyampaikan pingat dan anugerah Proton JM Otomobil Inovatif 3S - Kota Bharu https://www.facebook.com/jmotomobilinovatif/?locale=ms_MY ANDA MENCARI KERETA IMPIAN KUNJUNGILAH KAMI, KAMI AKAN MEMBANTU ANDA. KUNJUNGILAH KAMI
Turut bersama Ybhg Datin Nik Afzan Harrison binti Che Hamat, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kelantan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Apresiasi PPMNK 2023. Jemputan khas Ybhg Tan Sri Dato’ Abdullah bin Haji Taib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, penerima Pingat Jasamu Dikenang bersama para penerima Pingat Jasamu Dihargai, Encik Shahrul Azwan bin Mohamd@Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Puan Hajah Zah binti Mohamad, Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Encik Wan Muhammad Naufar Nahri bin Wan Ahmad Amli, Bendahari Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Mohd Zulkifli bin Sulaiman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan.
JOHAN Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jeli NAIB JOHAN Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tanah Merah KETIGA Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Puteh ANUGERAH PENGAKAP DAERAH TERBAIK 2023 ANUGERAH KUMPULAN PENGAKAP TERBAIK 2023 JOHAN SEK MEN SAINS JELI, JELI NAIB JOHAN SK ALOR BAKAT, BACHOK KETIGA SK DATO HASHIM, K. BHARU Ucapan Tahniah “ Saya mengucapkan syabas dan tahniah dengan penganugerahan ini. Pada tahun 2023, inilah daerah dan kumpulan Pengakap TOP 3 yang terbaik mengikut analisa data maklumat yang telah diterima. Bagi penerima anugerah, jadikanlah ia sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kecemerlangan. Sementara yang lain pula sebagai sahutan cabaran ke arah lebih baik. Anugerah ini adalah kecil berbanding anugerah daripada Allah Taala dengan kerjabuat kita secara ikhlas dan bekerjasama.” Mohd Zulkifli bin Sulaiman KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KELANTAN
ANUGERAH PINGAT JASAMU DKENANG ANUGERAH PINGAT JASAMU DIHARGAI
ANUGERAH SIJIL KEPUJIAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KELANTAN
SESI CENDERAHATI KEPADA VIP
ALBUMGAMBAR
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH kepada Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Apresiasi 2023 PPM Negeri Kelantan. tidak ketinggalan Proton JM Otomobil Inovatif 3S, Kota Bharu Kolej Uniti Kota Bharu Real Design dan semua individu yang budiman dalam menjayakan perjalanan majlis pada kali ini Terima kasih.
Proton JM Otomobil Inovatif 3S - Kota Bharu PT 764,Jalan Raja Perempuan Zainab II, S/53,Kubang Kerian, Kota Bharu, Malaysia 09-765 8300 [email protected] Jika berminat untuk memiliki kereta idaman anda boleh kunjungi ke pameran kami JM OTOMOBIL INOVATIF SDN BHD di Demit Kubang Kerian bersebelahan dengan Petronas Demit
UNIT PROFILE DAN MEDIA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI KELANTAN 2023