Latihan Pemahaman Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I
Bab 1 : Kisah di Kedai Koperasi
1. Nyatakan keadaan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan pada
waktu pagi?
2. Apakah barang keperluan sekolah yang dijual kedai koperasi sekolah untuk
kemudahan murid-murid sekolah di situ?
3. Bilakah koperasi sekolah itu ditubuhkan?
4. Siapakah yang mengendalikan koperasi tersebut?
5. Siapakah Norlela ?
6. Siapakah Cikgu Zulkifli?
7. Bilakah Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali yang pertama akan
diadakan?
8. Senaraikan tiga ahli lembaga pengarah yang dimaksudkan oleh Cikgu Zulkifli
mestilah hadir.
9. Apakah yang dilakukan oleh Harun, Swee Lan, dan Saridevi di koperasi
sekolah sebelum loceng pertama persekolahan dibunyikan?
Bab 2 : Mesyuarat Melaksanakan Harapan
1. Nyatakan suasana bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan.
2. Siapakah Cikgu Syamsudin?
3. Berapa ramaikah bilangan murid telah dilantik menjadi ahli lembaga
pengarah bersama-sama dengan empat orang guru?
4. Siapakah tetamu yang diundang oleh pihak sekolah dalam mesyuarat
tersebut?
5. Mesyuarat Lembaga Pengarah bermula pada jam _________ .
6. Mengapakah Pegawai Pembangunan Koperasi iaitu Encik Sulaiman
meminta maaf?
7. Berikan sebab Cikgu Syamsudin bimbang Encik Sulaiman tidak dapat hadir.
8. Apakah jawatan yang disandang oleh Razali?
9. Senaraikan beberapa usul yang dibaca oleh Cikgu Zulkifli selaku Tuan
Setiausaha.
10. Siapakah bendahari koperasi sekolah itu?
11. Apakah cadangan bendahari semasa mesyuarat?
12. Siapakah yang menyokong cadangan Cikgu Robeah itu?
13. Nyatakan pendapat Encik Sulaiman tentang usul-usul yang telah disetujui
itu sebelum mesyuarat tersebut ditangguhkan tepat pada pukul 5:30
petang?
Bab 3 : Perjanjian Membalas Dendam
1. Siapakah tiga orang murid yang sedang berehat di bawah pokok ru yang
rendang dalam kawasan sekolah itu?
2. Apakah punca yang menyebabkan perasaan Munir membungkam dan
kecewa?
3. Mengapakah Leong dan Silvam menghulurkan tangan masing-masing?
4. Siapakah yang membantu Razali membuat minit mesyuarat ketika Leong,
Munir dan Silvam masuk ke koperasi sekolah?
5. Siapakah yang membantu Cikgu Robeah menghitung jumlah wang hasil
jualan kedai koperasi pada hari itu?
6. Bagaimanakah Ramlah menenteramkan perasaannya dan hati Razali juga?
7. Apakah punca yang menyebabkan keadaan bilik koperasi riuh-rendah?
8. Apakah nasihat Cikgu Robeah kepada Munir dan Ramlah?
9. Senaraikan peribahasa yang diungkapkan oleh Munir dan Leong. Berikan
maksud peribahasa tersebut.
Bab 4 : Persiapan Kedai Koperasi
1. Nyatakan keadaan koperasi pada pagi itu?
2. Mengapakah Razali bersungut pada pagi itu di Kedai Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan?
3. Apakah tujuan Cikgu Zulkifli datang ke kedai koperasi pada pagi itu?
4. Siapakah yang menggantikan tempat Munir, Silvam dan Leong bertugas?
5. Apakah yang tertera pada sehelai kertas yang dihulur oleh Razali kepada
Cikgu Zulkifli?
6. Bilakah mereka ingin membeli barang-barang tersebut?
7. Mengapakah Cikgu Zulkifli riang apabila mendengar berita yang
disampaikan oleh Swee Lan?
8. Apakah kenderaan yang digunakan oleh Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah ke
kedai Aik Hong?
9. Berikan dua perwatakan Encik Aik Hong semasa menerima baik kedatangan
Cikgu Zulkifli,Razali dan Ramlah.
10. Mengapakah Cikgu Zulkifli agak teperanjat melihat Swee Lan.
11. Mengapakah Razali dan Ramlah bangga semasa dalam perjalanan di dalam
van yang bergerak melalui jalan-jalan di bandar Kangar?
12. Siapakah Encik Aziz?
13. Mengapa Cikgu Zulkifli memilih kedai buku itu?
14. Berapa peratus diskaun yang diberi oleh Encik Aziz?
15. Apakah kata-kata semangat yang diberikan Encik Aziz kepada mereka.
Bab 5 : Cita-cita dan Harapan
1. Apakah cita-cita dan harapan tiga serangkai iaitu Munir, Silvam dan
Leong?
2. Mengapa Ramlah menolak pelawaan mereka itu?
3. Apakah sindiran yang begitu tajam dilemparkan oleh Silvam?
4. Apakah alasan yang diberikan Ramlah dan Saridevi untuk
mempertahankan Razali?
5. Apakah keazaman tiga serangkai itu seterusnya?
6. Apakah yang dilakukan oleh Razali dan Ramlah pada waktu tengah hari?
7. Apakah tujuan sebenar Munir, Silvam dan Leong ke kedai koperasi?
8. Apakah perasaan Razali apabila Munir memfitnahnya selalu berkepit
dengan Ramlah ke sana ke sini?
9. Apakah tujuan kedatangan sebenar Cikgu Zulkifli petang itu ke kedai
koperasi?
Bab 6 : Persiapan
1. Di manakah terletak bangsal ternakan ayam?
2. Nyatakan keistimewaan bangsal ternakan itu.
3. Apakah yang dilakukan oleh Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam
dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah sekolah itu?
4. Di mana Munir berada ketika guru-guru dan beberapa ahli koperasi sedang
sibuk menyediakan bangsal ternakan ayam dan mengemaskan bilik bacaan?
5. Kenapa Munir berhenti bermain bola sepak?
6. Apakah nasihat Cikgu Zulkifli kepada Munir?
7. Apakah alasan Munir untuk membela dirinya apabila ditanya sebab dia
menganggu Ramlah?
Bab 7 : Semangat
1. Siapakah tetamu yang datang melawat ke kedai koperasi sekolah?
2. Apakah faktor kejayaan kedai koperasi sekolah menurut Encik Syamsudin?
3. Berapakah jumlah ayam yang diternak oleh ahli koperasi sekolah itu?
4. Apakah tujuan bilik bacaan itu ditubuhkan oleh kedai koperasi sekolah?
5. Apakah kepentingan koperasi sekolah dalam ucapan Tuan Penolong
6. Pengarah Pembangunan Koperasi?
7. Nyatakan nasihat Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi sebelum
mengakhiri ucapan beliau.
Bab 8 : Mempelajari Ilmu Perdagangan
1. Apakah perkara yang dilakukan oleh Munir semasa kelas Cikgu Saiful, guru
mata pelajaran Perdagagangan.
2. Nyatakan sifat Munir yang menyebabkan Cikgu Saiful menegurnya agar
berubah.
3. Mengapa Ramlah menjerit kepada Razali apabila mereka bertembung?
4. Pada pukul berapa cadangan Saridevi untuk datang ke rumah Razali?
Bab 9 : Kerja Rumah
1. Gambarkan suasana rumah Razali
2. Di manakah tempat mereka ingin belajar?
3. Nyatakan suasana tempat yang mereka ingin tujui?
4. Apakah subjek yang mereka ingin ulangkaji?
5. Apakah yang dibawa oleh Mak Sopiah di atas dulang sambal berjalan
berhati-hati meniti permatang menuju ke pondok kecil itu?
Bab 10 : Pengakuan
1. Mengapa Cikgu Zulkifli meminta bantuan Cikgu Muniam?
2. Senaraikan empat kesalahan Munir yang dilaporkan kepada guru
bimbingan dan kaunseling sekolah.
3. Apakah bukti Munir seorang anak yang kaya?
4. Apakah pengakuan Munir di dalam bilik bimbingan dan kaunseling itu?
Bab 11 : Melepaskan Dendam
1. Nyatakan keadaan petani Kampung Serdang pada masa ini.
2. Mengapakah anak-anak muda seperti Munir di Kampung Serdang dikatakan
mengalami kejutan budaya?
3. Apakah perkara yang dilakukan oleh Munir, Leong, dan Silvam ketika pulang
dari sekolah sehingga petani memaki hamun mereka yang tidak bertimbang
rasa itu?
4. Mengapa Razali berasa kehairanan?
5. Siapakah yang melepaskan tumbukan ke muka Razali?
6. Nyatakan suasana pergelutan antara Razali dan Munir dan rakan-rakannya .
7. Mengapa Razali akhirnya kecundang di tangan tiga serangkai?
8. Apakah alasan Razali tidak membenarkan Ramlah memberitahu kejadian itu
kepada Cikgu Zulkifli?
Bab 12 : Kasih Seorang Ibu
1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Mak Sopiah ketika Razali sampai di
rumah?
2. Mengapakah Mak Sopiah terperanjat melihat keadaan anaknya?
3. Berikan dua alasan Mak Sopiah cuba membela anaknya.
4. Apakah perkara yang dikhuatirkan oleh Razali?
5. Ke manakah Razali pergi selepas makan tengah hari dan solat fardu zuhur?
6. Mengapa jiwa Razali tidak sesegar angina yang membelai tubuhnya?
7. Apakah makanan kegemaran Razali yang dimasak oleh Mak Sopiah?
8. Apakah soalan yang diajukan Razali kepada ibunya?
9. Mengapa Razali tiba-tiba sahaja air matanya berderai?
10. Nyatakan sebab ibu Razali tidak mau anaknya bertanyakan tentang hal
ayahnya itu.
11.Razali memeluk emaknya dengan penuh …………………….
Bab 13 : Dendam Membawa Padah
1. Ke manakah Cikgu Zulkifli, Razali, Munir, Leong, dan Silvam pergi?
2. Mengapakah Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke
tempat itu?
3. Apakah alasan yang diberikan oleh Munir apabila dijerkah oleh Cikgu
Syamsudin?
4. Apakah hukuman yang dikenakan kepada Munir, Leong dan Silvam kerana
menuduh dan memukul Razali?
5. Apakah amaran yang diberikan oleh Cikgu Syamsudin kepada Munir dan
rakan-rakannya?
Bab 14 : Berita Gembira
1. Apakah berita gembira yang disampaikan oleh Cikgu Zulkifli kepada Razali?
2. Bilakah dan di mana kursus ini akan diadakan?
3. Siapakah yang kelihatan di perhentian bas Kangar menghantar Razali untuk
menaiki bas menghadiri kursus koperasi?
4. Mengapa Mak Sopiah berasa gembira bercampur bimbang?
5. Apakah nasihat Mak Sopiah kepada Razali?
6. Senaraikan empat peribahasa yang terdapat dalam bab ini?
Bab 15 : Budi Baik Dikenang Jua
1. Apakah peristiwa yang berlaku pada 24 Julai ?
2. Apakah tujuan kursus koperasi diadakan?
3. Ke manakah peserta kursus itu dibawa melawat selepas mengikuti ceramah
di Maktab Kerjasama Malaysia?
4. Mereka juga turut melawat …………. untuk melihat khazanah negara yang
memenuhi seluruh ruangan.
5. Razali dan seluruh peserta amat ………………kepada ……………… kerana
memilih mereka menghadiri kursus tersebut.
Bab 16 : Kesan Kunjungan
1. Berapa lama Razali telah meninggalkan rumah dan sekolahnya?
2. Apakah nasihat Razali kepada Harun agar dapat melawat ke Kuala Lumpur?
3. Apakah kata-kata Ramlah dengan bersungguh-sungguh kepada Razali
tentang pelajaran menyebabkan Razali tersenyum?
4. Apakah agenda Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu
diadakan di bilik kerjaya pada petang itu?
5. Apakah cadangan Swee Lan kepada tuan pengerusi ?
6. Apakah alasan Cikgu Hassan menyokong cadangan Swee Lan itu?
Bab 17 : Semakin Jauh Terbang Burung
1. Siapakah yang menganjurkan pertandingan koperasi sekolah-sekolah?
2. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli lembaga pengarah bergilir-
gilir setiap petang?
3. Mengapa Cikgu Syamsudin menggeleng-gelengkan kepala tanda ralat?
4. Siapakah yang disuruh oleh Cikgu Syamsudin untuk memanggil Munir,
Leong dan Silvam datang membantu di koperasi?
5. Apakah yang dilihat oleh Munir ketika berada di meja setiausaha?
6. Di manakah Munir mengajak Leong dan Silvam berhenti selepas pulang dari
sekolah?
7. Apakah perkara yang dirungut oleh Munir?
8. Apakah nasihat Leong dan Silvam kepada Munir tetapi tidak diendahkan?
Bab 18 : Malang Tidak Diduga
1. Siapakah yang memanjat pagar sekolah pada malam itu?
2. Siapakah yang ditunggu oleh Marzuki, Harun dan Rozita di hadapan pintu
kedai koperasi itu?
3. Mengapakah Razali datang lewat ke sekolah?
4. Mengapa Razali, Marzuki, Harun dan Rozita hanya mampu menggelengkan
kepala?
5. Mengapa Cikgu Zulkifli terperanjat apabila Razali menyampaikan berita
kepadanya?
6. Apakah perkara yang menimbulkan pertanyaan kepada mereka ketika
melangkah keluar daripada kedai tersebut?
Bab 19 : Misteri Kedai Koperasi
1. Siapakah yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi?
2. Mengapa Razali diminta datang ke balai polis?
3. Di manakah keberadaan Razali pada waktu malam ketika kejadian pecah
masuk kedai koperasi itu?
4. Siapakah yang turut memiliki anak kunci kedai koperasi selain Razali?
5. Apakah nasihat Ramlah kepada Razali ketika waktu rehat di dalam kelas?
6. Apakah kata-kata yang membungkam hati Razali?
7. Mengapa peristiwa pecah masuk koperasi mengusutkan pemikiran Cikgu
Zulkifli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin?
8. Apakah rancangan Cikgu Hassan?
9. Apakah harapan Cikgu Syamsudin?
Bab 20 : Tindakan Ayah Tiri
1. Apakah tujuan Munir dan Leong datang berjumpa Pak Zakaria?
2. Di manakah Razali berada ketika Pak Zakaria sampai di rumah?
3. Di manakah Pak Zakaria menunggu dengan perasaan marah yang
memuncak?
4. Apakah tindakan Pak Zakaria kepada Razali?
5. Apakah tindakan yang akan Mak Sopiah sekiranya Razali diusir keluar oelh
Pak Zakaria?
6. Ke manakah Pak Zakaria pergi untuk melepaskan geramnya?
Bab 21 : Hidup yang Dirundung Malang
1. Di manakah Razali melayani perasaannya?
2. Apakah yang dilakukan oleh Razali pada pada petang itu?
3. Nyatakan perasaan Mak Sopiah apabila melihat anaknya yang sedang
berduka.
4. Apakah pertanyaan Razali kepada ibunya?
5. Mengapa Mak Sopiah meminta Razali tidak menyakiti perasaannya?
6. Apakah janji Razali kepada ibunya itu?
Bab 22 : Misteri Berakhir
1. Apakah kejadian yang berlaku menyebabkan Swee Land an Marzuki
tergesa-gesa memanggil Cikgu Zulkifli?
2. Mengapakh Cikgu Syamsudin menjadi marah mendengar laporan Cikgu
Zulkifli?
3. Apakah tindakan susulan Cikgu Zulkifli pada pagi itu?
4. Apakah arahan yang diberikan oleh Cikgu Zulkifli menggunakan pembesar
suara?
5. Mengapakah pengetua sekolah mengarahkan para guru berhenti membuat
pemeriksaan?
6. Mengapa Cikgu Zulkifli sengaja menyimpan duit RM10 yang bertanda huruf
‘K’ dalam laci meja koperasi?
7. Siapakah cikgu yang berjaya menemui barang-barang tersebut ketika
memeriksa Munir?
8. Apakah alasan Munir ketika disoal oleh pengetua sekolah?
9. Apakah kata-kata yang menekan perasaannya?
Bab 23 : Hukuman
1. Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada Munir mengikut keputusan
mesyuarat itu?
2. Berdasarkan ucapan Cikgu Muniam, senaraikan kesalahan yang telah
dilakukan oleh Munir di sekolah.
3. Mengapa semua murid dan guru di sekolah itu terasa terharu semasa
perhimpunan?
Bab 24 : Memasuki Dunia Baharu
1. Siapakah yang datang ke rumah Razali selesai Razali menunaikan solat asar?
2. Apakah tujuan Munir datang ke rumah Razali?
3. Mengapa Mak Sopiah memandang Pak Zakaria apabila Munir menjelaskan
perkara yang sebenarnya?
4. Apakah kebimbangan yang timbul pada diri Munir?
5. Mengapa Munir berasa gembira?
6. Mengapa Munir berasa dirinya memasuki alam baharu?
Bab 25: Harapan Berbunga Indah
1. Apakah pengumuman yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan
Pembangunan Koperasi pada waktu perhimpunan sekolah pagi itu?
2. Siapakah wakil koperasi sekolah yang menerima piala hadiah pertama yang
disumbangkan oleh pihak ANGKASA?
3. Siapakah nama lelaki yang menegur Mak Sopiah?
4. Mengapa Cikgu Syamsudin mempelawa Pak Zakaria, Pak Ramli dan Mak
Sopiah ke pejabatnya?
Bab 26: Terbuka Rahsia
1. Siapakah nama pengarah yang turut berada di bilik Cikgu Syamsudin?
2. Di manakah ayah Ramlah tinggal?
3. Mengapa Encik Ramli datang ke Kampung Serdang, Perlis?
4. Ramlah tingga bersama siapa?
5. Apakah hubungan Pak Ramli dengan Mak Sopiah?
6. Mengapa Mak Sopiah sebenarnya tidak mahu memberitahu keberadaan
Pak Ramli sebenar kepada Razali?
7. Mengapa Cikgu Syamsudin menyatakan bahawa hari ini merupakan hari
bersejarah buat Razali?
8. Mengapa Encik Ali menyatakan jasa kedai koperasi sekolah sungguh besar?